Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

15 November 2012

Kembali Ke Ipoh & Result Exam

Assalamualaikum,

Setelah hampir sebulan tuan tanah, suami dan anak-anak balik kampung, kami akhirnya selamat menjejakkan kaki semula ke Ipoh- tanah perantauan tercinta. Kalau balik kampung tu, faham-faham sajalah line broadband di sebuah negeri yang maju di mana signalnya kadang kala dapat kadangkala tidak.pheww...

Kebanyakan aktiviti berinternet dilakukan menerusi android En Bapak yang kini berada di bengkel Samsung kerana 'sakit tenat'. Paling mendebarkan apabila memeriksa keputusan peperiksaan di portal SPA.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S27

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Keputusan peperiksaan yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut di atas adalah seperti berikut:


      Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S27
      Keputusan Peperiksaan : Tahniah! Anda LULUS ujian yang telah diadakan pada 07/10/2012

3.    Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Walaupun kena lalui dua peringkat lagi dan tak tentu terpilih untuk jawatan berkenaan, saya lega sangat sebab dah tak sanggup bersengkang mata macam mata gara-gara nak ulangkaji macam-macam maklumat.

Lega sangat-sangat. Senyum sampai telinga naik kebas. Hehehe...


08 October 2012

SPA Punya Pasal

Sejak lebih seminggu tidur malam saya tidak lena gara-gara mahu menduduki exam SPA. Jadual waktu seorang suri rumah seperti saya takkan sama macam mereka yang belum berkahwin, yang belum mempunyai anak atau anak-anak dah besar. Maka, waktu siang adalah waktu tumpuan sepenuhnya untuk anak-anak dan suami.

Mahu atau tidak, waktu bertenang adalah pada sebelah malam setelah lampu ditutup. Bangun, buka website sana sini melihat info kementerian atau agensi berkaitan, buat beberapa soalan ulangkaji matematik zaman sekolah menengah dan sedar-sedar jam dah 3 pagi. Berapa peratus maklumat yang masuk tidak dikenalpasti.

Semalam exam berlangsung dengan penuh tenang. Lebih tenang dari exam yang saya duduki di Alor Setar pada Jun lalu. Huru hara, sakit hati dan naik pecah otak memikirkannya. Al-maklumlah dah beberapa tahun meninggalkan alam pengajian tup-tup exam. Maunya tak terkejut otak. hew..hew...Mujur semalam punya paper lebih 'mesra otak'. Lulus atau tidak, saya bertawakal pada Allah dengan apa yang saya usahakan.

Insyaallah, ada banyak lagi cerita mahu dikongsikan lagi kelak. Moga ada ruang untuk saya kembali aktif menaip. Salam sayang untuk semua.

03 September 2012

Tolonglah...

Assalamualaikum, 

source pix: thankx to google
Rasa berat untuk menulis tetapi saya perlu suatu tempat untuk meluahkan isi hati. Kalau ada yang terbaca dan cakap aiseh ini luahan perasaan dia lah. So, maaf ye, anda dipersilakan exit dari blog saya. Ini masa emosional saya.

Saya paling berdebar-debar kalau mak telefon dengan suara sayu dan cakap "kak, kau tengah sibuk ke? mak ada benda nak cerita ni". Confirm saya dah memikir beberapa kemungkinan yang menyebabkan perasaan mak terganggu. Sungguh perasaan saya automatik berkecamuk tak sabar nak dengar luahan mak dari jauh.

Mak takde facebook, twitter ataupun blog nak luahkan perasaan. Nak suruh mak tulis diari jangan haraplah sebab bukan cara mak sejak dulu. Lagipun, saya faham perasaan mak yang juga seorang suri rumah perlukan seseorang yang boleh diharapkan menjadi pendengar setia. Saya adalah seorang daripadanya walaupun di penghujungnya saya akan meluat pada orangnya yang tak habis-habis buat mak bazirkan air matanya sejak dulu sampai sekarang.

Sejak kecik mak selalu pesan jangan balas jahat pada orang yang buat baik pada kita. Ingat dosa pahala, ingat Allah selalu. Paling tak leh lupa masa zaman saya belajar kat MIIM dulu mak tiap-tiap kali telefon mesti pesan jaga maruah diri dan nama baik keluarga. Mana taknya, patutnya saya sambung belajar untuk ke Mesir alih-alih tukar minat sambung belajar dalam bidang media. Frust betul mak.

Masa tu saya selalu fikir kenapa mak tak percayakan saya dan asyik ulang benda yang sama sampai kadang kala saya naik bosan. Rasa nak buat apa yang dipesan- dibaca pesanan benda yang negatif - jangan buat itu begini pun ada. Namun, saya berterima kasih pada mak sebab bila ada godaan yang mampu melemahkan iman, telinga saya terngiang-ngiang pesanan mak. 

Bila dah ada anak dan diimbas kembali pengalaman lalu, saya akhirnya faham secara keseluruhan bahawa mak hanya mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Tiada mak yang harap yang bukan-bukan untuk anak. Kalau ada pun mungkin ketika itu si ibu terlepas kata kerana tak dapat menahan sesak dada memikirkan onar si anak. Lagipun, seorang ibu bukan robot yang dapat menelan semua rasa dalam sekelip mata hanya disebabkan seorang anak. Baru seorang, belum yang lain-lain...

Kesian pada mak, ingatkan pada lewat usia 50 tahun mak boleh tenang-tenang dalam hidup. Tapi, ada juga dugaan yang perlu mak tempuh bersama ayah yang mencecah 60 tahun. Saya tak faham kenapa ada orang yang tak tahu membahagiakan orang lain tapi suka menyusahkan orang. Tak serik-serik. Semalam, hari ni, esok ada saja cerita yang kurang enak dilakonkan pelakon serupa. Alih-alih tak pasal-pasal mak, ayah, saya sekeluarga kena tempias sama. 

Tolong ya Allah, bagi hidayah pada orang berkenaan supaya menemui jalan benar bukan bersimpang siur yang dilalui. Saya yakin realiti yang hidup ini umpama roda, akan dtg bila anak-anak sendiri balas macam apa yangg pernah dia buat pada mak ayah saya baru tahu langit tu tinggi rendah. Jangan berlakon meratap mintak simpati. Sedey!

Hati kecil saya selalu terusik bila mak pesan minta saya sayang anak-anak macam mak sayangkan kami adik-beradik. Saya bukanlah anak yang baik sangat ada juga onar kurang cerdik yang saya lakukan masa zaman tak matang dulu, tapi mak tak pernah berhenti menyayangi saya dan tak jemu beri nasihat dan dorongan. Saya hargai apa yang mak ayah telah curahkan pada saya dan berharap akan menerimanya sepanjang hayat saya. 

Mak selalu cakap dia dan ayah dah letih dengan semua onar yang dibuat oleh si polan ni. Sampaikan sampai satu tahap kami berdoa janganlah ada musibah lain yang datang mengganggu ketenangan kami pada tahun ini. Gitu tiap-tiap tahun sejak dulu. Moga Allah memberikan kekuatan pada mak ayah untuk tempuhi dugaan ini.

Pada yang terlepas tren, anda tertinggal satu stesen je sebab saya tak dapat nak cerita kisah sebenar di blog ini. Biarlah kami mengharunginya sendirian. Esok ntah apa lagi babak yang akan dipertontonkan. Oh, mungkin diperdengarkan saja sebab mak menyampaikan menerusi telefon dari kampung.

Bertabahlah mak ayah, moga individu berkenaan diberi hidayah dan balasan setimpal atas apa yang dia buat pada mak ayah. Sesungguhnya, saya memang muak dengan semua ini kerana sebab dia ketenangan mak ayah dirobek-robek di saat ini.


15 March 2012

Tenanglah Atuk di sana

Isnin lepas, genap sebulan Atuk pergi mengadap yang Maha Esa. Moyang kepada Khalish dan Ilhan menghembuskan nafas terakhirnya selepas hampir sebulan terlantar akibat patah tulang pinggul dan peha selepas menunaikan solat.

