Percutian wajib tahunan keluarga kami adalah melawat ke Cameron Highlands. Seperti tahun-tahun sebelumnya, percutian ini 'sengaja' dipilih pada hari bekerja.
Tak sesak. Tak perlu rebut-rebut hotel dan parking. Lagipun, masa inilah buah-buahan dan sayur-sayuran dijual pada harga lebih murah berbanding cuti sekolah.
Selepas daftar masuk hotel, destinasi pertama adalah ke Taman Rama-Rama. Serius cakap, sebelum-sebelum ni taman terbabit tiada dalam senarai. Sebabnya, apehal datang CH semata-mata nak tengok rama-rama? hehehe
Dah la petang Selasa tu hujan lebat. Maka, tempat ni sepenuhnya berbumbung sangat sesuai untuk aktiviti indoor yang geli-geli. *sebab apa geli? sila baca selanjutnya.
Selepas membayar harga tiket (tiketnya non ado), turun-turun tangga je, akan terjumpa satu taman tertutup yang menempatkan pelbagai spesis rama-rama.
Difahamkan, di sini terdapat 20 spesis rama-rama dari hutan hujan khalististiwa di negara ini. Ada yang sangat jinak untuk dipegang. Namun, awas ketika ingin memegang sayapnya kerana dikhuatiri terkoyak atau patah. Hati-hati juga memijak simen sebab takut terpijak rama-rama yang sedang 'melepak'.
Kami bernasib baik kerana dapat melihat si beluncas yang baru keluar dari kepompong. Sila menjamu mata dengan keindahan, kecantikan sang rama-rama serta keluarga pelawat (kami le tu. )
|
Khalish hanya menjadi pemerhati kerana faktor kegelian terhadap rama-rama |
|
|
Berjaya merakam keletah Ilhan melihat rama-rama. Padahal dia pun sama geli dan takut |
|
|
Bajet ratu rama-rama. Tapi sebenarnya suruh En Bapak ambil dan letakkan balik rama-rama tu kat atas daun. |
|
Sila perhatikan apa yang ada di belakang mereka |
|
Spesis yang jarang ditemui |
Di sini bukan saja mempunyai habitat rama-rama yang terpelihara malah terdapat zoo mini yang mempamerkan haiwan dan serangga eksotik jarang dilihat. Melihat saja membuatkan saya geli-geleman malah meremang bulu roma. Yerks...
|
Katak puru |
|
Kumbang badak / tanduk |
|
Ular daun |
|
Ulat gonggok dan kala jengking |
Semua saiz besar-besar tau. Arnab eksotik yang bulunya seakan kucing parsi pun ada. Kalau tengok tarantula dalam kotak kaca tu, besar dan kakinya berbulu membuatkan saya teringat cerita hollywood di mana koloni labah-labah bermaharaja lela dan mengancam nyawa manusia. *harap-harap tak terlepas.
Paling saya tak sanggup dekat dan lihat adalah kotak yang menempatkan lipan. Tengok dari jauh dah geli semacam. Rasa nak pitam pun ada. Tak dapat bayangkan kalau tengok dekat-dekat. Saya kalau haiwan melata dan banyak kaki memang tak suka langsung. Tak suka. Langsung tidak.
Lawatan kami seterusnya adalah ke Big Red Strawberry Farm aka Taman Agro Tourism yang terletak di Brinchang. Laluan masuk adalah melalui Star Regency Hotel / Apartmen dan ikut sahaja arahan papan tanda.
|
Gigih tiga hero saya mendaki tangga menuju ke puncak cafe |
|
Sila buat macam cafe sendiri ye. Cheese cake hanya ada pada hujung minggu. Sekian. |
|
Jus butterhead yang eksotik. Sangat digemari En Bapak dan Ilhan. Saya dan Khalish lebih suka coklat panas strawberi. |
|
Ini dia butterhead yang bukan saya tanam. |
|
|
|
Selepas acara makan-makan aiskrim goreng dan waffle yang sedap di tekak, kami pun beransur pulang ke hotel untuk berehat seketika dan bersiap-siap untuk makan malam. Di mana steamboat CH yang paling sedap? Nantikan entry seterusnya.
Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.
No comments:
Post a Comment