11 December 2012

Tips Menghadiri Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan

Sabtu lepas saya telah menghadiri pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awan S27. Dukacitanya dimaklumkan saya terkandas pada bahagian ujian pancaindera sebab rabun silau yang melampau.

Walaupun sebelum ni En Bapak beberapa kali mengajak saya membuat cermin mata, saya menolak dan enggan menerima kenyataan bahawa diri ini rabun. Namun, selepas pemeriksaan berkomputer di focus point semalam, saya akur dan akhirnya mengaku diri ini rabun. Yeah, rabun silau je ok.

Rasa sedikit terkilan sebab saya memang minat untuk bekerjaya dalam unit beruniform satu, sebab tak yah fikir nak pakai baju apa bila nak pergi kerja, dua sebab nampak smart je dalam uniform. Tiga, gagal hanya disebabkan tak boleh nak baca huruf dengan baik. Hoi! Benci tau. Lainlah sebab gagal tak dapat panjat tali ke, tak habiskan larian 2.4km dalam masa 17 minit ke, tak larat angkat tangga 90 darjah ke. Rabun?? Memang tak dapat nak tolonglah.

Walaupun begitu,  rasa terkilan tu tidaklah seteruk terkilan tak lulus periksa penerangan kat Alor Setar tu sebab dah serap maklumat bagai nak rak sampai 3 pagi, pastu sanggup pulak buat ulangkaji balik soalan math masa sekolah menengah dulu (padahal time sekolah pun malas nak buat latihan), alih-alih time periksa tak leh jawab dengan baik juga. Perasaannya sungguh meruntu qolbu. Penah rasa? Penah? >Eh, melalut sangat jauh.

Baiklah, di sini dengan rendah diri saya ingin berkongsi tips untuk mereka yang pertama kali menghadiri ujian pemeriksaan fizikal SPA ini. Kebiasaannya pemeriksaan ini khusus bagi 24 jawatan beruniform yang dipohon calon. Pendek kata, hanya mereka yang cergas, sihat fizikal, dan berjiwa kental saja mampu melepasi pemeriksaan ini.

Diingatkan bahawa tips ini hadir daripada pemerhatian, pengamatan dan pengalaman sebenar saya. Baiklah, saya kongsikan tips JANGAN dulu ye:

JANGAN PERGI:

1) Kalau ketinggian dan berat korang tidak seimbang. Dalam erti kata BMI terlebih. 
Dalam surat panggilan ada menyebut SPA menetapkan ketinggian minima bermula daripada 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu, ataupun berat minima 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. 

Kalau dah periksa BMI dan pasti bahawa julat diperlukan tidak melebihi 19-26, korang boleh pergi dengan senang hati. Agak-agak kalau BMI tersasar jauh daripada julat berkenaan, saya syorkan rileks saja di rumah pada hari pemeriksaan berlangsung.

Cara macamana nak kira BMI, korang boleh google sendiri caranya ataupun lagi mudah buat macam saya cari je mesin BMI yang ada kat pusat membeli belah. Masuk je 40 sen automatik dia akan keluarkan sekeping kertas tercatat berat, ketinggian, BMI dan julat BMI lagi. Senang bukan?

Sebab apa kena periksa BMI siap-siap? Saya perhatikan kebanyakan calon berbadan besar (maafkan saya), terkandas pada sesi ujian fizikal dan diarah pulang selepas itu. Jangan marah penguji pulak kalau BMI korang terlebih ye. Salahkan diri sendiri. Tapi, kalau rasa "alahai blogger ni, memandai tak bagi pergi apahal. Biarlah, orang nak cari pengalaman". Oh, bukan tak bagi pergi cuma rasa kasihan pulak sebab nanti pengalaman anda setakat ukur ketinggian dan berat je pun. Kalau lepas oklah, kalau tak disuruh balik juga. Makanya, pengalaman korang setakat daftar, tunggu giliran diperiksa, ukur tinggi dan berat. Kendian balik. :) (Pastu lalu pulak depan keluarga dan kerabat calon lain yang datang sambil mendengar suara-suara halus cuba lagi ye dik. Dah macam budak AF terkeluar pun ada gak. Sebel ok).

