29 September 2010

Khalish Kerinduan....


Khalish hari ni seperti kehilangan sesuatu...kejap-kejap dia naik anak tangga sambil memanggil Ayah...Ayah...Namun, tiada respon diterima.

Gambar yang dirakam di Lost World of Tambun awal tahun lalu kejap diciumnya berkali-kali....

Malah, sejak dua hari lepas bila masuk je waktu maghrib, dia akan selak langsir sliding door nak tengok Ayah dia dah balik lum. Kereta ada, tapi....orang yang ditunggu-tunggu tak nampak kelibatnya.

Mujur sehari sebelum Ayah berangkat ke Medan (Ahad lepas) atas urusan kerja-jalan-jalan sempat mengajar Ibu drive kereta autonya. Maklumlah Ibu ni memang terer bawa keta tapi manual la (kan time belajar keta guna kancil manual, kan3....).

Dapatlah sehari dua ni kita rewang naik keta Ayah round Ipoh. Takde boring sangat. hehehe....Lagipun, sebagai persediaan manalah tahu Ibu sakit nak bersalin, leh drive keta sendiri gi hospital.

Tapi, paling tak tahan, bila masa nak tidur Khalish suka membebel ntah apa-apa. Malam pertama ditinggalkan waktu tidurnya lajak hingga jam 12 tengah malam. Maklumla selalu dia ditidurkan Ayahnya.

Alahai Khalish, Ibu faham Khalish rindukan Ayah. Sabarlah ye...Ayah akan balik petang esok, nak....Yeyyey....!!!

28 September 2010

Belum Pergi Dah Tau Gagal...

Patutnya hari ni saya akan menjalani pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan memasuki perkhidmatan penolong penguasa bomba. Permohonan ni dah lama saya buat sejak dapat tahu pasukan bomba memerlukan anggota baru untuk direkrut.

Surat tawaran SPA saya terima beberapa hari sebelum raya hari tu. Sangat berbunga-bunga perasaan ni ok. Maklumlah, bagi orang yang mengisi permohonan SPA bagi tahun ketiga ni, menanti panggilan dan menduduki temuduga dan ujian pasti faham bagaimana rasanya tempoh penantian tersebut.

Sebelum ni kerja dengan swasta, maka kerjaya dengan kerajaan ni dipandang sebelah mata waima tahu banyak kelebihannya. Bila dah berumahtangga dan beranak pinak ni, baru terfikir antara lain kelebihan kerja dengan gomen ni adalah waktu kerja yang fleksibel dalam erti kata lain ikut jam pejabat.

Baru fikir masa selebihnya adalah untuk anak-anak dan keluarga. Hishh...nyesal tak minta kerja gomen awal-awal dulu. Nak kerja cikgu tak reti lak nak ngajar anak orang. Silap-silap jadi kes dera lak sebab saya ni jenis suka cubit-cubit budak. hehehee.....

Berbalik ke cerita asal, bila dibelek surat panggilan tu, saya confirm saya akan pas sebab panduan kandungan dan pemeriksaan fizikal dan pancaindera tu, yakin boleh leh pas - ukuran ketinggian, berat badan, pemeriksaan penglihatan, gaya berjalan ala-ala tak berapa nak model dan berkawad rasanya tak de masalah (pernah la belajar berkawad time sekolah dulu.)

Tapi...bila masuk bab pemeriksaan kecergasan --- saya totally angkat bendera putih, angkat dua tangan dan kaki serta membuat muka berkedut seribu satu babas.....

Mana tak nye...pemeriksaan kecergasan tu merangkumi:

1) Memanjat tali yang berketinggian 16 kaki / 4.75 meter.
2) Mengangkat pemberat - 46 kg.
3) Menjulang dan menegakkan tangga - 90 darjah.
4- Memanjat tangga penyelamata - berketinggian 16.5.

Sumpah saya sangat suka aktiviti adventures seperti di atas tu. Tapi masalahnya sekarang ni saya MENGANDUNG 8 BULAN!!!! Aduhai, nak naik 16 anak tangga rumah saya ni pun dah naik semput, inikan....

