Showing posts with label bestday. Show all posts
Showing posts with label bestday. Show all posts

11 November 2013

Hari Lahir Ilhan Ke-3

Assalamualaikum semua.

Lamanya baru update kan. Sabar je lah.

Sejak Khalish dimasukkan ke wad akibat bronchitis pneumonia pertengahan bulan lalu, mood mengupdate memang ke laut la. Empat hari tiga malam, saya menemaninya di hospital lepas tu diduga pula dengan saya dijangkiti batuk berkahak. 

Memang tak lena tidur siang malam. Dengan Ilhan pula demam menunjukkan simptom yang sama, padahal masa tu lagi seminggu dia nak sambut ulang tahun ke-3. Memang dugaan betul. Mujur kali ni antibodi En Bapak kuat. Dialah runner sana-sini dengan bebanan kerja lagi. Superman betul.
Trademark birthday boy : Tangan tunjuk peace, mata pandang ke lain
Lepas seminggu, alhamdulillah sakit masing-masing beransur pulih. Betul kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pergi macam semut (eh siput ke semut?). Kami meneruskan perancangan asal untuk mengadakan sambutan hari lahir Ilhan di kampung. Lagi ramai lagi meriah kan.

Kami balik petang Jumaat, tu pun dah lambat sebab kipas enjin En Bapak buat hal masuk la bengkel 2-3 jam. Lepas makan, kami bergilir-gilir memandu di sepanjang perjalanan. Maklumlah perjalanan memakan masa 4-5 jam, dengan nak berhenti ke tandas, anak lapar lah, kesesakan dan macam-macam hal. Biasanya kalau balik ke Masjid Tanah, kami lebih suka exit di tol Port Dickson. Syukur, lebih kurang jam 8.30 malam kami sampai. Suka benar anak-anak jumpa atuk dan nenek mereka.

Keesokkan harinya, persediaan majlis yang dijadualkan malam bermula. Pagi-pagi lagi lepas saya siapkan kek coklat dan kek red velvet, kemi ke Family Store Masjid Tanah (nilah satu-satunya pasaraya yang ada pun, bilalah Mydin nak buka di sini) untuk membeli  barang terutamanya krim keju untuk topping kek hari jadi. 

Sekali hampeh, keju punyalah banyak tapi krim keju tak de. Jadi, kami terus pecut ke Tesco Cheng. Nasib baik la ada philadelphia dan lemon. Apalagi, memecut la kami balik semua ke rumah Mak.

Menu mesti ada adalah soto mak - kegemaran ramai ni, ada sate, buah-buahan, roti john, air buah dan mestilah kek buatan sendiri. Senang sangat menyediakannya dan paling penting rupa macam beli kat kedai. . Nanti saya kongsikan caranya ok. Jimat sangat. 

Sekitar majlis.....


Tema kali ni ada Thomas & Friends. Padahal Ilhan baru je layan kartun tu dua tiga kali terus dia minat. Gigih la mencari baju thomas dan mujur En Bapak jumpa kedai online yang menjualnya. So, kek pun haruslah ada paparan si thomas juga. Baru ikut tema katakan. 
Cantik tak kek. Silalah setuju agar saya tak kecil hati. hihihi

Bosan dengan stail bergambar yang sama, balik-balik buat peace, atau tak tengok kamera atau kontrol macho, saya mendapat inspirasi dari internet untuk membuat props tambahan untuk majlis berkenaan. Suka-suka je pun, dan berjaya membuatkan sedara-mara berseronok. Moh tengok wajah-wajah lucu kami.
Ilhan dan Pak Long Luqman
Pak Lang Thalha yang sempoi dan Mak Chik Isyah
Adik badik
Mak Su Auni Ilhan
Kami berempat
Ni ramai-ramai, yang lelaki layan bola kat ruang depan
Sayangnya ikut perancangan asal saya nak buat photo booth tapi memang tak berkesempatan. Kek pun ngam-ngam je disapu topping sejam sebelum majlis dan terus masuk peti ais untuk disejukkan.

Terima kasih pada Mak Ayah yang bertungkus lumus memastikan sambutan hari lahir cucunya berjalan dengan meriah, buat adik-adik yang banyak membantu dan famili Mak Long dan Mak Su yang sudi hadir. Memang sporting habislah Pak Long dan Pak Su, tak sangka!

Buat Ilhan, Selamat lahir sayang, moga sentiasa menjadi buah hati Ibu Ayah dan Abang. Moga Allah lindungi Ilhan di dunia dan akhirat. 






21 August 2013

Selamat Tambah Usia, En Bapak Sayang

Hari lahir En Bapak 14 Ogos lepas sebenarnya. 
Saja buat kelainan sikit saya ajak En Bapak ke Padang Polo, Ipoh untuk acara potong kek simbolik pertambahan usia yang makin matang. 

Sempat lagi anak-anak bermain gelongsor padahal waktu tengahari meremang tu.

Lepas tu, kami ke Restoran Malaysia Raya pekena stimbot. Restoran ni milik bumiputra. Nanti entry lain saya ceritakan ek. En Bapak kata boleh tahan sedap berbanding restoran Joni dan Sha...bu2. Kiranya stimbot paling ok di Ipoh setakat ni.

Ada dua kuah yang disediakan. Tapi, tekak saya masih teringat pada Rossa Passadena, Cameron Highland.

Salam aidilfitri semua. 

