28 March 2010

Terkena Buatan Orang

Salam ukhwah untuk semua,

Bersawang-sawang sungguh blog saya ni. Maaflah, sengaja saya tidak mengupdate blog kerana kesihatan kebelakangan ni tersangat tidak mengizinkan.

Bila buka laptop je, kepala saya berpinar-pinar, rasa berpusing macam lepas naik roller-coaster dan perut rasa semacam. Tak sempat nak check email dan baca blog geng mesyuarat tingkap, terus saya logout. Tak sanggup nak tunggu lama, sebab kepala rasa nak mereng. Akhirnya, saya menghabiskan masa sendirian (masa ni time Khalish tidur) dengan membaca buku-buku tulisan Abd Jalil Ali atau bermain sudoku.

Bab makan pula, selera saya dah bertukar arah. Semua menu yang berasaskan ayam saya tolak tepi. Tengok ayam kat pasar malam (terutama kaki dan kepala ayam) pun, perut saya memulas semacam, tekak pula jangan cerita kembang seakan ingin memuntahkan laharnya.

Penyudahnya, saya cari makanan masam untuk menyedapkan tekak. Sampaikan saya rela makan ikan kering goreng cicah air asam. Kenikmatannya bila masuk ke tekak tersangatlah sukar diterjemahkan menerusi perkataan.

Pada masa sama, Khalish pula asyik meragam tak tentu pasal - tendang-tendang perut saya, merajuk tak tentu pasal selain menangis sedu sedan bila saya tinggikan suara tegur perbuatannya. Bila malam pula, tak nak tidur dengan saya (siap beralih tempat nak tidur sebantal dengan ayah dia). Itu cerita beberapa minggu lepas, sekarang Khalish dah kembali ceria seperti biasa.

Memula saya pelik juga kenapalah Khalish jadi macam ni. Saya pula beranggapan mungkin perubahan bulan membuatkan Khalish bertindak demikian manakala hormon tubuh saya tak stabil dan membuatkan saya berkeadaan begitu.

Petang esoknya, kami bertiga pergi ke Watson membeli Dip n Tell (pregnancy test kit). Saya sabar menanti ketibaan subuh untuk memulakan sesi ujian kehamilan sendiri. Beberapa saat kemudian, saya yang sebelum itu pejam mata, membuka sebelah mata untuk melihat hasilnya. Glurp....tertelan air liur dibuatnya apabila saya melihat ada dua jalur berwarna merah jambu di atas penanda urin.

- pix credit to google images-
Lantas, saya segera memanjat 16 anak tangga rumah untuk menunjukkan hasil ujian pada Cik Abang. Tanpa berkata-kata, saya dihadiahkan sebuah ciuman. Saya termanggu-manggu sendirian. Kami langsung tidak merancang. Hanya melakukannya sendiri dan nampaknya Allah mengurniakan rezeki secepat ini.

Pengesahan doktor meramalkan saya hamil 5 minggu menguatkan fakta saya 'terkena buatan orang' buat kedua kalinya. Saya tidak pasti samada saya bersedia dari segi fizikal, mental atau emosi. Bila dikenang masa mengandung dan melahirkan Khalish dulu, peluh sejuk saya dibuatnya.

Aduhai...regangan di perut masih belum hilang sepenuhnya. Berat badan saya confirm tak sempat nak turun hingga 50kg. Luka operate ntah dah ok ke belum kat dalam tu, tapi parut dah tak kelihatan. Bukan menolak rezeki, tapi hakikatnya perasaan risau sukar dibuang jauh-jauh.

Risau jika saya tidak mampu melakukan seperti yang diharapkan. Risau jika tak mampu nak menjaga tiga orang (suami + 2 anak) serentak kelak. Risau jika saya tak mampu melahirkan secara normal dan risau jika tubuh badan saya 'membelot'.

Apapun, saya cuba mengambil inspirasi nenek - sebelah ayah yang mampu melahirkan dan menjaga 16 orang anak, nenek - sebelah emak yang mampu menjaga 9 anak dengan sebaiknya dan emak - yang tabah membesarkan kami 5 beradik.



