Showing posts with label raya09. Show all posts
Showing posts with label raya09. Show all posts

17 October 2009

Post Tertunda : Kisah Khalish Berhari Raya (Part 4)

5 Syawal
---------
Kesempatan berada di Melaka dimanfaatkan dengan membawa Khalish berjalan raya ke rumah kawan baik ibu di Duyong dan Alai. Mulanya kami pergi ke rumah Kama. Kama @ Siti Kamaliah adalah kawan sekerja ibu ketika bekerja di sebuah penerbitan kerajaan negeri kira-kira empat tahun lalu.


Ibu (ketika nampak cun melecun) bersama Kamaliah

Kama banyak bantu ibu masa memula ibu masuk kerja. Beliau juga adalah pengapit ibu masa naik pelamin tahun lepas. Orangnya peramah, lemah-lembut dan ciri-ciri 'kesulungannya' terserlah. Khabarnya bakal naik pelamin bulan Disember nanti. Tak sabar nak tengok Kama naik pelamin.

Walaupun ibu busy berposing, khalish tak kisah...tido lagi best

Selepas itu, kami ke rumah kawan baik ibu, Wahidah @ mama yang pernah belajar bersama-sama ketika mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) beberapa tahun lalu. Ada kisahnya kenapa beliau dipanggil mama.

Masa kami tinggal di hostel dulu, Wahidah ni memang seorang yang prihatin terhadap kawan-kawan. Maklumlah anak sulung, bab makan, minum, kesihatan, kemas mengemas pulanglah pada dia. Mulut kalau membebel pun boleh tahan (hehehe...sori mama).

Makanya satu hari ibu yang kehabisan stok makanan ni mulalah merayap ke biliknya yang berada selang setingkat untuk menagih barang sesuap makanan. (Nak jalan gi cafe, kurang rajin lak).

Mama dengan baik hatinya siap menyediakan makanan untuk ibu (ala-ala makan kat kedai gitu). Dan time tu dia bising dapur tak berkemas. Ibu yang baru nak mengisi perut ni nak terserdak gak dengar dia membebel spontan berkata, "Wahidah ni rajin, baik hati, tapi suka membebel macam mak-mak. Aku panggil ko mama je lah,".

Praktis pegang baby - Mama, suaminya dan khalish

Mula-mula dia 'bengkek' gak ibu dan kawan-kawan panggil dia mama. Lama-lama dia tak kisah dan terima seadanya. Kui3...sabar je lah. Semoga mama dan suami akan dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. Amin...

06 October 2009

Post Tertunda :Kisah Khalish Berhari Raya (Part 3)

Pix hiasan : Antara aktiviti wajib dilakukan menjelang Aidilfitri

3 SYAWAL
-----------
Tepat jam 10.30 pagi kami memulakan perjalanan balik ke kampung ibu di Masjid Tanah, Melaka. Sesampai je kat halaman rumah, ayah dah ambil Khalish dan menciumnya berkali-kali. Rindu sangat katanya.

Tak sah kalau lepas tu tak disertakan aktiviti timang sambil mengira "1, 2, 3......sampai 10". Penyudahnya ibu nak gelak dengan ayat yang ayah ucapkan,"Adoi...cucu atuk dah besar, naik lenguh tangan menimang," hehehe.

Khalish memang suka ditimang, atuknya sejak dalam berpantang lagi dah memanjakannya dengan cara begitu. Tak lama lepas tu, nenek Khalish yang ketika itu berada di dapur keluar mencari Khalish sambil berkata, "Amboi...atuknya dah terkam Adib (panggilan atuk dan neneknya) dulu ye." Suka betul ibu tengok suasana camtu.

Menjadi kelaziman keluarga ibu, sejak 7 tahun lalu kami menganjurkan majlis rumah terbuka. Maklumlah ayah ibu keterer, haruslah menjadikan majlis ni acara tahunan kami. Oleh kerana ayah ramai kenalan dan rakan bisnes, majlis sebegini sesuai sangat nak menghimpunkan semuanya termasuk sedara mara. Seperti kata ayah, senang semua sekali datang. Tak perlu nak tunggu sorang demi seorang datang malah kita pun tak penat nak masak selalu.