Hurrm....rezeki tidak berpihak pada saya kali ini. Masa dan keadaan fizikal adalah tersangat tidak bersesuaian. Mungkin ada rezeki dan peluang yang lebih baik menanti saya pada masa akan datang.

Ikutkan hati nak juga pergi, tapi takkanlah diorang nak ambik mak buyung ni jalani pemeriksaan. Tengok dari jauh je dah kena rejek. Buat gelak dek orang je kalau pergi pun, mak buyung ada hati nak panjat tali dan menjulang tangga. Adeh....buruk betul rupa bila dibayangkan.....

--mood sedih dan sadis--

23 September 2010

Rancang Kelahiran


Semalam adalah hari bertemu dengan doktor pakar. Kali pertama dalam sejarah berjumpa doktor kat spital gomen nih. Disebabkan saya ada history kelahiran secara c-sor, makanya sesi perjumpaan itu adalah diperlukan memandangkan usia kandungan saya dah masuk ke minggu 33.

Jam 8.30 pagi dah tercongok depan unit obstetrik & gyn. Adeh....ramainya ibu-ibu ngandungs yang ada apppoinment, ingatkan saya sorang jek. hehehe...Pas amik urin, darah, tekanan darah, timbang berat, menjawab beberapa soalan rutin dari acik nurse serta membayar ongkos RM30, saya pun duduk melepaskan lelah atas kerusi menunggu.

Tak lama lepas tu, Orang Sebelah datang membawa Khalish dan bungkusan makanan. Kesian pula rasanya diorang kena menunggu lama sebelum giliran saya tiba. 30 minit lepas tu, nama saya dipanggil. Oh...doktor adalah sangat muda, macho n baru nak grad bulan 10 ni ye. Tak pe, bila lagi nak bagi peluang untuk dia praktik jadi doktor sebenar. hehehe...

Plan kelahiran yang diconsult kepada saya:

1- Pelahiran cara normal :
0-5% hingga 1% parut jahitan akan terbuka semula

Jika kontraksi perlahan dan perlunya bantuan induksi:
Kadarnya 2-3% jahitan akan terbuka semula.

(ini bermakna kadar peratusan itu adalah tersangat rendah dan saya ada peluang untuk bersalin normal....syukur...harap2lah).

2- LSCS
Kena buka jahitan dari a-z, selapis demi selapis, benang demi benang. (hishh...dijauhkanlah, dah la parut saya kat perut ni tak nampak langsung - tq to Dr Khoo kerana seni jahitan yang sungguh tiptop).

Overall, saya vote untuk kelahiran normal. Harap-harap ada peluang untuk saya merasai kenikmatan sebenar saat melahirkan anak secara normal. Lain-lain, baby sihat dan kepala dah turun ke bawah. Saya pun baru baik demam, cuma badan je masih sengal sana sini.

Doakan saya dan baby selamat ye. Salam sayang.

15 September 2010

Babak Raya Yang Bukan Lakonan

Syukur, hari ni masuk hari keenam kita menyambut Syawal. Turn beraya tahun ni adalah di kampung halaman saya di Masjid Tanah, Melaka. Tak de yang lebih seronok beraya di kampung halaman sendiri (terutamanya raya pertama) bersama keluarga dan sanak saudara.

Kali ni lebih meriah kerana kesemua adik beradik saya pulang beraya di kampung. Sanak saudara (kecuali Pak Ndak yang bertugas sebagai polis trafik) juga semua balik ke rumah nenek dan atuk yang letaknya beberapa meter dari rumah kami.

Rutin pagi raya tiap tahun, lepas sarapan bersama kami akan memulakan sesi bermaafan antara ahli keluarga. Kemudian, pergi ke rumah nenek = bersalaman dan bermaafan sesama saudara. Lepas tu, singgah di rumah keluarga arwah nenek saudara (sebelah rumah nenek) untuk bertemu sanak saudara yang hanya berjumpa setahun sekali.

