23 May 2012

Steak Sedap di Yik Mun, Tg Malim

Walaupun hampir empat tahun saya bermastautin di Ipoh kerana mengikut En Bapak terchenta, rasanya tak pernah langsung beliau sudi membawa saya ke Yik Mun, Tanjung Malim. Kalau dah masuk lebuhraya, alamatnya kita terus ke destinasi utama la jawabnya.

En Bapak kalau ada tugasan ke kawasan Tg Malim, kadang kala singgah juga ke Yik Mun dengan teman sekerjanya (bukan teman tapi mesra okeh)minum-minum sambil makan pau. Sikit pun tak pernah ingat isteri kat rumah. Ingat setakat gitu-gitu tanpa membawa balik pau. huhuhu.
Gara-gara terbaca blog kak Yatie@sawanila.com mengenai entry Yik Mun bulan lepas, terus saya 'menggoda' En Bapak untuk singgah ke sana. Balik sahaja dari rumah mertua selepas ke Pesta Buku haritu, akhirnya sampai juga saya ke sini.

Bila dah sampai, haruslah kita merasa paunya yang menjadi sebutan ramai. Saya pilih pau daging dan kaya. Memang gebu dan tebal betul kulitnya. Saya ingatkan yang macam kat r&r tu. Tapi En Bapak kata pau Yik Mun hanya dijual di kedai ini sahaja. Mungkin untuk mengekalkan keaslian pau mereka.
  
Makanan utama saya order beef steak manakala En Bapak makan nasi goreng hainan. Kuah atau sos yang menjadi peneman steak memang sedap ditambah dengan kacang pea dan kemanisan hirisan bawang. Terasa keaslian stok sos dan portionnya bagi saya sangat banyak berbanding tempat lain. Manakala mash potato (rasanya macam ada masuk buttercup), mengalahkan mash potato di kepci. Serius...Khalish makan sampai licin mash potato dalam pinggan.

Macam yang pernah saya katakan, Ilhan adalah budak pemakan nasi. Kalau tak pekena nasi alamatnya jangan harap dia nak kenyang dengan mudah. Ingatkan saya nak berkongsi steak dengannya, namun dia lebih menggemari nasi goreng En Bapak.

Minuman pelengkap kami adalah soya cincau. Sedap hingga Ilhan sedut tak nak lepaskan straw dari mulut. Yang kelakarnya, saya ingat mamat yang jaga kaunter adalah cina, sekali buka mulut rupanya dari seberang sama seperti pekerjanya yang lain. Itu kaum kerabat Yik Mun tak nampak.

Selepas makan, kami pulang ke Ipoh dengan berbekalkan sebungkus pau ayam yang dibeli. Tapi, bila dah dikukus kenapa saya rasa ketebalannya tidak sama seperti di kedai. Mungkin saya saja berperasaan begitu.

22 May 2012

4 Kek di Hari Lahir

Syukur alhamdulillah, tanggal 19 Mei lepas saya menginjak ke usia 29 tahun. Yey...nampaknya saya masih berada di lewat usia 20-an dan oh tidak, tahun depan masuk ....? *tak nak memikirkannya.

Tidak seperti tahun-tahun sudah, saya selalu menghubungi mak untuk mengucapkan terima kasih kerana melahirkan saya dengan jayanya, kali ini tepat jam tujuh pagi emak terlebih dahulu menelefon dan mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Amin....

Tahun ini, saya tidak terasa nak minta sebiji kek hari lahir daripada suami aka En Bapak . Namun, saya gembira kerana beliau memberi keizinan sekaligus 'membiaya' yuran kelas membuat kek pada hari berkenaan. Hasilnya, secara tidak langsung saya dapat mempelajari empat jenis kek (pandan delight, lemon cheese kek, kek epal dan black beauty kek) yang kemudiannya menjadi kek hari jadi. Bijakkan saya? hihihi...

Usai solat maghrib, kami anak beranak kemudiannya ke Restoran Haji Sharin Low di Greentown untuk menikmati makan malam sempena ulang tahun saya. Serius cakap, udang goreng mentega di sini memang terbaik. 5/5 bintang.

Walaupun turut memesan beberapa hidangan sampingan seperti daging stik cina, kacang panjang goreng telur asin dan tomyam seafood, namun tumpuan saya lebih terarah kepada si udang. En Bapak yang sebelum ini menggemari tomyam mengatakan kelazatan kuahnya terganggu dek rasa daun limau purut yang terlalu mendominasi keseluruhan rasa.

Satu perkara lagi, mungkin di lain masa saya tidak akan memesan jus limau dan asam boi sebab rasa pahit mengganggu tunas rasa saya. Tapi, saya lihat En Bapak selamba saja menghabiskan air tersebut. Yer...jangan membazir. 