Ibu suka majlis ini bukan kerana time ni ibu dapat 'membedal' berbagai jenis makanan (lebih 10 menu k) tanpa batasan > adus...sah-sah berat bertambah beberapa kg ni< waktu nilah kami sekeluarga dan sanak saudara membanting tulang membantu dalam menyediakan juadah bersama.

Khalish bersama seorang kenalan bisnes atuknya

Tetamu biasanya dijemput hadir jam 8 hingga 11 malam. Tapi biasanya, jam 10.30 orang dah lengang sekali dengan makanannya sekali. Malam itu, Khalish yang kepenatan didukung seorang demi seorang akhirnya berjaya melelapkan mata kira-kira jam 12 tengah malam.

05 October 2009

Kisah Khalish Berhari Raya (Part 2)

Kecomelan khalish dan ibu (ahaks...) terserlah

(Mood mengetuk papan kekunci akhirnya sudah kembali. Sementara khalish sedang beradu, makanya ibu dapat juga bersenang lenang - dah siap kemas rumah ok - depan note book > dihadiahkan cik abang bulan lepas <>

2 SYAWAL
------------
Destinasi raya kami sekeluarga seterusnya menuju ke Kampung Bandar, Banting. Ini adalah kampung sebelah keluarga ibu mertuaku@mama. Perjalanannya yang memakan masa hampir dua jam setengah menyebabkan khalish tertidur keletihan hampir sepanjang perjalanan.

Khalish ketika diperkenalkan kepada moyang saudaranya

Ini adalah tahun kedua ibu berhari raya di kampung ni. Tahun lepas, khalish pun sampai gak tapi dia masih sebesar anggur dalam peyot ibu. Sesampai di sana, kelihatan adik beradik mama sudah tiba di rumah Tok Su. Meriahnya dapat berkumpul ramai-ramai. Gamatnya ibarat rombongan cik kiah pun ada.

Khalish masih diperlakukan seperti selebriti fofular, kejap-kejap diambil gambarnya. Si kecik ibu ni memang pandai berposing, macam tahu-tahu orang nak ambil pix dia, kontrol muka hensem tak ingat. (hehe...padan muka ibu asyik suka ambil gambarnya sejak lahir).

Selesai menjamu selera rumah Tok Su, kami pun bergerak ke rumah Tok Andak (masih lagi dalam kampung yang sama) untuk berhari raya. Time ni khalish dah tak larat nak angkat mata. Letak je tilam bergerak, (ada ke istilah ni, sume tilam boleh digerakkan? belasah...) dia mula mencari tempat selesa untuk melelapkan mata.

Pix contoh : khalish cari mood nak lelap, tak de tilam pun layan...

Sejak pandai meniarap pada usia tiga bulan, khalish dengan sendirinya lebih gemar memilih stail tidur meniarap. Memula dulu, ibu khuatir dia tidak dapat bernafas dengan baik. Bila ibu telentangkan, sekejap je dia menterbalikkan kembali badannya.

Lagipun ibu pernah terbaca satu artikel mengatakan posisi ini mampu membawa kejadian kematian mengejut kepada bayi. (Ya Allah, jauhkanlah). Namun, alhamdulillah khalish nampaknya mampu mengawal sendiri kepala dan hidungnya daripada tersembam.

Ramai yang tegur stail khalish tidur, bukan saja nampak pelik malah mereka juga geli hati melihat keletah comelnya berpusing ke kiri dan ke kanan mencari keselesaan untuk me'landing' kepalanya. Risau juga tengok aksi ganas dia menghempaskan kepala ke atas tilam. Dah gitu ragamnya, ibu ikutkan saja asalkan tak mencederakan dirinya.

Khalish bila dah ngantuk, bisinglah macamana pun dia tak heran pun. Makanya, jalan-jalan berhari raya kami berakhir di situ. Walaupun yang lain bersepakat menziarahi pusara arwah moyang dan nenek cik abang ibu, namun mama menyuruh kami pulang dulu ke petaling jaya kerana tidak menggalakkan membawa khalish yang masih kecil ke tanah perkuburan.

(bersambung)

30 September 2009

Kisah Khalish Berhari Raya (Part 1)

Baju raya kami tahun ni bertemakan 1 Malaysia
SALAM AIDILFITRI 1430. Mintak sori le lambat nak wish ekoran kesibukan yang tidak dijangka ketika membuat persediaan balik raya baru-baru ni. Maklumlah, tahun ni kami (ibu dan cik abang) yang sebelum ni berduet sudah bertrio pula.

