Showing posts with label teladan. Show all posts
Showing posts with label teladan. Show all posts

19 February 2013

Iktibar Kisah Amah Gila Lempar Bayi, Bersyukur Diri Seorang Suri rumah

Hari ini, amah indon yang gila melempar bayi di Kuantan telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun. Balasan setimpal yang patut diterima memperlakukan seorang bayi manusia bukannya anak kucing atau anak patung.

Sepanjang melihat rakaman cctv kelakuan kurang siuman amah berkenaan, saya kerap menjerit terkejut dan beristigfar apabila aksi melempar dilakukan. Jantung saya berderas laju seakan mahu menerjah masuk dalam situasi bayi malang itu untuk membantu melindunginya. 

Sakitnya bila dihempas dan dibanting-banting begitu. 4 bulankan, apalah yang mampu dibuat. Hanya menangis mengharapkan belas ihsan dan bantuan. Sukar mengenangkan perasaan kedua ibu bapa bayi berkenaan ketika menyaksikan belang sebenar amah yang baru sehari menjalankan tugas mengasuh itu. Memang tak berperikemanusiaan.

Seketika, saya kembali kepada diri sendiri. Bermuhasabah dan bersyukur dengan keputusan untuk tidak bekerja demi menumpukan perhatian kepada rumah tangga dan anak-anak walaupun ada ketikanya saya rindukan saat bergelar wanita bekerjaya.

Namun, apabila saban tahun dikejutkan dengan berita penderaan anak-anak yang dilakukan si pembantu rumah atau pengasuh, saya sedar betapa bertuahnya saya dapat melindungi Khalish dan Ilhan daripada kejadian tidak diingini itu.

Saya tidak dapat bayangkan saya berada dalam situasi ibu bapa bayi berkenaan. Mungkin sebelum amah itu ditahan polis saya akan membelasah secukupnya, nak jadi apa pun jadilah. (bertarung nyawa aku nak bersalin, potong sana sini, sesedap rasa je ko lempar anak aku ye, rasakan) *ini betul-betul marah dan sakit hati.

Saya faham dengan situasi wanita yang bekerjaya, yang terpaksa menggunakan khidmat pembantu rumah untuk membantu mereka menjaga rumah dan anak-anak. Terpaksa menyerah nasib kepada orang yang baru dikenali malah terpaksa memberi kepercayaan dengan harapan anak-anak dilayan dengan baik. Tapi, bagi sangat sukar sebenarnya kita mahu menilai samada orang yang digajikan itu samada ikhlas bekerja ataupun fikirkan imbuhan diterima semata-mata.

Pernah satu ketika berita mengenai kanak-kanak didera pengasuh mengganggu mood saya. Hinggakan terbawa-bawa membayangkan bagaimana perasaan diri sendiri apabila melihat anak waktu pagi dengan sihat dan apabila balik anak terbujur kaku akibat kecuaian pengasuh. Nauzubillah. Simpang Malaikat 44.

Mungkin ada benarnya kata saudara saya yang anaknya pernah menggaji amah juga dari Indon, kata beliau, dapat amah ni nasib-nasib. Nasib baik dapatlah yang ikhlas bekerja dan pandai bawa diri. Nasib tak baik, dapatlah yang buruk perangai dan mementingkan diri.

Amah pertama yang mereka dapat sangat rajin dan pandai menjaga cucu-cucunya. Selama lima tahun bekerja tidak pernah membuat masalah hinggakan mereka mengganggapnya seperti keluarga sendiri.

Sayangnya, masuk tahun keenam, amah berkenaan terpaksa pulang ke kampung berikutan ibunya sakit dan terpaksa berhenti kerja. Dapat pula amah kedua, lebih muda daripada amah pertama. Amah ni, kerja semua bagus, cuma tang makan kalau maknya penuhkan peti ais dengan bermacam makanan seperti aiskrim, buah-buahan, vitagen dan sebagainya untuk kudapan anak, dia pula yang melebih-lebih makan.

Anak-anak bila ditanya, ada juga ketikanya tidak merasa. Kadangkala, anak-anak makan dihidang lauk yang biasa-biasa saja, si amah makanannya bermewah-mewah. Memang memeningkan betul perangai amah ni. Macam-macam peel. 

Berbalik kepada cerita amah gila tadi, saya cuma berharap bayi berkenaan tidak mengalami sebarang komplikasi teruk yang akan mengganggu tumbesarannya. Itu nasib baik dapat dikesan lebih awal kerana adanya cctv di rumah. Yang tak de cctv tu bagaimanalah nasibnya anak-anak kecil ini. 

Rupa amah tu nampak macam baik je. Tapi, tulah kadangkala orang yang kita nampak baik luarannya, belum tentu baik dalamannya. Oh amah, bertaubatlah kamu dalam penjara 20 tahun, macam rasa membazir duit kerajaan kena tanggung seorang lagi pesalah makan percuma.


notajari: semuanya bergantung kepada nasib, bukan setakat amah, kadang kala layanan bidan dan juru rawat pun nasib-nasib. dapat yang bagus, bersyukurlah walaupun hanya duduk hospital kerajaan kelas tiga. ada tu, staf hospital bila bersalin pun dapat layanan buruk daripada staf sendiri. Inilah kehidupan...