Hari kelahiran saya tahun ini lebih meriah kerana adanya tiga hero yang sentiasa mendampingi saya di sisi. Terima kasih atas kasih sayang B dan anak-anak. Sayang kalian sangat-sangat. 



13 May 2012

Khalish Is 3

Khalish dilahirkan pada 12 Mei 2009. 
Tempoh tiga tahun berlalu dengan pantas seolah baru seminggu lepas dia menjadi penyeri sulung hidup kami suami isteri.
Walaupun fasa tumbesarannya semakin mencabar jiwa dan raga, saya sedaya upaya menikmatinya dengan penuh tabah dan berbangga.
Saya tak nak satu hari nanti saya menangis sebab tidak melayani kerenah anak dengan sewajarnya.
Atau sebab tak memahaminya dan tidak meluangkan masa dengannya sebaik mungkin. 
Bila makin membesar, dah bersekolah dan mempunyai kawan, saya harap saya masih lagi diberi keutamaan dalam pergaulan anak-anak. Famili yang pertama, bukan kawan-kawan.

 Eh, terlalu banyak berfikir saya ni.
 Walaupun saya dah dah beri ucapan dan kucupan sayang pada pagi hari lahirnya yang lalu, saya tetap nak titipkan pesanan untuk Khalish (*harap bila dia dah besar nanti, dia akan membaca blog saya).

Kek ini Ibu dengan penuh kasih sayang khas untuk Khalish
"Khalish, terima kasih menjadi anak baik Ibu.
Ibu doakan Khalish menjadi anak soleh yang taat perintah Allah dan Ibu Ayah.
Sayang adik (Ilhan) dan adik-adik lain (*mungkin akan menyusul nanti2).
Moga apabila besar kelak akan menjadi manusia berguna dunia wal akhirah.
Selamat Hari Lahir ke-3, manja. Ibu sayang Khalish".

11 May 2012

Hadiah Terbaik

Tertarik dengan share fb Tumpang Lalu saya kongsikan di sini.
Moga dihayati bersama.


10 May 2012

Bila Kita Mengeluh, Ketahuilah...

Kadangkala kesabaran saya sebagai seorang ibu tergugat bila anak tiba-tiba aktif semacam bergabung tenaga memporak perandakan ruang tamu rumah dan bilik bawah.

Ketuanya, kalau tak Ilhan, Khalish. Masing-masing amik turn bergilir-gilir. Pantang tengok rumah kemas sikit, siaplah ada saja idea nak 'menyerikan' keadaan. Kereta, laptop mainan, pen, buku, hanbeg, bantal, dengan makanan sana sini membuatkan saya alahai..anak.

Ayat saya tanpa jemu setiap hari, adik...abang..kenapa sepah-sepah ni? 10 kali korang main 10 kalilah ibu kena kemas dan sapu. Pandai lak tu bila saya kata  clean up, dia buat2 masukkan mainan dalam kotak, buang sisa makanan dalam tong sampah dan ambil penyapu konon nak sapulah. Tapi sekejap tulah, dah penuh mainan dia terbalikkan balik kotak Alahai...

Hari ni Ilhan baru lepas injek setahun setengah. (Kami cipta sejarah tersendiri orang pertama sampai sebelum nurse buka klinik. Hihhihi.) Kena cucuk di lengan. Ingatkan kot 'lembek' (dibaca demam) macam abang dulu bila kena injek. Sekali makin aktif  'mengemas' adalah. Tarik nafas panjang saya dibuatnya. 

Saya tenangkan diri seketika dengan membuka fb ketika mereka berdua ralit membaca zikir di oasis. Terpandang sharedari fb :Suami Mithali, Isteri Sejati, Keluarga Harmoni

"Bila kita mengeluh dengan nakalnya anak, ketahuilah bahawa di suatu tempat ada mereka yang terpaksa melayan anak yang cacat.

Bila kita mengeluh dengan sedikitnya anak, ketahuilah bahawa di suatu tempat ada yang langsung tidak punya anak.

Bila kita mengeluh dengan kelemahan pasangan, ketahuilah bahawa di suatu tempat ada yang menanti-nanti bila jodohnya kan tiba."

Terdetik di hati, saya patut lebih bersyukur dengan apa jua keadaan saya kini. Astagfirullah.

Berselerak rumah bermakna kita ada anak yang aktif dan bukannya yang terlantar sayu. Bisingnya rumah dengan ketawa dan tangisan bermakna kita ada anak mampu memaparkan emosi mereka dengan sepatutnya Dan biarlah gaduh-gaduh manja dengan pasangan, asalkan mereka masih pasangan kita yang setia di sisi dan bukannya mencari lain di luar rumah.

