31 December 2009

Khalish E-Shoppe akan dibuka kurang dari 24 Jam dari sekarang!!!

Akhirnya termakbul juga hasrat ibu nak buka e-shop sendiri. Selepas bertungkus lumus, berhempas pulas dan berpenat jerih hampir 2 bulan, masa yang dinantikan bakal tiba beberapa jam dari sekarang.

Sengaja memilih tahun baru untuk hari pelancaran e-shoppe nih (ceh..bunyik macam pembukaan hyper market lak...kikiki) bagi menaikkan semangat berniaga yang sedang memuncak naik seiring dengan azam baru ibu. (fahamkah anda dengan ayat yang berputar belit nih?)

Sejak tak bekerja hampir 2 tahun, ibu seperti mati kutu - dek kebosanan melampau -tak de aktiviti mencabar minda + menjana pendapatan sendiri- untuk dibuat. Tiap2 hari- off course layan si encem boy tu-wat bekpes cik abg-kemas rumah-masak-layan suduko-tunggu cik abg balik keje-menonton-tidor-g soping, jenjalan...adoi...60% best 40% busan2...

Makanya, timbul idea untuk membuka e-shoppe ni bagi memenuhi impian dan masa ibu, kumpul RM sebab nak beli rumah idaman (yang ada 2 sky garden) serta menikmati pengalaman sebagai usahawan dunia maya yang dah sedia ada ni.

Untuk pengetahuan, e-shoppe ni menjual pelbagai item yang dirasakan menarik pada pandangan ibu selain permintaan dari keluarga, sedara mara n kengkawan. Item akan ditambah secara berperingkat dari masa ke masa.

Harapan ibu, moga Khalish e-shoppe ini mendapat sokongan dari semua. Doakan ibu berjaya yer. Salam Tahun Baru 2010!!

20 December 2009

Cerita Angan dan Sedar Tahun Baru....

Tiga hari lepas dah masuk Tahun Baru Hijrah 1431. Kurang dua minggu dari sekarang tahun baru masihi lak bakal menjelma. Bila dikenang-kenang balik, banyak betul pengalaman manis, pahit, masam, masin (ahaks...ade ker?) yang berlaku dalam hidup ibu dan keluarga. Jika dihitung satu persatu, setiap pengalaman mempunyai pengajaran dan impak tersendiri.

Berbalik kepada cerita tahun baru, biasanya kita (ibu la tu) mesti dok plan macam2 perkara yang perlu dilakukan bila tiba tahun baru. Kat bawah ni ibu dah list sebahagian apa yang bakal dan ibu akan buat sepanjang tahun depan. Idea ni ibu dapat dari majalah Pa & Ma edc Januari 2010.

RUMAH TANGGA
1. Ibu berikrar untuk menjadi seorang isteri yang lebih memahami suami, romantik, meng'top up' rasa kasih setiap bulan (cheh...macam top up kredit hp lak), serta berusaha membantu menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan lebih efisyen.
2. Menjadi seorang ibu dan sahabat yang terbaik untuk Khalish.
3. Memastikan semua perkara dilakukan dengan ikhlas, penuh kasih sayang dan rasa bertanggung jawab sebab mereka (Cik Abang dan khalish) adalah anugerah yang amat berharga buat ibu.

PENAMPILAN DIRI
1. Ibu dah bergaya dengan potongan rambut baru. Rasa lebih selesa dan bersemangat. (hehehe...sebenarnya dari dulu tak pandai bela rambut panjang. Rimas...)
2. Ingin menurunkan berat badan kepada 50 kg. Sekarang ni 4kg terlebih sudah.
3. Terlalu perlukan kulit wajah yang gebu, putih berseri tanpa sebarang parut jerawat. (hu3...kalau ada orang nak sponsor ibu ke New York Skin Solution tersangatlah berbaloi2...)

TAMBAH BILANGAN ANAK
Opps...ini perlu dimasukkan dalam list utama kerana Khalish memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang dari ibu ayah tanpa sebarang gangguan. (benar rezeki itu Allah yang tentukan, tapi wat sementara ni hold la dulu coz trauma masuk labor room tak habis lagi)...

TUKAR KERJAYA + TAMBAH KEWANGAN
Ibu yang bertugas full time sebagai pengurus rumah tangga, isteri dan ibu bakal menukar kerjaya kepada half time usahawan internet yang proaktif. (ibu sila jangan hangat2 tahi ayam).

Insyaallah, online shop ibu akan launching Januari ni bakal mempromosikan pelbagai produk cantik, menarik kau memang debooom...Now, dalam proses menunggu stok sampai dan set up apa yang patut. (jangan lupa lawat blog ibu untuk dapatkan spesel price espc untuk follower ibu)

KURANGKAN PERBELANJAAN
1. Hanya barangan penting yang perlu menduduki tempat teratas dalam senarai pembelian.
2. Rekod setiap perbelanjaan.
3. Menambah simpanan untuk membeli rumah yang berharga kurang dari 1/2 juta RM. (fuh....angan2 dan semangat perlu seiring...)

DEKO RUMAH
1. Bersihkan rumah dari segala macam habuk dan sawang.
2. Susun atur perabot dan hiasan supaya lebih menarik dan lapang bagi memudahkan Khalish bergolek2 dan berguling dengan lebih selamat...
3. Buang barangan yang dah tak pakai lagi. Tak pun bagi kat uncle jual besi ker, jual paper lama ke kalau dia ndak.

DIRI SENDIRI
1. Cuba menjadi lebih peramah dengan jiran tetangga. (Ibu bukan sombong, tapi ibu lebih suka lepak dalam rumah dengan Khalish. Ibu kurang rajin nak gi rumah jiran kalau tak de hal penting)
2. Perlu mendalami dan menambah ilmu agama serta pengetahuan am.
3. Tolong belajar masak dengan lebih sedap lagi untuk memikat hati suami. hahaha...
4. Menjadi anak dan menantu yang lebih disayangi.
5. Kembali menjalinkan hubungan silaturrahim dengan kengkawan study yang setia.
5. Menjadi sang bloggers yang lebih rajin mengupdate entry baru disamping rajin menjengah blog kengkawan dan memberi komen. (kuang3....)

