30 August 2013

Kenangan Aidilfitri 2013 (bahagian 2) : Best Ever Open House

Tiap-tiap tahun kecuali Aidilfitri tahun lepas (sebab Mak Ayah mengerjakan umrah selama sebulan) tak pernah miss buat open house.

Dengan ahli keluarga yang ramai, saudara mara, kawan-kawan dan rakan bisnes maka Ayah menjadikan majlis berkenaan yang lebih tepat setiap malam raya ketiga sebagai aktiviti wajib.

Setakat menyediakan juadah hidangan 400-500 tak de hal punya memandangkan Ayah sendiri menjalankan bisnes katering. Bukan nak cakap besar tapi ini realiti. Bagi Ayah paling menggembirakannya adalah menjamu orang makan. Bak kata Ayah ada rezeki lebih patut dikongsi bersama. 

Oleh kerana En Bapak mula bekerja pada hari kedua, beliau dengan suka-paksanya menghantar juga anak isterinya balik ke kampung. Walaupun buat muka sardin dan ugut kononnya nak upload gambar megi dalam fb, saya 'terpaksa' kering'kan hati untuk balik juga ke kampung.

Hello, ai ada Mak Ayah juga tau. Nak gak beraya bersama dan sertai best ever open house. Dah lama dua tahun tak dapat join. Alah, apedehal setakat lima hari ketiadaan ai, takkanlah tak leh hidup ye tak. Kalau ada jemputan open house mana-mana, pergilah buang penghilang kebosanan. hehehe...

Jadi, pagi-pagi raya kedua lagi dah bangun dan masak apa yang patut untuk bekalan sang suami yang balik ke Ipoh untuk bekerja mencari sesuap rezeki. Ecewah...ayat tak agak-agak.
Ayah (berjubah)
Mak dan Hakimah
Open house Ayah saya aka Pak Cik Usop ni bukan sebarang open house tahu. Dah gaya open house rumah MB tau. Menu utama je dah berjela dalam senarai. Ayah memilih gaya gerai dalam menghidangkan makanan. 

Ambil pinggan, carilah gerai mana yang menjadi pujaan hati. Nasi himpit, rendang, ayam masak merah, kuah kacang, bihun, mi dan kuey teow goreng, nasi goreng cina, laksa, nasi lemak sambal sotong kembang, soto, nugget, sosej, roti canai, ikan bakar, kupang bakar malah ada kek dan aiskrim lagi. Mana nak dapat, dalam satu malam macam-macam boleh makan. Kalau yang jenis pemakan tu, hah melantak la jawabnya.
Afrina babam dan ibunya
Menu tahun ni ada tambahan kambing bakar. Sebenarnya kambing tu aqiqah untuk anak buah yang dah tiga bulan usianya, Nur Afrina Firzanah. Kambing...biasalah comel lote je, tak sampai setengah jam dah licin licau, tak ingat orang belakang langsung. 
Pak cik2 jaga air. hihihi - Thalha dan Farhan
Pilihan air pula dah bajet macam jual kat pasar malam. Air sejuk je dah empat jenis - air mata miow, air oren, air anggur, air sirap, air panas pun ada juga. 
Orang sibuk makan, diorang sibuk tengok bola
Rumah kami taklah sebesar mana, tapi kalau nak berjalan dari bilik saya ke bilik mak, sengal gak kaki. Kelebaran kurang tapi memanjang lebih. Ada faham.

Jadi, tahun ni menjangkakan pengunjung akan bertambah, ayah telah menempah dua buah khemah untuk tetamu. Tu pun penuh juga hinggakan ada yang terpaksa melepak kat tembok pagar. Selesa juga tapi dah dalam rumah penuh nak buat camna kan. Lagi senang apa, dah habis pergi tambah lagi, duduk, gi tambah lagi...

Sayangnya saya tak berkesempatan ambil gambar sendiri dek kesibukan menjadi penanggah aka akak katering. Sekejap-sekejap larik gi dapur tambah makanan dalam tray. Sekejap-sekejap angkat pinggan plastik buang dalam plastik sampah. Nak berbual lama dengan sedara mara belah Ayah memang takdelah. 
Adik-adik sepupu yang rajin. Dak Azam juga kanan sekali. Eh Adib Khalish tiba2 terselit di situ
Gambar-gambar ni pun cilok dari fb sepupu saya, Kay Zuhair. Thanks mamat sudi upload pic ni. Majlis habis dalam jam 11.30. Syukurlah ada saudara mara yang ringan tulang membantu mengemas. Kalau diorang takde, nak slip disk juga rasanya. Alhamdulillah, terima kasih semua. 