2) Kalau yang dah kahwin dan disahkan mengandung tak kiralah berapa bulan sekali pun disyorkan tarik diri awal-awal. Sesi yang saya hadiri tempohari ada seorang calon yang mengandung 6 bulan. Molek je orangnya tak nampak pun macam mengandung. Pengawai penguji ada maklumkan, mereka tidak menghalang namun mengesyorkan calon berkenaan tarik diri sebab tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Tambahnya lagi, kalau berkeras juga, mereka minta calon buat satu surat dan tandatangan beserta suami calon sebagai saksi. 

Calon yang datang ini, pertama kali dipanggil SPA (time mengandung lak tu, teringat masa mengandungkan Khalish dulu dapat panggilan bomba, dah 8 bulan apahal nak pergi, kang tak memasal terberanak awal) so dia khuatir SPA senaraihitam nama dia. Jangan risau, ada rezeki nama anda akan dipanggil kelak. Macam saya, tahun ini alhamdulillah dah tiga kali SPA panggil. Tapi yang lepas satu jelah, tu pun PAC tahun depan. Syukur. 

3) Kalau rasa rabun macam saya silalah test power kot-kot ternampak pulak time nak diuji tu. Ujian penglihatan dilakukan berasingan kiri dan kanan. Tanpa cermin mata / kanta lekap (diorang check tu). Mula-mula diorang tunjuk huruf kat carta ujian penglihatan secara rawak. Lepas satu baris, baris berikutnya. Kurang-kurang pun markah yang diperlukan V/6/9.

Malang betul saya sebab masuk baris ketiga je saya main sebut je huruf yang ada sebab betul-betul imej yang terhasil seakan melarut dalam iris. Saya rasa penyumbang utamanya adalah lampu bilik berkenaan yang membuatkan mata saya silau. Dah la jarak berdiri 20 kaki, sah-sah huruf yang halus-halus tu takkan nampak. *sudahlah, banyak alasan pulak dia ni. dah rabun tu terimalah hakikat walaupun sukar ditelan. ceh...

Kalau yang rasa rabun warna tu, jangan ingat selamat. Ujian rabun warna dan pendengaran pun ada lepas tu, kalau tak lepas, silalah balik juga. 

4) Ada penyakit kronik atau kecacatan. Ada calon yang dari mata kasar nampak semua ujian boleh lepas. Tapi, tidak sebenarnya. Ini ditentukan semasa pemeriksaan fizikal (sesi ini dikendalikan berasingan jantina) di mana calon perlu membuka baju untuk memastikan bahu, tangan atau kaki tiada bengkok. Sebab apa, saya rasa ini penting untuk memastikan calon yang terpilih nampak segak ketika berkawat dan bertugas.  

Oleh itu, katakanlah sebelum ini calon ada kemalangan - patah di mana-mana anggota, penting untuk memasukkan besi untuk membetulkan semula allignment supaya tidak kekal bengkok. Orang kata simen je boleh elok. Memang tulang akan cepat tumbuh tapi belum tentu akan kembali ke bentuk asal. Ada faham?

Baiklah, info JANGAN hanya setakat itu yang dapat saya senarai dan kongsikan. Kalau ada lagi akan saya update kelak.

SILA BUAT:

1) Mulakan ujian kecergasan diri. Kebiasaannya, surat panggilan akan diberikan tiga minggu sebelum tarikh pemeriksaan dilakukan. Tempoh ini bagi saya cukup untuk untuk calon membuat persediaan kecergasan.

Bagi saya yang dah empat tahun tak melakukan rutin senaman tetap, memulakan dengan langkah membeli pakaian sukan selengkapnya. Walaupun tak tahu lepas ke tak, haruslah dijadikan elemen ini sebagai pembakar semangat. hehehe...Baju, seluar, kasut sukan, stoking adalah asas pemakaian diperlukan. Bagi wanita pula, silalah menyenaraikan bra sukan sebagai sokongan terpenting. Korang mesti nak berjogging tanpa sebarang bebanan bukan? Saya syorkan cari bra sukan jenama Audrey di Aeon. Tips membeli bra sukan akan saya kongsikan entry berikutnya.

2) Jadikan sebagai rutin harian dan tambah mengikut kemampuan. Pada mulanya saya memulakan jogging di kawasan padang bola di taman dengan 1x pusingan dengan berjalan dan 1x pusingan dengan berlari. Korang goggle lah sendiri cara-cara memulakan senaman / berjongging dengan betul. Beberapa hari minggu pertama kaki terutamanya peha dan betis akan terasa berat dan sengal. Saya suka memandai mengatakan ianya proses pecah lemak. Nak-nak bila bangun tidur, perghh...memang banyak lemak rasanya. 