Akhirnya, saya sedar ini adalah lumrah kehidupan bagi seorang wanita. Ini dinamakan pengorbanan untuk membina sebuah keluarga dan kehidupan bahagia. Syukur alhamdulillah...Nampaknya Khalish juga bakal bergelar abang tidak lama lagi. Harap-harap dia gembira kerana tak lama lagi ada teman untuk menemaninya bermain kelak.

Wassalam.

08 March 2010

Salam Takziah Dari Kejauhan


Sumber pix : dari Kosmo Online

Lewat petang semalam, Cik Abang kol mengkhabarkan kejadian malang yang menimpa keluarga teman sebilik saya, Yani yang sama-sama menuntut di MIIM, beberapa tahun lalu.

Beritanya family Yani - Ibu dan 3 lagi adiknya ditimpa kemalangan jalan raya selepas bercuti di Genting Highlands. Kemalangan itu mengakibatkan Yani kehilangan adiknya, Hana Natasya buat selama-lamanya. Manakala, adik bongsunya Kimi dikhabarkan cedera parah. Mujur ibunya dan adik yang kedua, Yana mengalami cedera ringan.

Saya tersentak mendengar khabar buruk itu. Ini kerana hubungan Yani dan saya rapat dan saya pernah menziarah keluarganya beberapa kali semasa kami belajar. Malah, Yani dan adik beradiknya ada menghadiri majlis perkahwinan saya dua tahun lalu.

Apabila mendapat khabar duka sebegini, sudah tentu perasaan saya yang senipis kulit bawang ini agak tersentap dan tersentuh. Saya dapat gambarkan sungguh perit perasaan mereka sekeluarga menghadapi dugaan ini.

Tragedi seperti kemalangan yang membabitkan keluarga, sanak saudara atau teman rapat, sudah tentu tempias sedihnya turut dirasai. Tidak terkecuali saya. Perasaan ini adalah berlainan dengan rasa simpati terhadap mereka yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan diri saya. Dalam erti kata lain, tak kenal langsung. Hanya kenal menerusi berita di kaca tv atau laporan akhbar.

Saya adalah individu yang lewat mengetahui berita sedih ini. Saya doakan dari kejauhan Yani dan keluarga diberikan kekuatan mengharungi situasi yang menuntut kesabaran dengan secekal mungkin. Moga Allah menyelamatkan Kimi yang menja dan murah dengan senyuman itu. Al-Fatihah untuk arwah Tasya. Wajahnya yang manis kekal dalam ingatan saya. Moga Allah menempatkanmu di sisi mereka yang beriman. Amin...

Berita selanjutnya di petik dari Bernama :

Adik Wartawan TV3 Pahang Maut Kemalangan Di LPT

MARAN, 7 Mac (Bernama) -- Adik perempuan wartawan penyiaran TV3 Pahang, maut dalam kemalangan jalan raya di Km 157.3 Lebuhraya Pantai Timur di sini, malam Sabtu, manakala ibu dan dua lagi adik kepada Herryanie Salehin cedera.

Hana Natasya Salehin, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala manakala ibunya, Norkhairol Awang Taram, 46, kakak mangsa, Hizieyana, 23, cedera ringan dan adik lelakinya, Haizal Hakimi, 8, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Ahmad Johari Shahabudin berkata kejadian dipercayai berlaku ketika empat sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan setelah pulang dari pusat peranginan Genting Highlands.

Beliau berkata kemalangan pada pukul 8.15 malam itu dipercayai berpunca daripada kereta Toyota Vios yang dipandu ibu mangsa yang berada di lorong perlahan cuba bertukar lorong sebelum terlanggar bucu belakang kereta jenis Perodua Kancil yang berada di hadapannya.

"Akibat perlanggaran itu, Kancil itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya manakala kereta yang dinaiki mangsa terbabas serta merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak," katanya.

Beliau berkata rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa melambung tinggi sebelum menghempap sebuah lagi kereta jenis Proton Waja yang berhenti di hadapan Wira berkenaan.

Ahmad Johari berkata Hana Natasya, seorang pengusaha pusat cuci kereta di sini, yang duduk di bahagian hadapan dilapor tercampak keluar dari kereta.

Haizal Hakimi pula, katanya cedera parah dengan patah tangan dan kaki kanan serta cedera di tengkuk.