Ikutkan saya tempah je katering, lepas tu fikir balik, eh apehal ko nak tempah katering, Ayah kan katerer tersohor lebih 20 tahun tu. Tak memasal termimpi-mimpi Ayah cakap, Mak ko masak lagi sedap!

Esoknya, lepas settle semua kerja, kami ke rumah Mak Long di Pengkalan Balak untuk sarapan pagi. Masih terasa-rasa mee rebus dia buat. Setaraf dengan mee rebus Ramli yang femes kat Ipoh tu kata ko. Phew...Nanti balik, orang belikan Mak Long taucu Opah ek. Masjid Tanah takde orang Melayu buat taucu, tapi kat Ipoh melambak!

Kami kemudiannya konvoi ke hospital Jasin melawat Pak Ncik yang masuk hospital sejak petang raya kerana darah tinggi. Nasib baiklah Hospital Jasin kan, tak ramai orang parking pun senang. Kalau Hospital Melaka, silap-silap kena halau sebab satu rombongan cik kiah datang hospital. Sabar jelah...

Dua hari lepas tu, Mak Ayah hantar kami ke Port Dickson. Pass kat adik, Hakimah untuk dihantar ke KL Sentral. Eheh...terasa macam barang lak main pass-pass ye. Dah Kimah rela menghantar, kami lagi rela sudi dihantar. hihihi

Mula-mula ingat nak balik Ipoh naik bas, tapi kali terakhir balik aritu Khalish bantai muntah masa kat Seremban. Kesian pula dia yang mewarisi bapaknya yang asyik muntah bila naik bas.  Lepas tu, En Bapak offer nak balik kampung ambil, ishhh...rasa macam kesian lak suami ai sebab dia baru suntik gel kat buku lali dia.
Sudahnya kami memilih naik ets. Ets kan ada tiga kelas gerabaknya- 1. Platinum (sehala terus tanpa henti KL-Ipoh), 2. Gold (henti tapi 8 stesen), 3. Silver (14 hentian). Masa tu En Bapak ingat Gold tu yang paling cepat, sekali salah beli da. Tapi tak pelah, naik 12.05 tengahari sampai 2.15 petang. Sekejap je pun, sempat lagi Ilhan layan tidur. Mujurlah tiada sebarang insiden muntah dalam tren dilakukan Khalish. Baguslah, lepas ni kalau balik kampung boleh naik ets lagi. Tapi sampai KL Sentral lah. Lepas tu, kalau tak de orang ambik ko balik Melaka jalan kaki sendiri. :*(

Esoknya, hari ulang tahun En Bapak. Boleh baca di sini ye. 


notajari: Open house tahun ni mengakibatkan kehilangan tab Samsung Mak. Tak tahulah siapa pencurinya. Dah ramai-ramaikan, sikit cuai je alamat putih matalah jawabnya. Walaupun kita dah berhati-hati tapi perkara macam ni memang tak dijangka. Dah diberi makan, eh ko nak mencuri lagi ye. Dasar tak bersyukur memang cenggini. 

Mak tak terkilan sangat pasal tab tu, dapat free je pun masa cabutan bertuah. Yang beliau terkilan sebab banyak pix dalam galeri tu termasuk pix ke Medan baru-baru ni. 

29 August 2013

Kenangan Aidilfitri 2013 (bahagian 1)

Assalamualaikum,

Wah...wah diam tak diam dah 22 hari kita beraya. Dan diam-diam jugalah saya perapkan cerita aidilfitri kami. Tak patut, tak patut. Memandangkan sistem giliran balik kampung beraya yang diamalkan sejak berumah tangga lima tahun lepas, tahun ni giliran beraya di rumah En Bapak. 

Tiga hari sebelum raya kami dah balik ke sana. Nak rayakan, sebagai menantu mithali *lantik sendiri - jadi tolong apa yang patut, tukar langsir, kemas rumah, membuat penyediaan menu raya malah sempat lagi bershopping baju raya untuk opah dengan mama. 

