26 June 2013

Ole-ole Medan Yang Dinanti-nantikan

1. Buah Salak  *budak kecik atas ni paling banyak makan. Khalish gigit sikit terus bagi si adik. Katanya tak  sukalah buah ni.
2. Kek Lapis rempah (no 2 dr atas). Bika Ambon Rika lagi enak bangat berbanding Hajjah Lia yang rasa macam terlebih serai.


Terima kasih Mak Ayah yang sudi mengirimkan buah tangan pada anakanda sekeluarga ketika melancong ke Medan tempoh hari. Banyak sangat memborong hinggakan terlebih 21 kg berat bagasinya. Tak pasal-pasal melayang beratus-ratus RM. huhuhu...

25 June 2013

Apa Eksport Tetap Indonesia ke Malaysia?

Setuju sangat dengan status seorang teman Fb :

Eksport utama tetap Indonesia setiap tahun adalah :

1. PATI
2. Jerebu

Dua-dua bertambah saban tahun tak pernah miss. Lebih menakjubkan tak perlu kos yang banyak untuk dibiaya kerajaan Indonesia sebab :

Pati - datang sendiri masuk laluan tikus, guna uang sendiri.

Jerebu - dikirim melalui angin sahaja. Tak perlu naik Garuda atau Merpati Air. Jimat, cepat sampai dan boleh melewati dua negara sekaligus - Malaysia dan Singapura.

Tahniah kerajaan Indonesia, mentang-mentang tak kena di Jakarta. Sedaplah korang ye. Cer kalau kena, baru tahu bagaimana rasa apa yang kami, rakyat Malaysia lalui. Apa guna ada kuasa tapi tidak mengambil tindakan sewajarnya. Apa guna ada kuasa kalau setakat menyalahkan orang lain. Dan apa guna ada kuasa kalau tak prihatin dengan negara jiran.

Tiap-tiap tahun tu jelah plot ceritanya. Berulang-ulang tanpa sebarang tindakan bijak. Sama juga macam sinetron diorang. Terima kasihlah Indonesia sebab berjaya menghuru-harakan hidup rakyat Malaysia dengan jerebu hinggakan banyak aktiviti harian terjejas. 
Kawasan perumahan saya di Meru Raya ni, makin teruk jerebunya sejak semalam. Kedai depan dah nampak macam diselubungi asap. En Bapak dan Khalish asyik batuk-batuk sejak seminggu lalu. Batuk Khalish bertambah teruk hingga terpaksa menjalani rutin nebulizer empat hari berturut-turut pagi dan malam. 

Syukurlah, Ilhan masih sihat walafiat. Tekak sendiri mula terasa gatal dan perit terutama di malam hari. Mata pun naik pedih. Justeru, bantuan dequadin sangatlah diperlukan. 

Guruh sedang berbunyi di atas langit. Hujan adalah turun dalam beberapa titik besar airnya. Rasa nak menangis pun ada. Ya Allah, turunkanlah hujan selebat-lebatnya di bumi Ipoh ni khususnya dan seluruh Malaysia umumnya bagi mengurang dan memulihkan jerebu yang tidak diundang ini. Amin... 

21 June 2013

Panduan Terbaik Mendidik Anak Kecil

Kredit to FB youngkhalifah

12 June 2013

Keputusan Pac Sesi Pertama PPPM S27 Dah Keluar

Jam 12 tengah malam baru check e-mail untuk hari Selasa.

Alhamdulillah, terus sujud syukur bila terima email dari SPA memberitahu saya LULUS pada keputusan Pac sesi pertama pada Mac lalu. Lega sangat-sangat berjaya ke peringkat seterusnya iaitu temuduga. 

