29 August 2013

Kenangan Aidilfitri 2013 (bahagian 1)

Assalamualaikum,

Wah...wah diam tak diam dah 22 hari kita beraya. Dan diam-diam jugalah saya perapkan cerita aidilfitri kami. Tak patut, tak patut. Memandangkan sistem giliran balik kampung beraya yang diamalkan sejak berumah tangga lima tahun lepas, tahun ni giliran beraya di rumah En Bapak. 

Tiga hari sebelum raya kami dah balik ke sana. Nak rayakan, sebagai menantu mithali *lantik sendiri - jadi tolong apa yang patut, tukar langsir, kemas rumah, membuat penyediaan menu raya malah sempat lagi bershopping baju raya untuk opah dengan mama. 

Ofkos, chef utama adalah MIL aka mama. Buat kata En Bapak, menu raya adalah spesialiti mama, so selamatlah anak menantu kesayangannya daripada mengodek kuali yang penuh dengan rendang kerang dan ayam. hihihi.
Malam raya, sempat lagi saya mengodek kek marjerin dan muffin blueberry bertemankan cerita satu malam kubur berasap. Memang berasap je rasa tengok si angah berlakon cenggitu. Dekat jam 2 pagi baru tidur lepas kudap-kudap makan kuih raya dalam balang yang baru diisi. 

Esoknya, sebelum subuh mama dah kejutkan kami untuk bersalaman dengan ayah aka FIL disebabkan ayah terpaksa bergegas pulang ke kampungnya di Teluk Intan untuk pengebumian saudaranya yang meninggal dunia.

Memandangkan opah berada di rumah ini, makanya mama tidak sertai ayah bersama. Sebak juga melihat mama teresak-esak ketika ayah pergi. Khalish juga bangun bersalaman dan mencium atuknya. Mau mengamuk dia kalau tak jumpa atuk nanti.

Pagi terasa indah apabila mendengar suara takbir. Anak-anak mudah dikejutkan memandangkan masing-masing teruja memakai baju baru. Ensem kata Khalish. Siap dengan spek tak tahan. 

Selepas solat aidilfitri, kami teruskan sesi bermaafan sesama kami. Sebenarnya awal-awal pagi lagi saya dah mengadap En Bapak. Siap dapat duit raya lagi! 





Seterusnya kami ke kampung halaman mama di Pulau Indah. Destinasi utama adalah menziarahi kubur arwah atuk. Buat pertama kali, kami membawa Khalish dan Ilhan ke sana. Al-Fatihah dikirimkan buat arwah.

Kami kemudiannya ke rumah arwah atuk yang kini diwarisi mak anjang. Seperti biasa adik beradik mama turut berkumpul di sana. Akhirnya berjumpa juga dengan ketupat. Wah...rindu betul. 

Rasanya kali terakhir makan ketupat daun pisang masa saya sekolah rendah. Tu sekitar tahun 90-an. Masa tu ayah buat kelonsong ketupat sendiri dan merebusnya dalam tin minyak masak dan menggunakan kayu api. (ayah bab menganyam ketupat dan mengelim karipap adalah paling hebat dan kemahirannya tidak diwarisi pun kami adik beradik). huhuhu...
Selepas itu, kami kemudiannya bercadang konvoi berhari raya bersama. Mula-mula kami ke rumah Pak Ulung, sekali semua orang takde rumah. Kemudian ke rumah pak cik. Juga takde rumah. Dah namanya konvoikan, dekat 10 famili lepas tu banyak masa menunggu orang ni orang tu. 

Cadangnya nak ke Banting menziarah kubur arwah nenek dan keluarga di sana. Memandangkan dah dekat jam 1 lebih dan masih lagi menunggu ahli konvoi yang lain, kami berkeputusan untuk terus balik ke Melaka pula. En Bapak, esoknya dah kerja balik. Kang dengan jem lagi maunya tengah malam baru sampai. 

Jadinya, kami jumpa mama di tepi jalan, salam-salam dan terus cabut balik Melaka. Fuh...nasib baik budak-budak dah mula mengantuk.


....bersambung......

2 comments:

  1. suka juga beraya cara konvoi ni tp paling x suka kena menunggu :(
    serius sy x suka menunggu orang

    ReplyDelete
  2. boleh geng dengan ayah saya. hihihi. actually, saya blh kompromi tggu org tp bila menunggu lama sgt, anak2 lak naik boring.

    ReplyDelete