28 June 2010

Cerita Terkini


Assalamualaikum,

Alamak bersawang, berdebu dan berhabuk2 blog saya nih. Lama sungguh tak berupdate. Selalu blog walking ke blog kengkawan je. Nak masuk entry baru asyik bertangguh-tangguh je.

Bermacam aktiviti - balik kampung pertengahan bulan lalu (jumpa mak ayah tersayang, pergi kenduri kawin kawan sekolah, n dapat makan laksa thai hasil air tangan mak su yang sangat sedap), famili mentua datang bertandang, gitu gini, akhirnya saya mengabaikan blog yang tak seberapa ni. wakaka...alasan mengalahkan kesibukan seorang menteri pembangunan wanita.

Saya sekarang dah masuk 5 bulan 2 minggu dan 5 hari. Perut makin maju ke depan (nasib baik berat baru bertambah 3.3kg), baby pun makin aktif beriadah dan berenang2. Jantina? Jangan tanya lagi sebab dah 3 kali scan baby asyik dok tunjuk montots pada skrin. kekeke...

Jumaat lepas saya baru mendaftar checkup dengan klinik desa di Chemor. Sebelum ni, checkup di Poli Ar-Ridzuan - klinik panel OS. Datang pagi-pagi (sebelum kol 8 dah terpacak depan klinik) tak ramai orang. Turn nombor 2. Amik urin, check darah bagai - akhirnya saya masuk ke bilik pemeriksaan. Acik misi yang peramah mula check perut, tanya bermacam soalan dan beri penerangan yang secukupnya.

Katanya darah saya tak cukup pekat - bawah 10.4 (siap tulis dengan pen merah dalam buku tu). Advnya kena makan lebih banyak zat besi - cth makan hati, kerang, sayur hijau spt bayam, minum susu 2x sehari dan dicadangkan makan ubat dengan jus oren. Saya diberi 2 minggu untuk pekatkan darah @ hemoglobin.

Masa peknenkan Khalish pun saya menghadapi masalah yang sama, tapi berjaya mengatasinya. Harap kali ni pun sama gak kerana kali ni pening, pitam dan cepat penat kerap mendatang.

Bercerita mengenai Khalish pula - sekarang dia dah mula berdiri dan bertatih 2-3 tapak. Keterujaannya nak 'dapat kaki' sangat terserlah ditambah pula bila dipakaikan kasut. Bawa saja dia luar rumah sambil pegang tangannya - meleju je dia melangkah macam pro gamaknya. Bila ajak masuk, confirm mengamuk sebab nak berjalan je kerjanya. Aduhai...

Now, dia dah faham beberapa ayat yang diungkapkan kepadanya - bila cakap

1. "Khalish...tolong amikkan ibu mainan tu (depan mata dia) - laju je dia amik bagi kat tangan.
2. Bila dia dah berdiri depan tv sambil tekan punat on/off "Khalish...cannot2x..." - terus dia buat-buat jalan pegang almari tv tak pun dia terus duduk atas lantai.
3. Bila ayahnya balik (selalu dah maghrib) - "Khalish, ayah dah balik (sambil matanya tengok ada cahaya lampu kereta ke tak di balik langsir), baru dia merangkak pergi ke pintu.
4. Bila saya kata, "Khalish lapar nak makan bread/ biskut ye?" - dia jawab dak...(nak lah tu).
5. "Pergi main dengan ultraman/adik bear" - confirm dia pergi ke tempat mainannya yang terletak bawah tangga. Siap dia terbang2kan lagi ultraman tu, bear pula ditimang2kan macam dia kena timang.

Selera makannya pun makin bertambah- saya seronok bila dia nak makan macam-macam. Tapi...bukan sebarang, masih lagi dalam pemantauan. Nak masak pun saya bertambah rajin - saya buatkan makanan yang lembut-lembut dan senang dikunyah spt dorayaki, apam, cekodok manis + oat.

Selalunya OS yang larang saya jangan bagi makan itu ini, tapi belakang saya dia yang bagi anak makan apa yang dia larang pada saya. (ada ka patut??)

Rasanya cukuplah setakat ini, rasa nak gelap mata lak bila tengok PC ni lelama. Ada cerita kita kongsi lagi eh. Harap tak bosan membaca celoteh saya ni. Semoga semua sihat selalu dan salam sayang.

Sekian, wassalam.

04 June 2010

Rasa nak meraung, tapi....

Entah kenapa pagi ni Khalish lebih aktif daripada biasa. Aktif yang bagaimana? Ya....Khalish membantu saya 'menyemakkan' lagi keadaan ruang tamu yang sedia semak.

Barang permainannya saya dah susun chanteks2....masukkan dalam kotak yang mana ada kotak lagi. Mainan kecik2 saya masukkan dalam bakul yang orang bikin buat hamper tu. Bear, mainan patung dan kad imbas saya susun elok2 letak semua dalam playmate dia.

Saya ke dapur untuk masukkan baju dalam mesin basuh, tak sampai 5 minit saya dengar bunyi balingan yang bertalu-talu. Saya tengok, kereta, ultraman, telefon, itik semua kena baling di setiap penjuru. Saya : Tak pe, mungkin Khalish tak puas main lagi. Saya biarkan dia bersendirian bersama permainannya.