Saya bukan manusia sempurna. Kadangkala emosi menguasai diri lebih daripada sepatutnya. Tapi masih dalam kawalan. Bising-bising tu biasalah sekadar meluahkan perasaan dan salah satu cara saya mendisiplinkan anak. Saya pasti setiap ibu sepatutnya bertindak begitu

Saya sedar, anak-anak dalam proses pembelajaran dan akan serap semua kelakuan kita macam span. Jadi, saya perlu lebih berhati-hati dalam pertuturan dan kelakuan. Tapi saya juga bukan robot kena buat rutin harian sama setiap hari. Aduyai....*eh, saya mengeluhkah?

Biar macam mana sekalipun huru hara saya setiap hari, mereka tetap kesayangan saya. Biarlah ketawa tangis mereka di bawah jagaan saya. Bukan orang lain yang tak mengerti menghargai anak-anak. *emosi lak teringatkan video2 dera anak kat you tube. rasa nak masuk dalam video lempang-laju-laju-dengan-nonstikpan si pelakunya*.




08 May 2012

Menjejak Dinosour di PSN

Assalamualaikum,
Tak ingat samada pernah menjejak kaki ke Pusat Sains Negara atau tidak. Tapi, masa zaman sekolah dulu, saya pernah mengikuti rombongan sekolah ke pameran dinosour. (tak pasti entah berapa ekor semut tertelan akhir-akhir ni. *tiba-tiba. padahal tak nak mengaku lupa ingatan akibat dimamah usia. hihihik...

Tapi, bila kotak memori dikorek-korek kembali. Sah sungguh tak pernah sampai PSN. Dah lah kena parking seberang jalan. Pastu kena menapak nak bukit hampir sekilometer jauhnya. Sabar je lah kan... Memang membakar kalori dan jiwa! 

Mujurlah sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pintu masuk, suhu dingin segera menyejukkan badan dan perasaan. Masa check tiket (beli tiket masa kat pintu masuk PSN), dia kata tiket tu untuk masuk ke PSN sahaja. Kalau nak masuk pameran dinosour kena bayar lagi RM 15. *cis...pasal la amoi kat kaunter tak cakap apa-apa. tak memasal rugi RM3. Yerlah, kalau cakap nak tengok dinosour, bayar RM15 je boleh masuk semua. Ni kena RM18 seorang. 

Pameran dinosour tingkat 2, jadi kena teroka dulu apa yang ada sepanjang perjalanan. 

Ilhan asyik melihat akuarium yang menempatkan hidupan marin yang sangat cantik. Sampai meleleh2 air lior member.
 


Khalish sempat menyertai budak-budak sekolah melihat demo sains.



Sah-sah le korang ada gen ibu - gayat tak memasal padahal bukan ada air pun kat bawah jambatan tu. 
En Bapak yang verangan jadi macam Bapak Bella (kenal?)
Banyak betul stesen hentian kami, macam-macam suruh Khalish dan Ilhan cuba itu dan ini. Macamlah anak tu faham mengenai sains. Bila masuk ke dinosour live pula, saya risau kot-kot la budak berdua tu meraung tak memasal. Maklumlah, selain ada prototaip dinosour yang nampak real tu, ia di'real'kan lagi dengan kesan bunyi-bunyian dan gerakan setempat haiwan berkenaan.





Gelagat Ilhan tak mau rapat.
Kalaulah dia boleh bergerak, maunya langkah seribu kami cabut lari. Mujur Khalish dan Ilhan tak meraung. Cuma Ilhan awal-awal tak nak dekat. Khalish pula bila saya cakap dinosour baik macam meow baru dia berani-takut nak usap kepala dinosour tu. Tapi, cepat-cepat ditariknya kembali. Apalah Khalish ni, kurang berani betul.

Ingat besar sangatlah pameran ni, jalan tak sampai 10 minit, eh habis dah? En Bapak cakap sikit sangat bahannya. Tak mengapalah, asalkan kita dapat dedahkan anak-anak melihat haiwan pra sejarah. Lagipun, banyak juga kita dapat pelajri bersama. Insyaallah, jika ada rezeki anak-anak dah sekolah nanti, kita kembali ke sini ye. 

Dinosour Live dibuka sejak 1 Mei 2012 hingga 31 Julai 2012 di PSN.
Pergi ramai-ramai bawa anak masa cuti sekolah nanti ok. Anak saya tak sekolah lagi dan kami pergi bukan pada hari cuti. hehehe

Sekian,
Wassalam.






02 May 2012

Ilusi Optik : Bercakap Dengan ...

Tajuk konon macam ada elemen misteri. Jangan ingat ini cerita 'siri bercakap dengan jin' pulak. hihii...
Budak berdua ni memang pantang jumpa cermin. Tak kiralah cermin di mana sekalipun, mesti ada saja keletah dibuatnya.

Aksi Abang : mesti cakap hello dulu dan buat macam2 mimik muka
Aksi Adik: tenung dulu imej dia dan cium