Mana tak lega, terbayang-bayang masa nak duduki exam untuk Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPPM) tahun lepas, memang tak senang duduk selagi tak sampai hari peperiksaan. Lepas tu, risau lagi kena tunggu sebulan lebih keputusannya. Dah lulus, risau lagi nak ke Pac sesi pertama. Lepas tu risau lagi kena ngadap Pac sesi kedua. Risau lagi dan lagi jenuh tunggu result - ibarat kata, katakanlah..katakanlah lulus ke tidak ni. Dah lulus, syukur sangat-sangat. 

Teringat pula setiap kali nak exam, nak ke pac En Bapak diberi tugas penuh menjaga Khalish dan Ilhan seharian. Ke Alor Setar, ke Taiping, ke Kepala Batas kena berangkut. Mujur En Bapak sanggup berkorban masa, tenaga dan RM untuk memenuhi cita-cita isteri dia ni nak bekerja balik. Anak-anak juga tak banyak ragam. :)

Tapi...lepas ni risau datang balik sebab perlu bersedia dipanggil temuduga pulak. Mau ketaq lutut dan mulut sebab dah banyak tahun tak pergi temuduga. Rileks...tarik nafas panjang-panjang...lepas....

Saya sedar ramai persaingan yang hebat-hebat bakal dihadapi, saya perlu berusaha untuk membuktikan bahawa saya juga layak diberi peluang untuk turut serta berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara kelak. In sha Allah, doakan saya ye. 

notajari: sapa belum check silalah check kat website SPA ye.

xoxo

10 June 2013

Mr DIY

Sejak jatuh cinta dengan barangan keluaran Jepun di Daiso, pasti saya tidak ketinggalan untuk mengunjunginya kalau ke Aeon Seksyen 18, Ipoh. Kadang kala tak tahu pun nak cari apa, tapi suka cuci mata barangan yang kiut miut dan selalu juga cakap dengan diri sendiri eh macam ni pun ada. Kagumnya kalau jadi orang Jepun. hehe...jakuns tau.

Dulu, selalu juga jeling-jeling dengan kedai 100 Yen kat depan Ipoh Parade, sejak kahwin sampailah dah tukar kedainya ke Ipoh Garden haram En Bapak tak bawa. Alah, haram tak bawa jelah, bukan dosa pun. Sekarang, saya dah jumpa kedai baru idaman hati. Bukan setakat barangan setanding kat Daiso, harga pun lebih rendah tau.

Mana lagi kalau tak kat Mr DIY. Pada awalnya ingat kedai ni jual peralatan membaiki rumah ke kereta, pastu beli dan buat sendiri. Sekali masuk, ha...macam-macam ada, barang elektrik, kereta, rumah, perhiasan, mainan, aksesori, barangan dapur, eh macam-macamlah.

Barangan yang ada pun bukan setakat dalam negara, luar negara dari Jepun, Korea, China, Turkey dan banyak lagi. Boleh belek tengok made dari mana. Baru-baru ni kami beli berus gigi made in Turkey. Katanya black magic sebab berusnya warna hitam. Scary je mula-mula. Tapi, dah guna macam sedap je time menggosok, boleh lentur mana-mana sisi gigi yang sukar dicapai. (pergh ayat). Berus gigi kanak-kanak pun colourful dan boleh lekat lagi bila ditegakkan. Baru RM1.20 sebatang.
Lepas tu, saya suka beli mainan anak-anak kat sini. Lebih murah dan berkualiti. Yang jenis buku gabus lembut tu tak sampai RM5. Kalau kat luar dah RM10-RM12 harganya. 

Paling saya suka bila dapat berlama-lamaan kat tempat barangan dapur. Sampai boring En Bapak dibuatnya. Perasaan jakun sukar dinyahpergi bila tengok acuan bento (bekal) orang Jepun yang sangat kreatif. Tu..chopstick tu 10 set baru RM2.50. Acuan bento tu pun RM2.90. Kat Daiso pun ada macam ni tapi RM5lah. Kan ke Daiso tu setiap barangnya RM5. 

