25 May 2010

Kampungku 'Dilanggar' Buaya???

Cerita mengenai kehadiran beberapa ekor buaya di kampung saya di Masjid Tanah, Melaka sudah diketahui menerusi panggilan telefon dari mak, sejak minggu lalu.

Khabarnya, dua ekor buaya tembaga berlegar-legar beberapa meter dari tepian pantai Kampung Sungai Tuang seolah-olah ingin naik menjemurkan diri di darat. Aktiviti seperti penangkapan ikan dan mandi-manda nampaknya tidak berlaku seperti biasa, siapa nak jadi makanan sang buaya kan?
>Pix diambil masa buaya tak muncul - berani sungguh diorang ni<

Dek khuatir tentang keselamatan, pihak berkuasa datang membantu untuk menangkap buaya berkenaan, siap dengan umpan ayam untuk memerangkap sang buaya, namun gagal mungkin ayam tu tak berapa menggiurkan kot. hehehe...bagilah lembu ke, kambing ke...mungkin buaya tu berselera kot.

Ingatkan cerita tu dah habis begitu saja, tup...tup Orang Sebelah saya memberitahu masa sarapan tadi cerita buaya tu keluar di Berita Harian hari ni. Siap dengan gambar lagi tu. Hah...buaya siapakah ini ye?

Mengikut cerita mak, kononnya orang-orang lama (dah jadi arwah) kat kampung ni dulu ada 'membela' dengan memberi makan kepada 'benda' yang berada di laut bagi membolehkan nelayan selamat pergi ke laut dan membawa pulang tangkapan yang banyak. (cheh...dah macam ala-ala drama penunggu gunung raya lak).

Biasalah, zaman dulu pegangan agama tak kuat dan ada yang mengamalkan ilmu yang bercanggah di sisi syariat. Dengar kata jiran kami, mak cik Timah yang juga kaki pancing, bukan dua ekor malah ada lima kesemuanya yang akan muncul sekali dalam sehari.

Versi lain pula, kononnya ada yang melahirkan anak berkembarkan buaya dan mungkin buaya sekeluarga ni datang mencari waris kembarnya yang manusia kot. Ntah siapa, wallahualam.

Tak pun, buaya-buaya ni sekadar melawat kawasan mencari port baru untuk melepak (maklumlah pantai kampung saya dah ditambak cantik siap ada taman dan pondok rehat). Ataupun, reptilia ni tersesat - mungkin dari muara Sungai Linggi (yang terletak 15 kilometer dari pantai kampung saya) - dikatakan mempunyai beratus-ratus ekor buaya.

Apapun, itu sekadar teori dari saya yang bukan ahli kaji buaya. thehehe...
>ini bukan mencari lubang buaya, tetapi aktiviti mencari siput remis di tepi pantai<

Nampaknya pihak berkuasa kena memikirkan cara paling cepat nak menghalau atau memindahkan buaya-buaya ni, SUKMA tinggal beberapa hari lagi ni, dengar cerita perlawanan kapal layar bakal diadakan berhampiran pantai kampung saya.

Silap-silap buaya ni join sekali masuk bertanding siapa berlayar paling laju. Masa tu, siapa yang menang agak-agaknya? hihihi...
Baca berita mengenai buaya di sini

24 May 2010

Mini Celebration 2010

Selepas beberapa hari tertangguh akibat lebihan hormon M = malas. Hari ni saya melunaskan hutang bergambar mengenai sambutan 3+1 (12 Mei: besday Khalish, 19 Mei: besday Ibu Khalish dan 31 Mei: ulangtahun ke-2 perkahwinan saya dan Ayah Khalish).

Sambutan kecil-kecilan dibuat memandangkan keluarga yang lain berada jauh di mata. huhuhu... Apapun, ia diadakan ekslusif untuk keluarga kecik kami bagi menjimatkan masa dan kos??? Tak de kek besar - sebab saya risau diabetes semasa hamil akan datang kembali (walaupun saya suka makan kek SR) selain Khalish juga ditegah makan benda yang terlalu manis atau masin).

