Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

04 September 2013

Koleksi Siput Dah Jadi Khazanah Muzium UPSI

Bulan Jun lepas, saya menerima email daripada pihak jabatan biologi fakulti Sains dan Math UPSI, Puan Noraine. Menurut beliau, mereka kini sedang giat menambah koleksi spesimen kulit siput di Muzium Zoologi dan sangat berminat dengan koleksi kulit siput yang saya miliki menerusi entry kulit siput ini. 

Memandangkan bagi tujuan pendidikan, saya senang hati sudi menyumbangkan sebahagian koleksi yang ada. Bukanlah semua jenis, hanya jenis kulit siput yang mempunyai dua atau lebih jenis yang sama. Yang hanya ada satu dan susah nak dapat, memang tak delah den nak sumbangkan dengan senang hati. Berat hati adalah, sayang punya pasal.

Walaupun kulit siput, sesi pemilihannya memakan masa tau. Mula-mula kita tengok dulu koleksi saya yang dah terkumpul sejak tahun 1990-an lagi. Bagus, masih elok cuma ada beberapa yang hancur berderai. Lepas pilih, kita asingkan mengikut jenis, bentuk dan   keunikkan. Lepas asingkan untuk Upsi, boleh pulak saya masukkan balik dalam kotak. Lepas asingkan, keluarkan balik 2-3 kali. 





Eh...apasal macam sayang semua. Wa...rasa macam tak nak berpisah pun ada. Namun, saya kuatkan semangat memilih mana yang masih sempurna untuk disumbangkan. Selamat tinggal kulit siputku sayang. Untung-untung muzium tu dibuka pada awam nanti, bolehlah saya jenguk kamu kelak. (Puan Noraine, jangan lupa inform ye).
Ini je lah yang dapat disumbangkan 
Makanya, sesi penyerahan kulit siput sehari lepas balik Ipoh raya haritu, berkesempatan ke Upsi memandangkan En Bapak kebetulan cuti tiga hari. Sudah berjanji dengan Dr Remmy (menggantikan Pn Noraine) yang akan menerima kulit siput. Jumpa di Yik Mun memandangkan inilah restoran feberet kami apabila ke Tanjung Malim (dalam boikot2 sempat lagi ko membonceng ke sini ye). Tak pelah, sesekali je pun. 

Sekali, bila bertemu alamak (dalam hati) sekali Dr Remmy tu mamat cina la. Teringat la pulak sebelum tu, siap sms dia dengan salam bagai. haha...mana acik tau. Jumpa ingat nak la berborak2-borak bagai. Sekali memang tak delah sebab beliau nampak rushing semacam. Tak sampai lima minit pun jumpa. Terus blah. Sabar jelah kan.

Yeha, makan terus tetap makan. En Bapak makan nasi goreng si chuan, Alahai, setakat makan nasi goreng sayang boleh siapkanlah. Sekali En Bapak balas, nasi goreng sayang sama je rasa, nasi goreng kampung ke, tom yam ke, cina ke sama rasa. Ceh...tu namanya kasih sayang saya sama rata sume hokey. Ape da...Kan dah tak merasa nasi goreng saya selama sebulan. Rasakan...biasa dia mengkritik chef domestik macam ai ni!

Masa makan itu hari adalah order roti bakar kahwin dengan white kopi. Air soya suam langsung tak sedap. Nasi gorengnya ok-oklah tapi paunya masih lagi sedap. Kami kemudiannya membungkus mee hokkien untuk dibawa ke Sungai Klah.


Yeah. kami kembali lagi ke kolam air panas di Sungkai. Nantikan entry berikutnya yang penuh dengan khasiat. Katanyalah...


notajari: Lepas jumpa Dr Jimmy haritu, petangnya dia ada sms mengatakan ada surat yang lupa nak serah pada saya. Minta alamat katanya akan dipos. Sampai sekarang masih tak nampak bayang suratnya dalam peti pos. Bizi sangat kot. 


09 April 2013

Beg Kertas - Nak Dibuang Syg, Bila Disimpan Rasa Menyemak

Masa kemas barang dalam kotak tempoh hari, baru perasa ada timbunan beg kertas kira-kira 100 yang kebanyakkan diperoleh En Bapak menerusi majlis atau tugasan yang dihadiri. Cenderahati wajib di dalamnya seperti buku nota, diari, pen, mug, termos atau tshirt. Kalau majlis syarikat atau hotel dapatlah yang best sikit paling kurang pun baucer. 

Walaupun dibuat daripada jenis kain, guni, kertas kualiti tebal atau biasa serta plastik, kita tetap panggil beg kertas sebab dah empat segi bentuknya dan ada tali pemegang di atasnya. Bila dah banyak-banyak, mulalah sesi pemilihan kasih bermula. 

Yang jarang diperoleh, bersaiz besar, unik haruslah dipilih manakala yang biasa-biasa kita beri saja pada jiran atau sedara mara. Haruslah disertakan bersama 'sesuatu' di dalamnya bukan beg semata ok.

Masa kerja dulu pun, menimbun la dapat beg kertas ni. Sampaikan Mak bising pasal banyak sangat beg kertas sana sini. Penyelesaiannya, kami letgo beg tu sekali dengan lauk majlis kahwin dalamnya. Senang, jimat tak perlu beli beg plastik banyak. hehe...

Fungsi beg kertas yang besar-besar, kita bawa ke pusat membeli belah kalau nak beli barang terutama hari Sabtu. Kan senang tak delah barang-barang yang dibeli tu terpamer kat dalam troli, sekaligus menyokong pengurangan plastik. Kononnyalah. 