Sekian, semoga tahun baru kali ini memberi inspirasi dalam menjadi insan yang berkualiti dunia dan akhirat.






10 December 2009

Suntikan 3 Serangkai Haram???


Lepas seminggu lepak di Melaka, ibu dan Khalish akhirnya kembali ke Ipoh. Cadangnya bercuti di kampung lama sikit disebabkan ayah Khalish nak g kursus. Last-last cik abang ibu tu kabo company dia batalkan kursus tu coz ramai staf dah amik cuti tahun.

Balik kampung kali ni kureng meriah coz ibu kena sakit tekak, selsema n batuk2 hingga menyebabkan demam panas. Mujur kat kampung ramai yang boleh tengok2kan Khalish bila ibu tak sihat. Risau juga kalau berjangkit pada Khalish.

Dalam dok risau2, semalam Khalish dah mula selsema dan batuk-batuk. Hadoi....anak bujang ibu ni kalau tak sedap badan mulalah serba tak kena. Dukung salah, baring salah, asyik merengek saja. Marah sangat bila batuk dan selsema datang menyerang. Tengah hari tadi dah bawa g Poliklinik Ar-Ridzuan. Harap-harap batuk dan demamnya cepat reda. Ibu pun risau dengan cik abang yang dah mula batuk ni. Aduhai...dugaan...dugaan...

Ni ibu nak bercerita sikit. Sepanjang ibu kat kampung, dapatlah jumpa sedara-mara yang balik sempena cuti sekolah ni. Biasalah, sesekali jumpa sibuk bercerita pasal anak, rumah, gitu gini dan macam2 lagi la.

Kisahnya mengenai baby boy kepada bapak n mak sedara ibu. Baby diorang dah masuk 3 bulan pun. Then, dalam sibuk cerita ceriti, mak ibu tanya baby dah cucuk lum. Jawabnya belum lagi. Mak ibu tanya lagi, eh...bukan ke bila dah 2-3 bulan kena cucuk tiga serangkai? Mak sedara ibu ni jawab, tak cucuk pun, akak-akak dia yang 1,2,3,4 orang tu pun tak cucuk gak. Ada pun BCG time lahir tu je.

Perasan muka pelik ibu dan mak ibu ni, mak sedara ibu yang bermastautin kat negeri yang femes dgn jeruk buah pala pun buka cerita. Katanya orang kat sebelah utara (termasuk mereka, asal anak jati Melaka, tapi dah cam penduduk asal negeri yang-tak-perlu-disebutkan-namanya) memang menolak suntikan tiga serangkai dan semua program imunsasi percuma coz dikatakan haram oleh sesetengah pengamal perubatan dan ahli agama.

Katanya lagi, mereka ada bertanyakan pada doktor mengenai hal ini dan doktor tu pun mengakuinya (wah...nak tau doktor mana nih, nak gi tanya gak). Tambah dia lagi, baru-baru ni seorang yang berjawatan tinggi di salah sebuah jabatan kemajuan Islam pun dikatakan dah confirm suntikan ni haram. Sebabnya, dipercayai vaksin berkenaan datang dari China dan diperbuat daripada sumber bahan-bahan yang tidak halal.

Benda ni kali pertama ibu dengar. Ibu tak pasti perkara ni betul atau tidak. Kalau betul kenapa tak hebahkan satu negara, tak keluarkan fatwa dan cari alternatif lain menanganinya. Kenapa hanya tersebar di kalangan orang-orang tertentu saja (di sini merujuk kepada orang belah utara). Ingat orang belah selatan, pantai timur, tengah, sabah dan sarawak tak amik kira soal halal-haram ker? Tak patut...tak adil...

Ibu bab2 imunisasi ni memang tak de kompromi. Maklumlah ni mengenai tahap kesihatan dan pencegahan awal daripada terkena jangkitan kuman. Khalish setakat ni belum pernah ponteng amik imunisasi wajib. Ibu dan ayah Khalish memang strict mengenai imunisasi ni.

Berbalik pada mak sedara ibu tu, babynya lahir dengan berat 3.2 kg kecik je orangnya. Khalish lahir 3.1 kg tu pun lebih besar dari dia. Until now, walaupun menyusu badan, nampak kurus je baby tu. Tapi yang ibu dengar lagi, kakak2 baby yang 4 orang tu kerap gak demam secara berkumpulan. Agak-agaknye kenapa eh?

Nota Kaki: Suntikan tiga serangkai seperti Diphteria (Sakit kerongkong), Tetanus (Kancing gigi) atau Pertusis (Batuk kokol). Ada ke sesapa pernah dengar isu suntikan 3 serangkai ni haram?

26 November 2009

Vogue Pregnant Mummy Give Away


Nga melepak-lepak kat blog kengkawan, tetiba ibu terserempak dengan kontes yang dianjurkan oleh Mrs Notti Netti. Ibu tak pernah join sebarang kontes sebelum ini, tapi bila dah tengok kontes ibu mengandung ni, cam gatai-gatai-termengidam lak nak join. Chaiyok2....

Hadiahnya lak memang mengoda....beanbag tu...harap2 ada rezeki nak jadi calon pemenang sekaligus merangkul tempat pertama, 2, 3... Chewah...rakus seh...(berangan itu penting sebagai motivasi!!)

Untuk Mrs Notti Netti, ni pix yang paling gediks (yang paling sopan) untuk tatapan umum Ibu Khalish ada....

Pix ni diambil masa gie konvokesyen adik ibu, Hakimah kat Poli PD. Time tu Muhammad Adib Khalish dah 8 bulan lebih dalam peyot ibu. Walaupun ibu dah lama konvo, tapi bila tengok jubah konvo tu, saja la nak melaram cam sendirik yang amik skrol. Cheh...layan je ler ragam orang berbadan dua nih (lagipun dah bayar duit sewa baju, rugi tak hamik pix byk2. kekeke...)

Melihat peyot ibu yang kembang semacam tu, ramai yang ingat ibu mengandung kembar (walaupun nak sangat coz leh cepat tutup kedai), tapi si Khalish sensorang je lepak dalam tu. Khalish lahir 12/5/09, now dah 6 bulan.

Kepada Mrs Notti Netti, harap sihat selalu dan dirimu menjadi inspirasi diriku termengandung lagi dalam tempoh 2 tahun akan datang. Idup ibu ngandung!!! (make sure tangan di genggam ke atas).

