Showing posts with label Khalish 6-12 bln. Show all posts
Showing posts with label Khalish 6-12 bln. Show all posts

05 July 2010

Khalish ke Sua Rasa Ipoh


Sabtu lepas kami berpeluang ke Sua Rasa TV9 yang diadakan di Stadium Ipoh. Kami pergi kira-kira jam 5 petang membawa Khalish yang terpisat-pisat lepas bangun dari tidur.

Biasalah bila karnival sebegini, pengunjung datang berduyun-duyun dan parking menjadi masalah utama yang perlu diselesaikan dulu. Mujur stadium ni besar dan kami berjaya mencari parking dalam stadium hoki. Menapak kira-kira 2 km dari tempat parking (pergi-balik 4km). Fuh...pecahlah segala selulit dan lemak kami suami isteri. Khalish tak kira sebab dia duduk dalam stroller jek.

Misi utama kami adalah membawa Khalish ke booth kartun kegemarannya, Upin & Ipin. Malangnya petang tu maskot 2 budak berkepala botak tu tak de pula. Kiranya dapat jumpa gambar poster besar pun jadilah. Seronok lihat Khalish mengenali karektor kembar kegilaan ramai, siap cium-cium lagi kat gambar tu...

Banyak cenderahati yang dijual di booth berkenaan termasuklah bantal berkepala Upin & Ipin, t-shirt, note book, buku mari bersembahyang, majalah serta VCD. Saya akhirnya memutuskan membeli VCD Vol 7 untuk Khalish yang dibeli pada harga RM18.

Suka yang teramat sangat Khalish sampaikan pegang erat tak nak lepaskan VCD tu. Khalish...Khalish...ibu nak simpankan pun tak bagi eh.

Selepas itu, kami ronda-ronda booth dan gerai lain di sekitarnya. Sesekali dapat berasak-asak dengan orang ramai ni syok juga sebab macam-macam gelagat dapat disaksikan. Tapi bila dah lama-lama acik tak tahan panas lak.

Bebola keropok lekor, jus buah naga dan mangga menjadi kudapan petang kami. Masih sempat lagi menyambar sebungkus roti Arab keluaran tempatan yang sangat sedap pada tekak saya untuk dibawa pulang.

Bercadang nak pergi ke booth Tok Guru, nak bersua muka dengan Ustaz Fauzi, tapi orang ramai tak ingat. Ayah Khalish pula sibuk 'menerai' nasib kat booth Galaksi dan Celcom untuk melihat kot-kot la artis yang dia minat (si Sari Yanti) ada datang. Sorry dear, she's not here. muhahahaha...

Yang ada Nora Danish (yang nampak pucat bermekap nipis), Tam, Aziz Desa, Chef Jo dan peserta Akademi Al-Quran. Lain-lain saya tak nampak coz sibuk menjaga Khalish yang sedap makan keropok lekor dan roti Arab.

Menjelang lewat petang, makin ramai lak yang berkunjung. Kami akhirnya menjejakkan kaki ke booth paling akhir iaitu Jabatan Petahanan Awam Malaysia untuk bergambar bersama ular sawa batik. Yang bergambar tentulah Khalish dan ayahnya. (saya penggeli ular, lipas, arnab dan segala bagai jenis haiwan dan serangga ye. hohohoho). Nasib baik Khalish rilek je bergambar dan tak geli-geli macam ibunya.

Bagi saya, karnival ni tak ubah macam Jom Heboh. Cuma Jom Heboh tak diadakan di Perak (kecuali yang diadakan di TLDM, Lumut) atas nasihat mufti. Saya tabik dengan mufti Perak, ada power. Yang paling best, atas nasihat mufti juga, TV9 akur untuk membatalkan konsert Sua Rasa di saat akhir dan menggantikannya dengan rancangan Halaqah.

Saya lihat atas pentas dah tersedia dengan drum dan alat muzik bagai, tapi plan sudah tukar ma... Kesian kat couple-couple yang baru datang kunun-kunun nak chop tempat tengok konsert tapi Aziz Desa umumkan pembatalan acara tu lak. Hehehe...ko tengok Halaqah lagi baik dik. Lagi banyak pekdahnya.

14 April 2010

Gatal Akibat Demam Campak???