Lepas semua selesai, semua ahli keluarga kecuali saya, Khalish, Eca dan Firas akan ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Kami yang tinggal ni, membuat persediaan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu.


Mood Khalish sejak balik ke kampung sehari sebelumnya adalah tidak menentu. Tak caya sila lihat pix di atas. Kejap ok, kejap ko. Meskipun menerima 'hadiah aidilfitri' dari Datuknya (next entry lah saya cerita), namun masih tak cukup untuk memberikan 'kesejukan' yang mencukupi kepada putera lilin saya ni.

>Dua putera lilin yang tersenyum dalam kepanasan<
Maklumlah, rumah keluarga saya terletak berhadapan dengan pesisir Pantai Selat Melaka, sah-sahlah hawa angin lautnya sedikit membahang bagi mereka yang tak biasa. Dan mentang-mentanglah rumah sewa kami di Ipoh terletak berhampiran kaki gunung, cuacanya sudah pasti sedikit berbeza.


>Mood bertukar baik bila ditimang Atuk<
Lagipun, Khalish adalah sangat kasihan kerana dia mempunyai kulit sensitif yang alah kepada kepanasan. Berpeluh sikit pun dia akan rasa resah semacam. Dek kerana melayan ragamnya, tahun ni baru saya perasan kami tiada foto sekeluarga bersama Mak, Ayah dan adik beradik untuk dirakam. Aduhai...rugi betul. Bateri pulak Orang Sebelah boleh lupa nak buat spare. haaih...

Menu hari raya tahun ni sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, macam biasa ada rendang - tapi tahun ni mak try buat rendang tok (yang kami panggil tok nik - maklumlah bukan orang Perak yang membuatnya), ada ayam masak merah, kuah dalca, kuah kacang, nasi himpit, lemang dan nasi jagung.

Tahun ni tiada rendang kerang kegemaran saya sebab kata mak kerang kat sini tersangatlah kekurangan zat dan saiznya terlalu kecil. Tahun ni juga tiada rendang itik sebab saya tak rasa mengidam nak makan seperti tahun lepas. Apapun, air tangan mak, sememangnya mabeles dan sukar dilupakan.


Ramai juga yang bertandang ke rumah kami hinggalah lewat petang. Meskipun sepatutnya Khalish berada dalam mood raya dan bergumbira, namun kebanyakan masanya dia adalah moody sepanjang hari kerana panas dan tak cukup tidur. Sabar jelah....

13 September 2010

Ucapan Yang Belum Terlewat

Salam semua,

Walaupun bulan syawal sudah masuk hari keempat, saya harap masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri 1431h kepada semua pembaca blog Keletah Khalish samada yang menjadi follower atau sekadar silent reader.

Apapun, terima kasih diucapkan kerana sudi menyinggah di sini dan mengikuti cerita ceriti yang tak seberapa dalam blog ini. Di samping itu, saya mohon maaf sekiranya ada kesilapan atau kesilapan yang dilakukan tanpa disedari dalam bicara maya saya ni.

Saya, Orang Sebelah dan Khalish mendoakan Syawal kali ini memberi seribu rahmat kepada anda dan keluarga tercinta. Makan juadah raya tu berpada-pada ye. Kawal kolestrol dan jaga kesihatan anda.

Sekian, wassalam.

notakaki: Kami dah balik ke Ipoh malam tadi. Cuti raya selama empat hari dihabiskan di Melaka dan PJ. Selebihnya dihabiskan di rumah sendiri memandangkan Orang Sebelah dah mula bekerja esok. huhuhu...macam tak puas beraya dengan family.

