23 October 2009

Mmmek...


Hari ni keaktifan Khalish lebih hangat dari biasa
---
Lepas mandi, ibu biarkan dia bermain dengan permainannya di atas tilam narita tempat dia melepak
---
Sementara dia leka bermain, ibu mula buat kerja rumah. Tak sampai 15 minit. Ibu dengar Khalish menjerit..."Mmmek....". (Alamak...anak aku)
---
Dari dapur, ibu berlari 4x100 cari Khalish...adoi...camna lak dia bole sampai bawah meja ni.
Ibu angkat, cium dan letakkan Khalish atas tilam balik. Dia senyum.
---
Ibu ke dapur semula untuk habiskan cuci pinggan. Tak lama lepas tu dengar dia membebel sorang2...bunyi dia main air liur dan seperti dia bercakap dengan seseorang.
Kenapa lak Khalish ni.
---
Dari tingkap dapur ibu menjengah cari Khalish. Tak de kat atas tilam. Ibu berlari masuk. La...bawah tangga rupenye...adus...(bila ibu snap pix, selamba je muka dia...)
---
Ibu angkat dia lagi dan bermain dengannya seketika. Lepas tu ibu pergi dapur lagi nak masukkan baju dalam mesin lak. Bila ibu datang balik pada Khalish, dia dah golek ke buaiannya.
---
Kaki tersepit kat besi buaian, tak leh nak gerak. Dia diam jer...(cari idea nak lepaskan diri kot.heheheh)
---
Ibu tegur dia. "tak leh gerak ye manje...". Khalish dengan suara sayu..."Mmmek...."
Hahaha...nak tido la tu. Ibu masukkan Khalish dalam buaian. Dia pun tido.
---
Sekian, stori mori hari ni.

etc: we ols nak lek PJ dan Melaka malam ni...atok2 dan nenek2 rindu dengan Khalish.

22 October 2009

Anak Ibu Semakin Membesar....

Cutenya Khalish pakai cloth diaper warna oren tu!!

Anak bujang ibu dah masuk 5 bulan pada 12.10.2009 lepas
--
Berat : 7.2 kg
Tinggi : 67cm
--
Membesar dengan sihat dan pintar dia sekarang ni dah pandai:

1- Bergolek dan berguling ke kiri dan kanan
2- Kenal dengan ibu dan ayah
3-Meniarap ala-ala perenang sukan SEA
4- Memegang mainan dgn sebelah tangan dan mencampakkannya ke atas
5- Suka membuat bubble dan bunyi-bunyian yg melucukan
6- Membebel dan menjerit
7- Sudah boleh memegang jari kaki dan berusaha membuka stoking kakinya
(ohh...nampaknya tak berjaya buka lagi)
8- Mengumam sesuatu ketika melihat org makan
9- Melompat ketika mendirikannya
10- Menghisap permainan termasuk tilam dan bantalnya
11- Meniru suara - terutama ketika menyuruhnya sendawa (erkh....)
12- Memanggil mek....(jika ibu hilang dari pandangan)
13- Mengejutkan ibu (yg tidur mati) dengan cara menepuk muka / badan ibu untuk menyusu pada waktu pagi (huhuhu...sapa suruh bangun awal sgt)
14- Suka duduk atas perut ayahnya yang mantop!
15- Mampu memegang buku touch & feel dengan baik, dan menutupnya bila dah boring
16- Suka dengar orang nyanyikan lagu ABC...Z
17- Suka ditimang
18- Ketawa mengekeh bila orang mengagah
19- Mampu memegang botol dengan sendiri
20- Membuka mulut bila menyuakan sesuatu makanan
21- Pandai bermain babachak...(tutup muka dengan bantal / kain dan mengangkatnya)
22- Suka tengok kartun (Upin & Ipin)

17 October 2009

Panggil Nama Saya, Doakan Saya...



Ibu suka tengok iklan Deepavali Petronas (klip di atas) yang mengisahkan Muniandy dan Muthusamy yang bangga sangat guna nama ala-ala mat saleh bila nak berkenalan dengan aweks. Mungkin terlalu mengagungkan budaya barat dan ingin nampak lebih urban (konon la), mereka malu nak gunakan nama sebenar masing-masing.

Mesej iklan berkenaan mungkin berkisar mengenai penghargaan terhadap diri dan bangsa sendiri. Walaupun ibu tak tau maksud Muniandy Chinnadorai atau Muthusamy Karupiah, ibu berpendapat seseorang perlu menghargai nama yang diberi oleh ibu bapa sendiri.

