Showing posts with label Khalish. Show all posts
Showing posts with label Khalish. Show all posts

28 March 2012

Aktiviti Dalam Tren

Perjalanan hampir tiga jam ke KL Sentral gara-gara Ibu diorang ni salah beli tiket. 
Patut beli tiket ETS. Tapi beli tiket tren biasa. *sengal
Nasib baik Khalish naik tren je tidur. Adik kena leka kan dia tengok video Upin Ipin dalam fon.
Asalkan diorang tak mengamuk dan buat sesi lawatan dalam tren dah cukup baik.
Lain kali kita boleh balik Melaka naik tren ye nak....>Ayah budak2 ni keje, tu pasal tak ikut sama.

26 October 2011

WW: Bila Besar Nanti

Habis semua benda diperiksanya. Sakit apa??? :) :) :)

12 October 2011

Doa Ibu

Mood berblogging sedikit terganggu kerana memberi tumpuan kepada Khalish yang dah tiga hari tak sihat.

Doktor mengatakan perutnya kembung dan dek kerana itu dia asyik membuang air besar hampir 5-6 kali sehari. Sampaikan Khalish tak berselera makan atau mungkin dia takut terbuang air besar lagi-lagi-dan lagi hingga melecet montot.

Syukurlah, nasi berlaukkan telur hancur kicap berjaya membuka seleranya.

Petang tadi En Bapak beritahu mungkin Khalish ada makan kacang dalam tin keropok, snek kegemarannya. Kami suspek mungkin itu adalah puncanya Khalish asyik membuang air kerana sebelum ini ada sejarah Khalish alergik dengan kekacang.

Berterima kasih kepada 20 keping CD yang banyak membantu, fengsan En Bapak kalau tiap sejam nak tukar diapers.

Harap-harap Khalish cepat sembuh dan aktif seperti sedia kala macam Ilhan. Pheww....

12 May 2011

Khalish Sudah Dua Tahun

Hari ini genap Khalish dua tahun.

Aduhai...bagai diflash back kenangan sewaktu Khalish sembilan bulan dalam perut Ibu, masih terdengar-dengar suara rengekan pertamamu, sesi golek-golek, meniarap, merangkak hinggalah saat dirimu memulakan langkah pertama.

Memori itu seakan berlaku dalam sekelip mata. Macam semalam jer rasa berada di hospital dan melahirkannya. Alih-alih hari ni dah dua tahun. Malah, operate kat perut pun masih terasa sengalnya.

Ada kala, Khalish meragam tak tentu pasal, naik angin walaupun tiada taufan dan manja tak kena masa buat Ibu kurang sabar, namun anak tetap anak. Kasih Ibu tidak akan putus disebabkan itu. Khalish tetap anak yang Ibu sayang, anak yang Ibu hargai.

Ibu sedar setiap anak itu adalah anugerah dan amanah Allah. Ibu tahu anak soleh adalah harta paling berharga buat setiap mereka yang bergelar ibu dan ayah. Itu impian Ibu agar Khalish mendapat title anak soleh yang akan mendoakan kesejahteraan Ibu dan Ayah di alam kubur kelak.

Khalish, sepanjang hayat ini Ibu akan sentiasa mengenangkan senyuman manismu, kerlipan mata sepetmu yang 'gatal', ciuman memujuk di pipi Ibu bila Khalish nampak Ibu hilang sabar dan keletah lucumu yang membuatkan semua perasaan amarah bak disimbah dengan air sejuk.

Sesungguhnya anak Ibu, Muhammad Adib Khalish, Ibu titipkan doa semoga kamu bergelar anak yang soleh, berjiwa besar, bijak menentu masa depan yang cerah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Ketahuilah Ibu dan Ayah amat menyayangi Khalish dan Ilhan dan kami berusaha memberikan yang terbaik untuk kalian. Semoga sentiasa ceria, sihat dan cerdas sayang.

Wassalam.

18 April 2011

Khalish @ Setahun 11 bulan

Sejak mengenalpasti hasil kamera hp C3 say tak sharp macam hp nokia lain, mood memblog saya turun sama sekali. Ok, tu salah satu alasan bagi mereka yang bermasalah disiplin dalam dunia blog seperti saya. kekeke...

Baik terus bercerita - sementara dua hero tu tengah lena diulit mimpi.

Di mata saya, Khalish masih seorang bayi yang memerlukan sepenuh perhatian. Mana taknya, jarak usia dia dan Ilhan selang setahun. orang kata tak puas manja lagi dah dapat adik.

Serius cerita, saya pernah berada dalam tahap tekanan yang paling tinggi kerana menjaga kedua-dua anak yang masih kecil. Rasa macam diri sendiri yang terdera.

Dalam rumah ni, rasa macam tak terurus sebab banyak barang satu hal, satu hal lagi ada tukang selerak. Pendek cerita 10 kali kemas, 10 kali kali jugalah dia buat selerak. Pantang kemas sikit, siaplah dia mula baling sana-sini barang macam kapal karam jadinya.

Bila kata "Khalish no...", dia buka almari kasut, ambik kasut Ayah dan pakai dok keliling ruang tamu. Saya susun balik kasut, dia punggah koleksi Vcd dalam almari tv pulak. Tak habis susun vcd dia timbun pulak koleksi majalah saya dari almari buku. Adeh....tekanan mak tau.

Penyelesaiannya, hiasan kecik-kecik ni simpan dalam kotak dan bunga hiasan pun basuh dan balut elok sebab habis Khalish petik buat tabur setaman. Almari kasut dan vcd saya angkut letak kat tangga. Dia tak dapat naik sebab ada pagar. Itu belum bab menyapu...fuh...mencabar betul.

Walaupun aktiviti harian saya dan Khalish hampir sama saban hari, Khalish tetap anak yang saya sayang. Ibu lepok-lepok dan cubit-cubit tu nak mengajar. Biarlah ibu yang buat anak camtu, kalau orang lain maunya saya naik hantu suka-suka-hati nak pukul anak aku. *heh...terkeluar topik ok.

Bab makan, dah pandai memilih. Dia paling suka makanan bergoreng seperti nasi goreng, mee or bihun goreng. Paling dia suka makaroni bolognese. Buah-buah semua dia suka - epal, lai dan terkini durian, semua dipanggilnya "apal..." *tomato dan bawang juga termasuk sekali.* hehehe

Bila nampak Pak Nil dalam tv dia sebut "biak...'*maksudnya bijak (asyik tengok rancangan Clever edisi Malaysia). Selain Upin & Ipin, dia dah boleh layan channel Playhouse Disney, Backyard Science dan BoBoiBoy.

Pantang nampak iklan makanan dia sebut "nak..../ masak.."
Paling tak tahan, anak bujang saya ni berjiwa patriotik.
Asal nampak lagu 1 Malaysia or Bunga Raya, dia mula hentakkan kaki macam askar kawat dan goyang-goyangkan tangan sambil tunjuk satu. *1 Malaysia!!! Bagus berjiwa kenegaraan anak Ibu nih...

Dah faham arahan-* boleh suruh-suruh* ngeh...ngeh...ngeh. Cth ambilkan bantal adik, jom mandi, buka tv, pakai kasut, ambilkan barang itu, ini...Bila adik nangis dalam buai, cepat je dia berlari dodoikan adik sambil sebut "Allah...Allah".

Tu belum lagi gelabah sebab tengok adik dia meniarap dan muka tertangkup. Kalau ada air liur cepat je dia sebut "isu..isu"*maksudnya tisu* nak lap mulut adik yang banyak air liur. Bijak anak ibu, itu la gunanya seorang Abang!!

Jumpa lagi.