Masih terbayang dalam kotak ingatan kenangan manis bersama arwah atuk ketika kecil. Memandangkan saya dan adik-adik adalah cucu yang paling dekat dengan atuk dan nenek, saya pernah menikmati zaman kanak-kanak sebagai 'kampung girl' yang sangat manis.

Bersara sebagai tentera yang pernah ke Congo, atuk menghabiskan sisa usianya di kampung halaman dengan membuat kerja-kerja kampung untuk mengisi masa lapang dan menambah sumber pendapatan.

Saya pernah menemani atuk ke laut untuk menarik jaring dan merasa pengalaman menolak dan menarik sampan ke laut. Perit panahan matahari dan kemasinan air laut saya lupakan seketika kerana seronok meredah ombak laut bersama atuk dan hasil tangkapan.

Saya juga pernah meredah ladang getah selepas subuh menemani atuk dan nenek menoreh. Itu pun setakat jadi peneman membawa bekalan sambil beraktiviti menampar nyamuk. Seingat saya, kerja yang pernah saya bantu adalah membantu memutar mesin untuk menipiskan getah beku yang telah dipijak dan dinipiskan.

Getah keping yang telah siap dimesin akan dibawa pulang untuk dijemur hingga kering (ladang dan bangsal letak kira-kira satu kilometer dari rumah atuk). Selain itu, atuk juga gemar membawa cucu-cucunya naik motor ke kedai untuk membeli rokok. Kami juga diizinkan membeli jajan kegemaran sebelum pulang.

Atuk seorang ringkas, suka berjenaka dan tegas. Kami selalu diberi nasihat yang berguna bergantung kepada situasi yang berlaku. Seorang penghisap rokok tegar sejak usia muda, rokok berkotak hitam emas sering menjadi pilihannya.

Makanan kegemaran beliau adalah nasi yang dimakan bersama santan, durian dan gula merah. Paling ringkas, adalah biskut tongkat yang ditumbuk bersama kelapa parut dan gula merah. Minuman kegemarannya pula adalah kopi dan air sirap.

Aduhai, banyak kenangan menerpa di minda tatkala menulis memori ini. Saya pasti Khalish juga masih terkenangkan Tuk Yangnya apabila terlihat gambar kenangan dalam blog Aku Bapak dan album kami. Soalan "mana Tuk Yang" seringkali meniti di bibirnya.

Manakan tidak, ketika atuk berada di Hospital Melaka selama hampir tiga minggu, kami kerap ke sana menziarahi. Bila pulang ke rumah pula, saban petang Khalish (kadangkala memimpin Ilhan) pergi ke rumah atuk untuk bermain.

13 Februari 2012 jam 3.30 pagi adalah detik atuk menghembuskan nafasnya terakhir. Sejujurnya, saya dan emak tidak berasa kehilangannya kerana seolah-olah kami telah bersedia dengan pemergiannya. Manakan tidak, sejak terlantar sakit, boleh dihitung berapa suap atuk jamah dan berapa teguk ditelannya setiap hari. Kami terutamanya nenek dan emak hiba mengenangkan keadaan atuk.

Suasana paling hiba ketika nenek mencium dan menatap jenazah atuk buat kali terakhir. Sungguh...air mata kami yang ada ketika itu turun mencurah tatkala nenek bercakap perlahan dengan nada bergetar..."awak rehatlah sepuasnya. nanti kita jumpa di sana ye.." Sungguh...itu adalah sesi paling menyedihkan pernah saya tempuh.

Terima kasih kerana menjadi atuk yang pernah mewarnai dan membahagiakan saya dan keluarga. Semoga atuk di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.








03 August 2011

Keranamu, Ramadan

Hari ni masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Harap kita semua bersemangat meneruskan ibadah dengan ceria walaupun kebelakangan ini cuaca panas semacam.

Hari ni juga buat kali pertamanya saya berpuasa sambil meneruskan penyusuan penuh untuk Ilhan. Walaupun dah berlatih masa Syaaban lepas, di penghujung harinya saya agak keletihan + tekak kering semacam. Walaupun itu budak kecik dah 9 bulan dan makan macam-macam (gamaknya batu dan kayu pun tak ditolaknya), Ilhan adalah salah satu contoh budak kuat minum susu.

Nak tidur pun, mesti nak berkopek dulu. Aduhai...rasa dehidrasi semacam. Saya dah tak mengepam sebab Ilhan lebih enjoy BF terus. Kalau masuk dalam botol sure dia lambat-lambat je nak habiskan susu perahan. Hurm...,demi anak, sabar je menanti jam menginjak ke angka tujuh. (Fuh3....macam budak-budak berpuasa walaupun dah jadi mak budak. kikiki...)

Ramadan kali ni saya rasa paling menduga kami sekeluarga esp adik beradik. Syukur, hajat Mak dan Ayah untuk sambut Ramadan dan berhari raya di tanah suci dimakbulkan tahun ini.

Mereka berlepas ke Jeddah tiga hari sebelum puasa. (kami lepak di KLIA dari jam 11.30 malam sampai 2.30 pagi - flight jam 3.45pg). Tak sangka ramai juga malam tu di KLIA. Bila dah berjauhan beribu-ribu kilometer ni, teringat momen manis bersahur, berpuasa dan berbuka dengan famili.

Time sahur, biasanya kami makan simple, lauk bergoreng like nasi goreng + ikan kering jadi pilihan. Teringat betapa payahnya nak kejutkan Kimah, Aisyah, Azam dan Acu bangun sahur. Rasa nak baling mercun kat telinga diorang.

Time berbuka paling syiok, boleh cakap tiap-tiap hari Ayah adalah orang yang akan membuat lawatan ke bazar sekitar Masjid Tanah. Paling kurang beli air soya / air tebu, murtabak, kuih kegemaran saya - kuih sagu merah, serabai, karipap pusing dan popia sambal. Semua ada peminat sendiri.

Sementara tunggu berbuka, kami adik beradik bersinsing lengan baju tolong mak hidang lauk. Makanan di minggu pertama berpuasa adalah heaven penuh semeja. Belum kira jiran bagi lagi. Orang azan je, Ayah baca doa berbuka dan semua makan tak ingat dunia.

Lepas tu, mulalah Ayah bising suruh cepat2 solat Maghrib. Ayah bekas tentera, so stail makan beliau adalah sangat cepat. Contoh, baru makan tak sampai setengah pinggan, Ayah dah basuh tangan dah. Mak pun selalu bising suruh Ayah kunyah dulu makanannya. Ayah cakap dah terbiasa sejak bujang lagi.

Lepas Isyak, Ayah jadi Imam solat terawih. Biasanya kat rumah nenek (belakang rumah je). Dah banyak tahun sejak nenek dan atuk tak sihat, kami solat terawih kat rumah. Permintaan nenek sebab tak nak ketinggalan buat solat sunat tu. Kadang2 Mak Long sekeluarga di Pengkalan Balak join sekali. Meriah sungguh, penuh ruang tamu rumah nenek.

Lepas solat, ada moreh. Budak-budak time tu sibuk main bunga api dan mercun - biasalah kat kampung ramai yang jual benda-benda seludup ni. Saya join sekaki kalau ada bunga api besi - bila bakar ada twinkle2 little star.

Bila teringat, rasa menitik air mata. Rindu sangat rasanya suasana tu. Agaknya apalah Mak dan Ayah berbuka. (emo semacam padahal diorang ikut pakej complete semuanya). Nasib baik ada bekalkan rendang segera, serunding, acar buah dan sambal bilis stok diorang kat sana kot-kot la rindu menu Malaysia.

Harap-harap, Abang dan Acu kuat semangat berpuasa di asrama, Adik di Putrajaya dan Aisyah di Sungai Besi tak risau sangat sebab diorang dah pandai hidup berjauhan dari mak ayah.