Bertabahlah sebab minggu berikutnya, masalah itu tidak akan berlaku dan mampu membuatkan anda lari 3 pusingan dengan jayanya. kalau ada masa sebelah petang, cuba buat senaman aerobik 30 minit. Cari je dalam you tube melambak. Cari yang simple dan bersesuaian.

3) Kalau rasa sengal-sengal juga dalam tempoh persediaan, silalah dapatkan bantuan tukang urut ataupun mesin urut RM10=30 minit. Memang membantu mengurangkan kesengalan dan stress akibat bersenam.

4) Kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Eceh...dah macam program penurunan berat badan lak rasanya. Jangan pulak hari pemeriksaan korang bedal nasi lemak sebungkus. Cukup sekadar roti dan air.

5) Siap berpakaian sukan pada hari pemeriksaan. Tak payah nanti terhegeh-hegeh baru nak tukar pakaian lepas berdaftaran. Buang masa hokey. 

Itu saja sedikit perkongsian daripada saya. Harapnya korang dapat gambaran untuk menghadiri pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan kelak. Rajin-rajinlah buka website SPA. Banyak info yang boleh diperolehi. Selamat maju jaya dan mendapat kerja. 

Sekian,
Ikhlas daripada saya yang akan menyenarai keluar semua permohonan jawatan yang melibatkan ujian penglihatan.Tapi, akan berusaha mengumpul dana untuk buat LASIK dengan Prof  Dr Muhaya. 
In Sha Allah. 

notajari: Walaupun terkandas, sekurang-kurangnya berat saya turun 900gm dalam tempoh 2 minggu. So, lepas ni kena teruskan berjogging untuk kecergasan diri. :)


UPDATED: 24/9/2013

#SPA kini telah menyediakan video pemeriksaan fizikal dan pancaindera menerusi laman webnya di bahagian panduan. Sila cari untuk tambahkan pengetahuan anda ok#. 


48 comments:

  1. tak pasti pula saya. tapi rabun warna pun diorang test juga. manalah tau blh mohon budi bicara penguji.

    ReplyDelete
  2. ada kwan sya dpt twran polis...tpi dia pakai gigi palsu..lepas jugak ker?

    ReplyDelete
  3. miss pyjae: rasanya boleh lepas kot sebab takde pulak dalam syarat asasnya tak boleh bergigi palsu. Cuma masalah kerabunan plg penting.

    Ada jiran saya punya kawan, 3 kali gi ujian fizikal tak lepas sebab rabun. demi minat, dia gi buat LASIK n now dah jadi pegawai dh pun.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada parut di kaki lepas x

    ReplyDelete
  5. Kalu pakai kanta lekap dorng boleh cek x? Pastu kalu saye amek keputusan xpegi sebb da tau saye rabun pasni nme sye akan di blklist ke dari dapt tawaran lagi?

    ReplyDelete
  6. Diorang bole cek ke kalu pakai kanta lekap?

    ReplyDelete
  7. Nurul Jannah: parut kalau menjejaskan pergerakan rasanya tak menjadi masalah. Nanti ada pegawai perempuan yang akan periksa fizikal. Diorang akan inform samada boleh ke peringkat seterusnya atau boleh balik. huhuhu...

    ReplyDelete
  8. emieyamala: diorang memang akan periksa mata samada pakai kanta lekap atau tidak. Kalau pakai spek kena buka.

    Jangan risau, SPA takkan blacklist nama kita kalau tak pergi. Dalam surat panggilan ada nyatakan.

    ReplyDelete
  9. kalau ada besi kat peha lepas ke x ek ? performance da macam org normal.

    ReplyDelete
  10. Razie Man: saya tak sure lah bab tu. pergilah ujian tu dulu. kalau lepas semua ujian fizikal - panjat tali ke, angkat berat dll kira lepaslah kot. Apapun, pergi je dulu. Tak rugi mencuba. :}

    ReplyDelete
  11. salam...saya dapat tawaran polis tapi
    saya pun rabun jgk..rase mcm x dapat jek..bile bc tulisan ibu khalish ni..huhu.

