28 May 2011

Khalish & Ayah Kemalangan

Semalam tengah asyik log on face book, En Bapak fon bagitau dia dan Khalish kemalangan. Beliau minta saya bawa Ilhan ke lorong 3 taman perumahan kami dengan segera.Saya dengan tergesa-gesa angkat Ilhan dalam buai dan terus kunci rumah. Badan menggigil semacam, perasaan berdebar-debar usah cerita, fikiran pun dah blur je bila fikirkan keselamatan mereka berdua.

Dari jauh dah dengar suara Khalish menjerit-jerit. Allah...apa la nasib anak aku. Sampai je kat Khalish masa tu ada dua orang jiran tolong tenangkan dia. Mujur dia terus berhenti menangis bila nampak saya.

En Bapak yang nampak panik tengah kol insurans inform pasal kemalangan. Saya tengok teruk betul 'kecederaan' kereta tu. Kena langgar side sebelah driver (Khalish masa tu tak duduk dalam car sit lak tu) - masa kejadian tu mereka berdua baru balik dari padang permainan berhampiran kediaman kami.

Dengan kuasa Allah, mereka berdua selamat - suami ada luka sikit di siku manakala Khalish yang terjatuh ke bawah sit hanya sedikit calar.

Kereta my.vi yang melanggar tu, nampak lagi teruk kerosakkannya. Langgar depan, tang enjin la remuk. Kami dihantar balik orang jiran berbangsa Cina yang kasihan melihat saya bersama anak-anak. Saya balik dulu untuk minta pertolongan jiran sebelah rumah yang kebetulan bertugas di bahagian trafik.

Hingga malam, baru En Bapak pulang bersama jiran sebelah. Siap kol insurans dan buat repot bagai. Baru merancang nak sambut dua famili kami yang nak datang Isnin ni. Dah diduga pulak begini. Apapun, syukur mereka berdua selamat. Kereta bolehlah claim insurans, nyawa yang satu ni mana nak diclaimkan.

Bila tanya Khalish mana kereta ayah, dia buat isyarat seolah memegang stereng, dan berkata Allah...akut..hurm, dia ingat kejadian petang tu. Hingga malam saya test tanya lagi sebab nak tengok dia trauma ke tak, nampaknya Khalish ok. En Bapak je nampak sedikit terkejut.

Sekarang, kami terutama En Bapak ibarat 'patah kaki'. Kesian dia, nak pergi kerja susah, nak pergi pasar susah pendek kata semuanya bergantung harap pada kereta yang satu tu. Hurmm...betul kata orang, malang tu tak berbau.

Kalaulah...(hurm...sudah-sudah lah tu. Benda dah jadi). Bersyukur buah hati berdua tu selamat. Allah masih lagi melindungi keluarga kami. Moga kami diberi kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan ini. Allahuakbar!~

26 May 2011

Imam Muda Khalish (calon akan datang)

Agaknya beranak kecik macam ni eh?


Sapa-sapa yang beranak kecik mesti faham bagaimana perasaan saya.

Situasi 1:

Berpagi-pagian bangun, menyapu, mengemop dan mengemas.
Rasa lapang tengok rumah kemas dan berbau pencuci lantai.
Senyum sorang-sorang.

Kendian situasi berubah:
Bila bangun je si abang - dia turunkan kusyen sofa dan main lompat-lompat.
Pastu, dia angkut bakul mainan dan tuangkan semua khazanahnya ke lantai.
Dah belek-belek mainan, dia mula 'terbangkan' semuanya ke atas.

Situasi 2:
Semangat nak mulakan sesi pembelajaran dengan abang.

Buka You.Tube sama-sama belajar ABC, 123, Alif ba ta, colors dan lain-lain.
Pastu, ajar menulis lak.

Lepas 30 minit: Abang naik syeh tekan-tekan keybod dan siap tekan off.

Puas abang menulis di buku (dibaca menconteng) dia buat grafiti kat tangan dan kaki. Kadang-kadang kat lantai pun jadi mangsa.

Situasi 3:

Abang cakap nak ikut...(dibaca biskut). Ibu bagi biskut tiger yang Ayah beli. Memula elok je dia makan sambil layan Upin Ipin. Sekali check, separuh dia makan, separuh lagi dia main ramas dan tabur atas lantai dan toto.

Siap nyanyi-nyanyi lagi tuh.

Reaksi si adik yang baru nak masuk 7 bulan, ketawa terbahak-bahak melihat gelagat abangnya.