Nota kaki : Bila tengok pic ni time sekarang, nyampah je tengok gambar tuh. Dalam hati, apelah perangai aku time peknen dulu leh la lak amik pic gedik+poyo nak mampos cam ni. heh...hampez...

22 November 2009

Pengembaraan Ke Dunia Yang Hilang

(Versi Khalish bercerita : diterjemah dan ditafsir bahasanya dengan bantuan ibu)

Khamis lepas, saya dibawa ayah dan ibu ke Lost World of Tambun (LWOT). Ibu kata ini tempat
menarik untuk saya mempelajari satu lagi sesi pembelajaran dan pengalaman baru mengenai dunia haiwan.

Aktiviti pertama kami apabila sampai di depan LWOT adalah berposing. Ayah saya yang jadi tukang amik gambar. Sebenarnya saya pelik melihat beberapa ekor kucing 'resaksa' yang dah jadi patung kat depan pintu masuk taman tema tu. Tapi macam biasa, saya buat muka cool jerk, lebih-lebih lagi bila depan kamera.

Selepas masuk ke dalam taman tanpa bayaran (sudah tentu, saya masih berada bawah paras 90cm malah ayah saya dapat tiket masuk free), saya kemudiannya dipakaikan ibu dengan alat yang menyebabkan saya tergantung macam beg sekolah. Macam biasa saya memang tak suka dengannya (oh...apalah nasibku...).

Namun, ibu memberitahu saya perlu memakai baby carrier itu supaya ibu dapat mengendong saya yang sudah 7.7 kg ni dengan selamat dan mengurangkan kepenatannya. Saya faham ibu tidak mampu mendukung saya dalam tempoh yang lama disebabkan perut ibu belum pulih sepenuhnya. (psst...saya la yang keluar dari perut itu).

Kami berjalan kaki mencari jalan masuk ke Petting Zoo. Jauh sungguh rasanya (sebenarnya ibu dan ayah terikut jalan jauh) hingga saya kat belakang ibu berpeluh-peluh dan naik rimas. Dalam perjalanan, kami terjumpa dengan penempatan Harimau Siberia. Saya rasa harimau tu tak mengaum tapi saya dengar bunyi ngauman yang telah direkodkan. (Auum...macam tulah bunyinya).

Perjalanan kami menjadi lebih mencabar bila dua ekor angsa yang berada ditepi laluan cuba beramah mesra dengan kami dengan muncungnya. Keadaan itu membuatkan ibu takut kami dicatuk dan melarikan diri ke kolam ikan berhampiran. Penyelamat kami siapa lagi kalau bukan ayah yang berani-berani-takut jalan bersebelahan angsa di samping cuba mententeramkan saya dan ibu.

Akhirnya kami sampai di pintu masuk Petting Zoo, ada sebuah booth menjual makanan haiwan.
Tiba-tiba saya mula kelaparan. (oh...ibu, bagilah makan anakmu ini dulu). Kami kemudiannya singgah di sebuah kedai minuman bertentangan dengan gerai berkenaan. Kami melepaskan lelah dan dahaga di situ. Saya makan puri epal manakala ibu dan ayah minum jus mangga dan kerepek.

Selepas itu, kami memulakan sesi lawatan dengan melihat beberapa ekor rakun yang dinamakan
'Ruby dan kawan-kawan'. Berbanding ayah yang berani memberi makanan kepada haiwan berkenaan (panjang betul kuku dan tajam giginya), ibu memilih untuk membawa saya di depan cermin yang memisahkan kami dan Ruby. Ruby yang ke hulu ke hilir tanpa henti membuatkan saya terkejut melihat aksinya. Mujur ibu memegang saya dengan kuat...

Kemudian, kami masuk ke kandang arnab. Comel sungguh arnab itu sampaikan saya nak menarik muncungnya. Ibu takut arnab itu menyangkakan tangan saya adalah lobak dan menjauhkan saya dengan arnab itu.

Kami kemudiannya ke terowong kaca yang menempatkan beberapa spesis ular yang pemalas dan asyik tidur saja. Ayah memberitahu saya ular tidak aktif pada waktu siang berbanding malam. Bersebelahan ular ada biawak resaksa yang sedang berjaga. Takut betul saya....

Saya teruja bila melihat haiwan kecil berwarna warni berterbangan bila kami masuk dalam sangkar mereka. Ibu kata itu adalah burung. Ayah membeli sepeket makanan burung berharga RM1 dan memberi mereka makan. Saya dan ibu hanya mampu menempelkan diri bersebelahan ayah untuk bergambar bersama haiwan kecil itu.

Kami kemudiannya ke kolam kura-kura. Ada yang besar, kecil ...semuanya sedang bersantai dan
berenang di dalam air bersama ikan.

Selepas melihat burung kakak tua, hamster (yang montel2..oh, rasa nak picit2) dan kera kecil yang pandai berposing, saya mula rasa mengantuk...saya akhirnya landing di dada ibu. Nasib baik ibu mengipas saya kerana rasa panas membuatkan saya resah dan berpeluh.

Semasa saya tidur, ibu menceritakan satu peristiwa ketika kami ke kawasan yang menempatkan rusa, wallabe dan chipmunk @ tupai tanah. Rupanya semasa di pintu masuk, ayah diserang dua ekor kambing yang terhidu bau palet dalam poket ayah. Habis t'shirt belakang ayah digigitnya. Ibu berjaya menyelamatkan saya dengan berlari ke pintu masuk. Memang tak de disiplin punya kambing. Kalaulah saya berjaga masa tu, memang saya tarik2 telinganya.

Ibu dan ayah berjanji akan membawa saya ke sini lagi bila saya dah besar dan boleh berjalan tak lama lagi. Tak sabar nak tunggu saat itu kerana ibu sudah tentu membenarkan saya memegang dan bergambar dengan haiwan-haiwan itu. Sekian untuk cerita kali ini. Dah ngantuk, saya nak tidur. Tata...

Yang mengembara,
Muhammad Adib Khalish
(bantuan terjemahan bahasa oleh : Ibu saya)

20 November 2009

Ini Bukan Kutuk, Tapi Nasihat....

