30 August 2009

Naluri Keibuanku Tersentuh

Khalish berposing semasa berada di rumah atuk n neneknya di Melaka


Semalam ibu bercadang nak update blog tapi tergendala gara2 melayan khalish yang semakin ligat menghisap jari-jemarinya, permainan, play mate, bantal, baju ibu dan segala benda yang boleh dipegangnya meskipun selepas menyusu botol sebanyak 5 oz. Siap berdecit2 bunyinya.

Adakah ini petanda khalish kelaparan atau giginya nak tumbuh? (tak logik la plak gigi nak tumbuh pada usia 3 bulan lebih- perhatian kepada diri sendiri, sila kurangkan berimiginasi).

Tidur khalish pada siang hari pun tidak lena (nasib baik malam dia tak meragam). Sejak balik Ipoh ni sejam sekali bangun nak menyusu. Walaupun dah 5 oz, selalunya tak habis pun dia akan tinggalkan sedikit. Bila tengok orang makan pula mulalah dia terkulat-kulat.
Akhirnya dek kerana kasihan melihat khalish yang asyik menghisap benda2 berkenaan hampir 2 jam lamanya, maka ibu ternampak bekas berisi biskut oat (ayah khalish punya) dan setelab buah kurma di atas meja. Tingg....idea sudah mari. Apa lagi ibu sambil bertawakal kepada Allah mengambil sebiji buah kurma, membuka sedikit kulitnya lalu menyuakan pada bibir tomel khalish.

Memula dia menolak, mungkin rasanya lain berbanding benda2 yang biasa dihisapnya. (mungkin juga khalish rasa macam kena paksa makan ubat lak - baru2 ni dekat seminggu khalish demam). Namun, setelah beberapa kali membiarkan khalish menjilat2 kurma berkenaan, akhirnya khalish mula menghisapnya dengan penuh asyik. Tangan ibu khalish pegang erat seolah2 tak mahu melepaskan.

Dekat 15 minit juga khalish ralit menghisap buah kurma berkenaan, bila ibu tarik buah kurma dari mulutnya, mulalah khalish merengek.

Waduh...kasihan bangat ibu tengok khalish. Ibu pernah terbaca satu artikel dalam majalah (tak ingat antara Pa & Ma or Mami n Baby), bayi boleh mula makan seawal usia antara 4-6 bulan dan bersedia menerima makanan apabila beratnya bertambah dua kali ganda semasa kelahirannya. (khalish masa lahir 3.2kg, sekarang dah 6kg ++). Namun semuanya bergantung kepada keperluan bayi berkenaan.

Nampaknya ibu terpaksa meminta ayah belikan makanan bayi untuk khalish (walaupun sebelum ni ayah berkeras mahu khalish diberi makanan pada usia 6 bulan > ibu tau ayah trauma kerana teringatkan opahnya memberi ayah makan nasi kanji ketika dalam hari hingga menyebabkan perut ayah tak mengempis sampai sekarang : eleh...alasan). Namun, setelah melihat sendiri keadaan khalish yang kelihatan kelaparan akhirnya ayah akur dan tersentuh.

Ayah kerja hari ni, namun berjanji akan membeli makanan bayi yang sesuai untuk khalish balik nanti. So, nampaknya esok ibu akan mula bagi khalish makan dan tak sabar melihat hasilnya.

2 comments:

  1. salam

    comel nya khalsih.. khalish baru 3 bulan lebih ya.. mungkin elok tunggu sampai 6 bulan sebelum mulakan dgn solid food..
    kesian kat usus & buahpinggang baby yg belum bersedia utk proses solid food.. lebih2 lagi nestum baby @ baby food yang segera.. sbb byk pengawet & gula.. baby boleh sembelit & sakit usus utk tempoh yg pjg..

    ibu khalish cuba buat lebih banyak pembacaan sebelum memulakan solid food utk baby..

    take care ya...

    ReplyDelete
  2. Hye kak yong. terima kasih atas nasihat. Buat pengetahuan kak yong, ibu dah buat research sebelum mengambil keputusan bagi khalish solid food.
    Setakat ni alhamdulillah khalish dapat tidur dengan nyenyak dan semakin aktif. Sistem penghadamannya pula amat bagus seperti biasa.
    Ibu hanya bagi suku skop yang dicairkan bersama susu formula, dan ibu bercadang untuk memberinya hanya 5x seminggu.
    Apa pun, thanks ye kak yong. Dok Ipoh kat mana?

    ReplyDelete