05 June 2013

Air Asia: Jangan Buat Hal Sama Ayah Saya !

Pix kredit to google
Tajuk macam gempak la sangat.

Ayah dan Mak saya semalam berlepas ke Medan untuk bercuti merangkap meluangkan masa bersama (tanpa anak dan cucu) sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-31. Mereka ke sana mengikuti keluarga rakan Ayah menaiki Air Asia yang telah ditempah tiketnya beberapa bulan lalu.

Percutian mereka adalah selama 5 hari 4 malam. Harap-harap tiada sebarang masalah membabitkan perjalanan menaiki pesawat hinggalah penginapan, keselamatan dan kesihatan. Moga kesemuanya selamat pergi dan pulang.

Hari ni mereka ke Brastagi. Ketika sms dengan Mak, saya lupa nak tanya samada penerbangan pergi mereka seperti dijadualkan atau lewat. Maklumlah, everyone can fly and also everyone can late together. hehe...memandai!

Pesan saya untuk Air Asia, janganlah kelewatan tu melampau sangat sampai berjam-jam lamanya. Ayah saya bekas tentera dan sangat punctual orangnya. Jangan biarkan telinga anda diselubungi irama hiphop dek kelewatan anda menghantar pergi dan pulang Ayah dan Mak saya.

Jangan ketatkan muka kalian lagi kalau dileter Ayah. hihihi...nasib koranglah. Kalau Pak Tony depan mata maunya dibrand washnya panjang lebar mengenai ketepatan masa ni.

#terngiang-ngiang Donald Duck eh Donald Trump klon sebut : U're fired bila tgk The Apprentice Malaysia. Walaupun kami dah boikot AirAsia baru-baru ni, tapi sebab bil astro tiap-tiap bulan kena bayar, kita layan je lah.

2 comments:

  1. kelewatan ada byk sebab
    org marah sbb tak bagitau apa sebab
    emm sian mak ayah..mood nak cuti2 pun kelaut bila ada mslh.harap2 semua ok sepanjang mereka disana

    semalam pun baca blog adah ttg adik yg kena tipu dgn bengkel tu..mcm2 cara org skrg buat duit dgn menipu org

    ReplyDelete
  2. Kak Irfa: tak bagitau sebab xpe lagi asalkan minta maaf. setakat ni diorang hepi je kat sana.

    Dari dulu sampai sekarang, penipu merata-rata tapi susah nak kenal. Memang sakit jiwa la kalau terkena.

    ReplyDelete