Jom layan gambar sajalah ye...

Saya buatkan mini muffin kukus kurang manis untuk sarapan Khalish. Tak perlu risau soal manis. hehehe...


2 jenis kek SR kononnya kek besday saya dan Khalish. huhuhu....Sangat sedap ok. Lupakan soal manis dan kalori seketika.

Lepas makan Piza Thai dan Lasagna kat PH, teringin makan Laksa Sarawak kat Laksa Shack la pula. Nafsu resaksa betul.

Makanan kegemaran Khalish bila ke kedai mamak - Roti nan cheese...setengah keping dia sorang je.


Makanan yang paling special antara semua- dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Orang Sebelah saya. Penne goreng dan air serbat (koktail+soda+susu sejat+ais). Bertambah membelon perut acik...

Sekian laporan jalan-jalan-makan-melantak dari saya. Alhamdulillah...

20 May 2010

19 Mei yang Indah Nan Syahdu


Semalam...19 Mei 2010
Alhamdulillah usia saya kini sudah bertambah matang lagi setahun.
Syukur kepada Ilahi atas rahmat kesihatan yang baik, fikiran waras dan kebahagiaan bersama suami, Khalish, baby dan keluarga tercinta.

Perkara pertama yang saya selalu lakukan apabila tiba hari lahir adalah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mak yang melahirkan saya 27 tahun lalu. Jasa Mak dan Ayah dalam membesarkan, mendidik dan mencurahkan kasih sayang tiada yang setanding di dunia ini.

Semoga Allah memberikan ganjaran tertinggi atas kesabaran dan ketabahan mereka ketika membesarkan saya 5 beradik. Moga Allah memanjangkan usia, murahkan rezeki serta memberi kesihatan yang baik kepada mereka berdua.

Kepada suami tercinta, terima kasih atas kecintaan dan keprihatinan melayan segala kerenah isterimu ini. Sesungguhnya kehadiranmu dan anak-anak menjadikan hidup ini lebih beerti.

Terima kasih jua kerana sudi menjadi Chef untuk makan malam yang hebat semalam. Bukan senang nak merasa air tangan B ni. Sangat terharu ok!!

Next entry saya akan postkan sambutan 3+1 kami yang berlangsung semalam ye. Wassalam...

Notakaki: Teringat zaman sambutan besday masa zaman sekolah dulu, tapi taklah sampai kena gantung sekolah macam yang terjadi kat Negeri 9 tu. huhuhu....

15 May 2010

Baby Sofa


Hujung bulan lepas, buat kali pertamanya dalam sejarah hidup saya dan Orang Sebelah (OS), kami telah berkunjung ke jualan gudang Fella Design di Ipoh. Sebelum ni, tak pernah langsung pergi mana-mana jualan gudang. Jangan tak caya ok.

Dah nama pun jualan gudang, jadi mestilah harganya pun 'runtuh' giler-giler. Pemergian kami ni bukanlah untuk memilih set sofa atau perabot baru untuk rumah sewa kami. Tapi sekadar mengintai satu perabot kecil khusus untuk Khalish.

Bagi saya dan OS yang duduk menyewa ni, kami rasa dah cukup dengan perabot yang sedia ada. Bukannya tak berminat, ye lah bukan rumah sendiri nak deko cantik-cantik kang bila nak pindah keluar, sayang lak. Lagipun, kalau barang tak banyak senang nak berpindah kalau OS kena transfer mana-mana lepas ni.

Berbalik kepada cerita tadi, kami sampai di FD hampir jam 11 pagi. Masuk-masuk je, saya terus bertanyakan baby sofa pada sales girl yang ada. Terus saja dia bawa kami ke sudut yang menempatkan mini sofa pelbagai corak dan warna. Sangat cantik dan comel!!