Moga Mak & Ayah dapat menunaikan ibadah dengan sebaiknya.
Dan semoga kami adik beradik dapat mengharungi hari-hari Ramadan ini dengan penuh semangat walaupun Mak Ayah tiada di Malaysia.

Sabarlah, raya ketiga atau keempat nanti, kita tunggu Mak Ayah sambil makan kuih gunting di KLIA eh.


**pssst...rasa macam panjang berjela entry ni, syukran sebab sudi baca sampai habis sebab saya tak reti-reti nak ringkaskannya. hihihi...>senyum mode mata kelip-kelip

28 May 2011

Khalish & Ayah Kemalangan

Semalam tengah asyik log on face book, En Bapak fon bagitau dia dan Khalish kemalangan. Beliau minta saya bawa Ilhan ke lorong 3 taman perumahan kami dengan segera.Saya dengan tergesa-gesa angkat Ilhan dalam buai dan terus kunci rumah. Badan menggigil semacam, perasaan berdebar-debar usah cerita, fikiran pun dah blur je bila fikirkan keselamatan mereka berdua.

Dari jauh dah dengar suara Khalish menjerit-jerit. Allah...apa la nasib anak aku. Sampai je kat Khalish masa tu ada dua orang jiran tolong tenangkan dia. Mujur dia terus berhenti menangis bila nampak saya.

En Bapak yang nampak panik tengah kol insurans inform pasal kemalangan. Saya tengok teruk betul 'kecederaan' kereta tu. Kena langgar side sebelah driver (Khalish masa tu tak duduk dalam car sit lak tu) - masa kejadian tu mereka berdua baru balik dari padang permainan berhampiran kediaman kami.

Dengan kuasa Allah, mereka berdua selamat - suami ada luka sikit di siku manakala Khalish yang terjatuh ke bawah sit hanya sedikit calar.

Kereta my.vi yang melanggar tu, nampak lagi teruk kerosakkannya. Langgar depan, tang enjin la remuk. Kami dihantar balik orang jiran berbangsa Cina yang kasihan melihat saya bersama anak-anak. Saya balik dulu untuk minta pertolongan jiran sebelah rumah yang kebetulan bertugas di bahagian trafik.

Hingga malam, baru En Bapak pulang bersama jiran sebelah. Siap kol insurans dan buat repot bagai. Baru merancang nak sambut dua famili kami yang nak datang Isnin ni. Dah diduga pulak begini. Apapun, syukur mereka berdua selamat. Kereta bolehlah claim insurans, nyawa yang satu ni mana nak diclaimkan.

Bila tanya Khalish mana kereta ayah, dia buat isyarat seolah memegang stereng, dan berkata Allah...akut..hurm, dia ingat kejadian petang tu. Hingga malam saya test tanya lagi sebab nak tengok dia trauma ke tak, nampaknya Khalish ok. En Bapak je nampak sedikit terkejut.

Sekarang, kami terutama En Bapak ibarat 'patah kaki'. Kesian dia, nak pergi kerja susah, nak pergi pasar susah pendek kata semuanya bergantung harap pada kereta yang satu tu. Hurmm...betul kata orang, malang tu tak berbau.

Kalaulah...(hurm...sudah-sudah lah tu. Benda dah jadi). Bersyukur buah hati berdua tu selamat. Allah masih lagi melindungi keluarga kami. Moga kami diberi kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan ini. Allahuakbar!~

08 January 2011

Perubahan 180 darjah

**PIX CERIA SEBAGAI PEMBUKA BICARA**

Salam semua,

Akhirnya saya berjaya menggagahkan diri untuk memulakan aktiviti berblog setelah hampir tiga bulan terhenti selepas bersalin dan berpantang di rumah Mak di Melaka.

Untuk pengetahuan, hari ni genap seminggu kami (saya, Khalish dan baby) kembali semula ke Ipoh (setelah dua bulan berjauhan) di samping suami@ayah tercinta bagi meneruskan kehidupan berkeluarga kami seperti sebelum ini.

Apalah saya ni kan, dah seminggu tahun baru nak update blog yang usang ni. Hakikatnya, kehidupan saya yang sebelum ni berdua dan bertiga benar-benar teruji dengan kehadiran ahli keempat kami.

Pendek cerita, semuanya jadi HURU-HARA. (hahaha...baru beranak dua rasa macam tak cukup je 24 jam sehari). Saya masih lagi mencari rentak menyesuaikan diri supaya kesemua hero saya (suami dan anak-anak mendapat perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya).

Bila difikir-fikir, saya tabik mana-mana ibu yang beranak 5, 6, 7......malah 18 orang (arwah nenek sebelah Ayah) menghandle anak-anak mereka. Rasanya saya masih belum menemui momentum super-mummy sebegitu. Apapun, saya berusaha memberi yang terbaik untuk anak-anak dan menikmati detik ini yang tak mungkin kembali lagi.

Saya selamat melahirkan anak kedua (sekali lagi hero) - pada 27/10/2010 jam 7.11 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Syukur saya berpeluang merasa proses kelahiran normal yang sangat mengujakan lebih-lebih lagi ditemani suami di sisi(ketika melahirkan Khalish dulu, tak berpeluang melalui pengalaman ini.)

Bayi seberat 3.3kg ini diberi nama Muhammad Ilhan Amsyar. Meskipun pada mulanya Khalish seolah-olah tidak dapat menerima kehadiran Ilhan, dilepuk lepuk pipi adiknya yang sedang tidur) namun kini naluri 'keabangan' Khalish terserlah bila adiknya menangis dia segera memanggil saya "Ma...Ma... (ditambah beberapa patah perkataan Uruguay+Jerman)*namun saya faham dia memberitahu adiknya sedang menangis.

Ditambah pula Khalish dah pandai sebut adik dan mencium adiknya berkali-kali hingga Ilhan naik rimas bagi mempamerkan rasa kasihnya. Bab ni, saya rasa terharu melihat kemesraan anak-anak kecil ini. Rasa indahnya dunia seketika. hehehe...

Rasanya cukuplah cerita pembuka entry tahun ini, kejap lagi si kecik saya tu sure bangun nak menyusu. Nanti sambung lagi eh.

Wassalam.

28 September 2010

Belum Pergi Dah Tau Gagal...

Patutnya hari ni saya akan menjalani pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan memasuki perkhidmatan penolong penguasa bomba. Permohonan ni dah lama saya buat sejak dapat tahu pasukan bomba memerlukan anggota baru untuk direkrut.

Surat tawaran SPA saya terima beberapa hari sebelum raya hari tu. Sangat berbunga-bunga perasaan ni ok. Maklumlah, bagi orang yang mengisi permohonan SPA bagi tahun ketiga ni, menanti panggilan dan menduduki temuduga dan ujian pasti faham bagaimana rasanya tempoh penantian tersebut.

Sebelum ni kerja dengan swasta, maka kerjaya dengan kerajaan ni dipandang sebelah mata waima tahu banyak kelebihannya. Bila dah berumahtangga dan beranak pinak ni, baru terfikir antara lain kelebihan kerja dengan gomen ni adalah waktu kerja yang fleksibel dalam erti kata lain ikut jam pejabat.

Baru fikir masa selebihnya adalah untuk anak-anak dan keluarga. Hishh...nyesal tak minta kerja gomen awal-awal dulu. Nak kerja cikgu tak reti lak nak ngajar anak orang. Silap-silap jadi kes dera lak sebab saya ni jenis suka cubit-cubit budak. hehehee.....

Berbalik ke cerita asal, bila dibelek surat panggilan tu, saya confirm saya akan pas sebab panduan kandungan dan pemeriksaan fizikal dan pancaindera tu, yakin boleh leh pas - ukuran ketinggian, berat badan, pemeriksaan penglihatan, gaya berjalan ala-ala tak berapa nak model dan berkawad rasanya tak de masalah (pernah la belajar berkawad time sekolah dulu.)