Beliau berkata seorang lagi mangsa yang parah ialah penumpang kereta Wira, Mashasmila Mohd Ali, 30.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Sementara itu, Herryanie yang ditemui di unit kecemasan Hoshas malam Sabtu berkata dia menerima panggilan daripada ibunya yang memaklumkan kejadian itu ketika sedang menonton televisyen bersendirian di rumah.

-- BERNAMA

06 March 2010

Selamatkah Penapis Air Di rumah Anda?

Salam semua,

Siapa yang ada penapis air kat rumah? Bukan penapis teh atau kopi tau. Yang dimaksudkan adalah penapis air yang disambung terus dari paip tu. Wah...ramainya yang jawab dalam hati....saya ada (he3...saya belajar ilmu alam tau). Bagus, saya percaya kebanyakkan anda mempunyai alat yang boleh dikategorikan mesti-ada dalam setiap rumah.

Penapis air yang saya gunakan

Saya percaya anda juga seperti saya, membeli penapis air untuk memastikan seisi rumah mendapat bekalan air minuman yang bersih, tulen dan tidak tercemar. Walaupun dengan penapis air, kita boleh minum terus dari paip tapi saya lebih selesa meminum air yang dimasak terlebih dahulu.

Lagipun, dengan kewujudan pembangunan pesat sekarang ni sumber air bersih makin terhad. Diburukkan lagi pencemaran air di sana sini, maka klorin diguna pakai secara meluas untuk merawat bekalan air di seluruh dunia.

Berbalik kepada penapis air tadi, nak dapatkannya sekarang ni mudah sesangat. Sediakan RM, pilih je mana berkenan antara melambak-lambak penapis air di pasaran dari yang biasa-biasa (harganya dalam puluhan ringgit) hinggalah yang mencecah ribuan ringgit.

Yang membezakannya adalah fungsi sesuatu sistem perawatannya. Macam-macam produk yang menawarkan bukan saja penapisan, penulenan, pengaktifan, berteknologi tinggi hingga berupaya memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum. Ada tu nak hindarkan penyakit pun ada. Canggihkan?

Bukan niat saya untuk bercerita mengenai jenama penapis air tertentu atau mempromosi penapis air yang mana lebih elok sistemnya tetapi mahu berkongsi info mengenai apa yang saya baca dalam akhbar Kosmo! semalam.

Naib Cancelor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang menasihatkan kepada mereka yang menggunakan penapis air sebagai sumber minuman supaya membersihkan penapis air sekerap mungkin untuk mengelakkan pembiakan bakteria.

Ini kerana, katanya terdapat kes penapis yang menjadi pembiak bakteria sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Penapis-penapis air akan menyahkan kandungan klorin, tetapi apabila ia kotor, bakteria mula membiak.

"Kegagalan pemiliknya membersihkan penapis dalam jangka masa tertentu mengakibatkan ia tidak membantu meningkatkan tahap kesihatan, sebaliknya memudaratkan diri pengguna sendiri", katanya.

Tambah beliau, perubahan warna seperti kekeruhan pada air yang keluar daripada paip tidak boleh dikategorikan sebagai tercemar sebaliknya ia ditakrifkan sebagai komponen estatika yang tidak memudaratkan.

Dalam pada itu, Zaini turut meminta orang ramai supaya memeriksa tahap kebersihan tangki rumah masing-masing sebelum mengambil keputusa menggunakan penapis air.

Kata beliau, penyelenggaraan air yang sempurna lebih menguntungkan kerana air paip yag dibekalkan di negara ini masih selamat untuk diminum. Lagipun, ia hanya perlu ditukar sekali dalam tempoh 10 tahun.


So, lepas ni sapa yang dah lama tak cuci penapis air tu, pergilah kasi cuci sampai bersih. Kesian kat dia, mesti dah penuh karat kat badan. Yelah...kalau dok mengharapkan penapis tu yang lindung kita - membiarkan hingga setengah tahun baru nak cuci- serupa je kalau tak pakai.

Pesanan khidmat masyarakat, minum ayor masak banyak-banyak pada musim panas ni k.

Wassalam...

05 March 2010

Logo Halal Asli atau Palsu?