Email ni dah berabuk dalam inbox ibu. Saja, ibu nak share dengan masyarakat umum perihal FILEM / DRAMA seantero dunia . Dari mana sumber nyer, ibu tak check lak. Tapi yang pasti, ibu setuju dengan semua yang diutarakan. Kadang2 naik muak tengok citer yang ada ciri2 seperti disenaraikan. Tapi, kadang2 bila dah bowink tak de citer layan jugak le...baik ade dari tak de. he..heh..hampez...

PERIHAL FILEM/ DRAMA
Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA :

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:

a. Cinta.

b. Cinta 3 segi.

c. Cinta 4 segi.

d. Anak-anak rebut harta pusaka.

e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah.

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
(ini ibu tambah : cth drama Tower 13 - ohh...ibu addict drama serem nih)

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil,selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah. (ibu tambah: oh..ini banyak dalam drama cekekrama)

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

11. (Ini ibu tambah: kalau cerita hantu lak mesti hantu yang sama, kalo tak merangkak cam Ju-On, mesti terbang2 tapi nampak wayar kat belakang. Tak pun ada hantu kacau orang siang2 hari dan ada lak hantu cantik. Adoi...naik menanah je mata tengok)

12. (Ini juga ibu tambah: bolehlah pulak watak orang susah tapi mekap mampu pulak dibeli. Bulu mata, lipstik, eye shadow bagai. Apa da director tak perasan ker...)

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

Drama/Filem India / Hindustan .

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si bang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.


8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.

17 November 2009

Nak Makan Tak...?

Cam lama je ibu tak mencoret. Nak kata busy tak gak, tapi bila kemalasan melampau melanda diri, pepaham je ler. Niat tu ade nak hapdet blog, tapi bila dah on PC cik abang ibu ni, lain lak jadiknya. Dok la melangok kat blog kengkawan n kengkawan kepada kengkawan diorang, diorangnye kengkawan dan lagi...lagi. Bila dah melangok lelama dan tak sedar diri, si kecik yang kat bawah dalam buaian tu nangis panggil mmmekkk....huish...terbantut hasrat nak masuk entry baru. Itu pasal la tak de stori baru. (cheh...alasan tak tahan)

Hehe...jom kembali ke pangkal jalan. Sekarang ni aktiviti harian Khalish dah bertambah. Selain tidur, minum susu, main, belajar ABC...123...Alif Ba Ta...satu lagi aktiviti terkini adalah makan. Khalish kan dah 6 bulan, jadi makanan permulaannya ibu bagi puri cap Heinz (ni bagi dalam 2 minggu). Macam2 perasa ada - buah2an dan sayur2an. Sedap gak, kadang2 ibu curi2 makan sekali.

Khalish? Cam tau2 je ibu dia curi makanan dia dan mula nangis bila ibu lambat suapkan.
Ibu ikut aturan- bagi 2 sudu besar. Tapi..selalunya Khalish akan mengamuk nak lagi sebab tak cukup.

Then, minggu berikutnya bagi makan nestum beras sampai sekarang. Sebelum ni (masa 4bulan), pernah bagi dia nestum ni selama 3 hari (time tu dia asyik nangis dan tunjukkan tanda2 kelaparan, apa lagi ikut cakap mak belikan nestum. memang dia makan, tapi sekejap je dia nak, pastu dia sambung nangis. lama2 dia ok dan tak bagi dia nestum lagi).

Syukur, sekarang ni Khalish paling suka bila tiba time makan nestum. Ibu bagi 2x -pagi :kol 11, petang: kol 6). Dia dah tahu time makannya bila ibu tunjukkan mangkuk dan cakap Khalish nak makan tak? Kompem dia sengih dan merengek manja. (suh..cepat sikit suap). Khalish suka bila teksturnya sedikit pejal. Bila ibu buat yang cair2 dia cam merungut dan merajuk. (mungkin dia ingat ibu bagi susu guna sudu kot). kui3...

Beberapa hari lepas, ayah Khalish belikan biskut Rusks perasa oren dari Heinz gak untuk minum petang Khalish (around 4 pm). Baru bagi makan sekali. Macam biasa, ibu curi makan sikit, yelah..apa makanan yang kita nak bagi anak kena la test dulu, kan...Ibu rasa biskut tu tersangatlah manis. Ok..pasni ibu takkan campur susu dalam biskut tu n akan bagi Khalish dua hari sekali jek. Lepas habis, kompem takkan beli lagik takut Khalish jadi obes lak t.

Sejak dah makan, Khalish nampaknya lebih bergembira dan tidur lebih nyenyak. Macam kitalah, bila perut kenyang hati senanglah kan. hahaha... Ibu ikrar pas habis nestum setin tu iibu akan masak sendiri bubur untuk Khalish pulak.

Tak sabar nak tunggu hari Khamis ni pergi Klinik Desa Chepor nak timbang berat Khalish. Pada 12hb hari tu tak dan pergi coz balik rumah atuk n ninda Khalish kat PJ.

Bercerita tentang ninda Khalish, merangkap mak mentua ibu tu masuk wad kat Hosp Pantai, Bangsar akibat cirit-birit. Tiap2 hari kami ke hospital jenguk mama. Khalish cam tau2 je ninda dia sakit, dan bila bercakap2 dgn mama (dalam bahasa dia) seolah2 dalam nada simpati.

Mama kena tahan wad sampai 6 hari coz doc kebuntuan tak tau apa penyakit sebenar mama. Check jantung, ada bengkak sikit (mungkin sebab mama ada asma), wat pap smear (lum kuar result lagi), n check usus. Doc cam kebuntuan tak tau apa sebenarnya wat mama asyik ke bilik air bila makan makanan berat (kesian mama asyik kena makan bubur je).

Malam tadi, mama minta lek umah dan pagi tadi ibu bercakap dengannya bertanyakan khabar mama. Dari suaranya mama kedengaran masih lemah dan penat. Katanya kat hosp tak dapat tidur nyenyak, asyik kena masuk air dan telan ubat.

Moga mama cepat sembuh seperti sedia kala. Amin...

09 November 2009

Pre Photoshoot - An Evening @ Padang Polo, Ipoh

Kisahnya....semalam ayah Khalish offday. Jadi, bila ayah off maka masanya ketika itu adalah milik keluarga la kan? (bukan milik company atau sesape pon k...). Biasanya ibu akan cari memacam idea untuk 'memenatkan' ayah Khalish supaya beliau meluangkan masa berkualitinya untuk kami.

Tak kira pergi jenjalan ke, window soping ke, janji keluar dari rumah n dapat menikmati persekitaran lain. Semalam ibu cadang kuar gi jenjalan bawa Khalish gi taman. Then, cik abang ibu cadangkan kami ke Padang Polo @ Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

Tetiba ibu dapat idea, wainot kita buat sekali sesi bergambar untuk Khalish. Saje nak biasakan dia coz kami plan nak wat sesi outdoor photoshoot bila umonya setahun nanti. Ni pestaim ibu datang taman ni. Pergh...ramai gile masyarakat umum bersantai kat situ.

Gelagat Khalish berposing mendapat perhatian ramai. Ada yang siap berhenti dan mengagah Khalish lagi. Ada gak bebudak yang nak amik mainan dia. Ish...ngaco betol. Tak nampak ke dua orang yang popesengal nga bizi dapatkan angle terbaik. uiks...

Lebih kurang setengah jam bergambar, model kecik kami dah menunjukkan tanda2 kepenatan n kemengantukan. Pas minum susu, terus titon. Ibu n ayah Khalish sempat mengisi perut makan laksa yang dijual kat taman tu. erkk...alhamdulillah.


05 November 2009

Pedihnya Perasaan Ini!!! (entry menangis dalam hati....)

Ibu dah lama tak menyakiti hati orang dan disakiti. Tak bermakna ibu dulu seorang yang begitu. Dan juga bukan manusia yang bersih dari membuat dosa. Apapun...dosa dan pahala Allah sahaja yang menentukannya.

Namun, bila sudah melibatkan keluarga sendiri, orang yang kita harap menjadi payung berteduh rupanya sekadar langau yang merosakkan dan membiakkan kekotoran di merata tempat.

Sakitnya hati - terlalu pedih sebenarnya bila kita tiada kuasa sepenuhnya untuk membantu menyelamatkan orang yang tersayang. Sesiapa saja mampu mengucapkan perkataan bertanggungjawab, namun sukar untuk melaksanakannya bila tiba masanya.

Di matanya, keluarga kami umpama racun yang melumpuhkan kasih sayangnya. Dia matanya, dia sahaja yang mulia dan berada di pihak yang benar. Dan di matanya, dia yang menentukan seluruh hidupnya tanpa campur tangan orang lain.

Tanpa berfikir secara matang, dia alpa bahawa bila dia berkahwin dia perlu 'berkahwin' dengan seluruh ahli keluarga pasangannya. Ini tidak, sudahlah hendak memunya, dilayannya keluarga kita seperti patung yang tidak berperasaan dan seperti tidak beribu bapa.

Kalaulah manusia boleh melihat masa depan, individu ini sememangnya tidak layak berada dalam keluarga kami. Sebelum dapat, lakunya ibarat malaikat dan sesudahnya barulah terserlah kepuakaannya. (maaf...kesabaran ibu sudah berada ditahap maksima)

Bila nama baik dan maruah keluarga sendiri dihenyak dan dipijak2, apa agaknya anda akan lakukan? Sudah tentu berjuang berhabisan dan membantu ahli keluarga yang kesusahan. Tapi bila dia dah gunakan kuasa veto ala hitlernya apa lagi daya kami?

Bom saja tidak cukup untuk meletupkan individu yang busuk hati, putar belit dan pendendam itu. Hmm...cakap je tak guna. Biar Allah memberi balasan setimpalnya kepada individu yang mempunyai niat yang tidak baik kepada keluarga kami.

23 October 2009

Mmmek...


Hari ni keaktifan Khalish lebih hangat dari biasa
---
Lepas mandi, ibu biarkan dia bermain dengan permainannya di atas tilam narita tempat dia melepak
---
Sementara dia leka bermain, ibu mula buat kerja rumah. Tak sampai 15 minit. Ibu dengar Khalish menjerit..."Mmmek....". (Alamak...anak aku)
---
Dari dapur, ibu berlari 4x100 cari Khalish...adoi...camna lak dia bole sampai bawah meja ni.
Ibu angkat, cium dan letakkan Khalish atas tilam balik. Dia senyum.
---
Ibu ke dapur semula untuk habiskan cuci pinggan. Tak lama lepas tu dengar dia membebel sorang2...bunyi dia main air liur dan seperti dia bercakap dengan seseorang.
Kenapa lak Khalish ni.
---
Dari tingkap dapur ibu menjengah cari Khalish. Tak de kat atas tilam. Ibu berlari masuk. La...bawah tangga rupenye...adus...(bila ibu snap pix, selamba je muka dia...)
---
Ibu angkat dia lagi dan bermain dengannya seketika. Lepas tu ibu pergi dapur lagi nak masukkan baju dalam mesin lak. Bila ibu datang balik pada Khalish, dia dah golek ke buaiannya.
---
Kaki tersepit kat besi buaian, tak leh nak gerak. Dia diam jer...(cari idea nak lepaskan diri kot.heheheh)
---
Ibu tegur dia. "tak leh gerak ye manje...". Khalish dengan suara sayu..."Mmmek...."
Hahaha...nak tido la tu. Ibu masukkan Khalish dalam buaian. Dia pun tido.
---
Sekian, stori mori hari ni.

etc: we ols nak lek PJ dan Melaka malam ni...atok2 dan nenek2 rindu dengan Khalish.

22 October 2009

Anak Ibu Semakin Membesar....

Cutenya Khalish pakai cloth diaper warna oren tu!!

