24 September 2013

Wang Kelian 2013: Antara Keunikkan, Pilihan dan Kuasa Wang

Percutian ke Perlis tidak sah kalau tak singgah ke Padang Besar atau Wang Kelian. Ini kerana kedua-duanya adalah tempat menghabiskan duit. hehe...Bezanya, Wang Kelian memerlukan ketahanan kaki tahap tinggi untuk menyeberangi sempadan dan berjalan sejauh hampir lima kilometer pergi-balik ke tempat parkir berbanding Padang Besar yang lebih kepada kompleks perniagaan. 
Kalau yang bukan jenis tidak menghargai pengalaman berbeza berbanding tempat sendiri tidak disaran ke tempat ini. Padang Besar sekarang tak macam dulu ramai yang dah ke sana mengatakan rata-rata harga barangan dan makanan dah naik harga. Masa minyak tak naik pun dah mahal, inikan pula subsidi dikurangkan, ye tak? Pilihan masing-masinglah kan. 

Maka, Wang Kelian yang dikatakan harga barangan masih ditahap logik, ada baiknya kita jenguk dulu untuk membeli apa yang patut. Saya pernah ke sini pada tahun lepas. 

Antara barangan menarik yang patut dibeli atau dicuba adalah:

1- Makanan Tempatan
Dah sampai kat tempat orang, wajar anda mencuba pulut ayam (RM2.50), popia thai (kulit yang sangat transparent RM2), som tam, tom yam dan sebagainya. Ada sebuah kedai makan siam berhampiran pos imigresen Malaysia yang menawarkan menu buffet RM22 untuk 2 orang. Sayangnya dipenghujung waktu, kami tak cukup wang untuk lunch di sana. Dah la tak de atm kat sini, sayang betul. 

2- Buah-buahan & sayur-sayuran


Durian siam sekilo RM3, buah salak, buah bidara, delima (4 biji = RM10) dan macam-macam jenis sayur yang tak pernah tengok. Buah-buahan siam memang manis.

3- Kraftangan dan Peralatan dapur
Banyak betul kulit siput yang dijual sampai rambang mata dibuatnya. Sudahnya saya cuma beli yang belum ada dalam koleksi sahaja. Selain itu, sempat juga membeli lesung kayu yang biasanya orang buat som tam untuk Mak sebab dia suka buat kerabu.
Periuk, steamer, non stick pan memang banyak kat sini. Cuma rajin tak rajin je cari yang berkualiti dan berbaloi untuk pakai. Sayangnya tak sempat nak cari sebab kesuntukan masa dan sibuk mengalih perhatian Ilhan bila lalu depan kedai yang menjual barang mainan. Hisshh...stress ibu kamu ni, nak!

4- Toto
Macam-macam jenis, tapi yang standard harganya RM37 berbanding kat tempat sendiri yang naik sekali ganda harganya. Selain itu, cadar, comforter, kelambu, buaian kain dan seangkatan dengannya banyak betul di sini. 

5- Pakaian dan Kasut
Baju orang perempuan, lelaki dan kanak-kanak memang banyak. Jersi pun ada tapi sayangnya saiz kebanyakkan adalah saiz orang thai yang slim2 tu.

Satu perkara yang saya perasan sejak ke Hatyai tahun lepas adalah kasut atau sandal buatan siam adalah paling selesa dipakai. Walaupun harganya semurah RM10, material yang digunakan sangat lembut dipakai, ringan dan yang penting tahan lama. Memang kasut mesti dalam senarai wajib beli.

5- Mainan Kanak-kanak

Motosikal, kereta, basikal, lori bear, anak patung, keretapi apa saja jenis mainan ada di sini. Kebanyakkannya saiz besar. Harga paling murah RM10. 

5- Jajan dan lain-lain

Jangan lupa mencari anak ketam bercili, buah mata kucing kering (rendam buah air), gajus, buah berangan dan segala macam kekacang yang ada. 
Ikan bilis, pulut, beras dan paling tak lupa pes tom yam yang harganya cuma RM10 bagi botol besar. Sedap betul, lengkap semua masin, manis dan masamnya. Tak perlu tambah daun limau pun tak pe. 

Yang membuatkan kami tertanya-tanya adalah macamana minyak masak boleh lepas dijual di sana. Bukankah itu adalah barangan terkawal. Kalau Seri Murni fahamlah kenapa terjual sebab ramai orang Melayu dah boikot beli minyak syarikat cha-ya-nun-alif tu. Tapi eh...asal Saji dan Alif pun ada juga. Ishh...Botol besar harganya RM16++. Takde orang Malaysia nak beli sebab boleh dapat lagi murah kat negara kita. 

Wang Kelian ni dah banyak pembaharuan, dah ada kedai-kedai baru dibuat. Lantaklah orang kata macam pasar malam ke apa, tapi ada bezanya berbanding kat tempat kita. Kadang -kala sesekali membeli belah kat tempat orang, lepas tu berkomunikasi lak dengan orang yang lebih tak faham daripada faham seronok juga.

Tips:
Barangan boleh dibayar menggunakan ringgit atau baht. Pandai-pandailah menawar. Macam kami, round dulu kesemua gerai dan survey harga. Lepas tu bila pusing balik baru singgah kedai mana yang berkenan. Yang penting, kaki mesti kuat. Lepas tu merasalah sakit kaki 3 hari 3 malam. hehe...

Lagi satu dicadangkan datanglah seawal pagi mungkin sebelum jam 9 pagi supaya anda dapat parking kereta sedekat mungkin dengan pos imigresen selain mengelak daripada pancaran terik mentari meskipun waktu baru jam 11. Lain macam teriknya. 

Orang thai memang kreatif, sekarang dah ada perkhidmatan pengangkut barang bermotor. Agak-agak kalau dah pancit berjalan, tahan je la mana-mana motor dan diorang akan bawa korang dan barang-barang sampai ke kereta. Bayarannya hanya RM2.


#walaupun seronok keluar masuk sempadan untuk membeli belah, tapi jauh di sudut hati berkata senangnya nak bolos pintu sempadan negara bila masuk Wang Kelian. Agaknya ada tak penyeludup atau ahli kongsi gelap guna laluan ni setiap Ahad?# moga negara ini dilindungi Allah. 

2 comments: