30 April 2012

Stok Teh Untuk Setahun & Barang Mesti Beli di Kea Farm

Masih lagi berada dalam mood Cameron Highlands. Sila guna minyak kapak kalau rasa banyak nau (*slang orang Melaka) entry CH. Padahal hek eleh, CH je pun bukan kat obersis. Hahaha...ada saya kisah.

Ok, berbalik ke cerita sebenarnya. Hari kedua kami di CH, lepas checkout hotel, kami terus ke Habu Ringlet untuk bersarapan. Seronok bercerita suami isteri, En Bapak terlajak hingga ke sempadan Tapah. Aduhai, kena la patah balik jumpa pekan Ringlet, terus lagi sampai jumpa stesen TNB Ringlet.

Kami pernah menjejakkan kaki ke Boh Habu Ringlet sebelum ini tapi masih terlepas juga. Saya rasa sebab ada projek baru depan TNB jadi tak perasan papan tanda masuk ke Boh. Jalan masuk ke ladang teh pertama syarikat ni, kira-kira 6 kilometer saja. Tapi biasalah, bila jalan mendaki lereng bukit ni rasa macam berbelas-belas kilometer.
Tahun lepas kami ke Boh Sg Palas, memang cantik. Tapi memandangkan kereta kena parking bawah bukit dan kena jalan dan daki bukit kira-kira 1 kilometer, saya menyerah kalah dan ajak En Bapak ke Boh Habu Ringlet. (*tak sanggup eh, nak pikul 11kg - si kecik Ilhan).

Masa kami sampai, memang tak ramai orang. Hanya ada sepasang foreigner kat situ. Kami bersarapan sambil menikmati kehijauan ladang teh, kesejukan sepoi-sepoi angin (*jam 10.30am dah tak sejuk sangat), hurungan lalat di meja dan keriuhan anak-anak berebut scones dan kek.

Gambar wajib En Bapak kalau ke CH. Mesti ada teh, scones dan kek. Best kan B. 


Lepas sarapan, kami dan sekumpulan foreigner yang baru datang bersama-sama menyertai sesi lawatan kilang. Apa yang dapat saya simpulkan, sesi lawatan di kilang ini tersangatlah sekejap dan tak banyak boleh dilihat berbanding di kilang Sg Palas.

Teh diasingkan dan digred mengikut saiz



Banyak betul pengredan teh ni rupanya. Teh yang mempunyai gred paling rendah adalah teh uncang. Alah, yang selalu kita minum tu. Biasanya dust atau serbuk halus teh dicampurkan dgn fannings (serpihan daun teh yang kasar sedikit daripada dust). Ia digunakan dalam teh uncang kerana ia lebih cepat meresap ke dalam air.

Paling halus sekali, serbuk teh yang ada kat kedai mamak. So, lain kali kalau rasa nak feel minum teh yang beraroma, boleh cuba teh yang serpihan daunnya kasar sedikit. Selain itu, dikilang ini hanya memproses dan mengasingkan daun sahaja. Kemudian, mereka akan menghantarnya ke kilang Boh di KL untuk proses memperisakan teh. Cth: Vanilla TeaCino, Caramel Tea, Peach dan bermacam lagi. 

Hanya dikilang Boh ada menjual teh gred yang paling berkualiti (untuk pasaran eksport dan tiada dijual di pasaraya). Tapi, saya lupa nak snap gambar. Tehnya dibungkus dalam tin dan harganya berbelas ringgit. Tak silap saya Boh Garden Tea. Cuba tengok website dia, dijual dalam USD tau.

Lepas sesi memborong teh, buku mewarna kanak-kanak dan buku mengenai sejarah CH yang ditulis oleh pelancong dari Belanda, kami kemudiannya ke Taman Lebah Highlands Apiary yang letaknya berhampiran laluan masuk utama ke Boh. Masuk adalah percuma dan lawaknya nyonya tu hanya tunjuk satu je sarang lebah dalam kaca. Cakap serba sedikit pasal ratu lebah dan habis.

Kami pun terpinga-pinga sebab eh satu tu je dipamerkan? Ingat ada lagi macam kat Bee's Farm. Tapi, dah namanya percuma, redho jelah. Rumah lebah memang banyak dibina di atas bukit berhampiran. Gigih betul kaum diorang ni mencari rezeki. Asal ada lereng kosong je, mesti ada projek nak buat. Bagus betul.

Kami sempat menyambar raw honey yang telah dicampur bawang putih. Katanya ia mampu mengurangkan resdung dan asma. En Bapak sedang gigih menghabiskannya. Nanti kita tanya keberkesanannya kelak.

Selepas itu, destinasi terakhir kami adalah ke Kea Farm. Memang wajib pergi. Mak saya selalu cakap apalah nak dibeli kat CH tu. Sayur banyak dijual kat mana-mana. Buat kata jiran saya pula, tak tahulah nak beli apa, macam takde yang menarik.

Yer kawan-kawan, sebenarnya banyak boleh beli selain cenderahati, baju dan bantal-bantal bentuk strawberi. Jika minat anda pada tumbuh-tumbuhan, kaktus comel serta pokok hiasan mungkin boleh masuk dalam senarai. Saya cadangkan beli di Big Red Strawberi di situ agak berpatutan harganya.

Bagi penggemar makanan, pilihan untuk dibawa pulang adalah:

Si kecik Ilhan minat dengan keledek manis

Sayur ni macam-macam boleh buat tau : steamboat, tempura, tom yam, sup. Stok seminggu ++.

Limau besar yang dah tak berapa manis sekarang ni, strawberi (saya dah buat pavlova, puff, jem dan cicah coklat), markisa (buat pavlova juga dan teh)

Keledek manis oren dan ungu (goreng dan rebus je), serta jagung manis (rebus, bubur dan pan cake)

Macam mana dengan idea tu? Jadi, lepas ni kalau ke CH jangan kata tak tau nak beli apa pula ye. Memang segar dari ladang. Kat bawah tu memang ada jual juga tapi dah alang-alang sampai haruslah memborong apa yang perlu.

Nak resepi ker? *ceh macam la terer sangat kan? hihihi. Insyaallah saya akan kongsi resepi daripada bahan-bahan di atas dalam blog masakan saya yang akan dipaparkan tidak lama lagi. Nantikannya....

Oklah, akhirnya tamat juga entry CH ni. Syukurlah tak de lagi ye. Takut saya ada yang termuntah ungu baca entry saya ni.

Terima kasih kerana sudi membaca. 

Wassalam

1 comment:

  1. Peculiar article, just what I was looking
    for.

    Look at my page air jordan Femme

    ReplyDelete