Entry ni diharap dapat membantu kita semua memastikan logo Halal yang dikeluarkan Jakim adalah asli atau sebaliknya. Kredit to sisipan khas Kosmo! berkaitan artikel Bisnes 1 Malaysia 1 Halal.

Halal secara ringkas:

> Berasal dari perkataan Arab bermaksud dibenarkan / dibolehkan oleh hukum syarak.

> Definisi : Semua makanan yang ada di dunia adalah halal kecuali yang mengandungi sumber daripada haiwan yang tidak halal atau haiwan yang halal tapi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

> Konsep halal dalam Islam mempunyai standard nya tersendiri iaitu halalan thoyiban (halal, baik dan selamat) dalam soal makanan dan pemakanan.

Ciri- ciri Logo Halal Malaysia - (Hanya ada 1 sahaja yang dikeluarkan Jakim)



1- Mempunyai bintang berbucu 8 di tengah-tengah bulatan.

2- Terdapat perkataan HALAL dalam tulisan jawi di tengah bintang.

3- Ia diikuti perkataan HALAL dalam tulisan rumi.

4- Bulatan logo tertulis perkataan 'Malaysia' dalam tulisan rumi dan jawi.

5- Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan jawi tersebut.

6- Logo halal hendaklah menepati spesifikasi yang ditetapkan.

7- Logo Halal hendaklah dicetak degan terang pada setiap produk yang dikeluarkan dan dilabelkan pada setiap kotak dan bungkusan.

Maklumat lanjut, sila layari http://halal.gov.my atau http://halaljakim.gov.my

01 March 2010

Bila Anak Tak Sihat, Mood Semua Sakit...


Salam semua,

Dah bersawang rupanya blog saya ni. hehehe... Sejak Khalish tak berapa sihat sepanjang minggu ni, hajat nak masukkan entry baru pun tergendala. Si kecik saya tu asyik nak berkepit je bila demam. Ada jumpa doc semalam, dia kata kalau Khalish masih batuk berkahak dan berbunyi lagi, dia suh datang klinik esok untuk sedut lendir yang dah berkumpul kat paru-paru belah kiri dia.

Alkisahnya, kesihatan Khalish hingga Isnin lepas berada di tahap sihat walafiat. Hinggalah kami bertiga 'melarikan' diri 1,500m dari paras laut untuk mencari suhu sejuk bagi mendinginkan diri yang semakin kering kontang akibat kepanasan melampau di Ipoh. Entry tu 'hutang' cerita dulu lah ye.

Memula sampai je,memang nyaman sangatlah. sampaikan Khalish bantai tidur tak nak bangun. Hinggalah padda waktu malam, Khalish dah mula batuk-batuk kecil. Kami baru teringat, dulu masa Khalish newborn hingga 3 bulan, dia ada masalah lendir tapi taklah sampai tahap membahayakan. Ingatkan dah baik, rupanya masalah itu 'bongkar' kembali.

Disebabkan itu, kami segera menghabiskan percutian itu dengan kadar yang sesingkat mungkin. Wajah Khalish mempamerkan mood keseriusan yang kronik. Susah betul nak suruh dia senyum bila bergambar. Yelah...bila dah tak sihat, mood pun larilah.

Kami balik sehari lepas tu, maklumlah dah book Heritage. Bukan murah regenya. Sesampai je di Ipoh, suhu badan Khalish meningkat sedikit akibat batuk-batuk. Dalam perjalanan, usah cerita berapa kali saya bermandikan muntah. Kesian Khalish, tu boleh tahan lagi ikut jalan Simpang Pulai, kalau laluu ikut Tapah...tak dapat nak bayangkan jalannya yang macam ular kena palu tu.

Esok cadang nak bawa Khalish buat sedut lendir. risau juga tengok dia kurang aktif tak macam biasa, tak lalu makan dan sudah susut sikit badannya. huhuhu...kalaulah boleh dipindahkan kesakitan tu, saya rela menanggungnya. (Saya hargai apa yang dirasai Mak ketika menjaga saya dan adik-adik waktu kami kecil. Terima kasih, Mak!!)

Lepas tu, kami akan balik ke rumah MIL kat PJ. Cik abang ada kursus esok-Rabu. Doakan Khalish saya pulih seperti sedia kala ye.

Wassalam