24 May 2013

Kami Berkongsi Bulan Kelahiran

Assalamualaikum, 

Amboi, lama betul ko bercuti Jah (eh apasal guna Jah teringat lak Ummu Jah yang kena tangkap kat KLIA tu). Sebenarnya (bagi alasan la tu), saya buka blog hari-hari tapi setakat tengok kat new post dan kemudian dok blog walking sana sini sinun.

Sebelum tak perasan masuk bulan Jun, baik saya update mana yang patut. 12 Mei lepas adalah besday Khalish yang ke-4. Kejap je dah besar kamu nak. Dulu masa keluar merengek sayup-sayup je sekarang bak halilintar di tepi telinga kalau menangis. Doa Ibu semoga Khalish menjadi anak yang soleh dan sihat walafiat hendaknya. 
Sambutan hari lahir Khalish telah lama dalam perancangan kami. Cadangnya untuk sambut sekali dengan Mak Sunya (adik bongsu saya) yang jatuh pada 11 Mei. Namun oleh kerana 12 Mei kami akan balik ke rumah mentua, maka kita awalkan sehari ye.
Pada mulanya nak buat kecil-kecilan, setakat minum petang dan jemput saudara mara berhampiran. Ingat nak buat piza, agar-agar dan kek saja. Tup...tup Ayah minta ditukar pada sebelah malam. Menu kemudiannya ditambah dengan soto Mak yang super mabeles dan sedikit buah-buahan.
Alhamdulillah, keluarga Mak Long dan Mak Su sudi datang. Baru meriah. Terima kasih pada mak-mak dara Khalish yang sudi beri hadiah. Dah habis majlis baru perasan yang kami tak ambil gambar ramai-ramai sebab rasa macam sibuk sangat membakar Piza. huhuhu


Bukan setakat tu, Khalish kemudiannya diraikan oleh Ninda dan Atuknya (mentua saya) di Petaling Jaya. Alhamdulillah, rezeki kemudiannya dikongsi bersama kawan-kawan tadika Khalish. Kami bungkus goodies yang berisi cupcake, air kotak dan jeli. (untuk bagi budak-budak lagi hepi, cupcake lelaki dapat watak Ben10 dan ultraman manakala perempuan dapat watak barbie) 
Seminggu kemudian iaitu pada 19 Mei, hari lahir saya pula. Tak de nak makan kek bagai sebab rasa macam dah masuk ke alam tulang akan mula rapuh dan sel-sel awet muda akan mula terhakis. huhuhu...Agak tak tahu juga bila En Bapak bertanya mahu makan di mana. Tahun lepas dah makan kat Sharin Low. Eh, macam dah lama je tak makan kat nasi lemak ayam kampung (eh apehal besday makan nasi lemak). Last-last tekak saya memilih untuk ke Kenny Rogers. Nak panggang ayam bukan reti pun, jadi kita reti makan je lah kat situ. hew...hew..hew. Ilhan yang lebih-lebih makan sebenarnya. 

Syukur, terima kasih Allah atas limpahan nikmat dan kasih sayang-Mu.

27 October 2012

Ilhan Sudah 2 thn

Hari ini hero kedua saya, Muhammad Ilhan Amsyar genap dua tahun.

Terima kasih kerana menceriakan hari-hari Ibu, Ayah dan Abang dengan keletah dan ragam adik yang membuatkan meter darah turun dan naik.

Doa saban hari Ibu, adik menjadi anak soleh yang akan mendoakan Ibu dan Ayah kelak. Moga adik membesar sebagai kanak-kanak yang cerdas dan pintar. Sayang selalu.

22 May 2012

4 Kek di Hari Lahir

Syukur alhamdulillah, tanggal 19 Mei lepas saya menginjak ke usia 29 tahun. Yey...nampaknya saya masih berada di lewat usia 20-an dan oh tidak, tahun depan masuk ....? *tak nak memikirkannya.

Tidak seperti tahun-tahun sudah, saya selalu menghubungi mak untuk mengucapkan terima kasih kerana melahirkan saya dengan jayanya, kali ini tepat jam tujuh pagi emak terlebih dahulu menelefon dan mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Amin....

Tahun ini, saya tidak terasa nak minta sebiji kek hari lahir daripada suami aka En Bapak . Namun, saya gembira kerana beliau memberi keizinan sekaligus 'membiaya' yuran kelas membuat kek pada hari berkenaan. Hasilnya, secara tidak langsung saya dapat mempelajari empat jenis kek (pandan delight, lemon cheese kek, kek epal dan black beauty kek) yang kemudiannya menjadi kek hari jadi. Bijakkan saya? hihihi...

Usai solat maghrib, kami anak beranak kemudiannya ke Restoran Haji Sharin Low di Greentown untuk menikmati makan malam sempena ulang tahun saya. Serius cakap, udang goreng mentega di sini memang terbaik. 5/5 bintang.

Walaupun turut memesan beberapa hidangan sampingan seperti daging stik cina, kacang panjang goreng telur asin dan tomyam seafood, namun tumpuan saya lebih terarah kepada si udang. En Bapak yang sebelum ini menggemari tomyam mengatakan kelazatan kuahnya terganggu dek rasa daun limau purut yang terlalu mendominasi keseluruhan rasa.

Satu perkara lagi, mungkin di lain masa saya tidak akan memesan jus limau dan asam boi sebab rasa pahit mengganggu tunas rasa saya. Tapi, saya lihat En Bapak selamba saja menghabiskan air tersebut. Yer...jangan membazir. 

