22 January 2013

Dulu Malika Saba, Sekarang Hadramout Paradise Ipoh Paling Sedap

Pantang ternampak restoran Arab baru di Ipoh ni, pasti saya akan menggoda En Bapak ke sana. Menggoda tak tahan. Al-maklumlah saya, Khalish dan Ilhan peminat tegar nasi Arab dan sewaktu dengannya. Sebagai suami dan bapa mithali (yeah, kipas2...), En Bapak layankan je selera kami anak-beranak.

Terbaru, restoran Hadramout Paradise yang terletak di Kinta Riverfront kami jejaki untuk makanan autentik Yamen dan Arab. Lokasinya sangat strategik berdekatan hotel Kinta Riverfront. Dulu, sebelum diambil alih tempat ni adalah sebuah galeri milik hotel terbabit.

Kami tiba kira-kira jam 2 petang, selepas memilih tempat dan diberikan menu, kami membelek senarai makanan yang disediakan. Berbanding Malika Saba dan sebuah lagi restoran Arab di Greentown, Hadramout nampaknya lebih menawarkan pilihan menu yang menggiurkan anak tekak tambah pula saiz hidangan yang diberikan lebih besar.

Sudahnya, kami memilih gandingan nasi mandy campur daging dan kambing beserta hummus dan roti Arab. Sebab apa hummus yang dipilih, sebab pernah nampak peserta My Kitchen Rules musim 2 menyediakannya. Jadi, dah depan mata haruslah kita order.

Hummus adalah makanan tradisional Arab yang dihasilkan daripada kekacang, minyak zaitun dan jeruk lemon. Pendek kata, hummus ni ibarat kuah pencicah yang dimakan bersama roti. Kelakarnya, saya rasa roti Arab yang diberikan pada saya dah rasa macam roti canai cuma saiznya yang lebih besar. Tapi, sangat sedap dan sangat mengenyangkan.

Air En Bapak macam biasa order teh Arab dan saya jus lemon yang pahit dan menyesal order. kikiki...Lepas makan, konon nak merasa manisan Arab tapi lepas tengok deretan manisan yang sedia atas meja hidang berhampiran, entah kenapa jadi tak berselera pulak.

Jumlah keseluruhan RM57 tapi puas hati sebab sedap. Malika Saba, kalau anta semua tak jaga kualiti macam yang pernah saya ceritakan di sini, alamatnya pelanggan macam ana akan ke Hadramoutlah lepas ni. Teringat lepas puasa pergi lagi, tapi mix kebab buat spoil sebab masin teramat sangat. Ya ampun...

Kesimpulannya, restoran Arab di Ipoh yang paling sedap di tekak saya sekarang ni adalah Hadramout Paradise. Nanti kita ferasan Arabian lagi di sana ye, En Bapak. hihihi...

notajari: sori ye gambar restoran tak ambil sebab kurang rajin. pergi sendiri ambil ye. Restoran ini dibuka tujuh hari seminggu dari jam 11 pagi hingga 1 pagi.


Sekian, wassalam.

5 comments:

  1. restaurant ni kat mn kak?

    sy ade juga cr, tp x jumpa pula

    slm kenal. sy pun duduk kat ipoh :D

    ReplyDelete
  2. restoran ni berhampiran dengan hotel kinta riverfront. kalau dari kompleks islam, terus dan restoran ni betul2 tepi jalan sebelah kanan hotel.

    ReplyDelete
  3. Kak pernah makan di sini. Terserempak masa kak menginap di hotel kinga riverfront tu. Not bad. Tap ada satu lagi yang baru dikunjungi kat ipoh. Tak jauh dari rumah sewa baru kami duduk. Nanti kak cari gambarnya no..

    ReplyDelete
  4. selamat mencuba nasi arab di restoran al bayt al yamani di jalan labrooy, taman pari, ipoh perak

    ReplyDelete
  5. harga dye berapa utk seorang

    ReplyDelete