Anak bujang ibu dah masuk 5 bulan pada 12.10.2009 lepas
--
Berat : 7.2 kg
Tinggi : 67cm
--
Membesar dengan sihat dan pintar dia sekarang ni dah pandai:

1- Bergolek dan berguling ke kiri dan kanan
2- Kenal dengan ibu dan ayah
3-Meniarap ala-ala perenang sukan SEA
4- Memegang mainan dgn sebelah tangan dan mencampakkannya ke atas
5- Suka membuat bubble dan bunyi-bunyian yg melucukan
6- Membebel dan menjerit
7- Sudah boleh memegang jari kaki dan berusaha membuka stoking kakinya
(ohh...nampaknya tak berjaya buka lagi)
8- Mengumam sesuatu ketika melihat org makan
9- Melompat ketika mendirikannya
10- Menghisap permainan termasuk tilam dan bantalnya
11- Meniru suara - terutama ketika menyuruhnya sendawa (erkh....)
12- Memanggil mek....(jika ibu hilang dari pandangan)
13- Mengejutkan ibu (yg tidur mati) dengan cara menepuk muka / badan ibu untuk menyusu pada waktu pagi (huhuhu...sapa suruh bangun awal sgt)
14- Suka duduk atas perut ayahnya yang mantop!
15- Mampu memegang buku touch & feel dengan baik, dan menutupnya bila dah boring
16- Suka dengar orang nyanyikan lagu ABC...Z
17- Suka ditimang
18- Ketawa mengekeh bila orang mengagah
19- Mampu memegang botol dengan sendiri
20- Membuka mulut bila menyuakan sesuatu makanan
21- Pandai bermain babachak...(tutup muka dengan bantal / kain dan mengangkatnya)
22- Suka tengok kartun (Upin & Ipin)

17 October 2009

Panggil Nama Saya, Doakan Saya...



Ibu suka tengok iklan Deepavali Petronas (klip di atas) yang mengisahkan Muniandy dan Muthusamy yang bangga sangat guna nama ala-ala mat saleh bila nak berkenalan dengan aweks. Mungkin terlalu mengagungkan budaya barat dan ingin nampak lebih urban (konon la), mereka malu nak gunakan nama sebenar masing-masing.

Mesej iklan berkenaan mungkin berkisar mengenai penghargaan terhadap diri dan bangsa sendiri. Walaupun ibu tak tau maksud Muniandy Chinnadorai atau Muthusamy Karupiah, ibu berpendapat seseorang perlu menghargai nama yang diberi oleh ibu bapa sendiri.

Lagipun, dalam Islam mengatakan nama adalah doa kepada individu yang memilikinya. Jika namanya baik, secara tak langsung kita mendoakan yang baik-baik pada pemiliknya. Namun, sesetengah dari kita bukan main pening cari nama anak yang mempunyai maksud yang hebat. Tetapi akhirnya memanggil dengan nama singkatan yang tiada maksud.

Rasulullah (s.a.w) menganjurkan supaya kita memilih nama yang baik untuk anak-anak. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : " Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu,".

Cik abang ibu awal-awal lagi dah pesan jangan panggil Khalish@ nama penuhnya Muhammad Adib Khalish (yang bermaksud : terpuji>sempena nama Nabi s.a.w, orang yang berpengetahuan, bersopan, sasterawan, suci, ikhlas, murni) dengan nama singkatan seperti Khal, Lish atau Deep kerana panggilan itu tiada maknanya.

Kami mahu Khalish sentiasa didoakan dengan doa yang baik, bukannya yang mempunyai 'doa kosong'.



Post Tertunda : Kisah Khalish Berhari Raya (Part 4)

5 Syawal
---------
Kesempatan berada di Melaka dimanfaatkan dengan membawa Khalish berjalan raya ke rumah kawan baik ibu di Duyong dan Alai. Mulanya kami pergi ke rumah Kama. Kama @ Siti Kamaliah adalah kawan sekerja ibu ketika bekerja di sebuah penerbitan kerajaan negeri kira-kira empat tahun lalu.


Ibu (ketika nampak cun melecun) bersama Kamaliah

Kama banyak bantu ibu masa memula ibu masuk kerja. Beliau juga adalah pengapit ibu masa naik pelamin tahun lepas. Orangnya peramah, lemah-lembut dan ciri-ciri 'kesulungannya' terserlah. Khabarnya bakal naik pelamin bulan Disember nanti. Tak sabar nak tengok Kama naik pelamin.

Walaupun ibu busy berposing, khalish tak kisah...tido lagi best

Selepas itu, kami ke rumah kawan baik ibu, Wahidah @ mama yang pernah belajar bersama-sama ketika mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) beberapa tahun lalu. Ada kisahnya kenapa beliau dipanggil mama.

Masa kami tinggal di hostel dulu, Wahidah ni memang seorang yang prihatin terhadap kawan-kawan. Maklumlah anak sulung, bab makan, minum, kesihatan, kemas mengemas pulanglah pada dia. Mulut kalau membebel pun boleh tahan (hehehe...sori mama).

Makanya satu hari ibu yang kehabisan stok makanan ni mulalah merayap ke biliknya yang berada selang setingkat untuk menagih barang sesuap makanan. (Nak jalan gi cafe, kurang rajin lak).

Mama dengan baik hatinya siap menyediakan makanan untuk ibu (ala-ala makan kat kedai gitu). Dan time tu dia bising dapur tak berkemas. Ibu yang baru nak mengisi perut ni nak terserdak gak dengar dia membebel spontan berkata, "Wahidah ni rajin, baik hati, tapi suka membebel macam mak-mak. Aku panggil ko mama je lah,".

Praktis pegang baby - Mama, suaminya dan khalish

Mula-mula dia 'bengkek' gak ibu dan kawan-kawan panggil dia mama. Lama-lama dia tak kisah dan terima seadanya. Kui3...sabar je lah. Semoga mama dan suami akan dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. Amin...

06 October 2009

Bakal Bersalin Kulit

Post Tertunda :Kisah Khalish Berhari Raya (Part 3)

Pix hiasan : Antara aktiviti wajib dilakukan menjelang Aidilfitri

3 SYAWAL
-----------
Tepat jam 10.30 pagi kami memulakan perjalanan balik ke kampung ibu di Masjid Tanah, Melaka. Sesampai je kat halaman rumah, ayah dah ambil Khalish dan menciumnya berkali-kali. Rindu sangat katanya.

Tak sah kalau lepas tu tak disertakan aktiviti timang sambil mengira "1, 2, 3......sampai 10". Penyudahnya ibu nak gelak dengan ayat yang ayah ucapkan,"Adoi...cucu atuk dah besar, naik lenguh tangan menimang," hehehe.