Tak pun, beg kertas tu kita buat isi bekal ke pejabat En Bapak. Ha, dengan bekas nasi, lauk, 2 botol air dan satu bekas air teh bunga raya sesuai sangatlah dengan beg kertas yang besar. Pulak tu boleh tukar-tukar beg lagi setiap minggu. Dah banyak beg la katakan.

En Bapak punya, sanggup beli beg dengan jajan RM10 tu
Atau setiap 2 minggu sekali beg yang terpilih akan dibawa Khalish ke kelas kolam renang. Senang nak isi baju salin, tuala dan botol air. Kelas awak nak, bawa beg SPRM, Jabatan Perbendaharaan, pejabat MB dan UTP pun ada. hihihi...

Kebanyakkan pencarian google ditemui melibatkan beg kertas coklat. Banyak juga kraf yang boleh dihasilkan. Untuk beg kertas seperti yang saya simpan ni tak jumpa lagi. Mana lah tau boleh jadi kreatif pulak. hihihi...Ada tak sesiapa yang pernah buat kraf daripada beg kertas? Kongsilah.  


20 July 2011

Kulit Siput (hobi yang dirindui)

Hobi saya semasa zaman kanak-kanak (90an) membawa ke remaja adalah mengumpul cengkerang laut. Ia merujuk kepada kulit siput dan hidupan laut yang bertaburan atas pasir selepas air pasang atau surut.

Memandangkan rumah famili berdepan dengan Selat Melaka, maka hobi ini adalah paling sesuai dipraktikkan ketika masa lapang. Lagipun ia tidak melibatkan sebarang kos, hanya sedikit minat dan penat untuk mencari yang berkenan di hati.

Biasanya waktu pagi sangat sesuai untuk mengutip kulit-kulit siput ini memandangkan baru lepas air pasang. Saya akan menyusur di tepian pantai ditemani adik dan berbekalkan sebuah bakul khas. Kulit-kulit siput yang cantik, unik dan lain dari yang sedia dalam koleksi menjadi pilihan saya. Lepas kutip, biasanya saya akan rendam setengah hari, basuh dan keringkannya di tempat  redup.

Ada kulit siput yang ditemui baunya kurang menyenangkan walaupun dibasuh beberapa kali. Jangan dibuangkan pula ye. Apa yang saya buat adalah membiarkan kulit siput itu dibersihkan oleh hujan untuk 2-3 kali dan dikeringkan menerusi pancaran terus matahari. In Sha Allah, baunya akan hilang sendiri.

Nak lebih wangi, masukkan pot pouri dalam bekas simpanan khas kulit siput anda. Tapi biasanya saya lebih suka mengekalkan bau 'pantai' pada kulit siput. Baru feel tepi pantai kan....?

Lepas tu, saya akan asingkan mengikut saiz dan masukkan dalam tempat berasingan. Kadangkala, batu karang pun jadi 'buruan' saya. Dulu banyak sangat sampai berbeg-beg tapi lepas mak warning sebab menyemakkan bilik, banyak yang saya dah campak dalam tempat sampah. (menyesal)

Ada beberapa kali pernah terjumpa bangkai kuda laut dan tapak sulaiman. Mungkin sebab tak tahu cara nak awetkan dan takut berbau busuk kalau simpan, saya abaikan saja. (tambah menyesal). Kalau tak boleh wat kenangan sebab bukan senang nak jumpa sekarang.

Saya ada impian nak buat mini muzium atau galeri kecil khusus untuk koleksi siput. Nak kenalpasti spesis dan habitat sekaligus boleh kenalkan pada anak-anak mengenai spesis hidupan dalam laut yang kiut miut ni.

Selain tu, pernah berangan-berangan nak hasilkan kraftangan sendiri daripada kulit-kulit siput. Tapi, tiada peruntukan masa lagi ke arah itu. Sudahnya bila ke Lumut atau Pangkor saya beli saja. Saya paling kembang-berbunga-bunga kalau orang hadiahkan saya cenderahati siput like gelang, hiasan, key chain atau apa saja daripada kerangan laut tu.

Nantilah saya upload pix gift yang pernah saya dapat. Banyak kat kampung, lupa nak amik gambar.

Paling menakjubkan masa ke Underwater World Langkawi, ada satu bahagian mengenai sea shells. Sangat kagum melihat banyak cengkerang yang unik dan tak pernah jumpa dan rasa nak pilih-pilih-masuk dalam beg.

Dulu, Pantai Tanjung Kling ada banyak juga kulit siput (tak tau jenis apa), leper dan licin - biasanya orang buat tirai dengan tebuk ditengah susun ke bawah dengan tali tangsi. Banyak juga saya kutip sebab warna keemasannya mengancam.

Sekarang, jangan berangan nak dapat sebab dah pupus kerana penambakan laut yang dibuat. Pantai hilang, sekali dengan hasil geragau yang saya paling suka beli untuk buat cekodok. (ok, emo...)

Kesimpulannya, hobi ini yang paling saya rindu bila lalu kat pantai. Rasa macam satu kepuasan dapat cari dan kumpul kulit siput. Lepas tu, kalau boring-boring boleh belek koleksi dan ingat semula kat mana saya kutip. Hurmm...syok!

notajari: Amaran jika ada anak kecik, kalau nak koleksi selamat jangan berangan nak tayang depan diorang. Confirm jadi bahan mainan. huhuhu