Tapi...bila masuk bab pemeriksaan kecergasan --- saya totally angkat bendera putih, angkat dua tangan dan kaki serta membuat muka berkedut seribu satu babas.....

Mana tak nye...pemeriksaan kecergasan tu merangkumi:

1) Memanjat tali yang berketinggian 16 kaki / 4.75 meter.
2) Mengangkat pemberat - 46 kg.
3) Menjulang dan menegakkan tangga - 90 darjah.
4- Memanjat tangga penyelamata - berketinggian 16.5.

Sumpah saya sangat suka aktiviti adventures seperti di atas tu. Tapi masalahnya sekarang ni saya MENGANDUNG 8 BULAN!!!! Aduhai, nak naik 16 anak tangga rumah saya ni pun dah naik semput, inikan....

Hurrm....rezeki tidak berpihak pada saya kali ini. Masa dan keadaan fizikal adalah tersangat tidak bersesuaian. Mungkin ada rezeki dan peluang yang lebih baik menanti saya pada masa akan datang.

Ikutkan hati nak juga pergi, tapi takkanlah diorang nak ambik mak buyung ni jalani pemeriksaan. Tengok dari jauh je dah kena rejek. Buat gelak dek orang je kalau pergi pun, mak buyung ada hati nak panjat tali dan menjulang tangga. Adeh....buruk betul rupa bila dibayangkan.....

--mood sedih dan sadis--

15 July 2010

Nak Balik Kampung...eh....Bandar...

Salam,

Just nak gitau yang kami sekeluarga akan pulang ke rumah MIL di Petaling Jaya, pagi ni.

Ini ekoran OS akan berkursus di Meru, Klang selama 3 hari bermula esok dan secara rasminya saya, Khalish dan baby akan bercuti di rumah MIL hingga Selasa ni.

Dapat juga saya tengok-tengokkan MIL yang baru keluar hospital semalam kerana masalah kesihatan dan sebagai menantu terbaek saya akan menunjukkan prestasi yang terbaek sepanjang saya berada di sisinya.

Insyaallah, saya update bila balik Ipoh nanti ye. Tu pun kalau saya rajin banyak sikit. hehehe...
Doakan kami selamat semuanya n salam ceria untuk semua. Tata...

03 May 2010

SimplySiti : Not For Me


Saya dapat produk free dari SimplySiti. Sebenarnya Orang Sebelah (incik somi) dapat masa cover pelancaran produk berkenaan di Jusco Kinta City, Ipoh, baru-baru ini.

Walaupun baru dipasarkan, Saya taklah terpengaruh untuk memilikinya kerana hantaran make-up Bobby Brown pemberian Orang Sebelah masih banyak yang belum terusik. Bagi Saya, tepek bedak sikit-sikit dan berlipstik nipis sudah cukup untuk Saya melaram bila keluar jalan-jalan. Saya ni kan simple orangnya....kekeke

Berbalik kisah SimplySiti tadi, secara ringkasnya ia terdapat dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik. Yang dapat free ada 3 produk iaitu Lip Gloss Luscious Choc, Green Sorbet Eye Color dan 4 keping C Bright Simply 5 Cream. Tanpa berlengah, saya terus mencuba Eye Color dan Lip Gloss ke wajah dengan harapan saya bakal berseri seperti Dato' Siti. hahaha...

Hasilnya?? Meskipun tak sechantik Siti tapi manisnya seorang yang namanya berpangkal Siti (sayalah tu) tetap ada tau -- jangan muntah di sini ye...--

Saya ralit menelek kelopak mata yang kehijauan dan bibir yang berkilat -- cam nak makan dek rasa coklatnya yang mengasyikkan. Khalish mungkin pelik kenapa Ibunya buat bermacam aksi wajah entah apa-apa depan cermin bedak.

Tak sampai setengah jam, saya rasa kelopak mata gatal semacam, issh3....sah Saya tak ngam dengan produk ni. Hakikatnya, kulit wajah Saya jenis sensitif selain tak sesuai dengan sebarang eye shadow jenis serbuk. Kalau jenis krim tak de masalah.

Nampaknya SimplySiti bukan untuk Siti yang simple ini ye. Sekian, terima kasih.

24 April 2010

Serabai @ Kuih Mayat (pedulikan nama lainnya janji lepas hajat nak makan)


(Peringatan : Ini entry suam-suam kuku yer)
Seminggu lalu, giliran kami sekeluarga pulang ke kampung halaman Saya di Masjid Tanah, Melaka. Rindu bangat rasanya cam berbulan-bulan tak balik kampung padahal dah jumpa Mak Ayah dan adik beradik di KL beberapa minggu sebelum tu - melawat Mak Mentua yang dimasukkan ke hospital.

Tiga hari sebelum balik kampung, Mak ada telefon memberitahu beliau sudah menempah khas kuih yang Saya 'termengidam'kan iaitu kuih serabai di Pasar Malam Kuala Sungai Baru. Secara tak langsung, saya rasa macam 'termeleleh air liur' bila terkenangkan rupa paras serabai yang tak seberapa tu.

Di Ipoh, susah betul nak jumpa serabai - mungkin kuih ni tak popular seperti di Selatan. Cik Abang @ Orang Sebelah Saya bila diberitahu kuih serabai ni juga dipanggil kuih mayat, secara spontan menunjukkan riak muka geli geleman (hek eleh...lebih-lebih pulak, cubalah berlagak jaga perasaan Saya yang mengidam ni).

Saya faham mungkin dia tak pernah makan makanan kampung ni memandangkan dia berasal dari bandar.

Kami tiba di kampung kira-kira jam 3.30 petang. Saya sabar menanti ketibaan serabai kerana Ayah bercadang mengambilnya jam 6 petang nanti. Tahu-tahu selepas mandi, Azam (satu-satunya adik lelaki Saya) memberitahu kuih yang dinantikan telah selamat sampai di dapur.

Tanpa menunggu, saya ke dapur membuka plastik kuih serabai. Aduhai...masih panas lagi. Bau minyak kelapa menusuk hidung mancung saya ni. Azam memberitahu lagi Ayah keluar mencari durian untuk ditambah dalam kuah gula Melaka untuk dicicah dengan serabai. Aduhai...terharu saya.

Walaupun Ayah membeli kesemua kuih serabai yang dijual mak cik kat pasar malam tu (9 keping je pun...- 3 keping = RM1) ditambah dengan putu mayam, saya hanya lalu makan 3 keping je pun. Sedap sungguh rasanya bila dimakan bersama kuah gula Melaka bercampur durian yang Emak sediakan. Lepas hajat....

Walaupun mengidam macam nak makan banyak, tapi bila ada depan mata, makan tak banyak mana pun. Orang Sebelah Saya yang sebelum ni geli geleman dengan nama lain serabai ni pun, Saya tengok khusyuk je menjamah...2 keping lagi. (ha...tu la, belum rasa belum tau sedapnya).

Mak ada memberitahu, serabai sering dijadikan juadah wajib apabila kenduri arwah diadakan di kampung-kampung. Mitosnya, fizikal kuih berkenaan kononnya melambangkan keadaan arwah di dalam kubur. Bunyinya macam menggerikan, tapi...lupakan saja cerita yang membuatkan anda tak lalu makan kuih tu.

Apa yang sebenarnya, pada waktu itu kos membuat kuih berkenaan adalah termurah dan mampu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Sekarang ni, susah nak jumpa serabai masa kenduri arwah.

Mungkin orang lebih berselera dengan nasi dan lauk pauk yang lebih menyelerakan untuk dijamu berbanding kuih mayat!

08 March 2010

Salam Takziah Dari Kejauhan


Sumber pix : dari Kosmo Online

Lewat petang semalam, Cik Abang kol mengkhabarkan kejadian malang yang menimpa keluarga teman sebilik saya, Yani yang sama-sama menuntut di MIIM, beberapa tahun lalu.

