26 February 2013

Penggemar Udang Lipan Harus Ke Sini

Walaupun saya dibesarkan dengan kehidupan sebagai budak kampung yang tinggal berhampiran pesisir pantai, usahkan makan, dengar nama udang lipan pun tak pernah. hehe...Kalau setakat udang galah, udang kertas, udang geragau tu biasalah...

Sejak berkongsi hidup dengan En Bapak barulah saya diperkenalkan dengan udang ni. Dengar pun cuak juga sebenarnya. Sebab saya memang fobia dengan makhluk l.i.p.a.n ni. Saya pernah ceritakan di sini.

Sukar juga nak dapatkan udang ni sebenarnya. Masa En Bapak belum patah buku lali, beliau selalu mendapat tugas ke pasar membeli barangan basah. Kalau di Pasar Besar Ipoh, udang ni hanya dijual di gerai yang menjual ikan dan makanan laut sepinggan RM2. Dapatlah udang tu dalam 8 ke 10 ikut dengan saiznya bercampur kecil dan sederhana besar.

Masa mula-mula beli dulu, siap En Bapak telefon saya supaya mengubah menu yang telah dipersetujui bersama agar diganti dengan satu menu baru iaitu mi udang lipan. Saya setuju saja sebab dah namanya suamikan, jangan derhaka kang tak cium bau syurga. hehehe...

Semasa sesi membersihkan udang berkenaan, saya memang dah geli geleman sebab rupa udang tu betul-betul macam lipan. Malah, kerap kali juga tangan terluka akibat tercucuk kulit, kepala dan ekornya yang keras. Isinya ciput betul sampaikan rasa macam tak berbaloi je nak masak udang ni.

Tapi, bila masak udang ni, fuhh...kalah udang biasa rasa manis kuahnya. Stok udang lipan memang terbaik. Tak caya, leh cuba sendiri. Boleh tengok resepi di sini.

Jadi, bila ke Pantai Remis baru-baru ini, En Bapak berhajat menikmati menu berasaskan udang lipan dengan sepuasnya. Kami ke Razak Restoran Rasaria (3R) di Kampung Ujung Pasir, Pantai Remis. Petunjuknya adalah berhampiran Arena Square Pengkalan Baharu.

Kami adalah pelanggan pertama yang tiba. Senarai menu yang kami baca semuanya berkaitan udang lipan. Akhirnya saya memilih nasi goreng udang lipan, En Bapak sudah pasti memilih mi udang lipan manakala menu tambahan adalah udang lipan platter yang dihidangkan bersama coleslow dan kentang goreng. 
Bagi saya platter yang dihidangkan memang puas. Udang lipan yang siap dikopek kulit dan digoreng tepung menjadikan rasanya seakan ayam goreng kfc hinggakan Khalish yang bukan peminat udang berulang kali memakannya. Saya siap-siap pesan dengan En Bapak, jangan sebut itu adalah udang, silap haribulan Khalish tak lalu menjamahnya.
Nasi goreng yang dipesan rasanya biasa-biasa saja, kurang garam dan pedas. Saya ni harap je orang Melaka, memang tak kuat makan pedas sebab dulu ada masalah tonsil dan sejak itu tak berani nak makan pedas sangat. Lagipun, pesanan makanan biasanya saya berkongsi dengan anak-anak, dan nasi goreng ini juga tidak habis dijamah. Bagaimanapun, lauk iringannya iaitu udang goreng kunyit yang disertakan halia, bawang putih, cili dan daun kari sedap.
Mi Udang En Bapak pula, udang tu memanglah banyak. Sudah siap dikopek kulit mungkin untuk memudahkan pelanggan menikmati isi udang namun sayangnya dari segi rasa kemanisan stok udangnya sudah tiada. 

Bagaimanapun, keseluruhannya restoran ini adalah destinasi tepat untuk penggemar udang lipan serta makanan laut lain memandangkan lokasinya berhampiran Pantai Remis. Selain itu, restoran ini turut menjual isi udang lipan yang siap diproses.




6 comments:

  1. salam kenal..
    housemate saya suka bawak udang lipan ni dari kg dia kat k.selangor tu.. tapi kami tak makan pun sebab nama lipan tu buat kami kembang tekak..tapi bila tengok udang ni dah celup tepung camtu rasa berselera pulak..

    ReplyDelete
  2. kenapa kena ada perkataan lipan?
    uwaaa..ngeri la pulak w,pun penggemar udang

    ReplyDelete
  3. Cik Viva: belum cuba belum tahu. abaikan nama belakangnya. hehe

    ReplyDelete
  4. Kak Irfa: rupanya kalau belum buang kulit ada iras2 cik L tu. Tapi, diakui manisnya lebih berbanding udang lain.

    ReplyDelete
  5. Salam. Selamat berkenalan..
    Pagi ni tertengok jiran beli udang ni. Dia kata buat kari memang sedap amat.. rasa nak cuba pula, nak nak tgk udang celup tepung tu...

    ReplyDelete