15 November 2013

Peminat Nasi Ganja Jangan Meroyan!!

Kredit to: kosmo.com.my
Kat Ipoh sekarang ni kecoh pasal restoran nasi kandar di Jalan Yang Kalsom diarah tutup sebab kotor. Dalam tempoh 5 tahun bermastautin ni tak pernah sekali pun saya jejak makan kat sana walaupun orang Malaysia canang harus ke restoran ni kalau singgah ke Ipoh. 

Kononnya kesedapan Nasi Kandar Ayam Merah aka nasi ganjanya memang tak de tandingan. Kalau ke sana memang akan dengar pemiliknya sebut "vanggey...vanggey..." ajak datang makan kedai dia. Jangan terkejut sebab diorang beroperasi kat kedai cina. Tu kadang-kadang orang kompius restoran ni dengan satu lagi restoran Nasi Kandar Vanggey di Greentown.

En Bapak pun akan merujuk vanggey tu adalah restoran nasi kandar ayam merah. (mungkin sebab mamak tu selalu teriak vanggey....vanggey kot). Bila tanya En Bapak yang juga pernah makan situ (opis dia dekat betul), katanya dia pun tak dapat beza nasi kandar antara kedua "vanggey" tu. Yeah, mungkin beliau bukan peminat nasi kandar sejati. 

Tapi yang tak syoknya, dapatlah satu share ni kononnya Jabatan Kesihatan jumpa najis manusia kat tempat penyediaan masak restoran tu. Lepas tu fitnah kata ilmu hitam la apa. Ishh...ko tak pergi serbuan tu sesedap rasa je share pasal tu. Takkan nak claim kedai mamak satu Malaysia pakai ilmu hitam gak. Tak baik tau. Nak kata mungkin penyebab ramai pelanggan ke situ, ha yang restoran makanan segera tu apa cerita, main ilmu hitam juga ke? Agak-agaklah....yang suka meng'share' pun satu hal main share-share je. Pikior la dulu. 

Penyebabnya adalah tahap kebersihan. Jadi tak payah nak tokok tambah jumpa najis manusia bagai. Selain tu - najis cicak, tikus, kucing dan anjing mungkin ada la dekat-dekat dapur tu (bersebelahan kedai makan tu je pun). Tengok longkang pun tahulah pemilik dia jenis macamana. Tu pun ada orang selera nak makan kat situ. 

Yang dah makan tu, sudahlah usah dikenang-kenang. Dah proses nyah keluar kot bahan buangan tu. Lain kali kalau nak makan tu tengok-tengok tempat sikit. Saya tengok kain tukang masak dia je (masa berhenti tunggu isyarat lampu merah depan kedai diorang) dah rasa loya semacam. 

Boleh pulak ramai yang sanggup beratur panjang depan kedai tu ye. Bila tiba bulan puasa pulak, boleh jual nasi buh dalam plastik hitam. hihihi....Meloya tekak teman!! *peminat nasi ganja, sila jangan meroyan! 14 hari je tutup, tu pun kalau rasa nak layan makan lagi kat situ. (tak paham tekak depa ni, padahal banyak lagi kedai lain yang bersihlah....).

p.s#

1. Restoran Nasi Kandar Ayam Merah dan Restoran Vanggey adalah dua entiti yang berbeza.
2. Vanggey bermaksud mari atau jemput. 


13 November 2013

Feeling Puteri Duyung @ D'Nur Beauty House

Hujung minggu lalu, saya menerima jemputan eksklusif daripada Puan Nurul, pemilik spa muslimah D'Nur Beauty House di Meru Raya untuk mencuba pakej rawatan tubuh yang meliputi sauna, scrub dan mandian susu. 

Selepas balik daripada majlis penyampaian hadiah tadika Khalish di Hotel Heritage, saya pun ke spa berkenaan yang letaknya hanya lima minit perjalanan dari rumah.

Rawatan pertama dicuba, sebelum tu haruslah menghabiskan secawan air putih. 20 minit dalam ruang sauna yang sememangnya panas adalah sesuatu yang kurang saya gemari. Namun...demi mengimpikan badan yang bebas daripada pengumpulan toksin dan lemak, saya gagah menahan panas.
10 minit pertama masih bertahan lagi. Peluh usah cerita ibarat shower yang turun membasahi badan. Masuk minit ke 13 wa...awat panas benor ni, walaupun adik terapis dah pesan supaya memanggilnya jika kepanasan, namun saya cuba bertahan dengan membuka zip beg sauna sikit demi sedikit. Wah...lega la sikit hingga ke penghujungnya. hihihi...tak aci. 

Ingat ye semua, rawatan bersauna turut dikatakan berupaya mengeluarkan toksin dalam badan dan kesannya kulit akan menjadi cerah, bersih dan sihat. Di samping itu, ia turut menyingkirkan selulit yang degil dibahagian perut dan peha. Ecewah...

Lepas tamat sesi berkenaan, laplah segala peluh yang keluar. Rehat sekejap dan sesi menscrub badan pun bermula. Wah...lega je rasa bila ada orang sapu-sapu scrub dan rasa macam sesi urutan pun ada. Scrub ni bertujuan menghaluskan kulit dan menanggalkan sel kulit mati. 
Selesai sesi ni, tibalah masanya kita menikmati mandian pati susu dalam tab mandi. Yahuu...rasa macam zaman nak naik pelamin dah dulu, mandi susu dicampur dengan bunga-bunga. Memang feeling habis.

Berendam dah macam puteri duyung pun ada dah dalam tab tu. Siap dengan gayung tempurung lagi. Nak lelap je rasa sebab syok sangat sebab sejuk, wangi dan selesa. Mandian susu dikatakan akan memutihkan dan menghaluskan kulit malah boleh menghilangkan stress. 