Hari kelahiran saya tahun ini lebih meriah kerana adanya tiga hero yang sentiasa mendampingi saya di sisi. Terima kasih atas kasih sayang B dan anak-anak. Sayang kalian sangat-sangat. 



31 October 2011

Ilhan Amsyar Setahun (part 2)

Plan asal adalah untuk menyambut hari lahir Ilhan yang jatuh sehari awal bersama Mak Su nya (SIL) di rumah MIL di PJ.

Namun, atas sebab yang sayang untuk dielakkan, maka hasrat itu terbatal dengan sendiri. Makanya, tema sambutan kecil-kecilan sangat sesuai dengan keluarga kecil kami. 


Hari setahun Ilhan bermula awal pagi di klinik desa berhampiran. Kebetulan temujanji untuk suntikan pertamanya jatuh pada hari yang sama. Sebab dah tunggu hampir sejam lebih, Ilhan naik bosan dan penat lalu terus rasa gundah gulana bila bertemu nurse.

Yang kelakarnya, Khalish langsung tak mahu masuk bilik nurse sebab trauma. Kelakarla Khalish ni, time orang pandai dia menyibuk, time diri sendiri cabut lari. hihihi

 Sebagai ingatan, Ilhan sekarang dah 9,7 kg (hampir seberat sekampit beras 10kg) dan tinggi 75cm. Patutlah sejak kebelakangan lengan saya cepat lenguh bila mendukungnya. Masa dibilik suntikan terus gelabah lalu menangis.



Sebelah petang, acara wajib yang sedap adalah memotong kek. Jangan tak percaya sayalah tukang buatnya tau. Mendapat inspirasi membuat kek tanpa telur ini ketika menjengah ke dapur Ummi, Kuantan.

Sangat senang, jimat dan sedap. Seronok bila melihat dua beradik comot sana sini bila makan ganache coklat. Tapi, hampir fengsan bila mereka menyapu kesan coklat di sofa kesayangan. iskh...



Selepas itu, masing-masing menggambil tempat menonton Appalam (cerita Papadom versi tamil) di TV2. En Bapak layan sampai habis tu.

Gusar sambutan setahun Ilhan yang simple, En Bapak membawa kami ke KRR untuk makan malam. Ada menu promosi berbaloi-baloi untuk ayam dan ikan bakar hingga hujung bulan ini.
Sedap sosnya. Ilhan makan dengan berselera sekali. Ayam, ikan, muffin, coeslow, makaroni, mashed potato, pendek kata semua mahu dimakannya.


Biar pun sambutan yang simple, kami hanya mahu menggembirakan anak-anak dan mahu mereka tahu kami sentiasa menghargai kehadiran mereka dalam hidup kami suami isteri.

Abang dan adik adalah harta Ibu dan Ayah paling bernilai.

Sayang selalu.

Notajari:
En Bapak kini jauh di mata. Saya dan anak-anak sabar menanti kepulangannya hari Ahad ini. Beliau ke lawatan kerja ke negara jiran. 

28 October 2011

Ilhan Amsyar Setahun (part 1)

27/10 genap usia Ilhan setahun.

Saya asyik mengenang momen melahirkannya setahun lalu. Kejap-kejap melihat jam dan bercakap dengan En Bapak...

: eh, time ni saya dah mula sakit kan?
: time ni saya dah ditolak ke labor room kan>
: 7.11 pg -- yahuu, Ilhan dah keluar.
: 8.30 pg -- time ni masih kena jahit, rasa nak menyepak nurse sebab sempat lagi bergosip.

Syukur, sebab lepas melahirkan Khalish secara caesar, saya mendapat peluang melahirkan Ilhan cara normal. Perasaan seolah-olah bersalin anak pertama. Bila mengenang saat itu kembali membuatkan saya sangat beremosi.

 

Saya mahu Ilhan tahu momen untuk melahirkannya ke dunia ini selepas menginap dalam rahim Ibu selama 9 bulan bukan suatu tugas yang mudah.

Dan tugas saat-saat sebelum kelahiran itu bertambah menduga sejurus Ibu telan minyak selusuh yang dipercayai membantu memudahkan proses kelahiranmu.

Tidak dapat digambarkan bagaimana kestabilan emosi dan keberatan fizikal mengganggu tidur malam ibu. Lagi bertambah walang apabila melihat ibu-ibu mengandung lain di wad sebelah menyebelah lena diulit mimpi.

Sekejap-sekejap ibu bangun berjalan ke sana sini sambil melakukan teknik pernafasan, setengah jam sekali ke bilik air untuk membasuh muka dan membuang apa yang patut. Itu belum dicampur dengan sesi kira mengira apabila bertemu juru rawat. ...oh, baru 2cm, lepas tu 3cm, lepas tu 4cm...barulah Ibu dibawa ke bilik bersalin.

Kasihan pada Ayah adik yang terpaksa bermalam di surau hospital bersama bapa-bapa lain. Hinggakan bantal comel dalam kereta yang dibawa bersamanya hilang dirembat orang. huhuhu...

Kasihan juga pada Abang Khalish yang mahu ikut Ibu ke hospital jam 4 pagi dan ditinggalkan dua hari bersama Nenek di rumah. Mujurlah Nenek sudi datang dari Melaka untuk membantu kita.

Ibu mahu Ilhan tahu, Ibu cuba bertahan sedaya upaya untuk melahirkanmu secara normal meskipun ada risiko menanti. Ibu percaya kekuasaan Allah melebihi segala-galanya.