Sambil-sambil tu, adik tolong 'cantikkan' hasil kerja abang dengan mengumbah timbunan akhbar lama - dikonyok, cium dan dikoyaknya.

Reaksi ibu: Telan air liur, letak dua-dua tangan ke pipi, pastu letak tangan atas dahi, tepuk bahu sabarkan diri. Kepala dah start pusing tengok hasil kerja si anak.

Baru 2 orang. Belum bertiga...berempat.

Adoii....nak meraung eh, hari-hari macam ni....

24 May 2011

Aktif Sudah

Jumaat lepas suhu badan Ilhan sedikit panas dari biasa.

Seperti sebelum ini, bila jadi begitu saya cuma berinya susu banyak-banyak dan jeram badan dan kepalanya dengan air atau air asam jawa. Lepas sehari, still tak kembali pada normal. Kami kemudiannya membawa Ilhan ke klinik panel untuk pemeriksaan.

Suhunya mencecah 39 darjah dan terus diberi ubat cucuk montot. Aduhai...cian anak ibu, patutlah Ilhan baring saja tak golek-golek sana sini. Bila ibu jauh sikit mulalah merengek minta dipeluk dan nak berkopek.
Kami syak mungkin gigi Ilhan mula nak tumbuh sebab gusinya dah nampak kembang dan macam ada garis gigi nak keluar.

Kesian kan bila tengok anak-anak esp baby bila sakit. Nak cakap tak tahu, yang tahu cuma buat ekspresi muka, merengek dan menangis. So, sebagai ibu pandai-pandailah baca apa yang anak sendiri perlukan.

Hari ini, Ilhan semakin sihat dan kembali aktif mengoyak timbunan surat khabar lama. Syukur alhamdulillah, mood untuk berblog ibu juga kembali pulih. hehe....

18 May 2011

tidur lasak


Bila tidur, si adik adalah lebih lasak dari abang.

Sila percaya dengan membelek gambar beliau ketika berusia lima bulan di atas.

Kami (saya, Ilhan dan Khalish), biasanya tidur bawah atas toto bertiga. Semua mau tidur atas katil kalu konpem esok semua tertonggeng bertimpa-timpa sebab Ilhan suka tolak apa saja yang menghalangnya beralih tempat.

Budak kecik ni kalau tidur, nak space yang besar untuk dia meronda sepanjang malam. Sebagai contoh, elok-elok letak dia dalam zon tilam sendiri, sejam kemudian sure dia menceroboh tilam abang dia.

Silap-silap dia bertukar tempat. Bertukar sebab Khalish beralah dan bawa diri ke space yang kosong ataupun dia akan guling-guling naik atas badan abang dia.

Paling gelabah, kalau tengah syok tidur dengar dia nangis panggil mak...tapi dia tak de kat sebelah. Alih-alih tengok dia tersepit kat tepi almari tv, tak pun elok je meniarap kat atas lantai. hadui...

Kalau letak bantal peluk tepi tilam, pasti kena tendang jauh punya. Tak pun, kalau diri sendiri jadi penghadang macam bantal peluk, kena siap sedia kena tendang dengan Ilhan.

Tiap-tiap malam, kena standby bangun 3-4x sebab nak alihkan dia ke posisi asal dia tidur.

Haih...anak sapa la ni. Lasak bebenor tidurnya.

17 May 2011

Limpahan Keju di KRR

*entry tertunda*

Sempena besday Khalish baru-baru ni, kami belanja Khalish makan makanan kegemarannya. Walaupun dia tak cakap nak makan apa bila ditanya, namun bila hidangkan sosej, pasta, kentang dan keju, laju je dia makan.

Selepas sesi kudap-kudap kupkek kat Padang polo, kami terus je Jusco Kinta City untuk lunch.
Kami cerkira-kira antara nak makan piza dan kenny rogers namun akhirnya kami memilih untuk mencuba menu terbaru KRR iaitu Bangers & Mash.


Basicnya dua batang sosej ayam premium dan kentang putar. Lepas tu, macam biasa la boleh pilih nak sos apa - cheese, smoked bbq, original atau blackpepper. Beserta dua hidangan sampingan dan home-made muffin KRR. Saya pilih sos cheese, macaroni cheese dan fruit salad untuk Khalish.