Beritanya family Yani - Ibu dan 3 lagi adiknya ditimpa kemalangan jalan raya selepas bercuti di Genting Highlands. Kemalangan itu mengakibatkan Yani kehilangan adiknya, Hana Natasya buat selama-lamanya. Manakala, adik bongsunya Kimi dikhabarkan cedera parah. Mujur ibunya dan adik yang kedua, Yana mengalami cedera ringan.

Saya tersentak mendengar khabar buruk itu. Ini kerana hubungan Yani dan saya rapat dan saya pernah menziarah keluarganya beberapa kali semasa kami belajar. Malah, Yani dan adik beradiknya ada menghadiri majlis perkahwinan saya dua tahun lalu.

Apabila mendapat khabar duka sebegini, sudah tentu perasaan saya yang senipis kulit bawang ini agak tersentap dan tersentuh. Saya dapat gambarkan sungguh perit perasaan mereka sekeluarga menghadapi dugaan ini.

Tragedi seperti kemalangan yang membabitkan keluarga, sanak saudara atau teman rapat, sudah tentu tempias sedihnya turut dirasai. Tidak terkecuali saya. Perasaan ini adalah berlainan dengan rasa simpati terhadap mereka yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan diri saya. Dalam erti kata lain, tak kenal langsung. Hanya kenal menerusi berita di kaca tv atau laporan akhbar.

Saya adalah individu yang lewat mengetahui berita sedih ini. Saya doakan dari kejauhan Yani dan keluarga diberikan kekuatan mengharungi situasi yang menuntut kesabaran dengan secekal mungkin. Moga Allah menyelamatkan Kimi yang menja dan murah dengan senyuman itu. Al-Fatihah untuk arwah Tasya. Wajahnya yang manis kekal dalam ingatan saya. Moga Allah menempatkanmu di sisi mereka yang beriman. Amin...

Berita selanjutnya di petik dari Bernama :

Adik Wartawan TV3 Pahang Maut Kemalangan Di LPT

MARAN, 7 Mac (Bernama) -- Adik perempuan wartawan penyiaran TV3 Pahang, maut dalam kemalangan jalan raya di Km 157.3 Lebuhraya Pantai Timur di sini, malam Sabtu, manakala ibu dan dua lagi adik kepada Herryanie Salehin cedera.

Hana Natasya Salehin, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala manakala ibunya, Norkhairol Awang Taram, 46, kakak mangsa, Hizieyana, 23, cedera ringan dan adik lelakinya, Haizal Hakimi, 8, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Ahmad Johari Shahabudin berkata kejadian dipercayai berlaku ketika empat sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan setelah pulang dari pusat peranginan Genting Highlands.

Beliau berkata kemalangan pada pukul 8.15 malam itu dipercayai berpunca daripada kereta Toyota Vios yang dipandu ibu mangsa yang berada di lorong perlahan cuba bertukar lorong sebelum terlanggar bucu belakang kereta jenis Perodua Kancil yang berada di hadapannya.

"Akibat perlanggaran itu, Kancil itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya manakala kereta yang dinaiki mangsa terbabas serta merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak," katanya.

Beliau berkata rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa melambung tinggi sebelum menghempap sebuah lagi kereta jenis Proton Waja yang berhenti di hadapan Wira berkenaan.

Ahmad Johari berkata Hana Natasya, seorang pengusaha pusat cuci kereta di sini, yang duduk di bahagian hadapan dilapor tercampak keluar dari kereta.

Haizal Hakimi pula, katanya cedera parah dengan patah tangan dan kaki kanan serta cedera di tengkuk.

Beliau berkata seorang lagi mangsa yang parah ialah penumpang kereta Wira, Mashasmila Mohd Ali, 30.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Sementara itu, Herryanie yang ditemui di unit kecemasan Hoshas malam Sabtu berkata dia menerima panggilan daripada ibunya yang memaklumkan kejadian itu ketika sedang menonton televisyen bersendirian di rumah.

-- BERNAMA

14 February 2010

Kisah Tahun Baru Cina Ayah Saya

-pix credit to google-

Salam semua,
Hari ni saya dapat idea nak berkongsi kisah Ayah kesayangan saya menjelang Tahun Baru Cina (CNY). Sebelum itu, jangan salah anggap ye, Ayah saya bukan mualaf tau. Kisah ini saya ceritakan kerana rasa kagum dengan nilai persahabatan yang dipamerkan antara Ayah dan rakan-rakannya berbangsa Cina.

Ayah saya seorang pesara tentera. Selepas tamat perkhidmatan, Ayah yang sudah terbiasa dengan rutin kerja keras telah mencuba pelbagai pekerjaan termasuk tolong kawan berniaga ikan di pasar (3 hari je ayah mampu bertahan), membuka kedai runcit serta membawa kereta sewa (teksi) - ni lama sikit coz ayah terus beli kereta sewa baru.

Namun, selepas Ayah dan Emak balik menunaikan Haji buat kali pertama awal 1990-an, Ayah yang sebelum itu ada memohon tender sebagai pengusaha kantin sekolah mendapat surat tawaran menguruskan sebuah kantin sekolah rendah angkatan tentera di Kem Terendak.

Sejak itu, bermulalah kehidupan kami sekeluarga menceburi bidang perniagaan makanan sehinggalah ke hari ini di mana Ayah melebarkan sayap bisnes sebagai katerer terkenal di seluruh negeri tadbiran Tok Ali (bukan nama sebenar). So, bila dah berbisnes ni, maka contact rakan bisnes amatlah penting. Sejak itu, kami secara tak langsung mengenali rakan-rakan bisnes Ayah seorang demi seorang.

Mereka panggil Ayah saya Haji. Mungkin Ayah saya kacak berkopiah putih maka mereka memanggilnya begitu (kekeke...Ayah saya encem tau). Kadang kala, apabila mereka telefon ke rumah untuk bercakap dengan Ayah (Ayah saya tak suka bawa henpon, nyusahkan katanya), mereka gemar mengucap Salam pada si penjawab panggilan. Sampaikan kami terkadang konfius antara yang pemanggil itu Islam atau sebaliknya.

Malahan, ayah juga suka mengusik dengan panggilan Aji di awalan nama mereka (kata Ayah, tu doa moga-moga mereka diberi hidayah). Antara nama-nama rakan bisnesnya yang amat kawtim seperti Robert@Aji Robert (tokeh Aiskrim), Gemok@Aji Gemok (tokeh buat rumah), Along bukan Ah Long ye(tokeh kedai runcit - bujang lagi o...) dan Ah Fatt (tokeh minuman berkarbonat.

Walaupun mereka berlainan bangsa, namun apa yang terpancar di sebalik hubungan yang pada mulanya atas dasar perniagaan itu adalah satu ikatan persahabatan berteraskan kepercayaan dan kejujuran antara satu sama lain.

Pernah satu ketika bisnes Ayah dilanda kerugian (akibat seorang ketua kampung yang buat kenduri kawin anak tapi tak nak bayar baki RM5,000 duit katering dengan 1001 alasan - (huh...tak de duit cakaplah. berlagak je lebih - erkh...terkeluar topik lak., i'm sorry). Ayah kekurangan wang untuk membayar duit barangan runcit yang sebelum itu diambil terlebih dahulu daripada tokeh kedai runcit.

Ayah berterus terang dengan Along mengenai masalah yang dihadapi. Apa yang membuatkan Ayah rasa terharu adalah keprihatinan dan kata-kata yang terkeluar dari mulutnya. Kata Along, biasalah tu Aji, olang bisnes ni kadang kala ditimpa ujian olang tipu kita. Ini lisiko yang perlu dihilapi. Tak pelah, nanti Aji ada duit, baru Aji bayar pada saya. (ayat dia okey sikit daripada itu tokeh Metrowealth. Lu olang ada kenai ka? he3...!)