**Selama ini saya asyik mendengar cerita dari orang katanya sakit melahirkan ni rasanya seperti orang sembelit nak membuang. Serius, saya rasa benda tu lawak sebab masa Khalish tak rasa macamtu) sampai bila sendiri rasa baru faham apa yang dikatakan itu benar belaka.**

Ibu yang ketika itu mamai selepas diberi ubat tahan sakit sedikit keliru antara rasa nak tidur- sakit perut-nak meneran buang air besar-dan cara meneran yang bagaimana diperlukan untuk mengeluarkanmu.

Mujur ada bidan dan nurse yang sangat-sangat bersemangat membantu mengajar cara mengawal pernafasan dan meneran. Dan berkata ...yes, yes, yes bilamana saya berjaya meneran dengan cara yang betul.

Walaupun Ayahmu ada disebelah sambil memegang tangan dan menampung kepala ibu, namun diamnya seribu bahasa membuatkan Ibu sedikit geram. **walaupun Ibu tahu Ayahmu juga terkejut dengan situsi kali pertama ini, agak-agaklah B oii...bagi isteri ekstra booster untuk meneran. hehehe...

Ibu pasti Ilhan juga sangat-sangat bergelut untuk keluar sendiri kan. Yea...kita sama-sama berjuang untuk hidup. Hingga saat tangan Ibu mencapai rambut Ilhan, Ibu tahu anak Ibu ini bergelut untuk mencari jalan keluar. 


Akhirnya, tepat jam 7.11 pagi suara rengekan manja Ilhan kedengaran. Saat memegang dan mengucup Ilhan kali pertama 'segar dari perut' tidak Ibu lupakan sampai bila-bila.

Semoga Ilhan membesar sebagai anak yang pintar dan cergas. Menjadi hamba Allah yang taat serta menjadi kebanggaan Ibu dan Ayah.
Ibu amat menyayangimu. Selamat Hari Lahir yang pertama, sayang.

Wassalam.

nota jari: Patutnya entry ni 27/11, broadband asyik edge je. Sakit jiwa.





22 October 2011

Hari Berendam @ Sungai Klah

*Macam biasa ini adalah entry tertunda*

Khamis lepas adalah hari berendam sekeluarga. Istilah yang wujud kerana kunjungan kami buat kali pertamanya ke Sungai Klah, Sungkai Perak sempena sebahagian hadiah hari lahir Ilhan hujung bulan ini.

Plan asal adalah ke Lost World of Tambun namun Felda Residence Hot Springs Sungai Klah aka Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungkai Klah, menjadi pilihan kerana saya dan anak-anak masih belum menjejakkan kaki ke sana. En Bapak pernah berkunjung ketika zaman bujang dulu.

Khalish, yang sangat suka melihat sungai di tv teruja bila mendengar Ayahnya akan membawa kami mandi di sungai. Namun, perjalanan hampir dua jam dari Ipoh menyebabkan Khalish dan Ilhan sempat melelapkan mata. Oleh kerana off day En Bapak jatuh pada hari bekerja, TRAP seolah-oleh menjadi kolam milik sendiri kerana kurang daripada 15 pengunjung pada hari berkenaan.
Apa-apa hal, makan tengah hari di cafe dan solat Zuhur wajib dilaksanakan dulu sebelum aktiviti mandi-manda diteruskan. Di sini disediakan dua jenis kolam mandian. Satu, kolam air gunung dan kedua, air panas. Kami memilih untuk mandi di kolam air gunung dahulu.
Tengok saja gelagat Khalish dan Ilhan bila berjumpa air yang banyak. Maklumlah di rumah hanya mandi dalam tab plastik dan baldi saja. Bila jumpa air, Khalish seronok mengapungkan badan dengan pelampung yang di beli di salah sebuah kiosk. (dh la RM10 kurang angin lak tu). Berlainan Ilhan yang pada mulanya blurr melihat abang dan Ayahnya asyik bermain air. Namun akhirnya Ilhan secara spontan menginjakkan badan dan kakinya seolah-oleh membuat gaya sotong bergerak di dalam air.
Siap ada gerakan tangan seolah-olah belajar berenang. Gelagat anak-anak kecil ini sangat menghiburkan hati saya dan En Bapak.
Hampir dua jam berendam hinggakan bibir Khalish bergetar kesejukkan, kami kemudiannya bergerak kira-kira 100 meter ke kolam air panas. Sebelum masuk, sila basahkan diri anda dengan air tempayan yang disediakan. Bila jejak je kaki ke dalam kolam, fuhh...panas betul. Tipsnya adalah, masuk kolam cepat-cepat dan duduk diam-diam dalam 10 saat dan mesti badan akan biasa dengan suhunya.
Khalish dan Ilhan mula-mula macam tu juga nak larikan diri sebab panas, tapi saya dudukkan mereka atas batu dan biarkan kaki menjulur ke dalam air. Dah lama sikit barulah masukkan diorang dalam air.

Air panas dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya lenguh-lenguh badan, sakit sendi, rheumastim, arthritis, sukar tidur, gatal-gatal dan sebagainya. Namun, bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dll anda dilarang mandi di sini.
Selepas membersihkan diri bersama anak sorang satu, kami akhirnya pulang melalui laluan pejalan kaki berkayu untuk melihat sendiri sumber aliran air panas semulajadi. Punca air di sini ada yang mencecah 100 darjah celcius. Gamaknya, kalau biawak jatuh dalam ni maunya jadi biawak rebus. hohoho...Bau seakan telur rebus menyelubungi kawasan ini.