Harga biasa - RM199. Harga lepas diskaun RM79. Oklah kan, sementara tengah murah, rembat saje. Banyak pilihan warna samada bercorak atau kosong. Kainnya pun saya tengok berkualiti. Macam kain langsir yang FD jual pun ada, hehehe.... Akhirnya, kami sepakat memilih warna ungu bercorak bunga untuk mengurangkan kadar kotoran yang bakal kelihatan.

Mini sofa ni dibeli atas alasan untuk memudahkan Khalish berdiri dan belajar bertatih. Sebelum ni, Khalish berpaut pada badan saya dan OS untuk berdiri. Sangat sengal badan bila terlalu lama jadi tempat pautan ye. Kalau tak pun, dia berpaut kat tangga. Bahaya!!


Sekarang, Khalish semakin selesa menggunakan mini sofa ni. Saya letakkan atas toto sebagai pengalas dan sebiji bantal di bawahnya. Khalish dah pandai turun naik sendiri. Kalau turun dia tengok dulu kalau ada bantal baru dia terjun ala superman atas bantal tu. Kalau tak, dia akan cari alternatif lain.


Selain tengok tv, mini sofa ni pun dah jadi tempat makan Khalish. Kadangkala, saya dan OS pun tumpang sekaki atas sofa dia. Tapi, bila dia nampak mesti dia sibuk nak duduk sama. Jeles la tu...

12 May 2010

Selamat Hari Lahir, My Baby Boy!!


Kejadian : Hari Ini...Setahun lalu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Hospital Pakar Putra (PHSM), Melaka

Saya ditemani Mak dan Orang Sebelah (OS) yang bergegas dari Ipoh pada hari sebelumnya tiba di PHSM kira-kira jam 8.30 pagi. Orang nak bersalin secara normalnya akan berasa sakit sebelum melahirkan, tetapi saya datang ke hospital dengan rasa gembira, gemuruh dan takut.

Dah la diturunkan betul-betul di ruang kecemasan, saya yang memboyot ketika itu, memakai baju t-shirt dan berbaju sejuk serta berkain batik (hahaha...fikiran saya - konon berpakaian begitu senang nak tukar baju dan bersalin) diterpa dengan pembantu hospital yang membawakan kerusi roda.

Saya selamba berkata, "Tak pe...akak masih boleh berjalan lagi,". Saya dan Mak kemudiannya naik ke tingkat lima untuk ke bilik pelahiran. OS masa tu mencari parking, menguruskan bayaran pendaftaran dan kemudiannya datang ke bilik berkenaan.

Tak lama lepas tu, Datuk Dr Khoo Kim Eng yang bertanggung jawab 'memaksa' saya untuk bersalin seminggu lebih awal (kerana dikesan kekurangan air ketuban dek diabetes semasa lewat kehamilan dan demi keselamatan bayi) datang membuat pemeriksaan dan memberi ubat cetusan bagi mempercepatkan kelahiran.

Sangat sakit bab cucuk mencucuk di ruang privasi okey. Sumpah rasa nak terajang je doktor time tu!!! (tips bagi mereka yang 1'st time nak bersalin, time dr check pintu rahim hendaklah anda menarik nafas sedalam yang mungkin bagi mengurangkan kesakitan, rilekskan peha anda ok. kalau rasa nak sepak dr, silakan....hahaha).

Hingga jam 10 pagi, Dr datang kali kedua memeriksa bukaan pintu rahim dan hanya 1cm saja terbuka. Saya kemudiannya diberi ubat untuk membuang air besar, tak samapai beberapa saat - saya dah rasa nak buang air dan mujurlah toilet beberapa langkah saja - tapi sisa kumuhan tak keluar pun).