    ReplyDelete
  12. ibnu mansur: tinggi ke tahap kerabunan tu? kalau sikit je rabun, cubalah dulu. manala tau kot2 haritu tetiba boleh baca abjad2 kat carta ujian penglihatan tu. mmg random tapi kalau lepas huruf2 lima enam baris dlm carta tu, sapa tau kan?

    ReplyDelete
  13. tinggi jugak..dalam 300 lebih power..
    brape jarak ujian mata tu?..
    abjad2 tu besau2 ke kecik molek..:)

    ReplyDelete
  14. tak silap saya jaraknya dalam 20 kaki. carta sama macam kat kedai cermin mata.

    ReplyDelete
  15. Salam .. Pagi nanti saya bakal hadiri ujian fizikal jawatan pegawai penguatkuasa N41 JPJ, tinggi 155cm berat 45kg,

    ReplyDelete
  16. klau bmi 17.1 cam ne????
    heheheheheheeeee....

    ReplyDelete
  17. Mohd Muhaimin: Cer tengok dalam surat panggilan dah nyatakan berapa BMI yang diorang nyatakan. Cer kira sendiri ye. hehehehe...

    ReplyDelete
  18. great sharing :)

    ada apply inspektor..tp rabun...cuba nasib kata pesara pegawai polis kpd saya tempoh hari..

    ReplyDelete
  19. Wan Bazilah: rabun memang masalah besar kalau nak lepas ujian fizikal. Ada fulus lebih jom kita buat lasik dgn Prof Muhaya. :)

    ReplyDelete
  20. very good blog...
    saya akan pergi untuk pemeriksaan minggu ini 26 / april (pegawai pertahanan awam KP41)
    same problem - rabun mata dan rabun warna.

    lain semua ok... harap harap mereka terima..

    missing monk

    ReplyDelete
  21. pengalaman penah xpergi intervw.spa kata nama xblcklist tp lps tu 3tahun x panggil2.terbaru sy dipanggil utk ujian kecergasan saat mgandung 5bulan.skrg dlm dilema haruskah sy pergi utk tunjukkan diri sebagai tanda kesungguhan sy atau awal2 xhadir terus,nanti dianggap xberminat plk..apa pandangan org yg berpengalaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon: Saya dah cerita mengenai kisah orang yang mengandung dalam entry di atas.

      Kehadiran adalah satu daripada kesungguhan. Tapi yang paling penting samada kita menepati kriteria melalui ujian kecergasan yang dijalankan dan berjaya melakukan kesemuanya dengan baik.

      Kalau telah mengandung, nasihat saya usah membazir masa untuk pergi,..lain la kalau nak naik jawatan...duduk rumah layan cerita korea sambil makan salad lagi best...hehe

      Tapi kalau nak pergi juga, apa salahnya...Anak adalah pembawa rezeki. Siapa tahu anda akan dapat rezeki yang lebih baik lepas bersalin nanti...In Sha Allah

      Delete
  22. LASIK 2 aper? Sy ni rbun jauh..penah pegi ujian fzikal jgk dlu..skrg pn alhamdulillah,dpt lg peluang.tp mcm tau ja xkn lepas sbb rabun.tinggi jgk power sya..300..tp tulah mcm awak jgk minat dlm kerjaya beruniform ni mmg sgt2 tinggi..nmpk smart je bla pkai uniform..heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LASIK ni ibarat pembedahan mata tanpa pisau. Setahu saya pembedahan guna laser dan khusus bagi mereka yang mempunyai masalah rabun jauh, dekat n silau. Pendek kata lepas buat LAsik dah tak perlu pakai cermin mata atau kanta lekap dah...Hafiz Hamidun dan Ustaz Zahazan pun buat Lasik tahu. Boleh cari fb Prof Muhaya untuk keterangan lanjut...Harap membantu Izyani...

      Delete
  23. Dear, TQ for sharing this info.
    Just nak share sy pegi UKJK untuk gred KP27 KPDNKK.
    BMI sy 18.5 pun diorang x bg lepas. Gara2 berat terkurang dari 46kg kpd 45kg.
    dah merayu pun mmg x layan.
    Ni bulan Nov 2014 imigresen pulak bukak post tuk KP27. Tunggu surat panggilan UKJK dari SPA. Bimbang sekali lagi terkandas tang berat, ada cadangan nak naikkan berat bdn selain makan pisang dan kentang lenyek? hehe. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurizzah Majif: syarat minima memang diorang strict sikit. metabolisme awak tinggi yer. bagusnya. btw, kalau saya nak tambah berat badan senang je makan selepas jam 11pm. apapun, tubuh lain-lain kan...gud luck. jangan mudah berputus asa....