Manakala En Bapak memilih Kenny's Chicken Meal. Kami pesan dua hidangan saja sebab portion makan kat sini sangat banyak, cukup untuk makan bertiga. Akhirnya, menu yang ditunggu-tunggu tiba. Limpahan keju mozarela atas pinggan memang mengasyikkan. Bergabung lak dengan kentang putar dan sosej n pasta bercheese lagi.

Perghh...rasa bagai dalam syurga keju. Masih terasa-rasa kat tekak ni. Cubalah...harganya cuma RM17++.


Nota jejari: Tak tahulah less fat...less salt...less calorie ke tak. Sana sini keju. hehehe....

12 May 2011

Khalish Sudah Dua Tahun

Hari ini genap Khalish dua tahun.

Aduhai...bagai diflash back kenangan sewaktu Khalish sembilan bulan dalam perut Ibu, masih terdengar-dengar suara rengekan pertamamu, sesi golek-golek, meniarap, merangkak hinggalah saat dirimu memulakan langkah pertama.

Memori itu seakan berlaku dalam sekelip mata. Macam semalam jer rasa berada di hospital dan melahirkannya. Alih-alih hari ni dah dua tahun. Malah, operate kat perut pun masih terasa sengalnya.

Ada kala, Khalish meragam tak tentu pasal, naik angin walaupun tiada taufan dan manja tak kena masa buat Ibu kurang sabar, namun anak tetap anak. Kasih Ibu tidak akan putus disebabkan itu. Khalish tetap anak yang Ibu sayang, anak yang Ibu hargai.

Ibu sedar setiap anak itu adalah anugerah dan amanah Allah. Ibu tahu anak soleh adalah harta paling berharga buat setiap mereka yang bergelar ibu dan ayah. Itu impian Ibu agar Khalish mendapat title anak soleh yang akan mendoakan kesejahteraan Ibu dan Ayah di alam kubur kelak.

Khalish, sepanjang hayat ini Ibu akan sentiasa mengenangkan senyuman manismu, kerlipan mata sepetmu yang 'gatal', ciuman memujuk di pipi Ibu bila Khalish nampak Ibu hilang sabar dan keletah lucumu yang membuatkan semua perasaan amarah bak disimbah dengan air sejuk.

Sesungguhnya anak Ibu, Muhammad Adib Khalish, Ibu titipkan doa semoga kamu bergelar anak yang soleh, berjiwa besar, bijak menentu masa depan yang cerah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Ketahuilah Ibu dan Ayah amat menyayangi Khalish dan Ilhan dan kami berusaha memberikan yang terbaik untuk kalian. Semoga sentiasa ceria, sihat dan cerdas sayang.

Wassalam.

09 May 2011

Sambutan Hari Ibu di Kuala Kangsar

Tahun ni sambutan Hari Ibu untuk saya di sambut pada jarak 25 km dari Ipoh. Destinasinya adalah di Kuala Kangsar.

Saya ucapkan terima kasih kepada En Bapak kerana menunaikan hasrat saya nak makan cendol. Pandai eh, sebelum ni kalau ada sambutan membabitkan diri saya (cth besday, hari wanita, hari ibu atau anibeseri) beliau kena masak. Tapi, saya tau taktik kurang rajin beliau itu. hehe...

Asalnya, saya asyik cakap teringatkan cendol. Ntah kenapa bila time-time panas berdentang ni asyik terbayang2kan cendol sejuk masuk ke anak tekak. slurppp...

Misi pertama kami sudah tentu ke Medan Cendol dan Laksa. Pilih saja gerai yang disukai, Kami ke gerai nombor 11 (Laksa Taufik). Cendol pulut menjadi pilihan saya manakala suami memilih cendol jagung. Selain itu laksa telur serta pasembur dipesan. Mana cukup laksa jer, dasar rambang perut betul. hehehe...(bukankah ibu yang menyusukan memerlukan makanan yang banyak untuk menghasilkan susu yang banyak?. Ia juga untuk memberikan bayi anda susu ibu berperisa cendol. kekeke ---alasan...)

Lepas makan-makan, diselang seli beri Ilhan makan bubur kisar ikan bilis, serta Khalish makan pasembur. Kami meneruskan destinasi berikut ke Muzium Diraja Perak aka Muzium kenangan.

Alahai...tutup kerana renovation. Amik gambar sikit-sikit kat luar pagar dan kami terus ke Masjid Ubudiah menunaikan solat Zohor.

