23 May 2012

Steak Sedap di Yik Mun, Tg Malim

Walaupun hampir empat tahun saya bermastautin di Ipoh kerana mengikut En Bapak terchenta, rasanya tak pernah langsung beliau sudi membawa saya ke Yik Mun, Tanjung Malim. Kalau dah masuk lebuhraya, alamatnya kita terus ke destinasi utama la jawabnya.

En Bapak kalau ada tugasan ke kawasan Tg Malim, kadang kala singgah juga ke Yik Mun dengan teman sekerjanya (bukan teman tapi mesra okeh)minum-minum sambil makan pau. Sikit pun tak pernah ingat isteri kat rumah. Ingat setakat gitu-gitu tanpa membawa balik pau. huhuhu.
Gara-gara terbaca blog kak Yatie@sawanila.com mengenai entry Yik Mun bulan lepas, terus saya 'menggoda' En Bapak untuk singgah ke sana. Balik sahaja dari rumah mertua selepas ke Pesta Buku haritu, akhirnya sampai juga saya ke sini.

Bila dah sampai, haruslah kita merasa paunya yang menjadi sebutan ramai. Saya pilih pau daging dan kaya. Memang gebu dan tebal betul kulitnya. Saya ingatkan yang macam kat r&r tu. Tapi En Bapak kata pau Yik Mun hanya dijual di kedai ini sahaja. Mungkin untuk mengekalkan keaslian pau mereka.
  
Makanan utama saya order beef steak manakala En Bapak makan nasi goreng hainan. Kuah atau sos yang menjadi peneman steak memang sedap ditambah dengan kacang pea dan kemanisan hirisan bawang. Terasa keaslian stok sos dan portionnya bagi saya sangat banyak berbanding tempat lain. Manakala mash potato (rasanya macam ada masuk buttercup), mengalahkan mash potato di kepci. Serius...Khalish makan sampai licin mash potato dalam pinggan.

Macam yang pernah saya katakan, Ilhan adalah budak pemakan nasi. Kalau tak pekena nasi alamatnya jangan harap dia nak kenyang dengan mudah. Ingatkan saya nak berkongsi steak dengannya, namun dia lebih menggemari nasi goreng En Bapak.

Minuman pelengkap kami adalah soya cincau. Sedap hingga Ilhan sedut tak nak lepaskan straw dari mulut. Yang kelakarnya, saya ingat mamat yang jaga kaunter adalah cina, sekali buka mulut rupanya dari seberang sama seperti pekerjanya yang lain. Itu kaum kerabat Yik Mun tak nampak.

Selepas makan, kami pulang ke Ipoh dengan berbekalkan sebungkus pau ayam yang dibeli. Tapi, bila dah dikukus kenapa saya rasa ketebalannya tidak sama seperti di kedai. Mungkin saya saja berperasaan begitu.

2 comments:

  1. Nanti try lamb chop dia..or chick chop. Sedap gak, yatie

    ReplyDelete
  2. insyaallah kak. kalau singgah lagi masa balik kl/melaka kami akan cuba. terima kasih atas cdgn.

    ReplyDelete