07 September 2010

Checklist Raya

Sebagai ingatan untuk diri sendiri:

1- Baju raya baru Khalish, Ibu dan Ayah(dah basuh) - settle
2- Baju baby (dah basuh n packing) - settle
3- Kuih raya (popia sira, rempeyek, cornflakes madu, popia serunding - siap, yg belum buat kuih gunting, choc oat n rempeyek tambahan - jangka siap mlm ni. Yang dibeli sudah dipacking).
4- Duit raya untuk sepupu n anak2 buah (under 12) - settle
5- Bunga2 hiasan yang dah berhabuk (esok baru basuh).
6- Kemas rumah buat kali terakhir (pon esok).
7- Rabu (adoi...bukan esok ke) - hari terakhir untuk mengemas dan packing semua barang untuk balik kampung pada pagi Khamis.

Walaupun saya semakin membuyung, saya gigihkan juga membuat kuih dan kemas mengemas ni. Betul kata orang, bila peknen ni semangat kerajinan adalah terlebih daripada biasa. Apapun, saya buat pelahan2 dan mana terdaya. Kalau penat berenti, dan sambung balik.

Tak sabar nak tunggu Khalish besar dan boleh diharap untuk tolong mengemas dengan betul dan membuat kuih raya. hahaha...

Apapun, baby ibu yang dalam peyot ni, sabar2 no...bagi ibu makan puas2nya juadah raya ni baru nak keluar ke ape. Baby, sila ikut tarikh yang dijadualkan sebelum keluar melihat dunia ye.

Wassalam....

04 September 2010

Iftar UTP @ Casuarina & Cerita Duit Raya Khalish


Salam semua,

Mak Yong kembali dalam mod berblog. Rabu lepas kami menerima jemputan berbuka puasa anjuran UTP bersama media. Sebelum pergi, awal-awal lagi OS dah pesan pada Khalish supaya jaga kelakuan - senang cerita jadi budak paling baik dalam majlis.

Kami sampai awal di Hotel Causarina, Ipoh. Macam biasa, Khalish dah mulakan sesi melawat kawasan. Habis satu dewan ditawafnya. Selepas berbuka dan solat maghrib, ada ucapan dari pengarah UTP bergelar Datuk (tak ingat lak namanya, tapi yang pasti dia orang senegeri dengan saya). hehehe...


Lepas tu, pihak UTP bermurah hati memberi duit raya pada anak-anak staf media dan staf UTP sendiri. Khalish adalah orang terakhir, di mana saya terpaksa membawanya naik ke pentas untuk menerima sampul hijau. OS masa tu jadi tukang amik gambar. Awalnya, dia agak takut-takut dan blurr asal ada orang hulur sampul hijau pada dia, namun akhirnya dia ambil dan Datuk tu terus dukung Khalish.

Eheh...time tu dah la ramai tukang amik gambar kat bawah tu, da macam selebriti tumpangan lak anak saya tu. Ahaks...bukan giler glemer ye, sipi-sipi je. hehehe...


Lepas sesi bergambar beramai-ramai, di mana pengakhirannya Khalish didukung sekali lagi oleh Datuk tu, saya menyuruh OS ambil Khalish kerana tangan si kecik saya tu asyik bermain-main di misai Datuk tu. (adeh....anak sapa la ni...). Yang tak tahan, dia tak nak bila OS hulurkan tangan nak ambil dia. Fuh...berpeluh sejuk kami dibuatnya. Tapi, mujurlah Datuk tu cool je melayan keletah Khalish.


Kami beranggapan Khalish mungkin merindui datuk PJ nya kerana kebetulan wajah Datuk berkenaan ada iras-iras muka bapa mentua saya tu (esp tang misai). Tak lama pas tu ada pengumuman dari hos yang memberitahu mereka sekali lagi nak bagi duit raya pada kanak-kanak yang hadir.

Apalagi, bersorak sakan la bebudak ni sambil beratur ke pentas nak dapat 2nd round duit raya. Sedikit rasa bersalah ditambah rasa lucu apabila melihat Datuk memberi duit raya sambil mendukung Khalish. Alahai....ni dah terlebih sudah. Khalish, Khalish...macam majlis sendiri la pulak ye. Hehehe...janji dia tak takut dengan orang dan tak nangis nak balik udah.

Selamat...