Lepas tu, dengan panas berdentang kat Kuala Kangsar ni, kami terus ke Galeri Sultan Azlan Shah dengan harapan ekon di galeri itu dapat menyejukkan badan kami empat beranak.

Ini kali kedua saya melawat muzium ni, sangat suka melihat pelbagai koleksi peribadi Tuanku yang membuatkan saya berangan-angan wah...bestnya jadi keluarga diraja. hehe...

Gambar tidak dibenarkan ambil ye. Walaupun tiada orang yang memantau pergerakan anda, CCTV ada. Ilhan sangat berkelakuan baik hingga tertidur. Manakala Khalish berlagak macam galeri tu Atuknda dia yang punya.

Diketuk-ketuk cermin pameran, mana yang boleh ditarik hendak ditariknya, berlari ke sana ke sini dengan gumbiranya selain menjerit-jerit penuh kekaguman. Saya dan En Bapak cukup risau cermin pameran tu kot-kot pecah diketuknya. Haih...tak mampu nak bayar sayang oiii....

Selepas hampir sejam meronda dan bergambar di perkarangan galeri kami pun segera meneruskan perjalanan. Destinasi terakhir adalah Warung Kek Jaya.

Letaknya di belakang bas stesen Kuala Kangsar, berhampiran Maybank dan Kedai Roti Segar. Misinya mencari tart kelapa dan tart telur.

Harga kat kedai tu memang murah sangat. Tengok je pix tart tu, dengan tebal, penuh berinti dan sedap cuma RM1.80 sebiji. Tak pernah lagi jumpa tart kelapa. Tart telur pun sedap tak rasa hanyir telur macam sesetangah tart yang penah saya makan. Ada piza, pelbagai kek, roti dan kupkek. Semuanya membuatkan saya rasa alahai...murah sangat sampai rasa nak duduk Kuala.

Bayangkanlah kek Black Forest 1 1/2 kg cuma RM52. Murah sangat2 lah. Kek budak-budak yang penuh deco kartun pun cuma RM16 je. Aduhai...

Rasa macam karangan mengenai Kuala Kangsar lak. hehehe...
Oklah, nanti kita ceciter lagi ye. Teringat pulak filem Man Laksa buat kat K.K ni.
Jumpa lagi.

Wassalam.

08 May 2011

Selamat Hari Ibu to Mak & Mama

Pertama sekali, saya dah ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Bonda tersayang, Rohana yang berada di Melaka atas segala kasih sayang dan pengorbanan selama ini menjaga saya dan adik beradik.

Buat Mama, Robiah my MIL, terima kasih kerana menyayangi diri ini seperti anak sendiri dan segala tunjuk ajar yang diberikan amat dihargai.

Moga kalian sentiasa dirahmati Allah, diberikan sebaik-baik kesihatan dan dimurahkan rezeki. Rindu pada Mak & Mama kerana terasa lama tak balik kampung.

Kepada mereka yang bergelar Ibu, moga kita sama-sama menjadi Ibu yang baik untuk anak-anak dan anak yang baik untuk ibu sendiri. Sesungguhnya, hargailah mereka sementara mereka masih ada. Insyaallah.

Tahun ini adalah tahun kedua saya bergelar Ibu. Perasaan sukar digambarkan kerana dengan kehadiran dua hero yang semakin membesar membuatkan hidup saya lebih beerti dan huru-hara.

Baru tahu bagaimana perasaan Mak pada saya dan adik beradik, baru tahu penat jerih melayani kerenah anak-anak. Tangan dua + kaki dua pun belum cukup melayani ragam si kecil yang tidak diduga walaupun dah beranak dua. Eceh...tiba-tiba emo di sini ye.

Ada cerita untuk dikongsi lagi. Pix tak leh upload pula. Nanti kita ceciter lagi eh.

Wassalam.

05 May 2011

Mee Udang Lipan(@udang mentadak @ udang ronggeng)

*pix frm google

Serius cakap, udang dalam kamus makanan laut yang saya tahu adalah udang kara, udang galah, udang kertas, udang geragau dan udang kering.

Hinggalah kelmarin, En Bapak beritahu beliau ada membeli udang lipan yang dijual sepinggan RM2 di pasar. Mendengar namanya pun saya dah naik scary, bukan apa fikiran terus teringat pada makhluk L yang suka masuk bilik air rumah bila tiba waktu hujan.

Dan makhluk yang dimaksudkan itu adalah l.i.p.a.n. Bila tiba masa untuk membersihkan udang itu, mak aiihh...keras bebenor kulitnya dan bila ditelek betul-betul memang ada rupa si L tuh.

