30 August 2009

Naluri Keibuanku Tersentuh

Khalish berposing semasa berada di rumah atuk n neneknya di Melaka


Semalam ibu bercadang nak update blog tapi tergendala gara2 melayan khalish yang semakin ligat menghisap jari-jemarinya, permainan, play mate, bantal, baju ibu dan segala benda yang boleh dipegangnya meskipun selepas menyusu botol sebanyak 5 oz. Siap berdecit2 bunyinya.

Adakah ini petanda khalish kelaparan atau giginya nak tumbuh? (tak logik la plak gigi nak tumbuh pada usia 3 bulan lebih- perhatian kepada diri sendiri, sila kurangkan berimiginasi).

Tidur khalish pada siang hari pun tidak lena (nasib baik malam dia tak meragam). Sejak balik Ipoh ni sejam sekali bangun nak menyusu. Walaupun dah 5 oz, selalunya tak habis pun dia akan tinggalkan sedikit. Bila tengok orang makan pula mulalah dia terkulat-kulat.
Akhirnya dek kerana kasihan melihat khalish yang asyik menghisap benda2 berkenaan hampir 2 jam lamanya, maka ibu ternampak bekas berisi biskut oat (ayah khalish punya) dan setelab buah kurma di atas meja. Tingg....idea sudah mari. Apa lagi ibu sambil bertawakal kepada Allah mengambil sebiji buah kurma, membuka sedikit kulitnya lalu menyuakan pada bibir tomel khalish.

Memula dia menolak, mungkin rasanya lain berbanding benda2 yang biasa dihisapnya. (mungkin juga khalish rasa macam kena paksa makan ubat lak - baru2 ni dekat seminggu khalish demam). Namun, setelah beberapa kali membiarkan khalish menjilat2 kurma berkenaan, akhirnya khalish mula menghisapnya dengan penuh asyik. Tangan ibu khalish pegang erat seolah2 tak mahu melepaskan.

Dekat 15 minit juga khalish ralit menghisap buah kurma berkenaan, bila ibu tarik buah kurma dari mulutnya, mulalah khalish merengek.

Waduh...kasihan bangat ibu tengok khalish. Ibu pernah terbaca satu artikel dalam majalah (tak ingat antara Pa & Ma or Mami n Baby), bayi boleh mula makan seawal usia antara 4-6 bulan dan bersedia menerima makanan apabila beratnya bertambah dua kali ganda semasa kelahirannya. (khalish masa lahir 3.2kg, sekarang dah 6kg ++). Namun semuanya bergantung kepada keperluan bayi berkenaan.

Nampaknya ibu terpaksa meminta ayah belikan makanan bayi untuk khalish (walaupun sebelum ni ayah berkeras mahu khalish diberi makanan pada usia 6 bulan > ibu tau ayah trauma kerana teringatkan opahnya memberi ayah makan nasi kanji ketika dalam hari hingga menyebabkan perut ayah tak mengempis sampai sekarang : eleh...alasan). Namun, setelah melihat sendiri keadaan khalish yang kelihatan kelaparan akhirnya ayah akur dan tersentuh.

Ayah kerja hari ni, namun berjanji akan membeli makanan bayi yang sesuai untuk khalish balik nanti. So, nampaknya esok ibu akan mula bagi khalish makan dan tak sabar melihat hasilnya.

28 August 2009

Kembali Ke Pangkuan Suami


Hari ni masuk hari ke-4 ibu dan khalish berada di Ipoh setelah ibu tamat tempoh berpantang 100 hari di Melaka. Perasaan gembira sangat2 bila kita bertiga (ayah, ibu dan khalish) bersatu sebagai keluarga kecil.

Ini adalah cabaran dan pengembaraan baru bagi kita bertiga ;-

Cabaran bagi ibu : akan membesar dan mengasuh khalish dengan sempurna tanpa sebarang bantuan praktikal dari nenek lagi.

Cabaran bagi khalish : menyesuaikan diri dengan suasana baru (termasuk cuaca sejuk kerana Ipoh sekarang ni asyik hujan berbeza dengan rumah atuk dan nenek di Melaka yang sentiasa hangat ekoran berada berhampiran Selat Melaka).

Cabaran bagi ayah : membiasakan diri dengan ‘latihan vokal’ khalish yang begitu nyaring (lebih2 lagi ketika mahu menyusu) sekaligus akan mengejutkan lena ayah di malam hari. Belajar membuat susu dan menyusukan khalish serta menukar lampin bila khalish kebasahan.

Apa2 pun, ibu dan ayah bersyukur kerana kelahiran khalish telah mewarnai dunia kasih sayang kami. Insayaallah, susah senang kita akan lalui bersama.

Kepada geng2 blogger yang mendoakan keselamatan ibu dan khalish ketika kelahirannya pada 12/5/2009 lalu, terima kasih diucapkan. Salam muhibah!