30 August 2012

Adam Hawa dan Aisya Sofea

Sejak Isnin lepas jam 10, saya dah terpacak depan tv untuk drama adaptasi dari novel Adam & Hawa. Sebarang gangguan daripada suami dan anak-anak kurang dilayan bagi tempoh 30 minit berikutnya. Kalau ada iklan bolehlah ditunaikan sepantas kilat. hihihi

Sebab drama ini dilayan satu sebab saya minat karya novelis berkenaan. Dua, sebab ada Aaron Aziz (tapi tengok cerita juga), dan tiga saya suka dengan Global Station macam saya suka RadiusOne. 

Saya ada membuka fb Global Station esp mengenai cadangan mengenai watak heroin untuk drama berkenaan. Naik kelakar juga sampai ada sentap hati dan tak nak layan drama ni semata-mata heroin pujaan bukan menjadi pilihan GS. 

Biasalah nama-nama top aktres seperti Rita Rudaini, Nora Danish dan Izara Aishah menjadi pilihan ramai. Ibarat kata pembaca tegar fb sesuai dengan watak yang dibayangi seperti dalam novel. Pendapat masing-masing kan, lain orang lain pilihannya.

Bukan nak cakap apa, kalau kak Rita agak kureng sesuai sebab dah nampak macam sebaya Aaron la pula padahal watak Ain baru lepas SPM. Kalau Nora Danish ok manis dan comel tapi macam ada kureng di situ, dan Izara Aishah nampak sedikit 'kasar' dan 'tegang' ketika berlakon. Ini adalah sekadar pendapat peribadi saya. Mungkin kalau Sharifah Amani or Tiz Zaqyah boleh masuk senarai.

Tapi, selepas tiga episod yang saya tonton, pendapat saya pemilihan Nadiya Nissa sebagai heroin serasi digandingkan dengan AA. Serius sesuai walaupun sebelum ni saya hanya perasan dia berlakon sekali dua. Mungkin ada yang berpendapat Nadiya ni kureng rupa komersial untuk tatapan mata mereka. Tapi, saya rasa watak Ain Hawani yang comel, manis, bersahaja dan bersopan-santun sesuai dengan Nadiya. 

Lagipun, baru beberapa episod so saya percaya wataknya dan stail lakonannya akan berkembang dari satu episod ke episod lain. Watak Adam Mukhriz yang matang, playboy dan 'something' bila buat muka kerut dalam senyum memang milik Aaron. Takde aktor lain yang boleh lawan.

Saya suka scene bila Adam mengurat Hawa. Patutnya lebih banyak lagi babak kena-mengena antara satu sama lain. Baru boleh mengimbau kenangan lama. hahaha. Apapun, yang paling tak puas hati satu episod=30 minit je. Mana cukup. Dah la 80 episod. Grrrrr....Saya memang dah lama tak layan drama bersiri - hanya yang terpilih je jadi tontonan tau. Itu pun lepas ditelek siapa hero/heroin/pengarah/production/jalan cerita/pelakon. :)

Apapun, Nadiya harus dibeli peluang dna penghormatan untuk membawakan watak Ain Hawani. Boring juga kan kalau kebanyakan saluran dibuka asyik-asyik muka hero atau heroin yang sama. Naik muak. Tiada salahnya kita beri peluang muka lain untuk berlakon sama. Kata tiada diskriminasi. Kan..kan...kan.

Jangan lupa layan drama ini di saluran 134 - Astro Mustika HD pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Aiseh, nasib baik Keluarga Iskandar ada ulangan siarannya. Idup Mak Jah!