Lagipun, dalam Islam mengatakan nama adalah doa kepada individu yang memilikinya. Jika namanya baik, secara tak langsung kita mendoakan yang baik-baik pada pemiliknya. Namun, sesetengah dari kita bukan main pening cari nama anak yang mempunyai maksud yang hebat. Tetapi akhirnya memanggil dengan nama singkatan yang tiada maksud.

Rasulullah (s.a.w) menganjurkan supaya kita memilih nama yang baik untuk anak-anak. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : " Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu,".

Cik abang ibu awal-awal lagi dah pesan jangan panggil Khalish@ nama penuhnya Muhammad Adib Khalish (yang bermaksud : terpuji>sempena nama Nabi s.a.w, orang yang berpengetahuan, bersopan, sasterawan, suci, ikhlas, murni) dengan nama singkatan seperti Khal, Lish atau Deep kerana panggilan itu tiada maknanya.

Kami mahu Khalish sentiasa didoakan dengan doa yang baik, bukannya yang mempunyai 'doa kosong'.



Post Tertunda : Kisah Khalish Berhari Raya (Part 4)

5 Syawal
---------
Kesempatan berada di Melaka dimanfaatkan dengan membawa Khalish berjalan raya ke rumah kawan baik ibu di Duyong dan Alai. Mulanya kami pergi ke rumah Kama. Kama @ Siti Kamaliah adalah kawan sekerja ibu ketika bekerja di sebuah penerbitan kerajaan negeri kira-kira empat tahun lalu.


Ibu (ketika nampak cun melecun) bersama Kamaliah

Kama banyak bantu ibu masa memula ibu masuk kerja. Beliau juga adalah pengapit ibu masa naik pelamin tahun lepas. Orangnya peramah, lemah-lembut dan ciri-ciri 'kesulungannya' terserlah. Khabarnya bakal naik pelamin bulan Disember nanti. Tak sabar nak tengok Kama naik pelamin.

Walaupun ibu busy berposing, khalish tak kisah...tido lagi best

Selepas itu, kami ke rumah kawan baik ibu, Wahidah @ mama yang pernah belajar bersama-sama ketika mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) beberapa tahun lalu. Ada kisahnya kenapa beliau dipanggil mama.

Masa kami tinggal di hostel dulu, Wahidah ni memang seorang yang prihatin terhadap kawan-kawan. Maklumlah anak sulung, bab makan, minum, kesihatan, kemas mengemas pulanglah pada dia. Mulut kalau membebel pun boleh tahan (hehehe...sori mama).

Makanya satu hari ibu yang kehabisan stok makanan ni mulalah merayap ke biliknya yang berada selang setingkat untuk menagih barang sesuap makanan. (Nak jalan gi cafe, kurang rajin lak).

Mama dengan baik hatinya siap menyediakan makanan untuk ibu (ala-ala makan kat kedai gitu). Dan time tu dia bising dapur tak berkemas. Ibu yang baru nak mengisi perut ni nak terserdak gak dengar dia membebel spontan berkata, "Wahidah ni rajin, baik hati, tapi suka membebel macam mak-mak. Aku panggil ko mama je lah,".

Praktis pegang baby - Mama, suaminya dan khalish

Mula-mula dia 'bengkek' gak ibu dan kawan-kawan panggil dia mama. Lama-lama dia tak kisah dan terima seadanya. Kui3...sabar je lah. Semoga mama dan suami akan dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. Amin...

06 October 2009

Bakal Bersalin Kulit

Post Tertunda :Kisah Khalish Berhari Raya (Part 3)

Pix hiasan : Antara aktiviti wajib dilakukan menjelang Aidilfitri

3 SYAWAL
-----------
Tepat jam 10.30 pagi kami memulakan perjalanan balik ke kampung ibu di Masjid Tanah, Melaka. Sesampai je kat halaman rumah, ayah dah ambil Khalish dan menciumnya berkali-kali. Rindu sangat katanya.

Tak sah kalau lepas tu tak disertakan aktiviti timang sambil mengira "1, 2, 3......sampai 10". Penyudahnya ibu nak gelak dengan ayat yang ayah ucapkan,"Adoi...cucu atuk dah besar, naik lenguh tangan menimang," hehehe.

Khalish memang suka ditimang, atuknya sejak dalam berpantang lagi dah memanjakannya dengan cara begitu. Tak lama lepas tu, nenek Khalish yang ketika itu berada di dapur keluar mencari Khalish sambil berkata, "Amboi...atuknya dah terkam Adib (panggilan atuk dan neneknya) dulu ye." Suka betul ibu tengok suasana camtu.