Ekstra :
TRAP diuruskan oleh Felda Plantation Resorts
Bayaran masuk : Dewasa RM10, kanak-kanak RM8
Kemudahan : Kolam Air Panas, Kolam Air Gunung, stesen merebus telur, taman herba, surau, cafe, kiosk makanan dan cenderahati serta tempat penginapan.
Selain itu, turut disediakan tempat parkir yang luas di luar dan di dalam (berhampiran kolam air gunung). Namun parking dalam hanya dibuka hujung minggu bermula jam 5 petang hari Jumaat.

Lagi satu, silalah beli pelampung diluar dan pam angin secukupnya.

Ok, lain kali ada rezeki kita datang lagi masa bukan hujung minggu. Wassalam.

16 August 2011

Tiramisu Untuk Suami

14 Ogos lepas adalah hari lahir suami terchenta saya. Agak lama mengupdate untuk entry yang sepatutnya dibuat pada hari berkenaan. Belum seminggu lagi kira story masih 'segar' lah kan?

Plan sebelum oven rosak adalah untuk membuat red velvet cake yang dah diidam-idamkan sejak Mei lalu. Namun, selepas memikirkan 'kekangan mood' untuk membuat kerja-kerja pembakingan (tatabahasa rosak disitu) kalau oven dibeli baru, maka saya buat-buat tak inginkan oven baru.

Makanya, selepas membuat beberapa research resepi, saya memberi tiga pilihan kek (2 daripadanya perlu dikukus dan 'segera' seperti tiramisu ni). Akhirnya, En Bapak mengundi untuk kek tiramisu sempena ulangtahun ke 31 beliau.

Awal pagi lagi kami dah bergegas ke Jus.co untuk membeli bahan-bahan kek. Saya frust sebab ladyfingers tak de. Saya cuma beli biskut butter kopi untuk dibuat hiasan.

Paling penting kek span yang telah siap. Saya plan untuk membuat kek bulat bersaiz besar, namun yang ada saiz paling kecik. (mana cukup, kot-kot lah sedap, kang nyesal tak buat lebih).

Konon nak cari di Tes.co - tapi tak de. Pergilah menjajau kedai kek dari Taman Meru-Jelapang-Silibin-Manjoi. Hampeh, semua tak buat kek span, ye lah masing-masing sibuk bikin biskut raya (hadoi ai, tak pertimbangkan faktor itu).

Sudahnya, kami kembali ke kedai bakeri di Taman Meru. Saya terus membeli kek marble saiz panjang. Saya fikir, kita yang buat kek tu, pandai-pandai sendiri la nak buat macamana.

Lepas balik, saya tak tunggu lama sebab jam 1.30, takut lewat pula, maklumlah kek ni kena simpan sejuk 4 jam lebih, baru sedap.

Kek yang bersaiz panjang saya belah dua dan dipotong tiga lapis untuk diisi frostingnya. Resepi dan cara-caranya saya rujuk menerusi Myresepi.com.

Jeng...jeng...jeng....akhirnya, waktu memotong kek tiba juga, berdebar juga menanti reaksi En Bapak kek yang dihasilkan. Yeah, mungkin rupa paras tak berapa macam kedai kek, namun harap dimaafkan sebab ni pestaim dok deco2 kek ni.

Komen beliau, frostingnya sedikit manis namun masih boleh diterima. Bagi saya pula, tiramisu ini akan lebih sedap jika sirap kopinya dilebihkan dan kalau ditambah sedikit jus lemon, dapat rasa ala-ala kek keju kopi gitu.

Dapatlah diagih-agihkan pada kawan En Bapak yang datang dan jiran sebelah. Siap minta resepi lagi tau.

Apapun, saya berpuas hati kerana walaupun pestaim buat, kek ni sangat sedap dan resepinya teramatlah mudah. Mungkin lepas ni boleh mencuba resepi chef hanieliza pula.


notajari: Kos keseluruhan kek adalah separuh daripada harga di bakeri. Beratnya 1.3kg berbanding 1kg yang dijual. Namun, nilai sebenar ketika menghasilkannya adalah sebakul penuh kasih sayang untuk besday Dad. Selamat Hari Lahir, B. I Love U so much....


17 May 2011

Limpahan Keju di KRR

*entry tertunda*

Sempena besday Khalish baru-baru ni, kami belanja Khalish makan makanan kegemarannya. Walaupun dia tak cakap nak makan apa bila ditanya, namun bila hidangkan sosej, pasta, kentang dan keju, laju je dia makan.

Selepas sesi kudap-kudap kupkek kat Padang polo, kami terus je Jusco Kinta City untuk lunch.
Kami cerkira-kira antara nak makan piza dan kenny rogers namun akhirnya kami memilih untuk mencuba menu terbaru KRR iaitu Bangers & Mash.


Basicnya dua batang sosej ayam premium dan kentang putar. Lepas tu, macam biasa la boleh pilih nak sos apa - cheese, smoked bbq, original atau blackpepper. Beserta dua hidangan sampingan dan home-made muffin KRR. Saya pilih sos cheese, macaroni cheese dan fruit salad untuk Khalish.

Manakala En Bapak memilih Kenny's Chicken Meal. Kami pesan dua hidangan saja sebab portion makan kat sini sangat banyak, cukup untuk makan bertiga. Akhirnya, menu yang ditunggu-tunggu tiba. Limpahan keju mozarela atas pinggan memang mengasyikkan. Bergabung lak dengan kentang putar dan sosej n pasta bercheese lagi.