Saban tahun, tokeh aiskrim lak suka sponsor aiskrim buatan kilangnya bila Ayah buat rumah terbuka Aidilfitri. Bukan sikit-sikit, sekali 500 biji siap dengan ice box yang jual kat kedai tu dia bagi pinjam. Tokeh rumah pun gitu, bila nak renovate rumah dia suka cadangkan rekaan yang macam2 (bajet pun bertambah la), Ayah dah hint kata tak mampu nak bayar kalau lebih bajet. Tapi, bila dia cakap dia percayakan Ayah dan tak kisah bila nak bayar, hah...gasak. Ayah tak kisah...

Ada tu, siap bagi Ayah pinjam duit sementara nak dapat bayaran dan Ayah pun ada memberi pinjaman kepada mereka tatkala mereka ditimpa kesulitan.

Kebiasaannya sejak 10 tahun lalu, bila menjelang Aidilfitri seorang demi seorang tokeh datang bawa hamper raya. Ada tu siap bagi sepasang baju Melayu dan beberapa kain sarong (berbau wangi) untuk Ayah. Pernah sekali, berbelas hamper jugalah tersusun dekat ruang tamu rumah. Sebagai menghargai persahabatan mereka, Ayah menjemput mereka dan keluarga datang meraikan kemeriahan berhari raya bersama kami.

Sehari sebelum CNY pula, Ayah akan ke rumah rakan-rakan bisnesnya untuk menghantar bungkusan istimewa yang mereka gemari. Apa isinya? Setelab kuih ros, dodol dan beberapa kerepek yang ditempah khas untuk mereka. Kata Ayah, tak de salahnya kita menggembirakan rakan sendiri - tak kisah la apa bangsa sekali pun.

Dulu masa saya masih bersekolah, saya 5 beradik suka ikut Ayah beraya di rumah rakan-rakannya yang berbangsa Cina itu. Tapi, kami selalu jeles sebab Ayah dapat angpau RM50 tapi kami dapat RM20 je. Tak acikan?...- budak-budak yang materialistik sungguh.- (perhatian- nilai ni Mak Ayah tak ajar k, kami yang belajar sendiri. kekeke)

Hingga kini, saya dapati hubungan Ayah dan rakan-rakannya itu masih erat dan akrab seperti dahulu. Kata Ayah saya lagi, duit boleh dicari tapi Kepercayaan orang pada kita, Kejujuran dan Kesihatan tiada dijual di mana-mana. Saya bangga dikurniakan seorang Ayah seperti ini. Sungguh saya bangga. Bangga sangat. BANGGA!!!

Notakaki :
Esok saya sekeluarga nak balik kampung di Melaka. Rindunya...Selamat bercuti semua. Jangan makan limau banyak2, nanti batuk.

Wassalam

08 February 2010

Tak Sabar Nak Borong Buku Satu Kontena


Salam semua...
Just nak war-warkan jangan lupa pakat terjah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 bakal berlangsung pada 19-28 Mac di PWTC nanti.

Macam-macam aktiviti diadakan seperti kuiz, seminar, pelancaran buku, kempen cipta lagu 1Malaysia, games untuk kanak-kanak di samping jualan pelbagai bahan ilmiah pada harga yang cukup berbaloi. (bukan celcom je tau). Keterangan lanjut klik KLIBF2010

Saya harap sangat dapat beli 1 kontena buku untuk bacaan sepanjang tahun...kekeke...angan-angan kalau tak dilengkapkan dengan RM tak kan jadi der...lagipun mana nak letak oi...Dapat borong 10 buku / novel dah kira ok. Untuk Khalish lagi...and for sure Cik Abang pun mesti nak cari buku kegemarannya juga.


Minta2 la ada kelibat penulis kegemaran saya iaitu Ramli Awang Murshid dan Abd Jalil Ali (hmm...kagum dengan penulisan mereka berdua). Pastu, nak minta sign n bergambar kenang2an. he3...Harap sangat tapi biasanya yang rajin / berkesempatan turun padang novelis wanita jek. (saya cadang nak email diorang suh datang time saya datang PWTC nanti. kekeke)

Lagi...harap dapat jumpa teman sebilik 1 MIIM dulu - Yani, budak Pahang- hampir 3 tahun tak jumpa , rindu sangat...kami dah janji nak jumpa di pesta buku tu nanti. So, jangan lupa masuk dapat kalender tau . To my follower yang berkesempatan ke sana, leh kita jumpa sekali ye. Roger2 la nanti k.

Wassalam...

13 January 2010

Bila Si Langau Berbau Bangkai

# Ini entry cili padi : ganti nama ibu bertukar menjadi aku #

Pagi ni mak ada kol gtau adik aku sedih n stress coz kawan sepejabatnya memfitnah dia dengan bos. Fitnah ni mula jadi bila bos dia bergelar Datuk hampir 6 bulan lalu. Untuk pengetahuan, adik aku ni baru dua tahun bekerja sebagai seorang P.A di sebuah badan berkanun kerajaan.

Memula adik aku tak amik pusing dengan cakap2 orang-yang-sakit hati-tengok-orang-lain-hidup-tenang ni. Tapi, bila dia berdiam diri makin melampau lak hingga satu bangunan termasuk pak cik guard n mak cik cleaner pun tau gak.

Ada ke dia fitnahkan adik aku skandal dengan bos dia? Jadi bini no.2. Adoi...ingat adik aku tak de taste ke ape. Hello...we'all tak minat dengan barang 2nd hand la. Mesti orang kata kalau angin tak bertiup masakan pokok bergoyangkan? Then, aku tanya adik aku adakah dia bermain cinta dengan bos dia? Mengucap panjang adik aku tu, balasnya "Kak, tak terlintas langsung adik nak kacau rumahtangga orang. Adik cuma nak cari rezeki halal, tu pun ada orang dengki,". Kesian adik aku...

Ada cerita disebaliknya. Ada senior kepada bos dia (jeles tak dapat pangkat Datuk) buat cerita kononnya bos adik aku ni ada skandal dengan P.A (adik aku kononnya). Bila sekor langau dah makan bangkai, apa lagi langau2 lain pun join la sekaki. Pastu, tokok tambah kononnya dah berjangkit dengan kawan bos dia (sorang Datuk) skandal dengan pegawai satu opis sampai jadi bini no. 2. huh...tak semua orang berpangkat camtu kan?

Adik aku ni pun ada gunting dalam lipatan gak. Orang cantik, lembut mestilah disukai ramai. Yang jeles tu sapa lagi kalau bukan kaum yang sama gak. Adik aku ni dah naik gred, lagi la menjadi nanah dalam hati si langau betina tu.

Fitnah tu bukan setakat terhenti kat opis je sampaikan menjadi bahan bualan dalam FB. Adik aku baru tau. Huh...memang tak de keje lain diorang ni padahal banyak lagi topik negara yang boleh dibincangkan. Pasal gula naik ke, jenayah sana sini ke...Heeeii...! Manusia cetek ilmu dan agama macam nilah....

Adik aku ingat dia kuat nak hadapi semua dugaan ni, tapi sebagai seorang wanita muda yang baru nak mulakan perjalanan hidup ni dia seakan rebah sekejap. Mengalirkan air mata untuk meredakan keresahan di jiwa. Betullah fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

Sampaikan dia rasa cam tawar hati je nak gi keje. Tak bersemangat nak dengar orang mengata atas, bawah, depan, belakang pasal dia. Dah la tak berani bertanya face-to-face dengan adik, dicanangnya cerita depan2 dia lak tu. Sabarlah dik...mulut manusia ni selagi dia tak m*mp*s. Tak tutup mulutnya.

Ni aku dengar, bos dia dapat naik pangkat gi departmen lain. For sure lah bila kita wat keje tiptop dan bos puas hati, so bawa kita sekali keje dengan dia. Sapa2 pun, kalau dapat bos baik mesti kita nak kerja dengan dia lagi kan? Maka, bertambahlah dengungan langau2 yang berpenyakit hati memfitnah sana-sini kononnya bawa bini muda sekali. Kalaulah...langau2 tu boleh dibunuh dengan ridsek, alangkah....