15 February 2013

Al-Kisah Hidangan Seorang Isteri (harus baca)

Gambar hiasan : kailan ikan masin
Saya peroleh cerita ini menerusi FB seorang teman. Beliau pun copy paste daripada sumber lain yang turut di copy paste daripada sumber-sumber yang lain. Cerita ini saya kongsikan untuk semua. Untuk En Bapak, mungkin ada perkara yang baik untuk kita renungi bersama daripada kisah ini. Khas untuk hari istimewa esok, 16 Februari. 

Kepada si penulis asal cerita ini, saya mohon copy paste juga ye.

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.

*so sweet* :)

11 May 2012

Hadiah Terbaik

Tertarik dengan share fb Tumpang Lalu saya kongsikan di sini.
Moga dihayati bersama.


30 July 2010

Mujur Saya Tak Minat Kereta Mewah...


Salam semua,

Haih...baru dan wat entry baru. Sekarang dah kol 12.30 am dan mata tak leh tidur. Siang tadi sibuk blogwalking, leka masukkan gadjet sebagai penyeri rumah maya ku ini (bajet cantik kunun) n berfb dengan kengkawan.

Stori besar semalam mesti sume tau pasal tumpasnya skim cepat kaya membabitkan pelaburan berjuta ringgit sebulan. Lebih sadis bukan sedikit tapi dipercayai lebih 10,000 ahli (saya percaya majoritinya orang kita) yang tertipu dek janji manis ditaburkan oleh sindiket terbabit.

Ok, nak kongsi sebenarnya di mana saya pernah pergi satu event sindiket (tak silap namanya One Team @ Friends Club) dianjurkan di Ipoh awal tahun ni. Jangan buat spekulasi yang saya ni terpengaruh atau pernah jadi ahli ok.

Pergi pun atas jemputan seorang kenalan rapat yang mahu saya melihat sendiri 'kejayaan' syarikat kepercayaannya itu, kononnya mampu mengubah hidup kebanyakan orang kita. Kata kawannya, dari mat rempit hingga ke kakitangan kerajaan berpangkat rendah sume jadi kaya bila masuk skim ni.

Orang dah ajak, dapat lak buat kat restoran masakan minang - kita pergi jelah...bukannya kuar sesen pun (hehehe...saya dan Khalish pun pergi la mengendeng kat event orang. OS tak de sebab dia kerja time tu).

Time sampai kat sana, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline cantik je posing depan restoran tu. Ada orang baru yang datang (perkiraan saya lebih 200 orang dari area utara) kagumsss tak ingat sebab itu dah menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh kalau join.

Saya??? Tak rasa kagum sebab tak minat sport car. Dah la memekak je bunyinya selain bukannya nak pergi berlumba pun, janji ada kereta sudah. Berbalik kepada cerita...lepas acara makan-makan dan cabutan bertuah (saya dapat special seat 2 dari depan okes...), ada la plak sesi berkongsi pengalaman.

Macam-macam orang dari pelajar yang tak habis belajar, berjawatan tinggi kat jabatan kerajaan hingga pak cik driver dah kaya dengan skim ni. Bayangkan, cerita mereka sebelum join - bergaji hari, selepas join - maintain RM10,000 sebulan (macam iklan pelangsingan la pulak). Kata mereka, giler...giler....giler (merujuk kepada bisnes - jerit dengan penuh bersemangat ye).

Saya dan Khalish hanya jadi pemerhati. Yang menggepalai event adalah mereka yang bermata sepet manakala pengikutnya ramai orang kita (ini bukan cerita perkauman ok, realiti), manakala yang satu lagi hanya beberapa kerat je yang hadir.

Tak join sampai habis pun, jam 10 malam OS dah datang amik saya dan Khalish. Komen OS, rosak anak aku dengar giler...giler...giler je. Bukan boleh percaya sangat benda ni. (instinct orang surat kabor selalunya tepat.)

Saya dapat tahu syarikat ni aim mereka yang baru kerja (esp kerja gomen), yelah baru mula kerja mesti nak cepat dapat duit dan akaun pun masih bersih dari hutang. Sangat kasihan sebenarnya mereka yang gelap mata ni sanggup meminjam dari bank hingga RM41,000 malahan ada yang sanggup berhenti walaupun tak sampai setahun bekerja semata-mata nak buat full time bisnes ni.

Nasib baik ko tak berenti kerja Kiambang (bukan nama sebenar), kalau tak mesti ko senasib dengan upline ko yang kena serbu tu. Dan mujurlah Allah bagi hint awal-awal pada ko tak join lagi benda ni walaupun dah tertipu. Sabarlah ye, sapa jangka kena tipu dan suka ditipu, ye tak.

Makanya, jadikanlah kejadian ni sebagai teladan pada masa akan datang. Tak salah nak berbisnes tapi mestilah kena cara dan arah tujunya. Baik berniaga benda yang nampak daripada atas angin ni. Takut-takut bila angin bertiup kuat sangat jadi puting beliung lak. Habis semua.....wallahualam.

Sumber berita : di sini dan sini

15 September 2009

Melihat +ve Dalam -ve

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR untuk....
1. Suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
2. Anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. Cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. Pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
5. Lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. Bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. Timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. Keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. Tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10. Jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…
Renung2kan....