Perghh...rasa bagai dalam syurga keju. Masih terasa-rasa kat tekak ni. Cubalah...harganya cuma RM17++.


Nota jejari: Tak tahulah less fat...less salt...less calorie ke tak. Sana sini keju. hehehe....

12 May 2011

Khalish Sudah Dua Tahun

Hari ini genap Khalish dua tahun.

Aduhai...bagai diflash back kenangan sewaktu Khalish sembilan bulan dalam perut Ibu, masih terdengar-dengar suara rengekan pertamamu, sesi golek-golek, meniarap, merangkak hinggalah saat dirimu memulakan langkah pertama.

Memori itu seakan berlaku dalam sekelip mata. Macam semalam jer rasa berada di hospital dan melahirkannya. Alih-alih hari ni dah dua tahun. Malah, operate kat perut pun masih terasa sengalnya.

Ada kala, Khalish meragam tak tentu pasal, naik angin walaupun tiada taufan dan manja tak kena masa buat Ibu kurang sabar, namun anak tetap anak. Kasih Ibu tidak akan putus disebabkan itu. Khalish tetap anak yang Ibu sayang, anak yang Ibu hargai.

Ibu sedar setiap anak itu adalah anugerah dan amanah Allah. Ibu tahu anak soleh adalah harta paling berharga buat setiap mereka yang bergelar ibu dan ayah. Itu impian Ibu agar Khalish mendapat title anak soleh yang akan mendoakan kesejahteraan Ibu dan Ayah di alam kubur kelak.

Khalish, sepanjang hayat ini Ibu akan sentiasa mengenangkan senyuman manismu, kerlipan mata sepetmu yang 'gatal', ciuman memujuk di pipi Ibu bila Khalish nampak Ibu hilang sabar dan keletah lucumu yang membuatkan semua perasaan amarah bak disimbah dengan air sejuk.

Sesungguhnya anak Ibu, Muhammad Adib Khalish, Ibu titipkan doa semoga kamu bergelar anak yang soleh, berjiwa besar, bijak menentu masa depan yang cerah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Ketahuilah Ibu dan Ayah amat menyayangi Khalish dan Ilhan dan kami berusaha memberikan yang terbaik untuk kalian. Semoga sentiasa ceria, sihat dan cerdas sayang.

Wassalam.

18 August 2010

Kisah Disebalik Oreo Ciskek

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah, hari ni genap seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa. Bagi saya yang berbadan dua ni, masih lagi mampu berpuasa tanpa sebarang halangan.

Walaupun bila tiba waktu tengahari, si kecik dalam perut ni kadang kala mengeliang-geliut menari ala hip hop yang membuatkan perut saya senget ke kiri dan kanan - mungkin kerana lapar (cheh...padahal perut ibunya yang lapar) - namun saya gagahkan jua menyuruh si kecik bersabar hingga waktu berbuka. hehehe....


>Khalish berposing dengan ayahnya sambil sabar menanti waktu berbuka<


Entry ni bukanlah terkini tapi taklah berzaman sangat, ia mengenai sambutan besday suami tercinta pada 14 Ogos lalu. Kira oklah kan, belum seminggu lagi pun, kan...kan?

Saya hanya mampu membelanja suami piza sinar ramadan yang direquest dan membuat oreo ciskek. Selain tu, saya sempat buat puding konnyaku jelly medley dari blog En Mat Gebu. Kuih-muih dan cendol kami beli di bazar ramadan stadium Ipoh.

Ada kisah disebalik oreo ciskek yang saya buat, cuba tengok gambar kejadiannya yang terlebih warna coklat - mula-mula saya nekad membuat resepi yang saya nampak kat blog Ummi, Pahang yang femes tu. Ok, sume barang berpandukan list resepi. Alih-alih sampai rumah baru saya perasan patutnya keju krim tu saya beli 2 ketul, tapi beli satu (250g) la pula.

Saya gelabah, maklumlah 1'st time nak cuba buat ciskek. Saya search lagi resepi lain yang bersesuaian dgn keju krim 250g tapi pada masa sama saya dah ikut cara-cara membuatnya. Tawakal je lah.

Alih-alih sedang elok kek tu dah masuk dalam oven dalam 10 minit gitu, saya jumpa lak resepi ciskek versi lain kat blog Kak Inahar, hah...cantiklah tu resepi dia guna 250 g keju krim, tapi...yang buat saya frust tu dia tambah 3 sudu tepung gandum lak. Alahai...kek saya dah selamat masuk oven. Biarlah....


>close-up sikit, jangan terliur yer...<

Sambil tu dok blogwalking, jenguk balik blog Kak Inahar nak habiskan baca resepi tadi, sekali dalam tu ada kata bila dekat 30 minit pi tutup kek tu dengan alum foil nak elakkan bahagian atasnya hangus. Berlari saya amik benda tu tapi alih-alih dengar oven dah berdenting menandakan waktu memasak dah tamat. hahaha...tu pasal hangus sikit atasnya.

Tapi, kesimpulannya, rasa ciskek ni sangatlah sedap - ni komen OS lah- kalah SR. Kos beli bahan pun tak sampai RM30 dan dapat makan berulang kali. Betullah, ciskek ni simpan lebih lama lagi sedap. Lenkali saya nak ikut resepi dalam blog Kak Ina lak. Mabeles...Mabeles....Khalish pun puji "hmmm....sedapnye...".