Menjadi kelaziman keluarga ibu, sejak 7 tahun lalu kami menganjurkan majlis rumah terbuka. Maklumlah ayah ibu keterer, haruslah menjadikan majlis ni acara tahunan kami. Oleh kerana ayah ramai kenalan dan rakan bisnes, majlis sebegini sesuai sangat nak menghimpunkan semuanya termasuk sedara mara. Seperti kata ayah, senang semua sekali datang. Tak perlu nak tunggu sorang demi seorang datang malah kita pun tak penat nak masak selalu.

Ibu suka majlis ini bukan kerana time ni ibu dapat 'membedal' berbagai jenis makanan (lebih 10 menu k) tanpa batasan > adus...sah-sah berat bertambah beberapa kg ni< waktu nilah kami sekeluarga dan sanak saudara membanting tulang membantu dalam menyediakan juadah bersama.

Khalish bersama seorang kenalan bisnes atuknya

Tetamu biasanya dijemput hadir jam 8 hingga 11 malam. Tapi biasanya, jam 10.30 orang dah lengang sekali dengan makanannya sekali. Malam itu, Khalish yang kepenatan didukung seorang demi seorang akhirnya berjaya melelapkan mata kira-kira jam 12 tengah malam.

05 October 2009

Kisah Khalish Berhari Raya (Part 2)

Kecomelan khalish dan ibu (ahaks...) terserlah

(Mood mengetuk papan kekunci akhirnya sudah kembali. Sementara khalish sedang beradu, makanya ibu dapat juga bersenang lenang - dah siap kemas rumah ok - depan note book > dihadiahkan cik abang bulan lepas <>

2 SYAWAL
------------
Destinasi raya kami sekeluarga seterusnya menuju ke Kampung Bandar, Banting. Ini adalah kampung sebelah keluarga ibu mertuaku@mama. Perjalanannya yang memakan masa hampir dua jam setengah menyebabkan khalish tertidur keletihan hampir sepanjang perjalanan.

Khalish ketika diperkenalkan kepada moyang saudaranya

Ini adalah tahun kedua ibu berhari raya di kampung ni. Tahun lepas, khalish pun sampai gak tapi dia masih sebesar anggur dalam peyot ibu. Sesampai di sana, kelihatan adik beradik mama sudah tiba di rumah Tok Su. Meriahnya dapat berkumpul ramai-ramai. Gamatnya ibarat rombongan cik kiah pun ada.

Khalish masih diperlakukan seperti selebriti fofular, kejap-kejap diambil gambarnya. Si kecik ibu ni memang pandai berposing, macam tahu-tahu orang nak ambil pix dia, kontrol muka hensem tak ingat. (hehe...padan muka ibu asyik suka ambil gambarnya sejak lahir).

Selesai menjamu selera rumah Tok Su, kami pun bergerak ke rumah Tok Andak (masih lagi dalam kampung yang sama) untuk berhari raya. Time ni khalish dah tak larat nak angkat mata. Letak je tilam bergerak, (ada ke istilah ni, sume tilam boleh digerakkan? belasah...) dia mula mencari tempat selesa untuk melelapkan mata.

Pix contoh : khalish cari mood nak lelap, tak de tilam pun layan...

Sejak pandai meniarap pada usia tiga bulan, khalish dengan sendirinya lebih gemar memilih stail tidur meniarap. Memula dulu, ibu khuatir dia tidak dapat bernafas dengan baik. Bila ibu telentangkan, sekejap je dia menterbalikkan kembali badannya.

Lagipun ibu pernah terbaca satu artikel mengatakan posisi ini mampu membawa kejadian kematian mengejut kepada bayi. (Ya Allah, jauhkanlah). Namun, alhamdulillah khalish nampaknya mampu mengawal sendiri kepala dan hidungnya daripada tersembam.

Ramai yang tegur stail khalish tidur, bukan saja nampak pelik malah mereka juga geli hati melihat keletah comelnya berpusing ke kiri dan ke kanan mencari keselesaan untuk me'landing' kepalanya. Risau juga tengok aksi ganas dia menghempaskan kepala ke atas tilam. Dah gitu ragamnya, ibu ikutkan saja asalkan tak mencederakan dirinya.

Khalish bila dah ngantuk, bisinglah macamana pun dia tak heran pun. Makanya, jalan-jalan berhari raya kami berakhir di situ. Walaupun yang lain bersepakat menziarahi pusara arwah moyang dan nenek cik abang ibu, namun mama menyuruh kami pulang dulu ke petaling jaya kerana tidak menggalakkan membawa khalish yang masih kecil ke tanah perkuburan.

(bersambung)