      Delete
    2. Salam..nak tanye,kalau berat dan tinggi tak capai syarat minima,memang dorang tolak terus ke?BMI saya 19.5..huhu..berat mmg susah naik dan tinggi pon lbh kurang 1.48 je..

      Delete
  24. haii sis .. klw parut tw mcm mn ye ? msa ujian tw . kte dgn pgawai polis je ke ? atw ad lg kwn2 kta yg lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii norfatini romzi: masa saya pergi tempoh hari, ada tiga calon mengikut senarai nama yang akan masuk sekali. seorg akan ke bhgian penglihatan jarak, berat dan rabun warna. seandainya lepas barulah akan ke pemeriksaan anggota bersama peg wanita. :) saya pergi tahun lepas utk pertahanan awam bkn polis. hehe...

      Delete
  25. minggu dpn dpt ujian ni juga untuk penolong penguasa imigresen kp27... skrg ni mengandung 4 bulan, rasa nak tak nak pie, tapi ramai yg syorkan pie... sbb tengok dlm email pun kalau calon mengandung boleh datang tapi kena bawa buku klinik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pn dlm dilemma neh.... Bru dpt offer ujian kecergasan kpdnkk January ni... Tp tgh preggy 6 bln... Huhuhuhu dahla tggu bertahun bru dpt... uish... Dlm Emel tu xde plak gtau preggy leh dtg.. Huhuhuhu mcm mn? Knp ke tidak adilan ini berlaku..?? Nak p ke tidak??? Tolongggg...

      So vinia85, awk Pegu ke ujian tu? Leaps tak? Atau kna reject awal2..?

      Delete
  26. Kalu tinggi x cukup cmna ye.Takut jugak. Tggi sy 150cm je

    ReplyDelete
  27. saya dpt panggilan tp sy tak pergi. adakah akan di senarai hitam oleh spa?

    ReplyDelete
  28. salam..
    tumpang tnya...kalu untuk jawatan penolong pegawai belia dan sukan s27, ada ujian fizikal x? tp dlm surat tulis ujian saringan.. ujian saringan tu mcm mane ye?

    ReplyDelete
  29. Salam.nk tnye..7 aibulan kene g panggilan akhir tentera..klu kaki xlurus dari kcik cmne ye

    ReplyDelete
  30. saya nak tanya..saya ada kesan putih di muka..tpi bkn sopak ar..boleh ke dye terima

    ReplyDelete
  31. saya nak tanya..saya ada kesan putih di muka..tpi bkn sopak ar..boleh ke dye terima

    ReplyDelete
  32. salam...nk tanye rawatan lastik brpe kos nye???

    ReplyDelete
  33. Kalau rabun jauh boleh lepas tak??
    Kalau bawa kereta/motosikal siang hari tanpagune spec okey pun. Kalau malam boleh dikatakan susah..

    ReplyDelete
  34. Bru dpt pggilan 4hb nnt...dah sah2 kna btalkan niat d hati walaupon minat yg mndalam...pregnant 1bln lebih...sedihnyaaa

    ReplyDelete
  35. klu berat ok, tgi ok. bmi 17. xcukup. sah2 xlepas ke?

    ReplyDelete
  36. Mcm mna klau tahun 2013 tdk hadir ujian fizikal adakah nama blaclist dari pdrm?

    ReplyDelete
  37. Salam..ujian bmi tu perlu tak? kalau ingin nasihat doktor pakar bagi menaikan berat badan.

    ReplyDelete
  38. Klau gigi ad yg hitam ,mcam mana

    ReplyDelete
  39. assalammualaikum tumpang tanye.. tulang bahu area blkng ..antara tulang belakng dgn bahu dia ada cek x sbb sye punye tulang bahu blah knan skit timbul tpi x de masalah..pon ade wasap x? risau hehe.. x tau nk tanye sape..

    ReplyDelete
  40. Saya ada pakai cermin mata , bolehkah saya masuk polis ?

    ReplyDelete