14 August 2010

Selamat Hari Lahir, Cinta Hatiku....


p/s: Entry ini khas ditujukan untuk suamiku yang tercinta. Dan untuk tatapan anak-anak bila dah besar nanti.

Hari ini....14 Ogos 2010

Selamat hari lahir yang ke-30, B.

Meskipun baru 2 tahun menjadi rakan kongsi dari segala segi namun ini adalah tahun pertama kita menyambut besday awak dalam keluarga kecik kita.

Saya masih ingat...lepas 2 bulan kita bernikah, besday awak pun tiba. Kita sambut besday awak kat rumah mama (awak kan anak mak) secara kecil-kecilan (potong kek dan makan k-f-c). Time tu tak silap saya hadiahkan awak baju, kan2...?

Tahun pertama kahwin / tahun lepas saya tak dapat sambut besday dengan awak sebab masa tu saya masih lagi dalam tempoh berpantang di kampung. Tapi, awak dirai dengan gembiranya oleh keluarga di PJ. Kesian awak tak dapat hadiah masa tu, sebab saya dah hadiahkan Khalish untuk awak. hehehe.

Tahun ni pulak..nak bagi awak ape ek? Ha...sebelum tu mengenai impian awak yang acapkali mendambakan Blackberry adalah sangat mendukacitakan kerana nak kasi hadiah mahal-mahal pun sekarang ni saya bergelar surirumahtangga sepenuh masa jek tapi kalau setakat belanja makan tu no problem laaa…

Oh ye, awak request nak berbuka pose dengan piza ayam sinar ramadan kan? Pastu awak nak saya buatkan oreo ciskek ye? Ok...pagi ni kita pergi beli barang buat ciskek ok. Harap-harap menjadi sebab saya dah dapat resepi yang mabeles dari internet.

Maka...sempena hari lahir awak ni..saya doakan awak supaya dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi sebaik-baik kesihatan dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Saya juga mendoakan awak menjadi hamba yang sentiasa mengingati Allah, anak yang soleh serta suami dan ayah terbaik untuk anak-anak kita. Amin...

Ketahuilah....saya amat mencintai awak...walaupun sekarang ni saya dah jarang ucapkan (fahamilah mood isterimu yang bermuatan sarat nih) tapi dalam hanya awak yang bertahta di hati saya. Love U so much :D.

24 May 2010

Mini Celebration 2010

Selepas beberapa hari tertangguh akibat lebihan hormon M = malas. Hari ni saya melunaskan hutang bergambar mengenai sambutan 3+1 (12 Mei: besday Khalish, 19 Mei: besday Ibu Khalish dan 31 Mei: ulangtahun ke-2 perkahwinan saya dan Ayah Khalish).

Sambutan kecil-kecilan dibuat memandangkan keluarga yang lain berada jauh di mata. huhuhu... Apapun, ia diadakan ekslusif untuk keluarga kecik kami bagi menjimatkan masa dan kos??? Tak de kek besar - sebab saya risau diabetes semasa hamil akan datang kembali (walaupun saya suka makan kek SR) selain Khalish juga ditegah makan benda yang terlalu manis atau masin).

Jom layan gambar sajalah ye...

Saya buatkan mini muffin kukus kurang manis untuk sarapan Khalish. Tak perlu risau soal manis. hehehe...


2 jenis kek SR kononnya kek besday saya dan Khalish. huhuhu....Sangat sedap ok. Lupakan soal manis dan kalori seketika.

Lepas makan Piza Thai dan Lasagna kat PH, teringin makan Laksa Sarawak kat Laksa Shack la pula. Nafsu resaksa betul.

Makanan kegemaran Khalish bila ke kedai mamak - Roti nan cheese...setengah keping dia sorang je.


Makanan yang paling special antara semua- dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Orang Sebelah saya. Penne goreng dan air serbat (koktail+soda+susu sejat+ais). Bertambah membelon perut acik...

Sekian laporan jalan-jalan-makan-melantak dari saya. Alhamdulillah...

20 May 2010

19 Mei yang Indah Nan Syahdu


Semalam...19 Mei 2010
Alhamdulillah usia saya kini sudah bertambah matang lagi setahun.
Syukur kepada Ilahi atas rahmat kesihatan yang baik, fikiran waras dan kebahagiaan bersama suami, Khalish, baby dan keluarga tercinta.

Perkara pertama yang saya selalu lakukan apabila tiba hari lahir adalah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mak yang melahirkan saya 27 tahun lalu. Jasa Mak dan Ayah dalam membesarkan, mendidik dan mencurahkan kasih sayang tiada yang setanding di dunia ini.

Semoga Allah memberikan ganjaran tertinggi atas kesabaran dan ketabahan mereka ketika membesarkan saya 5 beradik. Moga Allah memanjangkan usia, murahkan rezeki serta memberi kesihatan yang baik kepada mereka berdua.

Kepada suami tercinta, terima kasih atas kecintaan dan keprihatinan melayan segala kerenah isterimu ini. Sesungguhnya kehadiranmu dan anak-anak menjadikan hidup ini lebih beerti.

Terima kasih jua kerana sudi menjadi Chef untuk makan malam yang hebat semalam. Bukan senang nak merasa air tangan B ni. Sangat terharu ok!!

Next entry saya akan postkan sambutan 3+1 kami yang berlangsung semalam ye. Wassalam...

Notakaki: Teringat zaman sambutan besday masa zaman sekolah dulu, tapi taklah sampai kena gantung sekolah macam yang terjadi kat Negeri 9 tu. huhuhu....