Cuaca di Ipoh (terutama kawasan Meru Raya) sekarang ni membahang sungguh. Sampaikan saya sendiri kerap nak pitam macam kekurangan oksigen dan angin. Kalaupun nampak mendung, tak semestinya hujan nak turun. Kalau hujan pun, tak sampai 5 minit dah berenti.

Bila malam, saya selalu berdoa supaya Allah menurunkan hujan dengan selebatnya sekaligus membasahi bumi Meru Raya ni. Tak lupa, saya berangan-angan untuk tidur lebih lena bersama Khalish walaupun suhunya tak sedingin Cameroon Highlands.

Tapi, paling kasihan anak bujang saya yang baru baik dari demam beberapa hari lalu menanggung dugaan - kepanasan + kegatalan + kemiangan. Dah masuk hari ke-3 dia mengalaminya. Memula, kami ingat Khalish kena ruam dek kerana kebahangan cuaca.

Namun, bangun dari tidur pagi semalam muka dan badannya dah merah semacam. Cam gegata pun ada, cam jerawat merah tak jadi pun ada. Bila tengahari, mulalah dia rimas tergaru sana sini. Setelah dirujuk kepada kedua Ibu dan Ibu Mentua, mereka mengatakan mungkin Khalish kena campak.

Tersangat simpati dan kasihan, kalaulah boleh dipindahkan gatal tu pada saya sure saya garu pakai sikat. Teringat zaman kanak-kanak kena demam campak dulu, habis saya kena tibai dengan daun bambu oleh arwah moyang (moga Allah merahmati rohnya). Siap mandi air rebusannya selain minum air kelapa yang ditawar dengan bermacam doa.

Kat sini mana nak cari daun bambu, tanah sekangkang kucing depan rumah ni ada rumpun serai dan lalang je. Takkan nak tibai pakai daun tu kot? huhuhu...sengal ok.

Pastu, kami bawa dia gi klinik panel malam tadi. Tapi...siapa sangka kami diberitahu doktor bertugas pun tak sihat. Aduhai...dugaan. Klinik lain kami tak rajin nak pergi sebab dah biasa dengan servis Poliklinik Ar-Ridzuan. Pastu, kami pun balik. Mungkin bila berada dalam kereta berpenghawa Khalish rasa selesa sikit. Bila peluh tak kuar, dia still boleh tahan lagi.

Kami bercadang bawanya ke klinik lepas Hubby habis kerja malam ni. Nak tahu apa kata doktor mengenainya. Jap lagi saya nak mandikan Khalish dengan air kelapa yang dibeli oleh Hubby kat Batu Gajah. (kebetulan dia ada assignment sana, then terus belikan). Dah bagi minum ayor kelapa tadi tapi sikit-sikit je Khalish minum, muka pelik je.

Harap-harap anak bujang saya ni cepat sembuh.

Wassalam

03 April 2010

Khalish @10 bulan



Salam semua,
Seperti yang dijanjikan hari ni saya nak bercerita mengenai perkembangan terkini Khalish. Permata hati saya sekarang semakin kerap belajar untuk berdiri. Apa sahaja yang boleh dijadikan tempat berpaut, dia sedaya upaya menggunakan kekuatan otot tangan dan menolak kakinya untuk berdiri.

Memandangkan kami tiada sofa (malas nak fikir angkut barang banyak-banyak kalau berpindah nanti), maka Khalish menjadikan tangga, kerusi, tepi katil malah Ayah dan Ibunya tempat berpaut untuk berdiri.

Rasa seronok tengok keletahnya berusaha untuk berdiri, raut wajah yang bersungguh-sungguh dan keterujaannya terserlah bila berjaya berdiri sendiri. Siap nak bertepuk tangan dan melepaskan tangan. Aduhai anak Ibu, risau jatuh ke belakang dibuatnya.


Berat Khalish sekarang ni dah mencecah 8.8 kg dan berketinggian 75cm. Cuba perhati pix Khalish di atas, dia sekarang dah ada 4 batang gigi. Gigi atasnya tersangatlah kiut...gigi kapak okey. Walaupun dah pandai gigit biskut, hirisan buah-buahan, mainan dsbnya Khalish masih belum mampu mengunyah dengan betul.