Orang kata, alah membeli menang memakai. Jadi, kalau terjumpa barangan yang sama tapi harga lebih murah apa salah kita membelinya. Walaupun buat kata En Bapak, entah bila membuatnya namun saya membuktikan bahawa ada gunanya benda ni bila tiba masanya. 

Tengok...tengok...berselera anak-anak makan bila nasi dibentuk sebegini tau. En Bapak nak pun saya boleh buatkan tau, bento - bawa bekal lunch ke ofis nanti. Sanggup?


06 June 2013

Mungkin Faktor Usia, Banyak Novel Cinta Tak Sesuai Jiwa

Baru-baru ni kami ke Pesta Buku Selangor di Shah Alam Convention Centre. Kami pergi bertiga bersama Ilhan manakala Khalish enggan ikut kerana mahu menemani mak mentua saya yang keseorangan di rumah memandangkan adik ipar bongsu, Mira telah mula belajar di Matrikulasi Banting.

Kami jarang meronda ke Shah Alam. Bila sampai ingatkan pesta buku berkenaan belum bermula maklumlah sebelum jam 10 kami dah terpacak di SACC Mall, cari punya cari, baru En Bapak perasan yang kami sepatutnya ke SACCnya saja bukan SACC Mall! Nasib baik bersebelahan je bangunannya.

Maka, misi mencari buku pun bermula. Disebabkan kami tidak dapat ke pesta buku antarabangsa baru-baru ini, harapannya dapat berjumpa dengan buku-buku menarik untuk bahan bacaan kami di waktu senggang.
Posing je lebih padahal beli buku masakan je
Booth pertama kami jumpa adalah Karangkraf. Macam biasa, ada banyak seksyen membabitkan majalah, buku masakan, novel, buku keagamaan dan banyak lagi. Agak lama saya di rak menempatkan hampir puluhan novel yang diterbitkan. Pesan mak mentua mesti didahulukan yang mahukan novel sedih-sedih katanya. Puas la saya belek sinopsis setiap novel yang ada.

Kecewanya saya bila kebanyakan jalan ceritanya adalah sama, kisah anak orang kaya bercinta dengan anak kurang ada-ada, kerenah nakal jiwa remaja dan kisah cinta tak berkesampaian dan bersegi-segi. Bosan! Saya syak mungkin faktor usia yang menyebabkan saya rasa seperti itu. Novel cintan-cintun tak sesuai dengan jiwa sekarang.

Saya lebih suka membaca novel-novel islamik yang mampu membuatkan minda saya berfikir bukan mempermainkan emosi semata-mata. Selain itu, buku bibliografi tokoh, keibupaaan, kemahiran, dan masakan juga menjadi minat saya. 
Punyalah lama kitorang teman En Bapak kat booth ITBM, bukan nak beli boleh dia baca free je
Novel yang mungkin ada kelainan dan menarik perhatian saya karya Ramli Awang Murshid. Saya memang peminat setia gaya penulisannya walaupun tak lengkap lagi sebahagian koleksi novel yang pernah diterbitkan.

Memang tiada langsung berkenan di hati walaupun hampir sejam saya berada di situ membelek novel satu-persatu. Tiada yang sesuai untuk dipilih untuk mama dengan novel yang bagi saya lebih bernilai komersial tanpa 'jiwa'. Adakah sebab Karangkraf telah menjual copyright novel kepada produksi menyebabkan penceritaan novel yang dihasilkan lebih kurang sama, entahlah...

Kalau ke pesta buku, seboleh-boleh kami cuba elakkan melalui booth yang menjual produk untuk perkembangan kanak-kanak - konon anak boleh membaca, mengira dengan cepat menggunakan produk mereka. Asal nampak kita lalu bawa anak, mulalah promoternya nak tarik kita ke booth mereka nak terang bagai. Saya tak suka bazirkan masa di situ sebab anak saya kenal abjad jawi, rumi dan 1-10  menjelang usia  1 tahun!
Hasil tangkapan : tengok tajuk yang bawah sekali tu, sangat berbaloi untuk dibeli sebagai panduan, nanti saya kongsi 
Booth yang paling menarik bagi saya adalah PTS. Banyak rupanya novel islamik yang mereka terbitkan selain mempunyai buku bukan bahasa Melayu yang telah diterjemahkan. Sayangnya hanya beberapa novel dan buku yang sempat disambar ekoran Ilhan mula merengek menarik baju mengajak kami balik.