Khalish memang suka ditimang, atuknya sejak dalam berpantang lagi dah memanjakannya dengan cara begitu. Tak lama lepas tu, nenek Khalish yang ketika itu berada di dapur keluar mencari Khalish sambil berkata, "Amboi...atuknya dah terkam Adib (panggilan atuk dan neneknya) dulu ye." Suka betul ibu tengok suasana camtu.

Menjadi kelaziman keluarga ibu, sejak 7 tahun lalu kami menganjurkan majlis rumah terbuka. Maklumlah ayah ibu keterer, haruslah menjadikan majlis ni acara tahunan kami. Oleh kerana ayah ramai kenalan dan rakan bisnes, majlis sebegini sesuai sangat nak menghimpunkan semuanya termasuk sedara mara. Seperti kata ayah, senang semua sekali datang. Tak perlu nak tunggu sorang demi seorang datang malah kita pun tak penat nak masak selalu.

Ibu suka majlis ini bukan kerana time ni ibu dapat 'membedal' berbagai jenis makanan (lebih 10 menu k) tanpa batasan > adus...sah-sah berat bertambah beberapa kg ni< waktu nilah kami sekeluarga dan sanak saudara membanting tulang membantu dalam menyediakan juadah bersama.

Khalish bersama seorang kenalan bisnes atuknya

Tetamu biasanya dijemput hadir jam 8 hingga 11 malam. Tapi biasanya, jam 10.30 orang dah lengang sekali dengan makanannya sekali. Malam itu, Khalish yang kepenatan didukung seorang demi seorang akhirnya berjaya melelapkan mata kira-kira jam 12 tengah malam.

05 October 2009

Kisah Khalish Berhari Raya (Part 2)

Kecomelan khalish dan ibu (ahaks...) terserlah

(Mood mengetuk papan kekunci akhirnya sudah kembali. Sementara khalish sedang beradu, makanya ibu dapat juga bersenang lenang - dah siap kemas rumah ok - depan note book > dihadiahkan cik abang bulan lepas <>

2 SYAWAL
------------
Destinasi raya kami sekeluarga seterusnya menuju ke Kampung Bandar, Banting. Ini adalah kampung sebelah keluarga ibu mertuaku@mama. Perjalanannya yang memakan masa hampir dua jam setengah menyebabkan khalish tertidur keletihan hampir sepanjang perjalanan.

Khalish ketika diperkenalkan kepada moyang saudaranya

Ini adalah tahun kedua ibu berhari raya di kampung ni. Tahun lepas, khalish pun sampai gak tapi dia masih sebesar anggur dalam peyot ibu. Sesampai di sana, kelihatan adik beradik mama sudah tiba di rumah Tok Su. Meriahnya dapat berkumpul ramai-ramai. Gamatnya ibarat rombongan cik kiah pun ada.

Khalish masih diperlakukan seperti selebriti fofular, kejap-kejap diambil gambarnya. Si kecik ibu ni memang pandai berposing, macam tahu-tahu orang nak ambil pix dia, kontrol muka hensem tak ingat. (hehe...padan muka ibu asyik suka ambil gambarnya sejak lahir).

Selesai menjamu selera rumah Tok Su, kami pun bergerak ke rumah Tok Andak (masih lagi dalam kampung yang sama) untuk berhari raya. Time ni khalish dah tak larat nak angkat mata. Letak je tilam bergerak, (ada ke istilah ni, sume tilam boleh digerakkan? belasah...) dia mula mencari tempat selesa untuk melelapkan mata.

Pix contoh : khalish cari mood nak lelap, tak de tilam pun layan...

Sejak pandai meniarap pada usia tiga bulan, khalish dengan sendirinya lebih gemar memilih stail tidur meniarap. Memula dulu, ibu khuatir dia tidak dapat bernafas dengan baik. Bila ibu telentangkan, sekejap je dia menterbalikkan kembali badannya.

Lagipun ibu pernah terbaca satu artikel mengatakan posisi ini mampu membawa kejadian kematian mengejut kepada bayi. (Ya Allah, jauhkanlah). Namun, alhamdulillah khalish nampaknya mampu mengawal sendiri kepala dan hidungnya daripada tersembam.

Ramai yang tegur stail khalish tidur, bukan saja nampak pelik malah mereka juga geli hati melihat keletah comelnya berpusing ke kiri dan ke kanan mencari keselesaan untuk me'landing' kepalanya. Risau juga tengok aksi ganas dia menghempaskan kepala ke atas tilam. Dah gitu ragamnya, ibu ikutkan saja asalkan tak mencederakan dirinya.

Khalish bila dah ngantuk, bisinglah macamana pun dia tak heran pun. Makanya, jalan-jalan berhari raya kami berakhir di situ. Walaupun yang lain bersepakat menziarahi pusara arwah moyang dan nenek cik abang ibu, namun mama menyuruh kami pulang dulu ke petaling jaya kerana tidak menggalakkan membawa khalish yang masih kecil ke tanah perkuburan.

(bersambung)

30 September 2009

Kisah Khalish Berhari Raya (Part 1)

Baju raya kami tahun ni bertemakan 1 Malaysia
SALAM AIDILFITRI 1430. Mintak sori le lambat nak wish ekoran kesibukan yang tidak dijangka ketika membuat persediaan balik raya baru-baru ni. Maklumlah, tahun ni kami (ibu dan cik abang) yang sebelum ni berduet sudah bertrio pula.

Tahun ni, ibu hanya sempat membuat muffin (perasa oren, blueberry dan coklat) sebagai buah tangan kepada kedua belah keluarga. Kuih raya kan banyak orang sponsor makanya dapat juga diagih-agihkan bersama muffin yang resepinya diperolehi dari dapur kak hanieliza.

Bercerita mengenai syoknya aidilfitri tahun ni, kemeriahan berhari raya kedua famili berganda 23 dengan kehadiran cucu sulung mereka. Siapa lagi kalau bukan si kecil kami, Khalish. Masing-masing tak sabar nak peluk cium dengannya setelah hampir sebulan tak bersua.

Tahun ni turn beraya di rumah keluarga mentuaku di Petaling Jaya. (ahaks...orang balik kg, kami pula balik bandar). Kami balik ke sana sehari sebelum raya. Sampai je kat rumah atuk dan nindanya kira-kira jam 4 petang, khalish dah start pusing kanan, kiri, atas (tengok kipas yang bergerak) seolah-olah dibelenggu kekeliruan di mana gerangan dia berada.