12 May 2010

Selamat Hari Lahir, My Baby Boy!!


Kejadian : Hari Ini...Setahun lalu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Hospital Pakar Putra (PHSM), Melaka

Saya ditemani Mak dan Orang Sebelah (OS) yang bergegas dari Ipoh pada hari sebelumnya tiba di PHSM kira-kira jam 8.30 pagi. Orang nak bersalin secara normalnya akan berasa sakit sebelum melahirkan, tetapi saya datang ke hospital dengan rasa gembira, gemuruh dan takut.

Dah la diturunkan betul-betul di ruang kecemasan, saya yang memboyot ketika itu, memakai baju t-shirt dan berbaju sejuk serta berkain batik (hahaha...fikiran saya - konon berpakaian begitu senang nak tukar baju dan bersalin) diterpa dengan pembantu hospital yang membawakan kerusi roda.

Saya selamba berkata, "Tak pe...akak masih boleh berjalan lagi,". Saya dan Mak kemudiannya naik ke tingkat lima untuk ke bilik pelahiran. OS masa tu mencari parking, menguruskan bayaran pendaftaran dan kemudiannya datang ke bilik berkenaan.

Tak lama lepas tu, Datuk Dr Khoo Kim Eng yang bertanggung jawab 'memaksa' saya untuk bersalin seminggu lebih awal (kerana dikesan kekurangan air ketuban dek diabetes semasa lewat kehamilan dan demi keselamatan bayi) datang membuat pemeriksaan dan memberi ubat cetusan bagi mempercepatkan kelahiran.

Sangat sakit bab cucuk mencucuk di ruang privasi okey. Sumpah rasa nak terajang je doktor time tu!!! (tips bagi mereka yang 1'st time nak bersalin, time dr check pintu rahim hendaklah anda menarik nafas sedalam yang mungkin bagi mengurangkan kesakitan, rilekskan peha anda ok. kalau rasa nak sepak dr, silakan....hahaha).

Hingga jam 10 pagi, Dr datang kali kedua memeriksa bukaan pintu rahim dan hanya 1cm saja terbuka. Saya kemudiannya diberi ubat untuk membuang air besar, tak samapai beberapa saat - saya dah rasa nak buang air dan mujurlah toilet beberapa langkah saja - tapi sisa kumuhan tak keluar pun).

Jam 12, perut saya dah mula rasa memulas dan kontraksi yang dirasa masih boleh dikawal minda dan emosi. Saya ditemani seorang nurse tua yang setia memantau wayar-wayar yang ditampal di perut saya (untuk denyutan jantung bayi dan graf kesakitan) malah kerap kali tersengguk akibat mengantuk.
Kadangkala, OS datang menjenguk saya juga Emak yang turut mengalirkan air mata melihat keadaan saya.

Masih berputar di ingatan, OS yang cuba menenangkan saya membantu mengurut belakang untuk mengurangkan kesakitan. Ada sedikit rasa haru melihat kasih seorang suami namun kemarahan mula memuncak bila dia melawak menyuruh saya -push...push......huh..huh..huh...- hishh...rasa nak belasah je OS time tu.

Tak lama kemudian, Dr datang buat kali ketiga dan ulang-periksa bukaan kat bawah tu - adui...2 cm ok. Kesakitan yang dirasai ketika itu - selang 5 saat- tersangatlah sudah sampai kemuncak sampaikan saya cakap pada Dr Khoo," Tak de cara lain ke nak periksa bukaan rahim, Dr?,". Tak suka betullah Dr main seluk-seluk ni," . Dr Khoo hanya tersengih melihat gelagat orang yang beremosi pertama kali nak jadi ibu.

Graf pelahiran menandakan sepatutnya sudah sampai waktu saya melahirkan baby namun laluan untuk mengeluarkannya masih belum terbuka. Dr mencadangkan saya untuk melahirkan secara C-Section bagi menyelamatkan bayi daripada kelemasan. Hanya lirikan mata pada suami yang mampu saya berikan dan persetujuan akhirnya dicapai untuk menyelamatkan bayi dan diri sendiri.


Akhirnya tepat jam 4.10 petang, ketika saya mabuk ubat dan melihat darah yang melalui tiub-tiub berselirat di sisi, suara tangisan kecil yang selama ini ditunggu-tunggu kedengaran. Perasaan sukar digambarkan bagaimana rasanya bergelar seorang ibu.


Berada dalam dakapan buat kali pertama, melihat dia membesar hari demi hari, melalui proses tumbesaran langkah demi langkah, keletah, ragam dan kemanjaannnya membuatkan saya sedar betapa beruntungnya memiliki anugerah Allah yang tidak ternilai ini.

Saya bersyukur dan insaf kerana berpeluang melalui pengalaman seorang ibu dan melalui apa yang pernah dialami oleh Mak saya ketika melahirkan, emmebesarkan dan mendidik kami 5 beradik. Sesungguhnya, Mak adalah sumber inspirasi saya dalam melalui liku-liku kehidupan.


Buat anakanda Muhammad Adib Khalish, Selamat Hari Lahir Ibu ucapkan. Semoga Khalish menjadi anak soleh yang bakal membanggakan Ibu dan Ayah. Semoga anakanda berjaya di dunia dan akhirat. Amin....

(Notakaki: OS kata cerita kelahiran Khalish dah basi, tapi bagi saya macam semalam je melahirkan Khalish. Sebelum ni tak sempat buat catitan kelahirannya. Sekadar sebagai tatapan memori masa hadapan).