15 September 2009

Melihat +ve Dalam -ve

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR untuk....
1. Suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
2. Anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. Cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. Pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
5. Lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. Bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. Timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. Keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. Tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10. Jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…
Renung2kan....

3 comments:

  1. SALAM ADAH..
    selamat kembali berblog.awak dah lepas,saya pulak yg berdebar nak tunggu tahun depan.
    sihatnya baby awak..semoga menjadi ibu yg baik utk anakanda tersayang

    ReplyDelete
  2. kak irfa dah berapa bulan? insyaallah, saya masih berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik pada anak2.

    ReplyDelete
  3. dah 5 bulan..awal tahun depan kuarlah.insya Allah

    ReplyDelete