Selepas beberapa ketika mencari buku En Bapak dan jingsaw puzzle interaktif untuk Khalish dan Ilhan, kami pun bertemu janji dengan sepupu saya Kak Fiza untuk bertemu di Plaza Alam Sentral. Kami makan di Garden Cafe. En Bapak kata tak sedap! Sekali tu je lah pergi.  

notajari: #akan mula mengumpul koleksi novel habiburahman el-shirazy, in sha Allah.

05 June 2013

Melampaulah Baru Bulan Rejab Ni...



Air Asia: Jangan Buat Hal Sama Ayah Saya !

Pix kredit to google
Tajuk macam gempak la sangat.

Ayah dan Mak saya semalam berlepas ke Medan untuk bercuti merangkap meluangkan masa bersama (tanpa anak dan cucu) sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-31. Mereka ke sana mengikuti keluarga rakan Ayah menaiki Air Asia yang telah ditempah tiketnya beberapa bulan lalu.

Percutian mereka adalah selama 5 hari 4 malam. Harap-harap tiada sebarang masalah membabitkan perjalanan menaiki pesawat hinggalah penginapan, keselamatan dan kesihatan. Moga kesemuanya selamat pergi dan pulang.

Hari ni mereka ke Brastagi. Ketika sms dengan Mak, saya lupa nak tanya samada penerbangan pergi mereka seperti dijadualkan atau lewat. Maklumlah, everyone can fly and also everyone can late together. hehe...memandai!

Pesan saya untuk Air Asia, janganlah kelewatan tu melampau sangat sampai berjam-jam lamanya. Ayah saya bekas tentera dan sangat punctual orangnya. Jangan biarkan telinga anda diselubungi irama hiphop dek kelewatan anda menghantar pergi dan pulang Ayah dan Mak saya.

Jangan ketatkan muka kalian lagi kalau dileter Ayah. hihihi...nasib koranglah. Kalau Pak Tony depan mata maunya dibrand washnya panjang lebar mengenai ketepatan masa ni.

#terngiang-ngiang Donald Duck eh Donald Trump klon sebut : U're fired bila tgk The Apprentice Malaysia. Walaupun kami dah boikot AirAsia baru-baru ni, tapi sebab bil astro tiap-tiap bulan kena bayar, kita layan je lah.

04 June 2013

Jangan Terkena Dengan Geng Penipu Lebuhraya!!!

Ini kisah benar.

Hidup-hidup adik saya kena tipu. Kisahnya, lepas hantar Ayah dan Mak berlepas ke Medan semalam, Abang, Achue dan anak buah kami, Firas balik ke Melaka.

Dalam perjalanan, entah mengapa kereta yang dibawa berasap dan perjalanan kira-kira 1 kilometer menuju tol Pedas terhenti. Situasi berkenaan menyebabkan satu-satunya adik lelaki yang kami panggil Abang, panik. 

Tidak lama kemudian, ada kereta berhenti dan dua India bertanyakan masalah dihadapi konon untuk menghulurkan bantuan. Dia periksa enjin dan kata ada kebocoran pada tangki minyak hitam. Katanya lagi dia boleh bantu hantar ke bengkel kawannya dengan harga yang berpatutan. Adik saya yang naif ni hanya bersetuju menerima bantuan tanpa berfikir panjang. Tak terlintas di fikirannya untuk telefon kakak-kakak atau saudara mara. Malahan juga tidak terjangka akan melalui situasi seperti itu.