Jam 12, perut saya dah mula rasa memulas dan kontraksi yang dirasa masih boleh dikawal minda dan emosi. Saya ditemani seorang nurse tua yang setia memantau wayar-wayar yang ditampal di perut saya (untuk denyutan jantung bayi dan graf kesakitan) malah kerap kali tersengguk akibat mengantuk.
Kadangkala, OS datang menjenguk saya juga Emak yang turut mengalirkan air mata melihat keadaan saya.

Masih berputar di ingatan, OS yang cuba menenangkan saya membantu mengurut belakang untuk mengurangkan kesakitan. Ada sedikit rasa haru melihat kasih seorang suami namun kemarahan mula memuncak bila dia melawak menyuruh saya -push...push......huh..huh..huh...- hishh...rasa nak belasah je OS time tu.

Tak lama kemudian, Dr datang buat kali ketiga dan ulang-periksa bukaan kat bawah tu - adui...2 cm ok. Kesakitan yang dirasai ketika itu - selang 5 saat- tersangatlah sudah sampai kemuncak sampaikan saya cakap pada Dr Khoo," Tak de cara lain ke nak periksa bukaan rahim, Dr?,". Tak suka betullah Dr main seluk-seluk ni," . Dr Khoo hanya tersengih melihat gelagat orang yang beremosi pertama kali nak jadi ibu.

Graf pelahiran menandakan sepatutnya sudah sampai waktu saya melahirkan baby namun laluan untuk mengeluarkannya masih belum terbuka. Dr mencadangkan saya untuk melahirkan secara C-Section bagi menyelamatkan bayi daripada kelemasan. Hanya lirikan mata pada suami yang mampu saya berikan dan persetujuan akhirnya dicapai untuk menyelamatkan bayi dan diri sendiri.


Akhirnya tepat jam 4.10 petang, ketika saya mabuk ubat dan melihat darah yang melalui tiub-tiub berselirat di sisi, suara tangisan kecil yang selama ini ditunggu-tunggu kedengaran. Perasaan sukar digambarkan bagaimana rasanya bergelar seorang ibu.


Berada dalam dakapan buat kali pertama, melihat dia membesar hari demi hari, melalui proses tumbesaran langkah demi langkah, keletah, ragam dan kemanjaannnya membuatkan saya sedar betapa beruntungnya memiliki anugerah Allah yang tidak ternilai ini.

Saya bersyukur dan insaf kerana berpeluang melalui pengalaman seorang ibu dan melalui apa yang pernah dialami oleh Mak saya ketika melahirkan, emmebesarkan dan mendidik kami 5 beradik. Sesungguhnya, Mak adalah sumber inspirasi saya dalam melalui liku-liku kehidupan.


Buat anakanda Muhammad Adib Khalish, Selamat Hari Lahir Ibu ucapkan. Semoga Khalish menjadi anak soleh yang bakal membanggakan Ibu dan Ayah. Semoga anakanda berjaya di dunia dan akhirat. Amin....

(Notakaki: OS kata cerita kelahiran Khalish dah basi, tapi bagi saya macam semalam je melahirkan Khalish. Sebelum ni tak sempat buat catitan kelahirannya. Sekadar sebagai tatapan memori masa hadapan).

06 May 2010

Antara Khalish dan Hujan

Salah satu keletah Khalish yang membuatkan saya tersenyum sendirian adalah bila turunnya hujan.

Bila hujan, biasanya saya akan cakap, "Khalish, hujan dah turun" dan secara automatiknya dia akan memandang ke arah sliding door untuk melihat kebenaran kata-kata saya itu.


Reaksinya, dia akan sebut ayat-ayat pingu hmmm...huhhuhhuh....atehtehh dan beberapa butir percakapan yang menggambarkan dia suka kehadiran hujan. Ada sekali tu, bila saya ajar sebut hujan....dia balas...ajan...dalam 2-3 kali tu. Eksited betul saya dibuatnya, rasa nak melompat pun ada.