Saya kuatkan semangat gunting penyepit, muncung dan ekor kerasnya.

Tak pernah pun saya masak / makan udang ni, namun akhirnya kami membuat keputusan untuk menikmati Mee Udang Lipan sebagai menu hidangan tengah hari kami.

Menu saya ubah suai sendiri mengikut bahan yang sedia ada dalam peti ais.


MEE UDANG LIPAN (@udang mentadak @ udang ronggeng)
-----------------------------

1 bungkus mee kuning (basuh dan dicelur)
10 ekor udang lipan
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih * (ditumbuk)
1 inci halia (diketuk)
1 1/2 sudu besar cili kisar
1 batang kulit kayu manis

1 keping fish cake*
8 biji fish ball *
1 keping tauhu putih *(dihiris kecil dan digoreng)
Sawi putih (dihirs)
1/2 biji tomato (potong dadu)

Bahan perasa:
Sos tiram
sos tomato
Garam / gula (jika perlu)

Bahan sampingan:
Telur (direbus)
Taugeh (dicelur)
Limau kasturi
Bawang goreng

Cara memasak:

1- Udang dibersihkan. Asing kepala dan ekornya. Kemudian rebus dgn 4 cawan air untuk dijadikan stok udang.

2- Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing. Masukkan udang dan stok udang. Biarkan mendidih.

3- Masukkan fish cake, fish ball dan tauhu. Diikuti denngan sayur sawi dan tomato. Perasakan dengan sos secukup rasa. Biarkan kuah sedikit pekat dan angkat.

4- Untuk menghidang, satukan mee kuning, taugeh, telur, bawang putih dan limau kasturi. Kemudian, curahkan kuah ke atas mangkuk mee tadi. Siap!!!

review masakan : (haha...sendiri masak sendiri review)

Kemanisan stok udang ini lebih menonjol berbanding udang lain yang saya pernah buat. Tapi, kalau cari isinya ciput ya amat.

Udang ni sangat sesuai dijadikan hidangan berkuah. Suami kata lagi sedap dari mee udang kat Kuala Sepetang nun. hehe...mulut dia pun dah jadi manis macam kuah udang. Khalish siap sedut kuahnya dengan penuh kenikmatan walaupun sedikit pedas.

Ingatan tegas: sapa yang ada resdung tak boleh selalu makan udang ye, maunya gatal hidung lepas makan. Macam saya! huhuhu....

01 May 2011

Ingatan dari Libresse

Tengahari tadi, kelibat posmen memasukkan sampul kuning ke dalam peti surat membuatkan hati berdebar-debar. Dalam hati, takkanlah bil pasca bayar En Bapak yang warna temanya kuning tu? Tak silap, beberapa hari lepas dah sampai.

Bergegas bersama Khalish berlari-lari anak sambil menjerit padanya jangan pijak rumput. *sebabnya dua hari sebelum tu, dia terpijak sarang semut dan akibatnya habis kedua-dua belah kaki mempunyai kesan gigitan macam orang kena chicken pox*.

Tertera nama saya, eh! rupanya masih ada lagi yang ingat hari lahir saya pertengahan Mei ini. Ohh...rupanya dari Libresse. Wah...masih simpan lagi alamat saya ek, selepas awak hantar sample percuma semua produk tuala wanita penghujung tahun lepas. Bagus betul marketing company ni tanda hargai pengguna macam saya.

Kali terakhir dapat kad ucapan tahun lepas, tu pun dari Enfa Club dan Anmum Club. Teringat zaman-zaman bujang dulu, selalu dapat kad dari kawan-kawan n bekas pakwe. huhuhu....*melalut lak. Baca apa yang tertera di muka depan kad ini.


Saya laju-laju selak muka tengah kot-kotlah Libresse bagi kupon percuma kek besday ke.

------------------------------------------------------------------------------------





------------------------------------------------------------------------------------

Cis...rupa-rupanya 'kek' yang dimaksudkan adalah imej kek yang siap ada quote dan boleh dijadikan penanda buku.

Huh...orang ingatkan hari jadi awak pun dah kira bagus. Tak bersyukur langsung. hehehe

Sayang nak potong, tunggu 19hb ni lah. Apapun, terima kasih Libresse atas ingatan anda. Pssst...pad free ada lagi ke? *dushhh....*.