Aku berharap adik tabah menghadapi dugaan hidup. Manusia ni ada 3 jenis...
1- Jenis tak kacau hidup orang dan orang tak kacau hidup kita.
2- Jenis suka kacau hidup orang tapi tak suka orang kacau hidup dia.
3- Jenis tak kacau hidup orang tapi orang suka sangat kacau hidup kita.

Takkan aku nak suruh adik aku wat notis kat papan kenyataan macam ni lak,
"bahawasanya saya ...... bersumpah tidak mempunyai apa2 hubungan dengan bos saya iaitu ..... Semuanya adalah fitnah semata-mata. Sekian untuk makluman si langau tercabut kepak".

Takkan nak pergi sekor2 untuk jelaskan perkara sebenar. Tak pun, takkan nak panggil krew Melo*eh nak wat statement. Adik aku tu bukan selebritik, cuma seorang anak dara yang sempoi berusia 23 tahun je.

Banyak2 lah bersabar dik, kita keje mana2 sekalipun, mesti ada cabaran dan risikonya tersendiri. Asalkan kita berada di pihak yang benar, insyaallah mereka2 tu ada balasannya sendiri. Jangan lupa, mohon perlindungan dari Allah jauhkan hasad dengki dan kejahatan manusia serta dari godaan syaitan.

Nampaknya, balik kampung t ko kena mandi bunga untuk buang aura -ve, pulihkan semangat dan cara tak langsung naikkan seri. hehehe... Jangan bos ko yang anggap ko cam anak sendiri syok kat ko sudah. (i tak rela nak beradik iparkan orang tua. yewks...). Moga adik tenang selalu dan bertemu jodoh dengan insan yang fresh n berkualiti. (spesis jawa rejek tau... takde kelas -uppps...ada yang terasa kah? Sapa terasa tak de kelas aku ngutuk ko la tu. Zasss!!!)

20 December 2009

Cerita Angan dan Sedar Tahun Baru....

Tiga hari lepas dah masuk Tahun Baru Hijrah 1431. Kurang dua minggu dari sekarang tahun baru masihi lak bakal menjelma. Bila dikenang-kenang balik, banyak betul pengalaman manis, pahit, masam, masin (ahaks...ade ker?) yang berlaku dalam hidup ibu dan keluarga. Jika dihitung satu persatu, setiap pengalaman mempunyai pengajaran dan impak tersendiri.

Berbalik kepada cerita tahun baru, biasanya kita (ibu la tu) mesti dok plan macam2 perkara yang perlu dilakukan bila tiba tahun baru. Kat bawah ni ibu dah list sebahagian apa yang bakal dan ibu akan buat sepanjang tahun depan. Idea ni ibu dapat dari majalah Pa & Ma edc Januari 2010.

RUMAH TANGGA
1. Ibu berikrar untuk menjadi seorang isteri yang lebih memahami suami, romantik, meng'top up' rasa kasih setiap bulan (cheh...macam top up kredit hp lak), serta berusaha membantu menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan lebih efisyen.
2. Menjadi seorang ibu dan sahabat yang terbaik untuk Khalish.
3. Memastikan semua perkara dilakukan dengan ikhlas, penuh kasih sayang dan rasa bertanggung jawab sebab mereka (Cik Abang dan khalish) adalah anugerah yang amat berharga buat ibu.

PENAMPILAN DIRI
1. Ibu dah bergaya dengan potongan rambut baru. Rasa lebih selesa dan bersemangat. (hehehe...sebenarnya dari dulu tak pandai bela rambut panjang. Rimas...)
2. Ingin menurunkan berat badan kepada 50 kg. Sekarang ni 4kg terlebih sudah.
3. Terlalu perlukan kulit wajah yang gebu, putih berseri tanpa sebarang parut jerawat. (hu3...kalau ada orang nak sponsor ibu ke New York Skin Solution tersangatlah berbaloi2...)

TAMBAH BILANGAN ANAK
Opps...ini perlu dimasukkan dalam list utama kerana Khalish memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang dari ibu ayah tanpa sebarang gangguan. (benar rezeki itu Allah yang tentukan, tapi wat sementara ni hold la dulu coz trauma masuk labor room tak habis lagi)...

TUKAR KERJAYA + TAMBAH KEWANGAN
Ibu yang bertugas full time sebagai pengurus rumah tangga, isteri dan ibu bakal menukar kerjaya kepada half time usahawan internet yang proaktif. (ibu sila jangan hangat2 tahi ayam).

Insyaallah, online shop ibu akan launching Januari ni bakal mempromosikan pelbagai produk cantik, menarik kau memang debooom...Now, dalam proses menunggu stok sampai dan set up apa yang patut. (jangan lupa lawat blog ibu untuk dapatkan spesel price espc untuk follower ibu)

KURANGKAN PERBELANJAAN
1. Hanya barangan penting yang perlu menduduki tempat teratas dalam senarai pembelian.
2. Rekod setiap perbelanjaan.
3. Menambah simpanan untuk membeli rumah yang berharga kurang dari 1/2 juta RM. (fuh....angan2 dan semangat perlu seiring...)

DEKO RUMAH
1. Bersihkan rumah dari segala macam habuk dan sawang.
2. Susun atur perabot dan hiasan supaya lebih menarik dan lapang bagi memudahkan Khalish bergolek2 dan berguling dengan lebih selamat...
3. Buang barangan yang dah tak pakai lagi. Tak pun bagi kat uncle jual besi ker, jual paper lama ke kalau dia ndak.

DIRI SENDIRI
1. Cuba menjadi lebih peramah dengan jiran tetangga. (Ibu bukan sombong, tapi ibu lebih suka lepak dalam rumah dengan Khalish. Ibu kurang rajin nak gi rumah jiran kalau tak de hal penting)
2. Perlu mendalami dan menambah ilmu agama serta pengetahuan am.
3. Tolong belajar masak dengan lebih sedap lagi untuk memikat hati suami. hahaha...
4. Menjadi anak dan menantu yang lebih disayangi.
5. Kembali menjalinkan hubungan silaturrahim dengan kengkawan study yang setia.
5. Menjadi sang bloggers yang lebih rajin mengupdate entry baru disamping rajin menjengah blog kengkawan dan memberi komen. (kuang3....)

Sekian, semoga tahun baru kali ini memberi inspirasi dalam menjadi insan yang berkualiti dunia dan akhirat.






05 November 2009

Pedihnya Perasaan Ini!!! (entry menangis dalam hati....)

Ibu dah lama tak menyakiti hati orang dan disakiti. Tak bermakna ibu dulu seorang yang begitu. Dan juga bukan manusia yang bersih dari membuat dosa. Apapun...dosa dan pahala Allah sahaja yang menentukannya.

Namun, bila sudah melibatkan keluarga sendiri, orang yang kita harap menjadi payung berteduh rupanya sekadar langau yang merosakkan dan membiakkan kekotoran di merata tempat.

Sakitnya hati - terlalu pedih sebenarnya bila kita tiada kuasa sepenuhnya untuk membantu menyelamatkan orang yang tersayang. Sesiapa saja mampu mengucapkan perkataan bertanggungjawab, namun sukar untuk melaksanakannya bila tiba masanya.

Di matanya, keluarga kami umpama racun yang melumpuhkan kasih sayangnya. Dia matanya, dia sahaja yang mulia dan berada di pihak yang benar. Dan di matanya, dia yang menentukan seluruh hidupnya tanpa campur tangan orang lain.

Tanpa berfikir secara matang, dia alpa bahawa bila dia berkahwin dia perlu 'berkahwin' dengan seluruh ahli keluarga pasangannya. Ini tidak, sudahlah hendak memunya, dilayannya keluarga kita seperti patung yang tidak berperasaan dan seperti tidak beribu bapa.