Seingat saya, sejak Khalish berusia lima bulan saya memperkenalkannya dengan hujan. Pada awalnya, ia sekadar taktik saya untuk mengalih perhatian Khalish yang ketika itu sedang moody. Tak sangka pula, akhirnya ia menjadi kebiasaan dan kesukaan anak bujang saya itu melihat hujan.

Bila hujan (waktu siang), dia akan duduk / baring mengadap sliding door melihat air hujan yang turun dan atap. Leka sungguh...bukalah cerita kartun apa pun, offerlah permainan best mana pun, tak pun panggil dia. M*mp*s tak layan.

Pendapat saya, mungkin naluri kanak-kanak sukakan sesuatu yang bergerak, mungkin juga titisan hujan dalam kuantiti yang banyak serta bunyi jatuhannya mampu melekakan mereka. Atau mungkin juga mereka jenis yang sukakan air!!

Kalau saya free, saya akan menemaninya dan mereka-reka cerita versi kekanak..."Hujan kawan baik manusia, tanpa hujan kita tak dapat sumber air dan pokok akan mati sebab haus. Tapi...kalau hujan lebat sangat boleh menyebabkan banjir dan time tu hujan akan jadi musuh manusia".

Hehehe...macam la anak saya tu faham.

Ada sekali tu, lewat petang hujan, masa ni dia dah lapan bulan. Dia ketuk-ketuk sliding door bagai nak pecah sebab teruja hujan turun. Ntah macamana, saya dukung bawa Khalish keluar dan bagi dia pegang air hujan yang jatuh dari atap. Gelak tak ingat budak tecik ni. Bila bawa masuk, ngamuk nak terus main hujan. Sabar je lah...

Sekarang, dia dah boleh berdiri dengan bantuan. So, bila hujan saya akan dirikan dia kat pintu besi dan dia boleh tengok hujan dengan lebih jelas.



Tengok puas-puas sampai ngantuk. Lepas tu, Khalish dan Ibu leh titon.
Sedap wooo tidur time hujan. Sejuk....

03 May 2010

SimplySiti : Not For Me


Saya dapat produk free dari SimplySiti. Sebenarnya Orang Sebelah (incik somi) dapat masa cover pelancaran produk berkenaan di Jusco Kinta City, Ipoh, baru-baru ini.

Walaupun baru dipasarkan, Saya taklah terpengaruh untuk memilikinya kerana hantaran make-up Bobby Brown pemberian Orang Sebelah masih banyak yang belum terusik. Bagi Saya, tepek bedak sikit-sikit dan berlipstik nipis sudah cukup untuk Saya melaram bila keluar jalan-jalan. Saya ni kan simple orangnya....kekeke

Berbalik kisah SimplySiti tadi, secara ringkasnya ia terdapat dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik. Yang dapat free ada 3 produk iaitu Lip Gloss Luscious Choc, Green Sorbet Eye Color dan 4 keping C Bright Simply 5 Cream. Tanpa berlengah, saya terus mencuba Eye Color dan Lip Gloss ke wajah dengan harapan saya bakal berseri seperti Dato' Siti. hahaha...

Hasilnya?? Meskipun tak sechantik Siti tapi manisnya seorang yang namanya berpangkal Siti (sayalah tu) tetap ada tau -- jangan muntah di sini ye...--

Saya ralit menelek kelopak mata yang kehijauan dan bibir yang berkilat -- cam nak makan dek rasa coklatnya yang mengasyikkan. Khalish mungkin pelik kenapa Ibunya buat bermacam aksi wajah entah apa-apa depan cermin bedak.

Tak sampai setengah jam, saya rasa kelopak mata gatal semacam, issh3....sah Saya tak ngam dengan produk ni. Hakikatnya, kulit wajah Saya jenis sensitif selain tak sesuai dengan sebarang eye shadow jenis serbuk. Kalau jenis krim tak de masalah.

Nampaknya SimplySiti bukan untuk Siti yang simple ini ye. Sekian, terima kasih.