Bulan Jun lepas, saya menerima email daripada pihak jabatan biologi fakulti Sains dan Math UPSI, Puan Noraine. Menurut beliau, mereka kini sedang giat menambah koleksi spesimen kulit siput di Muzium Zoologi dan sangat berminat dengan koleksi kulit siput yang saya miliki menerusi entry kulit siput ini.
Memandangkan bagi tujuan pendidikan, saya senang hati sudi menyumbangkan sebahagian koleksi yang ada. Bukanlah semua jenis, hanya jenis kulit siput yang mempunyai dua atau lebih jenis yang sama. Yang hanya ada satu dan susah nak dapat, memang tak delah den nak sumbangkan dengan senang hati. Berat hati adalah, sayang punya pasal.
Walaupun kulit siput, sesi pemilihannya memakan masa tau. Mula-mula kita tengok dulu koleksi saya yang dah terkumpul sejak tahun 1990-an lagi. Bagus, masih elok cuma ada beberapa yang hancur berderai. Lepas pilih, kita asingkan mengikut jenis, bentuk dan keunikkan. Lepas asingkan untuk Upsi, boleh pulak saya masukkan balik dalam kotak. Lepas asingkan, keluarkan balik 2-3 kali.
Eh...apasal macam sayang semua. Wa...rasa macam tak nak berpisah pun ada. Namun, saya kuatkan semangat memilih mana yang masih sempurna untuk disumbangkan. Selamat tinggal kulit siputku sayang. Untung-untung muzium tu dibuka pada awam nanti, bolehlah saya jenguk kamu kelak. (Puan Noraine, jangan lupa inform ye).
Ini je lah yang dapat disumbangkan |
Yeha, makan terus tetap makan. En Bapak makan nasi goreng si chuan, Alahai, setakat makan nasi goreng sayang boleh siapkanlah. Sekali En Bapak balas, nasi goreng sayang sama je rasa, nasi goreng kampung ke, tom yam ke, cina ke sama rasa. Ceh...tu namanya kasih sayang saya sama rata sume hokey. Ape da...Kan dah tak merasa nasi goreng saya selama sebulan. Rasakan...biasa dia mengkritik chef domestik macam ai ni!
Masa makan itu hari adalah order roti bakar kahwin dengan white kopi. Air soya suam langsung tak sedap. Nasi gorengnya ok-oklah tapi paunya masih lagi sedap. Kami kemudiannya membungkus mee hokkien untuk dibawa ke Sungai Klah.
Yeah. kami kembali lagi ke kolam air panas di Sungkai. Nantikan entry berikutnya yang penuh dengan khasiat. Katanyalah...
notajari: Lepas jumpa Dr Jimmy haritu, petangnya dia ada sms mengatakan ada surat yang lupa nak serah pada saya. Minta alamat katanya akan dipos. Sampai sekarang masih tak nampak bayang suratnya dalam peti pos. Bizi sangat kot.
comel je komen en abang ttg nasi goreng kasih sayang tu :)
ReplyDeletebanyak gak koleksi ye
comel ye, makan dlm tau. :(
ReplyDeletekoleksi sejak zaman sekolah kak. sikit2 lama2 bertimbun