Bab stress tu memang betul rasa sangat berkurangan. Bab putih tu on the way sebab kalau buat sekali memang takkan putih la yang oiii...cer buat dengan lebih kerap. Apa yang pasti, memang rasa bersih sangat sebab segala daki kotoran tersembunyi telah dinyah keluar.

Lepas tu dengan kehadiran pati susu membuatkan kulit terasa selembut bayi. ahaks...over tau. Selesai kesemua rawatan, saya dihidangkan dengan secawan air halia dan sempat berbual-bual bersama Puan Nurul aka Kak Nur sebelum pulang. 

Terima kasih Kak Nur kerana pengalaman rawatan badan yang diberikan dan terapis yang comel (lupa pula nama dia) yang memberikan sentuhan peribadi yang sangat melegakan. Saya sangat menghargainya. Terima kasih daun keladi, kalau sayang jemputlah lagi. hehehe...


p/s: Jom intai-intai pakej bulan November di fb D'Nur Beauty House. Sangat menarik! Lebih molek call/sms/pm Kak Nur untuk booking - 012-5564200.

11 November 2013

Hari Lahir Ilhan Ke-3

Assalamualaikum semua.

Lamanya baru update kan. Sabar je lah.

Sejak Khalish dimasukkan ke wad akibat bronchitis pneumonia pertengahan bulan lalu, mood mengupdate memang ke laut la. Empat hari tiga malam, saya menemaninya di hospital lepas tu diduga pula dengan saya dijangkiti batuk berkahak. 

Memang tak lena tidur siang malam. Dengan Ilhan pula demam menunjukkan simptom yang sama, padahal masa tu lagi seminggu dia nak sambut ulang tahun ke-3. Memang dugaan betul. Mujur kali ni antibodi En Bapak kuat. Dialah runner sana-sini dengan bebanan kerja lagi. Superman betul.
Trademark birthday boy : Tangan tunjuk peace, mata pandang ke lain
Lepas seminggu, alhamdulillah sakit masing-masing beransur pulih. Betul kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pergi macam semut (eh siput ke semut?). Kami meneruskan perancangan asal untuk mengadakan sambutan hari lahir Ilhan di kampung. Lagi ramai lagi meriah kan.

Kami balik petang Jumaat, tu pun dah lambat sebab kipas enjin En Bapak buat hal masuk la bengkel 2-3 jam. Lepas makan, kami bergilir-gilir memandu di sepanjang perjalanan. Maklumlah perjalanan memakan masa 4-5 jam, dengan nak berhenti ke tandas, anak lapar lah, kesesakan dan macam-macam hal. Biasanya kalau balik ke Masjid Tanah, kami lebih suka exit di tol Port Dickson. Syukur, lebih kurang jam 8.30 malam kami sampai. Suka benar anak-anak jumpa atuk dan nenek mereka.

Keesokkan harinya, persediaan majlis yang dijadualkan malam bermula. Pagi-pagi lagi lepas saya siapkan kek coklat dan kek red velvet, kemi ke Family Store Masjid Tanah (nilah satu-satunya pasaraya yang ada pun, bilalah Mydin nak buka di sini) untuk membeli  barang terutamanya krim keju untuk topping kek hari jadi. 

Sekali hampeh, keju punyalah banyak tapi krim keju tak de. Jadi, kami terus pecut ke Tesco Cheng. Nasib baik la ada philadelphia dan lemon. Apalagi, memecut la kami balik semua ke rumah Mak.

Menu mesti ada adalah soto mak - kegemaran ramai ni, ada sate, buah-buahan, roti john, air buah dan mestilah kek buatan sendiri. Senang sangat menyediakannya dan paling penting rupa macam beli kat kedai. . Nanti saya kongsikan caranya ok. Jimat sangat. 

Sekitar majlis.....


Tema kali ni ada Thomas & Friends. Padahal Ilhan baru je layan kartun tu dua tiga kali terus dia minat. Gigih la mencari baju thomas dan mujur En Bapak jumpa kedai online yang menjualnya. So, kek pun haruslah ada paparan si thomas juga. Baru ikut tema katakan. 
Cantik tak kek. Silalah setuju agar saya tak kecil hati. hihihi

Bosan dengan stail bergambar yang sama, balik-balik buat peace, atau tak tengok kamera atau kontrol macho, saya mendapat inspirasi dari internet untuk membuat props tambahan untuk majlis berkenaan. Suka-suka je pun, dan berjaya membuatkan sedara-mara berseronok. Moh tengok wajah-wajah lucu kami.
Ilhan dan Pak Long Luqman
Pak Lang Thalha yang sempoi dan Mak Chik Isyah
Adik badik
Mak Su Auni Ilhan
Kami berempat
Ni ramai-ramai, yang lelaki layan bola kat ruang depan
Sayangnya ikut perancangan asal saya nak buat photo booth tapi memang tak berkesempatan. Kek pun ngam-ngam je disapu topping sejam sebelum majlis dan terus masuk peti ais untuk disejukkan.

Terima kasih pada Mak Ayah yang bertungkus lumus memastikan sambutan hari lahir cucunya berjalan dengan meriah, buat adik-adik yang banyak membantu dan famili Mak Long dan Mak Su yang sudi hadir. Memang sporting habislah Pak Long dan Pak Su, tak sangka!

Buat Ilhan, Selamat lahir sayang, moga sentiasa menjadi buah hati Ibu Ayah dan Abang. Moga Allah lindungi Ilhan di dunia dan akhirat.