25 April 2009

SEBAB AKU LELAKI!!! (Dedikasi untuk mereka yang bakal @ bergelar AYAH, PAPA, DADDY & sewaktu dengannya)

Terima kasih ayah...

Suatu ketika ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya yang sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya terbongkok-bongkok, disertai batuk-batuk.

Anak perempuan itu bertanya kepada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah kian hari kian membongkok?". Demikian pertanyaannya, ketika si ayah sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab: “Sebab aku lelaki”. Anak perempuan itu kebingungan sambil berkerut dahi kerana tidak mengerti tentang apa yang dimaksudkan oleh ayahnya. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelai rambut anaknya itu kemudian si ayah mengatakan : ”Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.” Demikian bisik si ayah, yang membuat anaknya itu makin kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, si anak kemudian bertanya kepada ibunya :”Ibu, mengapa wajah ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian membongkok? Dan ayah tidak pernah merungut serta tidak rasa sakit walaupun sedemikian?”. Ibunya menjawab : ”Anakku, seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya memang akan berbuat demikian.” Hanya itu jawapan ibu.

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi bongkok?

Hingga pada suatu malam dia bermimpi. Di dalam mimpinya itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang didengar itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingunguannya selama ini.

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarganya, dia sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung. Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya. Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar kelaparan, walaupun seringkali mendapat cercaan dari anak-anaknya.

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia rela kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia rela berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan hembusan angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya dan yang selalu dia ingat adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya.

"Ku-berikan kesabaran, kesungguhan dan ketekunan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa ada keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya. Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam suasana dan situasi aapapun jua, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

"Padahal perasaannya itu pula telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan ketenangan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesame saudara. Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran kepada anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun sering kali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.

"Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. Kuberikan pada lelaki bertanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga ,sebagai tiang penyangga(sokongan),agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya, dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan di akhirat.”

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia menghampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak mengenggam dan mencium telapak tangan ayahnya. “Aku mendengar dan merasakan bebanmu, AYAH.”

Bersama kita renungi:
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan silaturrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar ALLAH selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya...Amin

(Sumber dari teman untuk teman)

23 April 2009

KOS UPAH SEORANG IBU....

Seorang ibu dan bakal ibu

Kisah ini diperoleh menerusi emel seorang teman. Sekadar untuk muhasabah diri dan renungan kepada kita semua.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.

Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya. "

16 April 2009

Alahai Mertua vs Menantu!!

Akhirnya pergolakan antara seorang ibu mertua dan menantu perempuannya terlerai sudah. Bagi mereka yang follow Mertua vs Menantu melalui saluran Astro Prima episodnya sudah berakhir malam tadi. huhuhu...pasni sudah tentu malam rabu teman tak ceria tanpa watak2 seperti Nurul Ain (Erra Fazira), Datin Faridah (Rozie Othman), Rosyam (Aqasha) dll.

Meskipun Erra julung kalinya berlakon dalam drama namun teman rasa inilah lakonan terkesan yang pernah dibawakan beliau berbanding filem2 yang pernah dibintanginya. Mungkin aura wanita ngah preggie kot.

Memula tengok dulu teman agak sakit hati + geram tgk lakonan ngegada Liza (Raja Farah) tu. Pastu si Rosyam, gedik x-gf Rosyam (tak ingat nama coz geram sgt dgn watak dia) sampai rasa nak cubit2 je bebudak tu. hehehe....nasib baik paras estrogen masih dapat dicontrol.

Apapun, teman puji barisan produksi n pelakon dek idea n lakonan mantap yang berjaya diterjemahkan. Sampaikan menitik air mata teman bila tengok babak Datin Faridah peluk Nurul Ain time dia minta maaf atas kesilapan yang dilakukan. Rasanya lama dah tak tengok drama Melayu yang betul2 membuatkan teman rasa syahdu. Selalu kalau bab2 membazirkan air mata ni time tengok cerita hindustan je. hahaha...

(iklan...) Nasib baik teman dapat mertua yang sporting dan baik hati. Kalau dapat cam Datin Faridah tu tak tahulah teman leh bertahan ke idak. Harap2 bahagialah ke anak cucu...Amin..

Pasni drama 3 Janda. Harap2 jalan ceritanya menarik dan setanding dgn MvsM. Sama-sama kita saksikan episod 1 minggu depan setiap rabu, jam 10 malam, Astro Prima. (terpromo la plak).