Showing posts with label ohlelaki. Show all posts
Showing posts with label ohlelaki. Show all posts

25 April 2009

SEBAB AKU LELAKI!!! (Dedikasi untuk mereka yang bakal @ bergelar AYAH, PAPA, DADDY & sewaktu dengannya)

Terima kasih ayah...

Suatu ketika ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya yang sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya terbongkok-bongkok, disertai batuk-batuk.

Anak perempuan itu bertanya kepada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah kian hari kian membongkok?". Demikian pertanyaannya, ketika si ayah sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab: “Sebab aku lelaki”. Anak perempuan itu kebingungan sambil berkerut dahi kerana tidak mengerti tentang apa yang dimaksudkan oleh ayahnya. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelai rambut anaknya itu kemudian si ayah mengatakan : ”Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.” Demikian bisik si ayah, yang membuat anaknya itu makin kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, si anak kemudian bertanya kepada ibunya :”Ibu, mengapa wajah ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian membongkok? Dan ayah tidak pernah merungut serta tidak rasa sakit walaupun sedemikian?”. Ibunya menjawab : ”Anakku, seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya memang akan berbuat demikian.” Hanya itu jawapan ibu.

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi bongkok?

Hingga pada suatu malam dia bermimpi. Di dalam mimpinya itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang didengar itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingunguannya selama ini.

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarganya, dia sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung. Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya. Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar kelaparan, walaupun seringkali mendapat cercaan dari anak-anaknya.

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia rela kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia rela berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan hembusan angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya dan yang selalu dia ingat adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya.

"Ku-berikan kesabaran, kesungguhan dan ketekunan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa ada keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya. Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam suasana dan situasi aapapun jua, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

"Padahal perasaannya itu pula telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan ketenangan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesame saudara. Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran kepada anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun sering kali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.

"Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. Kuberikan pada lelaki bertanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga ,sebagai tiang penyangga(sokongan),agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya, dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan di akhirat.”

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia menghampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak mengenggam dan mencium telapak tangan ayahnya. “Aku mendengar dan merasakan bebanmu, AYAH.”

Bersama kita renungi:
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan silaturrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar ALLAH selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya...Amin

(Sumber dari teman untuk teman)

21 February 2009

Khusus Buat Kaum Adam...Mengapa Kaum Hawa Suka Merajuk? -Siri 1-

Nota : Hasil kajian ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori berusia 25-45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang.
  • Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki / suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan / keinginan wanita itu.
  • Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dlm sesuatu perkara dan pasangan hanya memandangan remeh segala pandangan wanita.
  • Tidak peka terhadap hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
  • Memuji wanita lain di depan isteri / teman wanita.
  • Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri / teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
  • Tidak menjamah makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
  • Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan memerlukan pujian itu.
  • Suami / teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri / teman wanita.
  • Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri / teman wanita.
  • Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
  • Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
  • Tidak suka membeli buah tangan untuk anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
  • Tidak suka berhubung dengan telefon dan sms jika ada kerja luar atau berpergian.
  • Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
  • Sering memberi pujian dan senyuman mesra untuk orang lain tetapi dengan anak dan isteri garang dan tidak mesra.
  • Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri diketepikan.
  • Mudah mesra dengan orang lain tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
  • Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
  • Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
  • Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri.
  • Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat mereka memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
  • Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
  • Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
> Siri kedua mengenai respon kaum Adam terhadap topik ini akan bersambung tak lama lagi. Letih lak jari jemari teman nak menaip. Sabarlah yek....<

19 February 2009

40 Perkara Lelaki Selalu Buat & Kamu Sakit Hati...


1- Bila dia terteleng-teleng kepada seorang gadis cantik lagi seksi tidak jauh dari tempat kamu berada. Walaupun dia sedang bercakap dengan kamu, kamu tahu matanya melekat dan mengekori gadis itu.

2- Kamu sudah menghabiskan ratusan ringgit untuk menggunting rambut dan membeli pakaian baru tetapi dia buat-buat tidak tahu malah langsung tidak berkata apa-apa tentangnya -mengkritik tidak, memuji jauh sekali.

3- Bila dia menjadikan bekas bunga kesayangan kamu sebagai habuk rokoknya.

4- Dia suka mencium kamu, tetapi malas menggosok gigi.

5- Bila dia selalu mengamalkan habit 'penalaan kurang tepat' setiap kali membuang air kecil di mangkuk tandas rumah walaupun sudah berulang kali menegurnya supaya berbuat sesuatu tentang dot2 kuning yang bersepah atas mangkuk tandas.

6- Bila kadang2 / selalu dia membaca majalah dan menonton cd porno.

7- Dia suka melepaskan angin (beserta bunyi dan bau) merata2 tempat dan buat tidak tahu mengenainya.

8- Bila badan sudah naik sedikit dia mula membebel dan menyamakan kamu dengan tong drum. Pokok pangkalnya, kita saja kena slim tetapi dia yang perut jalan ke depan (Pjk) tidak apa.