Kalaulah manusia boleh melihat masa depan, individu ini sememangnya tidak layak berada dalam keluarga kami. Sebelum dapat, lakunya ibarat malaikat dan sesudahnya barulah terserlah kepuakaannya. (maaf...kesabaran ibu sudah berada ditahap maksima)

Bila nama baik dan maruah keluarga sendiri dihenyak dan dipijak2, apa agaknya anda akan lakukan? Sudah tentu berjuang berhabisan dan membantu ahli keluarga yang kesusahan. Tapi bila dia dah gunakan kuasa veto ala hitlernya apa lagi daya kami?

Bom saja tidak cukup untuk meletupkan individu yang busuk hati, putar belit dan pendendam itu. Hmm...cakap je tak guna. Biar Allah memberi balasan setimpalnya kepada individu yang mempunyai niat yang tidak baik kepada keluarga kami.

13 September 2009

Tidak!!! Bendela JepOn Dah Naik!!! (untuk 18 thn ke atas saja)

Gambar hiasan semata-mata

Sedihnya tak dapat nak habiskan puasa ramadhan tahun ni yang tinggal tak berapa hari lagi. Ingatkan dapatlah ibu puasa penuh tahun ni. (huhuhu...ruginya).

Kejadian berlaku kira2 jam 5 petang semalam time ibu tengah mengodek kuah bihun soto kat dapur. Perut ibu rasa senak semacam. Sekali check...alamak...rupanya dah period. Geramnyer...geramnyer....

Ibu mengkhaborkan kejadian tersebut pada cik abang ibu yang berada di bilik komputer (dia off day). Respon dia simple jer...."Yeh...nasib baik khalish lum nak jadi abang lagi". Cheh...sabar jelah cik abang aku ni.

Sebenarnya beberapa hari kebelakangan ni ibu dilanda kerisauan, maklumlah 2 bulan lepas period ibu teratur setiap awal bulan. Tup..tup bulan ni lambat lak. (takut gak bila teringatkan pesanan doc supaya merancang kehamilan dan tak hamil dalam masa 1 tahun ++ - yelah ibu kan caesar masa lahirkan khalish aritu).

Setakat ni ibu tak ambil apa2 pil perancang (takut akan kesan sampingannya terutama masalah kegemukan), suntikan atau implan. Kami merancang menerusi kitaran biologi jer (setakat ni ia masih berkesan la).

Namun demikian, selepas ni cik abang nampaknya isterimu ini (yang masih fobia melalui fasa kelahiran) memerlukan satu pelindungan padu untuk membolehkan khalish mendapat kasih sayang sepenuhnya selain memastikan luka pembedahan ibu pulih dengan baik sebelum kedatangan baby baru dalam tempoh terdekat ni. hihihi.... (Seram ibu memikiorkannye)

Lastly, selamat berbuka pose pada ayah khalish - jangan risau, ibu akan masak secukup rasa dan pasti sedap hari ni sebab ...... hehe. sendiri mau ingat sebab apa.

05 September 2009

Panas di Luar Panas di Dalam

Bersinarkan....?

Dah beberapa hari ibu tak hapdet blog. Bukan apa, ibu dah mula sesi kemas mengemas rumah. Maklumlah tiga bulan lamanya ibu lepak kampung (berpantang) lepas kelahiran khalish. Terkejar2 la juga, maklumlah sekarang ni ada khalish, kena pandai2 bahagikan masa mengemas, cuci baju, memasak, susun baju...bla2....Bila khalish tidur dapatlah ibu mula kemas2 apa yang patut. Tapi, yang wat spoil tu bila ibu layan mata join khalish tidur. hehehe...

Hari ni sesi mengemop lantai, lepas mendobi ibu pun mula mengemop (tingkat bawah je, tak larat) guna ajax fabuloso tu...pergh...bersinar2 lantai umah.

Bagus juga eksesais macam ni, berpeluh2 ibu dibuatnya. Kat luar pun cuaca panas. Ipoh dah beberapa hari kekeringan. Malam pun usah cerita. Kalau dok dalam bilik, rasa cam dok dalam sauna.

Sebelum ibu mengarut entah apa2 (keletihan sedikit), eloklah kiranya ibu menamatkan catatan di sini. Nak masak sementara khalish tengah enak diulit mimpi dalam buaian automatiknya. Chow...

17 February 2009

261 Hari Aku Bersama Si Dia...


Tiga tahun lepas, pada tarikh 16 Februari adalah detik bersejarah teman dan suami berkenalan.

Teman kenal 'awak' (panggilan mula2 pd suami) time function KTMB di KL Sentral. Hari tu adalah hari kedua teman praktikal di sebuah syarikat akhbar di Bangsar dan kebetulan awak kena cover funtion tu juga.

Segalanya bermula dengan agak pantas, perkenalan dengan seorang yang riak mukanya ketika itu agak sombong dan membosankan akhirnya bertukar lebih ramah apabila diketahui rumah sewa teman dan dia hanya dipisahkan beberapa blok di Wangsa Maju. La...

Dengan niat untuk menimba pengalaman dari 'senior' orang surat kabor pada awalnya, bertukar menjadi peneman makan malam time member2 rumah teman pegi dating. Macam teruk je bunyinye kan. Tapi...jarang sekali dia menolak tu...hehe...baiknya.

Hari demi hari...akhirnya kami telah berjaya meng'upgrade' hubungan dari kawan biasa - teman tapi mesra kepada ikatan pertunangan 25/11/2007. Satu stage baru yang perlu dilalui dalam proses untuk lebih mendasari hati & perasaan masing2.

16/2/2008 - Teman ambil cuti 3 hari dan turun ke KL untuk kursus perkahwinan di Zura's Akademik bersama si dia. Kami berkesempatan sambut couple anniversary di Nando's Mid Valley (sumpah tak nak pegi lagi coz tak kena dgn selera teman) sblm masuk berkursus.

Hadiah teman pada si dia sebuah teddy bear warna biru sebagai pengganti diri. (terkejut member). Teman pula dihadiahkan sepasang persalinan yang teman pilih sendiri di MV. Kira balas membalas la ni ye.

Hari ini...16/2/2009 - Awal pagi lagi teman dah ucapkan "Hepi Couple Anniversary, B.." lantas teman kucup pipinya yang tembam tu. B tersenyum lantas membalas ciuman teman sambil mendakap lama....Tapi, tak naklah lebih2 coz B tak mandi lagi. hehe....

Sepanjang hari yang penuh romantis....Couple Anniversary kami disambut bila teman dan hubby (yang off hari tu) dapat meluang masa bersama-sama menonton budak botak Upin & Ipin di TGV Kinta City, luncheon di Pizza Hut dan survey barang keperluan baby pertama kami kelak.

Walaupun perut teman dah maju ke depan, tapi teman rasa muda remaja cam awal2 zaman bercinta dulu. ahaks....bahagia je rase bila B pegang tangan teman dan layan teman dengan penuh kasih sayang. Kalau lah boleh direplay semula saat tu....indahnya dunia.

Tidak berhenti di situ, dengan mood yang agak baik, teman menyediakan makan malam special untuk kami berdua iaitu 'Mee Kung Fu', special sebab resepi baru dan tak pernah teman try. hehe2...nasib baik jadi. Tidak ketinggalan, kerajinan yang begitu tinggi membuatkan teman sempat membuat kek batik sebelumnya (Tq kepada Mat Gebu dari blog dapur tanpa sempadan).

Apapun, terima kasih pada B kerana menerima Sayang seadanya...walaupun serba kekurangan tapi teman rasa B adalah pelengkap kepada kekurangan yang ada. Terima kasih atas segala kasih sayang dan kecintaan yang diberikan. Semoga kita kekal menjadi pasangan bahagia dunia dan akhirat. Amin...

(ada pix romantika d taman tapi nantilah teman tempek, connection broadband x brapa bgs)