Ofkos, chef utama adalah MIL aka mama. Buat kata En Bapak, menu raya adalah spesialiti mama, so selamatlah anak menantu kesayangannya daripada mengodek kuali yang penuh dengan rendang kerang dan ayam. hihihi.
Malam raya, sempat lagi saya mengodek kek marjerin dan muffin blueberry bertemankan cerita satu malam kubur berasap. Memang berasap je rasa tengok si angah berlakon cenggitu. Dekat jam 2 pagi baru tidur lepas kudap-kudap makan kuih raya dalam balang yang baru diisi. 

Esoknya, sebelum subuh mama dah kejutkan kami untuk bersalaman dengan ayah aka FIL disebabkan ayah terpaksa bergegas pulang ke kampungnya di Teluk Intan untuk pengebumian saudaranya yang meninggal dunia.

Memandangkan opah berada di rumah ini, makanya mama tidak sertai ayah bersama. Sebak juga melihat mama teresak-esak ketika ayah pergi. Khalish juga bangun bersalaman dan mencium atuknya. Mau mengamuk dia kalau tak jumpa atuk nanti.

Pagi terasa indah apabila mendengar suara takbir. Anak-anak mudah dikejutkan memandangkan masing-masing teruja memakai baju baru. Ensem kata Khalish. Siap dengan spek tak tahan. 

Selepas solat aidilfitri, kami teruskan sesi bermaafan sesama kami. Sebenarnya awal-awal pagi lagi saya dah mengadap En Bapak. Siap dapat duit raya lagi! 





Seterusnya kami ke kampung halaman mama di Pulau Indah. Destinasi utama adalah menziarahi kubur arwah atuk. Buat pertama kali, kami membawa Khalish dan Ilhan ke sana. Al-Fatihah dikirimkan buat arwah.

Kami kemudiannya ke rumah arwah atuk yang kini diwarisi mak anjang. Seperti biasa adik beradik mama turut berkumpul di sana. Akhirnya berjumpa juga dengan ketupat. Wah...rindu betul. 

Rasanya kali terakhir makan ketupat daun pisang masa saya sekolah rendah. Tu sekitar tahun 90-an. Masa tu ayah buat kelonsong ketupat sendiri dan merebusnya dalam tin minyak masak dan menggunakan kayu api. (ayah bab menganyam ketupat dan mengelim karipap adalah paling hebat dan kemahirannya tidak diwarisi pun kami adik beradik). huhuhu...
Selepas itu, kami kemudiannya bercadang konvoi berhari raya bersama. Mula-mula kami ke rumah Pak Ulung, sekali semua orang takde rumah. Kemudian ke rumah pak cik. Juga takde rumah. Dah namanya konvoikan, dekat 10 famili lepas tu banyak masa menunggu orang ni orang tu. 

Cadangnya nak ke Banting menziarah kubur arwah nenek dan keluarga di sana. Memandangkan dah dekat jam 1 lebih dan masih lagi menunggu ahli konvoi yang lain, kami berkeputusan untuk terus balik ke Melaka pula. En Bapak, esoknya dah kerja balik. Kang dengan jem lagi maunya tengah malam baru sampai. 

Jadinya, kami jumpa mama di tepi jalan, salam-salam dan terus cabut balik Melaka. Fuh...nasib baik budak-budak dah mula mengantuk.


....bersambung......

21 August 2013

Selamat Tambah Usia, En Bapak Sayang

Hari lahir En Bapak 14 Ogos lepas sebenarnya. 
Saja buat kelainan sikit saya ajak En Bapak ke Padang Polo, Ipoh untuk acara potong kek simbolik pertambahan usia yang makin matang. 

Sempat lagi anak-anak bermain gelongsor padahal waktu tengahari meremang tu.

Lepas tu, kami ke Restoran Malaysia Raya pekena stimbot. Restoran ni milik bumiputra. Nanti entry lain saya ceritakan ek. En Bapak kata boleh tahan sedap berbanding restoran Joni dan Sha...bu2. Kiranya stimbot paling ok di Ipoh setakat ni.

Ada dua kuah yang disediakan. Tapi, tekak saya masih teringat pada Rossa Passadena, Cameron Highland.

Salam aidilfitri semua.