Sejam kemudian, saya kemas permainannya sebab saya nak menyapu. Saya cakap dengan Khalish duduk atas baby sofa dia elok2 sambil tengok Lost. Habis menyapu, Khalish hilang dari sofa, tengok dia dah mula aktiviti selongkar barang mainan yang saya letak bawah tangga.

Ahahaa...Huhuhu...Iskhiskhiskh...Ibu rasa nak meraung sebab badan rasa letih sangat pagi ni berkemas barang permainan Khalish. Bukan sekali dua tapi dah 6x. Aktiviti membaling permainan seakan terapi buat dia. Bila dah membuat balingan, dia akan tengok mana permainan itu jatuh. Adus....

Biasanya tak delah dia macam ni. Belum lagi bab dia mengusik koleksi majalah Rasa, PaMa, Mami n Baby saya kat almari tu. Belum lagi perhiasan yang sebelum ni bertugu atas almari tv - habis dia jatuhkan. Pewww....

Khalish, oh Khalish, Ibu nak marah tak sampai hati sebab khuatir mengganggu perkembangan pembelajaran Khalish menerusi aktiviti bermain. Simpan mainan tempat lain, kesian pula dia tercari-cari mana permainannya.

Hmm...macamanalah agaknya cikgu-cikgu tadika yang sabar melayan kerenah belasan atau puluhan anak muridnya ye? Nak marah, anak orang. Sudahnya....kemas jelah walaupun terpaksa merungut berbakul-bakul dalam hati.

Ibu : Khalish, dah main, kemas semula ye. Masukkan dalam bakul macam ni.
Khalish : (tang...tang...tang...mainan dicampakkan ke sana sini)
Ibu : Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Iskh100x.

03 June 2010

Antara Cili Jeruk, Ikan Pekasam dan Jeruk Ikan

Salam semua,

Kali ni nak bercerita mengenai tiga jenis makanan yang membuatkan saya kecur air liur (surppp...) sejak ngandung kali kedua ni. Kalau ada cili jeruk dgn ikan pekasam / cili jeruk dan jeruk ikan, lauk lain tak de pun tak pe.

Cili jeruk ni - senang je sapa nak buat. Memula...eceh...dah mcm blog resepi lak.
1. Hiris cili hijau (dlm 10 biji) ikut suka sampai habis.
2. Masukkan dalm bekas yg siap sedia berisi cuka + air suam (2:2) + garam + gula. (dlm kes ni saya guna botol sos spagetti)
3. Gaul / goncangkan sebati. Biarkan semalam lagi syok.
Boleh juga dimakan dgn mee/ bihun / kue teow goreng.

Masa zaman belajar dulu, saya ada seorang teman berasal dari Kedah, setiap kali naik cuti sem je benda wajib dia bawa balik adalah sebalang jeruk cili akar. Pergh...pedas berhantu bila makan. Dia ni memang hantu pedas, dah la masak nasi goreng cili padi, bolehlah pulak dia berulamkan jeruk cili akar. Kitorang satu rumah ni dah masuk toilet berkali-kali, dia selamba je tak de ape-ape. Mungkinkah itu rahsia dia jadi slim balik selepas bersaiz XXXL beberapa ketika???

Saya mengenali ikan pekasam dan jeruk ikan bila datang ke Ipoh. Sapa lagi kalau bukan Orang Sebelah (OS) yang memperkenalkannya. Kat Melaka mana da 2 benda ni, nak-nak saya tinggal kat tepi pantai, sah-sah kami makan ikan fresh je. kekeke...

Tips nak beli ikan pekasam ni, saya cadangkan kalau yang nak beli homemade tu, beli yang baru dibuat dlm tempoh 3 hari. Pengalaman saya, opss... OS terbeli ikan yang betul-betul terlebih jadi pekasam di pasar besar. Secara luarannya nampak elok je, tapi bila goreng hancus semacam malah isinya dah tak ummpph...

So, better beli yang kilang buat. Pembuatannya lagi meyakinkan dan isi ikan lebih tahan lama apabila dibungkus dalam plastik secara vakum. Tambahan pula rasanya bertambah enak bila disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar.

Ikan pekasam yang popular di Perak ni dibuat di Lenggong. Macam-macam jenis ada - antaranya seperti lampam, tilapia, puyu, sepat, jelawat dan loma. Paling sedap - ikan sepat. Sepaket ikan pekasam biasanya dijual dalam lingkungan harga RM2.50 hingga RM3.50 bergantung kepada berat dan saiz ikan.

Cerita mengenai ikan jeruk lak, saya rasa yang paling best setakat ni, made in Pulau Pangkor. Tak silap dia jeruk dgn minyak kacang. Bau dia mengancam betul. Biasanya saya tengok orang gunakan ikan tenggiri untuk buat jeruk ni. Tips menggoreng : adalah menggunakan 3 sudu minyak masak.

Baru-baru ni, saya teringin nak makan ikan jeruk. Tak dan nak gi Pangkor, OS dpt cari kat Tesco je. Made in Balakong tapi rasanya mai dari Thailand. Lepas digoreng dan disertakan dengan bawang dan cili goreng serta diperah dengan limau kasturi, si Khalish nangis pun macam tak dengar je. (hehehe...dasat betul ibu dia!!).

Apakah motif saya bercerita mengenai makanan di atas? Sebab saja nak bagi korang semua kecur air liur. hehehe...Dah time lunch, jom makan. Saya nak gi goreng jeruk ikan lagi nih. Slurrp.....