Alih-alih tak berapa lama lepas tukar mamy poko dia, khalish memulakan sesi latihan vokal (ala-ala penyanyi soprano) yang menyebabkan ibu, cik abang, mama dan ayah tak berkeruan. Semua dok memujuk. Menyusu pun tak nak.

Tangisannya reda seketika selepas ibu meletakkan minyak angin kat perutnya (ces...kembung rupanya). Pastu, ibu cuba menidurkannya (dekat 3 jam tak tidur lagi ni) dengan pelbagai posisi rutin bila dia nak tidur - kejap baringkannya, meniarap, masuk dalam buai -, lepas ibu, atuk, ninda khalish, ibu balik...bala bala bla tetap tak berjaya walaupun matanya dah lelap.

Kemudian, ibu minta izin naik ke tingkat atas bilik tidur kami untuk menidurkannya. Cubaan ibu
berhasil bila khalish akhirnya terlena di bawah ketiak ibu sambil ditepuk-tepuk manja belakangnya. hahaha...anak ibu la katakan. Sabar jelah...

1 SYAWAL
-----------

Gambar kenangan bersama keluarga sebelah cik abang
Khalish yang segak berbaju melayu berwarna ungu dibeli atuknya (seluar lipat 7x ye...) tidak ketinggalan meniti pengalaman baru memohon kemaafan di pagi raya dengan ayahnya, atuk dan nindanya. Siap dapat duit raya lagi atuk bagi.

Lepas menikmati juadah raya yang disediakan mama mentuaku (sori ye mama, dapat tulong sikit-sikit je) kami kemudiannya bergegas pulang ke kampung arwah atuk (bapa sebelah mama) di Pulau Indah, Klang. Ini adalah tahun pertama beraya tanpa atuk yang pulang ke rahmatullah kira-kira 11 bulan lalu.

Ketibaan khalish disambut meriah apabila nenek dan atuk khalish (adik beradik mama) yang belum berkesempatan bertemu dengan khalish, masing-masing hepi dengan kehadiran ahli baru keluarga kami. Mak anjang siap menyuakan gula sebagai acara alu-aluan (agaknya kot). hehe...

Akibat kepanasan, khalish hanya berlengeng ketika berada di kampung
Petang, aktiviti khalish di kampung selepas menyusu, tidur, main-main sekejap, sesi fotografi, minum susu, tidur balik....Aktiviti ibu dan ayah khalish, makan nasi himpit, rendang ayam, daging, siput beliung, kuih raya....tengok tv (tahun ni tak de serkes ke...ahaks), sesi fotografi, berborak-borak, bergosip, main dengan khalish. (ceh...jauh benor ibu merapu nih).
Inilah rupa siput beliung selepas dibuka cengkerangnya
Sebelum pulang, kami tiga beranak dan adik-adik ipar ibu (3 orang) sempat menziarahi rumah pak long (bapa saudara cik abang) yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah arwah atuk. Juadah best, rendang siput beliung lagi yer....
Malamnya, khalish tidur awal akibat keletihan berhari raya seharian di samping penat collect duit raya....

-bersambung-





16 September 2009

Kuih Yang Tak Sempat Raya


Mampukah kuih raya ini bertahan hingga 1 Syawal ni??

Tahun ni ibu tak buat satu pun kuih atau biskut raya. Cik abang ibu yang tersangat obses dengan tat nenas pun memberi pelepasan pada ibu untuk tidak membuatnya tahun ni. Ini kerana demi memastikan tumpuan dihalakan sepenuhnya pada si kecil kami, khalish. Bukannya pada kuih raya. (he2....selamat ibu).

Kami pun tak teruja sangat nak membeli belah kuih raya kerana pengalaman lalu kuih2 yang dijual tak kena dengan anak tekak ibu. Namun, rezeki tahun ni murah kerana ramai yang bagi kuih raya pada cik abang ibu. Maklumlah, bila cik abang ibu kena cover sesuatu esaimen yang ada kaitan dengan majlis2 amal atau kebajikan, mereka kebiasaannya memberikan cenderahati kuih raya sebagai penghargaan.

Kuih raya yang pertama cik abang dapat pada awal ramadan iaitu biskut semperit / samperit yang diberikan Sunway City Ipoh. Walaupun taklah berapa minat dengan kuih ni tapi ibu layan mengudap juga. Rasanya pergh...cair di mulut gitu. Sekarang ni tinggal dua baris je nak habis. hahaha...

Biskut seterusnya yang tak sempat raya adalah kuih batang buruk dan biskut aiskrim yang cik abang beli kat akak opis beliau. Rasanya ok2lah...tapi tak lah sampai tahap ibu nak habiskan dengan kadar segera. hehe...

Seterusnya pada minggu lepas, dapat lagi makanan ringan seperti kerepek pedas,ubi, sukun, pisang, kuih bijan, maruku dll (sebanyak 12 jenis, okey) cik abang terima masa cover esaimen foriegn student kacau dodol kat UTP. Ada dua bungkus yang dah di'korban'kan. (Mana tahan nak tunggu raya beb).

Secara tak live, dengan penerimaan cenderahati berkenaan, so jadilah ia sebahagian dari barisan kuih raya yang akan dihidang di atas meja raya nanti. Lagipun, tahun ni kami tak perlu berasak2 pegi ke Kg kacang Putih, Ipoh (industri penghasilan produk kacang putih) untuk memilih makanan ringan seperti yang disebutkan di atas. (Jimat masa, tenaga dan uang. kui3...rejeki2)

Ibu suka tengok bakul hamper yang bercirikan anyaman rotan

Semalam, dapat lagi dua hamper kuih raya (UTP lagi dan Hotel Casuarina) serta dodol dari KTM. Teruja pun ada gak kerana tak buat kuih raya pun ada orang bagi. Baru rasa nak berhari raya skit bila tengok kuih banyak2 ni. Syukur alhamdulillah.... (sebut ala2 iklan penapis air dalam tb tuh).

Agak2nya ada tak orang nak bagi kuih raya pada kita B? Ada beberapa hari lagi nak raya nih...heheh...(tak malu betul) . Tapikan B, ada ke orang perseorangan atau sefamili nak datang raya rumah kita nanti??? ader ke....