9- Membandingkan saiz payudara kamu dengan wanita lain, mungkin dengan Pamela Anderson.

10- Membanding-bandingkan punggung kamu dengan Jenifer Lopez.

11- Bila kita berinisiatif lebih daripada biasa utk mendandan dan mencantikkan diri misalnya pakai pupur, krim pemutih dsbnya, responsnya amat sarkatis dan menyakitkan hati," Saya tengok muka awak laguu tu juga!".

12- Tidak ingat hari jadi kamu.

13- Tidak ingat tarikh perkahwinan kamu dan dia.

14- Tidak ingat nombor telefon kamu.

15- Dia ada usaha membelikan kamu hadiah hari jadi tanda ingatan tetapi dia membalutnya seperti membalut ikan di pasar. Konsepnya, "Asal sempat, janji ada, beb!"

16- Dia berjanji kamulah intan payung gunung meletupnya sampai bila-bila, tapi jelas lebih sayangkan keretanya. Kerana bila kamu kotorkan keretanya dengan apa cara (tisu terpakai bersepah, losen tangan tertumpah pada tempat duduk kereta), dia marah bukan kepalang dan masih mengungkitnya walaupun kereta sudah bersih dihantar cuci.

17- Menyolekkan kereta lebih daripada menyolekkan isteri.

18- Bila ereksinya terbangkit kerana melihat wanita lain, dan dia pula mula mengada-ngada macam kucing siam dengan kamu selepas itu.

19- Menyimpan senarai nombor telefon wanita dengan banyak dan bermain sms pula, dan bila kita bertanya jawabnya, "Itu nombor klien saya". Tetapi anehnya bila dia lihat kita menerima beberapa panggilan daripada lelaki lain, dia cemburu bukan kepalang dan kerananya boleh menjadi pertengkaran besar.

20- Apabila dia memberi komen kononnya kerja kamu tidak sepenting kerjanya.

21- Ketika berjanji untuk keluar bersiar2, si dia cepat melenting dan mengatakan kamu terhegeh2 bersiap namun apabila dia berbuat demikian kamu hanya mampu mengutuk dalam hati.

22- Jika satu2 perkara yang sensitif berlaku dan kamu berasa tersinggung atau kecil hati, dia buat2 tidak tahu malah menuduh kamu sengaja membuat perangai.

23- Dia selalu merungut tubuh kamu kurang enak walhal mulutnya berbau lebih teruk daripada itu.

24- Menyimpan gambar bekas teman wanitanya di dalam dompet atau sebagai latar desktop.

25- Bila dia menipu kamu.

26- Apabila kamu merungut coli rosak dan kamu perlu perlu membeli yang baru, dia marah2 mengatakan kamu tidak pandai berjimat cermat. Walhal hakikatnya dia tidak sedar coli2 kamu rosak kerana dia selalu memasukkannya ke dalam mesin cuci, hinggakan talinya putus, rendanya koyak malah dawai mangkuk coli terpelanting keluar.

27- Tidak pernah ada keinginan atau rasa belas mahu menolong kamu di dapur selepas makan - tidak mahu mengangkat pinggan kotor apatah lagi mencucinya, tidak juga mahu menolong mengelap meja. Yang dia buat hanyalah bersendawa, tengok tv sambil mengorek gigi.

28- Bila mengejek bulu roma tangan kamu lebih lebat dari bulu roma kakinya.

29- Makan masakan kamu dengan banyak, dan selepas kenyang dia memberi komen : "Sebenarnya bukanlah sedap sangat tapi sebab perut dah lapar....".

30- Suka memampersendakan ahli keluarga kamu dan memandang rendah terhadap mereka.

31- Bercakap kasar dan mengeluarkan kata2 kesat apabila berselisih faham.

32- Berlaku kurang sopan dan tidak menghormati ahli keluarga dan kawan2 kamu.

33- Melebih2kan keluarganya dan tidak bersikap adil terhadap keluarga kamu.

34- Bila kamu ketawa berdekah2 dan dia tiba2 menegur mengatakan kamu ketawa macam serigala bunting.

35- Tidak pernah bersikap serius apabila kamu cuba membawanya berbincang tentang harapan dan masa depan.

36- Menegur kamu supaya berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat, namun apabila kamu menghidangkan lauk sardin dan sup sebagai hidangan dia menunjukkan muka dan bertanya, "Ini saja lauk yang awak tahu masak?"

37- Tidak berusaha belajar tentang diri kamu.

38- Tidak berbincang dahulu dengan anda apabila dia tiba2 memutuskan hari kamu perlu bercuti dan perlu pulang ke kampungnya.

39- Menyimpan stoking busuknya di dalam kasut berminggu2 lamanya.

40- Bila dia tidak tahu bila masanya dia patut meminta maaf.

(Sumber diperolehi menerusi majalah Eh! Mac-2004 + kajian rambang)