Ingatan: Facial percuma, tapi nak masuk bayar sendiri ye. :)
Kunjungan kami ke sini adalah kali kedua. Kali pertama boleh lihat di sini. Sekarang nak masuk ke kolam dah ada tram. Kurang sikit lenguh kaki.
Macam biasa, lepas beli tiket masuk, kami terus ke tandas untuk menukar pakaian mandi dan destinasi utama adalah ke kolam air gunung. Cuti sekolah kan, ramai juga yang menghabiskan masa ke sini.
Lepas 30 minit, kami kemudiannya ke kolam air panas. Memang ambil masa sedikit saya, Khalish dan Ilhan nak masuk ke kolam ni. Teringat pula kata-kata seorang ibu saudara, kalau tak tahan panas tandanya orang tu cemburu. Wah...masa tu tiba-tiba boleh tahan panas masa angkat periuk sebab khuatir dikatakan cemburu. Ceh...
Saya perasan, kedua-dua kolam ni agak sedikit 'kehijauan' berbanding kunjungan pertama kami pada tahun 2010. Macam tak diselenggara pun ada. Kaki agak licin apabila menyentuh permukaan dasar kolam.
Apapun, jangan terlalu lama di kolam ini melebihi 30 minit kerana dikhuatiri dehidrasi serta pening kepala. Baiklah, saya mengaku saya pening kepala ketika itu. Solusinya, basahkan kepala dan seluruh badan dengan air sejuk dalam tempayan yang disediakan dan minum banyak air masak.
Kami kemudiannya menghabiskan masa kembali ke kolam air gunung dan menukar pakaian. Memandangkan waktu tengahari dan perut pun minta diisi, kami ke tapak merebus telur. Tempat rebusan di sediakan, tapi telur beli sendiri di situ ye. Tak silap 6 biji=RM5.
Pak cik EsK 2 kat belakang yang pakai baju hijau tu. |
Merebuslah telur di situ, 2 biji separuh masak (ada kicap cair disediakan) manakala 4 biji lagi masak sepenuhnya. Ahaha...kalau kat rumah memang tak de la nak masak cenggini. Sambil-sambil tu kita makan mi juga.
Dalam pada merebus telur, terdengarlah perbualan seorang petugas taman rekreasi berkenaan kepada khalayak di kawasan kolam merendam kaki berhampiran.
"Bagus lendir warna hijau ni untuk kulit, boleh hilangkan parut, sel-sel mati malah menegangkan kulit. Kalah EsK 2!".
Sekali tengok memang menggelikan. Maklumlah alga yang kelihatan seperti lumut basah dan berwarna hijau pekat itu dikatakan bahan mujarab untuk kulit. Biar betul pak cik nih.
Yang kelakarnya, lepas pak cik tu demo kat salah seorang pengunjung yang membuatkan belakang tangannya menjadi cerah lepas digosok dengan alga, makanya ramai yang terpengaruh dengan dakwaan pak cik tu.
Masa tu saya tengok je dari jauh, nak join sekali segan sebab dah ramai sangat kat situ. Lepas solat di surau disediakan, dah tak de orang baru kita terjah ke sana. Segan konon.
Ilhan pelik tengok muka comot ibu |
Baik, kepanasan kolam yang dinyatakan adalah antara 42 hingga 50 darjah. Alga hijau ni nun berada di dasar kolam, nak ambil punyalah panas. Mungkin tadi dah banyak yang diambil kumpulan tadi ketika sesi facial beramai-ramai. hihihi
Kita tawakal jelah, alga ni memang berlendir, jadi apabila disapukan ke kulit muka dan tapak tangan, alga itu menjadi kering dan berketul- ketul. Sapu berkali-kali macam skrub.
Lepas tu biarkan kering beberapa minit. Hasilnya.... kulit terasa lebih bersih dan licin berbanding sebelumnya. Tangan pun lebih kelihatan cerah. Serius tak tipu. Sayangnya tak ambil gambar sebelum dan selepas nak tunjuk bukti sebab fotografer saya tak ketinggalan facial sama. hihihi. EsK 2 free katanya.
Menurut pak cik berkenaan, lebih elok sekiranya amalan ini dilakukan setiap tiga bulan sekali untuk keberkesanannya. Wallahualam. Kalau berani cubalah.
Walaupun khasiat dan kebaikan dipercayai banyak pada rumpai alga ini, namun ia masih belum dapat disahkan secara saintifik. Bahan asli tanpa olahan kimia mungkin boleh dipercayai, terpulang kepada pendapat masing-masing.
Lepas ni, confirm dasar kolam air panas ni bersih daripada sebarang lumut. Cepat, facial free ni berlangsung selagi stok alga masih ada. hihihi.
hahaha..gelak sy baca smbil mmbygkan empunya badan bertepek hijau dimuka.
ReplyDeletepompuan ni kalau dah kata utk cantik, konfem sanggup buat..nanti dtg lagi, konfem alga tu dah licin dikaut pengunjung ;)
tq berkongsi cerita
hahaha...tu juga blh menyumbang kepada kerja pembersihan kolam secara sukarela.
ReplyDeletetq juga pd akak kerana sudi ziarah blog saya. :)