Kereta tunda sampai dan kereta berkenaan ditunda ke Senawang. Senawang ok. Tak pe lagi, menurut kata Achue, untuk ke bengkel punyalah rasa jauh je (masuk lorong keluar lorong), padahal masa balik (bawa kereta bengkel) senang je jalan nak keluarnya (jalan terus je).

Saya dapat tahu cerita ni agak lewat iaitu malam tadi apabila menelefon ke rumah. Saya menyuruh Abang meminta pendapat Pak Long di Pengkalan Balak untuk membantu menyelesaikan perkara ini.

Syukurlah, akhirnya pagi ni Abang ditemani Luthfi (anak kedua Pak Long) yang juga seorang mekanik dan rakan sekerjanya ke bengkel. Bagai diduga, mereka yakin mengatakan bahawa adik saya sebenarnya dah kena tipu.

Tak lama lepas tu, si angah, Hakimah menghubungi saya memberitahu bengkel GH Auto Service tu mengenakan RM900 atas caj tunda ke sana. Gila tak munasabah. Tu pun, kalau tak diminta bayar RM2000. Lepas bertikam lidah macam rasa bergaduh dengan gangster, akhirnya kena-paksa bayar RM900. Kalau tak memang tak dapat bawa keluar kereta. Memang dasar penipu punya kel....ling.

Korang kalau google pasal company ni ada forum mengenainya. Modus operandinya sama je, kalau kereta rosak akan ada mamat keling ni pura-pura bantu, panggil trak tunda dan bawa ke bengkel. Lepas tu hamik la bil melambung. Ada insurans lagi la dia kaw-kaw kenakan. Kawasan penipuan dikatakan sekitar R&R Seremban, Nilai, Senawang dan Pedas. 

PENGAJARAN!!

Buat dak Abang ini pengajaran buat ko, jangan fikir tak nak menyusahkan adik beradik, last-last sendiri yang terkena. Dan jangan fikir kita boleh handle semua masalah tanpa bantuan orang lain. Tak rendah maruah seseorang dengan meminta bantuan pun. Untuk semua, jika melalui perkara seperti ini kelak:

1- Tenangkan diri.

2- Kalau kereta rosak, hubungi PLUS 1-800-88-0000. Minta bantuan dan mereka akan bawa kereta anda FOC taklah sampai depan rumah at least sampai R&R berhampiran atau ofis diorang. Supaya senang menanti mekanik yang kita percaya sampai tak pun kalau ada insurans kol je diorang.

2- Jangan sesekali percaya dengan orang yang kita baru kenal. 

Ni detail bengkel penipu tu. Memang sama alamatnya yang dengan laman forum berkenaan. Khabarnya mereka mempunyai rangkaian bengkel lain yang sama modus operandinya. Apa pun, berhati-hatilah semua.

G.H AUTO SERVICE
No. 1864 Jalan BSS 2/1,
Bandar Seremban Selatan,
71450 Sungai Gadut,
Seremban

TIPS tambahan apabila menghadapi kerosakan kenderaan di lebuhraya (kredit kpd maafcakap):

1. Berhenti di lorong kecemasan. Nyalakan lampu hazard.
2. Berdiri jauh dari kenderaan bagi mengelak kemalangan.
3. Hubungi 1-800-88-0000.4. Beritahu arah lebuhraya di mana kita berada. Misalnya lebuhraya dari Subang-Shah Alam.
5. Beritahu nombor yang tertulis di tiang berkotak hijau dan bertulisan putih yang terdapat berhampiran. Ini akan memudahkan PLUS Ronda dari tol yang paling hampir datang membantu.
6. Kalau masalah kecil, staf PLUS Ronda akan baiki di situ juga. Jika tidak, mereka akan angkut kenderaan kita ke R&R berhampiran.
Kesemuanya dilakukan PERCUMA! Oleh itu, jangan ikut nasihat lori angkut swasta! Nanti kena caj beratus-ratus ke ribu-riban!


Sekian.