Sebagai contoh, kalau bagi dia hirisan epal, dia akan gigitnya besar-besar dan terus telan. Lepas tu mesti terserdak. So, bila bagi dia makan sesuatu saya akan ajar dia gigit kecil-kecil, kumam dan telan. Makanan rasminya adalah nasi lembik campur kentang, lobak merah, atau bayam, ikan rebus / ikan goreng / ayam. Bahan perasanya adalah ikan bilis yang digoreng tanpa minyak dan dikisar.

Lain-lain makanan sampingan seperti roti cicah susu, oat + susu serta makanan yang saya rasakan sesuai untuk diberi.

Mari kita layan aksi Khalish berlatih di atas tangga baru-baru ni.

Sebelum naik, kita posing dulu....Babachaakkk!!!


Eleh, orang nak snap gambar, buat-buat main lak dia....


Ada iklan best pulak, landinglah kejap...


Sekian kali ini.
Wassalam.

12 February 2010

Hepi Bestday Khalish - 9 Bulan


Salam semua,

Just nak gitau anak bujang saya dah masuk 9 bulan hari ni. Alhamdulillah, sihat walafiat dan makin lincah mengawal anggota badannya. Sejak dah boleh mara ke depan ni, Khalish bertambah seronok explore keadaan sekelilingnya.

Rumah saya kelihatan sangat berserabut sekarang ni. Mana barang-barang perhiasan kecik yang selama ni cantik je tersusun rapi now kena alihkan coz Khalish akan anggap sebagai barang mainannya. Dia pun dah mula 'berkenalan' dengan anak-anak tangga. Adui...kalau 'dah dapat kaki' nanti, alamatnya main naik-turun-terjunlah jawabnya.

Gigi Khalish masih lum bertambah lagi. Baru 2 batang. Hobi baru dia sekarang, suka menggigit lengan dan bahu saya yang gebus ni. Mungkinkah dia mengikut tingkah laku saya yang suka menggigitnya saban hari? hehehe...

Nak senyapkan dia yang merengek minta dukung senang je. 1) Bagi biskut kat tangannya. 2) Bagi tengok Wonderpet (confirm tercaduk je kepala depan tv). 3) Naikkan atas stroller.

Khalish juga sekarang dah pandai suka menonton iklan. Tapi hanya sebahagian yang ada lagu berentak perlahan dan mempunyai gambar yang menarik perhatiannya. Antaranya iklan susu yang ada budak nyanyi "Ibu...Ibu engkaulah ratu hatiku...'. Tak pun iklan Digi - Mudah saja... Malah, slot cuaca seluruh dunia tajaan Colorland (tak silap) dalam Buletin Utama pun dia layan. kekeke

Yang tak leh tahan, Khalish mesti tak duduk diam bila kami berada di meja makan. Confirm dia nak join sekali dan mula menghampiri kami dengan harapan 'tolonglah angkat, saya pun nak join'. Tapi kami wat donno je - pujuk sikit-sikit dan teruskan menikmati hidangan. Bukan apa, agak sukar nak pegang dia sekali coz tanggannya amatlah aktif mencapai pinggan nasi dan mangkuk lauk. Adoi...

Sudahnya, dia akan berhelah untuk masuk ke bawah kerusi dan meja makan. Nangis sikit-sikit dan buat-buat terhantuk kepalanya kat kaki kerusi. Kami yang gelabah ni, cepat-cepat basuh tangan, dan bila di angkat boleh lak si kecik ni gelak. Fuh....sabar-sabar....

Salah satu rutin harian Khalish yang saya rasa berjaya kami corakkan adalah, bila waktu malam, Cik Abang yang akan menidurkan Khalish. Tapi sebelum tu, Khalish akan mendengar Ayahnya membaca buku cerita bergambar. Kadang-kala Khalish respon bila dibaca dengan suara yang berbagai-bagai. Seolah-olah faham lagaknya.


Saya bangga melihat dua beranak itu menghabiskan masa bersama walaupun hanya beberapa minit. Maklumlah, siang - sepanjang hari Khalish menghabiskan masa bersama saya. Manakala Cik Abang pula keluar mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Apapun, saya rasa Khalish berpeluang bermanja dengan Ayahnya pada waktu malam. Walaupun beberapa minit, namun waktu itu mampu mengeratkan lagi hubungan mereka anak beranak. Tepat jam 10, Khalish tahu siapa yang perlu didekati untuk membawanya tidur. Saya pula? Dapat waktu bersendirian - mengemas, menonton tv dan bermain Sudoku. Syukur...

Setakat ini, wassalam.