Tahun ni, ibu hanya sempat membuat muffin (perasa oren, blueberry dan coklat) sebagai buah tangan kepada kedua belah keluarga. Kuih raya kan banyak orang sponsor makanya dapat juga diagih-agihkan bersama muffin yang resepinya diperolehi dari dapur kak hanieliza.

Bercerita mengenai syoknya aidilfitri tahun ni, kemeriahan berhari raya kedua famili berganda 23 dengan kehadiran cucu sulung mereka. Siapa lagi kalau bukan si kecil kami, Khalish. Masing-masing tak sabar nak peluk cium dengannya setelah hampir sebulan tak bersua.

Tahun ni turn beraya di rumah keluarga mentuaku di Petaling Jaya. (ahaks...orang balik kg, kami pula balik bandar). Kami balik ke sana sehari sebelum raya. Sampai je kat rumah atuk dan nindanya kira-kira jam 4 petang, khalish dah start pusing kanan, kiri, atas (tengok kipas yang bergerak) seolah-olah dibelenggu kekeliruan di mana gerangan dia berada.

Alih-alih tak berapa lama lepas tukar mamy poko dia, khalish memulakan sesi latihan vokal (ala-ala penyanyi soprano) yang menyebabkan ibu, cik abang, mama dan ayah tak berkeruan. Semua dok memujuk. Menyusu pun tak nak.

Tangisannya reda seketika selepas ibu meletakkan minyak angin kat perutnya (ces...kembung rupanya). Pastu, ibu cuba menidurkannya (dekat 3 jam tak tidur lagi ni) dengan pelbagai posisi rutin bila dia nak tidur - kejap baringkannya, meniarap, masuk dalam buai -, lepas ibu, atuk, ninda khalish, ibu balik...bala bala bla tetap tak berjaya walaupun matanya dah lelap.

Kemudian, ibu minta izin naik ke tingkat atas bilik tidur kami untuk menidurkannya. Cubaan ibu
berhasil bila khalish akhirnya terlena di bawah ketiak ibu sambil ditepuk-tepuk manja belakangnya. hahaha...anak ibu la katakan. Sabar jelah...

1 SYAWAL
-----------

Gambar kenangan bersama keluarga sebelah cik abang
Khalish yang segak berbaju melayu berwarna ungu dibeli atuknya (seluar lipat 7x ye...) tidak ketinggalan meniti pengalaman baru memohon kemaafan di pagi raya dengan ayahnya, atuk dan nindanya. Siap dapat duit raya lagi atuk bagi.

Lepas menikmati juadah raya yang disediakan mama mentuaku (sori ye mama, dapat tulong sikit-sikit je) kami kemudiannya bergegas pulang ke kampung arwah atuk (bapa sebelah mama) di Pulau Indah, Klang. Ini adalah tahun pertama beraya tanpa atuk yang pulang ke rahmatullah kira-kira 11 bulan lalu.

Ketibaan khalish disambut meriah apabila nenek dan atuk khalish (adik beradik mama) yang belum berkesempatan bertemu dengan khalish, masing-masing hepi dengan kehadiran ahli baru keluarga kami. Mak anjang siap menyuakan gula sebagai acara alu-aluan (agaknya kot). hehe...

Akibat kepanasan, khalish hanya berlengeng ketika berada di kampung
Petang, aktiviti khalish di kampung selepas menyusu, tidur, main-main sekejap, sesi fotografi, minum susu, tidur balik....Aktiviti ibu dan ayah khalish, makan nasi himpit, rendang ayam, daging, siput beliung, kuih raya....tengok tv (tahun ni tak de serkes ke...ahaks), sesi fotografi, berborak-borak, bergosip, main dengan khalish. (ceh...jauh benor ibu merapu nih).
Inilah rupa siput beliung selepas dibuka cengkerangnya
Sebelum pulang, kami tiga beranak dan adik-adik ipar ibu (3 orang) sempat menziarahi rumah pak long (bapa saudara cik abang) yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah arwah atuk. Juadah best, rendang siput beliung lagi yer....
Malamnya, khalish tidur awal akibat keletihan berhari raya seharian di samping penat collect duit raya....

-bersambung-