 






29 August 2012

Memori Ramadan Terindah 1433 - pix

Kuih siput gergasi
Tart Bunga Untuk Suami
Tart Gulung untuk Isteri
Main Bunga Api
Fitting baju raya
Try songkok
Abang nak juga
Ambil sorang satu - jgn bising2
Kek kurma untuk birthday dad
Borong kacang di Kg Kacang Putih
Bingkisan daripada Raja Muda
Ada peminat tersendiri
Bukan sambut raya pun shopping
En Bapak punya bestday
Berlibur di Gerbang Malam Ipoh
Rambut raya

17 August 2012

Iftar Bersama Piranha di Malika Saba, Ipoh

Assalamualaikum,

Diam tak diam Ramadan tahun ini sudah sampai ke penghujungnya. Syukur peluang menikmati keberkatan berpuasa bersama suami tercinta dikurniakan Allah. Tahun ini kami mencipta rekod baru sebab baru sekali menjejakkan kaki ke bazar Ramadan. Tiba-tiba buat rekod sendiri. hihihi

Sudah tentu kita semua sibuk menguruskan persiapan terakhir untuk menyambut raya. Tahun ini saya sempat membuat beberapa jenis kuih raya untuk makan sendiri, keluarga di kampung dan keluarga mentua. Bila balang memenuhi ruang meja, macam tak percaya saya berjaya melakukannya. Sukar digambarkan kepuasan menghasilkan biskut raya dengan air tangan sendiri.

Untuk ingatan diri sendiri, kuih raya yang berjaya dihasilkan adalah; permintaan khas dari En Bapak (tart bunga, rempeyek bilis dan cornflakes madu), untuk keluarga & mentua (tart gulung, cornflake coklat, kuih gunting, snow almond dan sebahagian kacang2 dan muruku dibeli di Kampung Kacang Putih). Sempat juga saya ambil tempahan kuih tart gulung dan kuih gunting untuk Adik dan mentuanya. Nanti saya share resepi tart gulung yang sedap dan hasil satu adunan pun banyak di blog masakan saya kelak.

Kembali ke tajuk utama, Isnin lepas kami mencari tempat sesuai untuk iftar di luar. Sesekali dapat rehat memasak dan menikmati hidangan luar adalah saat yang paling didambakan seorang suri rumah macam saya. hihihi...

Tekak teringin nak makan makanan arab jadi setelah meng'google', saya berjaya menemukan sebuah restoran makanan arab di Greentown Ipoh iaitu Malika Saba. Lepas sesi mencari seluar raya, gigihlah kami ke sana membuat tempahan untuk iftar. 

Jam 6.45 petang, kami sampai di sana, ingatkan dapatlah tempat kat dalam restoran, sekali dapat kat sebelah luar. Oklah, nasib baik ramai lagi bersama-sama kami. Saya bukan apa, saya lebih suka makan di dalam restoran, sebab kalau di bahagian luar, sudah tentu ada yang mengambil peluang menghisap rokok. Saya memang pantang kalau tengah makan sekali bau rokok. Benci!

Jam 7.15, saya minta En Bapak ambil makanan dulu tapi dia suruh saya ambil dulu. Oklah, saya masuk ke dalam dan ramai yang dah keliling meja bufet. Masa tu adalah dalam 10 orang di hadapan saya. Pelanggan adalah dalam 100 orang. Bukan nak mengutuk dari pemerhatian saya mereka yang ambil makanan ni dah la terhegeh-hegeh memilih, pastu ambil macam nak makan lima orang sepinggan. Membumbung tuh. 

Nasi arab ada tiga jenis, lauknya ada ayam, daging, kambing, kebab, salad dan kuah dal, spaghetti, pencuci mulut warna hijau ada seloyang je - diulang seloyang dan semangkuk besar potongan buah-buahan. Air pula ada teh arab, oren dan air potih sejuk.

Sampai giliran En Bapak beratur, makanan dah tinggal sedikit dan pihak restoran tak reti-reti nak tambah dengan kadar yang cepat. Bila beliau kembali ke meja, muka dah sedikit hampa dan bengang. Ceritanya adalah sama, pelanggan yang makan kat dalam ambil makanan sampai tak ingat orang lain. Semua pinggan penuh membumbung. 

Lepas berbuka, saya minta En Bapak tunggu seketika manalah tau pihak restoran menambah makanan lagi. Masih berfikiran positif macam makan kat hotel. Sekali dekat jam 8 malam, tiada tambahan yang berlaku. Yang ada, mereka tambah kebab yang kering dan tak sedap serta sedulang ayam yang nak makan dengan kuah apa pun takde.

