29 April 2012

Steamboat Paling Best di Cameron Highlands

Assalamualaikum.

Kalau ke Cameron Highlands (CH) tak sah kalau tak cuba steamboat. Maklumlah sayur segar dari ladang terus ke dapur memang ummph... Kebanyakan restoran steamboat bumiputra ada di Tanah Rata atau di Brinchang.

Tapi...paling banyak ada di restoran Cinalah...Jangan terkejut pula ada pekerjanya yang bertudung. Jangan tengok bertudung je ada yang confirm halal..Selidik betul-betul na...jadi darah daging tu...

Ada satu ketika kami makan di medan selera di Brinchang. Bersemangat memesan steamboat untuk makan malam. Sekali dapat setakat sayur bodo-bodo, fish ball, sosej, tauhu dan mee. Supnya memang total rasa kiub pati ayam malah sos pencicah juga kurang kick. 

Lepas menjamah makanan (dah order, telan jelah), sekali baru perasan tukang masaknya adalah warga bangla ke nepal tah. Saya dan En Bapak, pandang-pandang telan air liur jela.*gulpp..

Sekarang, kami dah tahu mana restoran halal yang menghidangkan steamboat yang sedap dengan hidangan yang sangat besar untuk makan berdua. Tempatnya adalah di .....

Restoran Ferns, Hotel Rosa Passadena, Brinchang.
Tak perlu risau dan gundah gulana sebab chefnya adalah orang Melayu dan merupakan satu-satunya dapur restoran di CH yang mendapat sijil halal Jakim. (tapi masa saya pergi haritu sijilnya dalam proses renew).
Portion untuk makan berdua adalah sangat banyak. Rasanya makan berempat pun bole. Tauhu kering dan wantan yang digoreng panas adalah yang terbaik.

Supnya penuh berperisa. Sos pencicah sangat best, cukup masam manis pedasnya. Sos kicap menjadi pelengkap rasa. Selain itu, mereka turut menghidangkannya dengan teh cina. En Bapak yang paling menikmati, makan tak pandang anak bini. kekeke

Time sejuk-sejuk gini, makan steamboat panas memang ummmph...



Harganya? Untuk hidangan dua orang hanya RM50. Memang sedap dan puas hati. Asal nampak sup kurang je, cepat-cepat waitress tambah. Asal nampak cawan teh surut je, dia tuang bagi penuh. (tapi kenapa dia tak tambah jus orange saya bila dah kurang???*pekk)

Ilhan adalah seorang kanak-kanak pemakan nasi. Maka kami order nasi goreng cina saiz s untuknya. Portionnya juga sangat banyak rasanya untuk bertiga. Penuh dengan sayur dan seafood. Harganya RM12.

Tapi saya tak puas hati sebab jus oren dan jus tembikai yang kami minta berharga RM12 segelas. Kenapa? Kenapa? Buat kata En Bapak, kan kita makan kat hotel, memang la harganya macam tu. Saya sedar kita makan kat mana, tapi kalau gelasnya besar dan tinggi mungkin saya tak banyak bunyi.

Sungguh pun begitu, kami akan kembali ke sini lagi untuk santapan steamboat yang enak dan servis mereka yang tiptop.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. 

Entry berikutnya : Mari Mengeteh dan Barang mesti beli di CH




7 comments:

  1. mesti best makan steamboat time malam yang sejuk. tak pernah try steamboat kat CH lagi
    sawanila.com

    ReplyDelete
  2. Memang terangkat steamboatnya kak. Cubalah bila ke sana nanti.

    ReplyDelete
  3. Memang sedap ke steambot kt hotel rosa tu? Jika utk 4 org berapa pula ye? Teringin makan steambot sedap, tp tgk harga RM50 utk 2 org mcm "makaihhh"...

    ReplyDelete
  4. Mr Naz, bagi saya, steamboatnya lebih sedap dr johnny. kalau utk berempat darabkan jelah. hehe...tp, kalau saya, order je utk berdua dan lain2 order la nasi ke air je ke. byk portionnya tu. blh share ramai2.

    ReplyDelete
  5. wow I should try nnt sbb nak pergi ch this week

    ReplyDelete
  6. Thanks bagitau..sy tgh nak merasa betapa sedapnya steamboat ni

    ReplyDelete