Kesimpulan, nasib tak menyebelahi kami pada hari berkenaan kerana iftar bersama sekumpulan keluarga piranha. Malika Saba pun satu, lenkali bajet makanan tu biar berlebih untuk semua orang dan rasa macam makan kat kem pelarian sebab kena berebut. Harga seorang adalah RM30 macam tak berbaloi walaupun rasa makanannya lebih sedap berbanding restoran arab lain kat Ipoh.

En Bapak tak puas hati sebab katanya makan bufet ramadan kat hotel Kinta Riverfront atau kat Pakeeza Ipoh lagi murah, makanan banyak dan tak perlu nak berebut. Sadis je rasa. Mungkin kami ke sana lagi lain kali tapi bukan pada bulan Ramadan sebab takut terjumpa kaum keluarga piranha lagi. 

Sekian.


06 August 2012

Rambut Raya Macam Insyaallah

Assalamualaikum,

Akhirnya berjaya juga saya membuat entry terbaru pada hari ini iaitu 17 Ramadan 1433 Hijrah. Bagaimana persiapan semua untuk menyambut raya. Saya dah mulakan secara berperingkat-peringkat sejak sebelum Ramadan lagi. Puasa setakat ini alhamdulillah masih penuh walaupun menyusukan Ilhan. 

Sejam lagi waktu nak berbuka puasa memang penuh dugaan sebab tekak jadi kering mungkin kekurangan air sebab Ilhan asyik minta disusui. Hari-hari macam tu dan bila azan berkumandang masuk waktu berbuka memang menggelupur cari air dulu sampai kembung. Sabar jelah.

Berbalik kepada topik utama. Sebelum ni, Khalish dan Ilhan pernah berpengalaman menggunting rambut di salun rambut. Lagak mereka berdua memang dramatik macam nak kena potong kepala. Khalish memang seriau dengar bunyi ketam elektrik yang jenis bunyi kuat atau pengering rambut. 

Ilhan pula lebih kurang sama dan tak suka dengar bunyi gunting di telinganya. Dah penat tapi tak dilayan terus dia buat-buat tidur sambil menyusu dalam tudung. Itu cerita tahun lepas. Sudahnya saya sendiri yang menggunting rambut mereka bila rasa rambut dah panjang mencucuk telinga dan mata.

Rambut Khalish jenis lembut dan nipis. Buat kata En Bapak, macam rambut dia kononnya. Rambut Ilhan lebih tebal dan keras macam rambut saya. Kalau tak gunting dalam masa tiga bula memang alamat sakit kepala dan kepanasan tahap maksimum.

Baru-baru ini, saya ajak En Bapak ke salun rambut kegemaran, Milano di Siliban untuk rutin menggunting rambut. Saya nekad untuk mengguntingkan rambut Khalish dan Ilhan sebab dah panjang sangat dan rambut panjang tak sekata kesan daripada guntingan tak professional dari saya. hehehe...

Mula-mula cuak juga Khalish bila disuruh duduk atas kerusi. Dia menolak dan lari menjauhkan diri. Sebab adik yang paling dekat, saya letakkannya atas kerusi dan cakap rambutnya akan digunting macam Insyaallah (anak-anak saya peminat Maher Zain tapi sebut namanya Insyaallah saja). Sangat menggagumkan sebab Ilhan rela hati duduk diam-diam membiarkan rambutnya digunting dan diketam hingga akhirnya. 
 
Siap digunting, Ilhan diberi upah gula-gula oleh pemilik kedai yang menggunting rambut beliau. Khalish disebabkan mahukan gula-gula berkenaan akhirnya dia juga merelakan rambutnya dipotong. Seronok juga tengok kedua-duanya kini berwajah baru dengan rambut baru untuk raya. Yeah...misi berjaya. Ketakutan menguunting rambut berjaya diatasi.