20 July 2011

Kulit Siput (hobi yang dirindui)

Hobi saya semasa zaman kanak-kanak (90an) membawa ke remaja adalah mengumpul cengkerang laut. Ia merujuk kepada kulit siput dan hidupan laut yang bertaburan atas pasir selepas air pasang atau surut.

Memandangkan rumah famili berdepan dengan Selat Melaka, maka hobi ini adalah paling sesuai dipraktikkan ketika masa lapang. Lagipun ia tidak melibatkan sebarang kos, hanya sedikit minat dan penat untuk mencari yang berkenan di hati.

Biasanya waktu pagi sangat sesuai untuk mengutip kulit-kulit siput ini memandangkan baru lepas air pasang. Saya akan menyusur di tepian pantai ditemani adik dan berbekalkan sebuah bakul khas. Kulit-kulit siput yang cantik, unik dan lain dari yang sedia dalam koleksi menjadi pilihan saya. Lepas kutip, biasanya saya akan rendam setengah hari, basuh dan keringkannya di tempat  redup.

Ada kulit siput yang ditemui baunya kurang menyenangkan walaupun dibasuh beberapa kali. Jangan dibuangkan pula ye. Apa yang saya buat adalah membiarkan kulit siput itu dibersihkan oleh hujan untuk 2-3 kali dan dikeringkan menerusi pancaran terus matahari. In Sha Allah, baunya akan hilang sendiri.

Nak lebih wangi, masukkan pot pouri dalam bekas simpanan khas kulit siput anda. Tapi biasanya saya lebih suka mengekalkan bau 'pantai' pada kulit siput. Baru feel tepi pantai kan....?

Lepas tu, saya akan asingkan mengikut saiz dan masukkan dalam tempat berasingan. Kadangkala, batu karang pun jadi 'buruan' saya. Dulu banyak sangat sampai berbeg-beg tapi lepas mak warning sebab menyemakkan bilik, banyak yang saya dah campak dalam tempat sampah. (menyesal)

Ada beberapa kali pernah terjumpa bangkai kuda laut dan tapak sulaiman. Mungkin sebab tak tahu cara nak awetkan dan takut berbau busuk kalau simpan, saya abaikan saja. (tambah menyesal). Kalau tak boleh wat kenangan sebab bukan senang nak jumpa sekarang.

Saya ada impian nak buat mini muzium atau galeri kecil khusus untuk koleksi siput. Nak kenalpasti spesis dan habitat sekaligus boleh kenalkan pada anak-anak mengenai spesis hidupan dalam laut yang kiut miut ni.

Selain tu, pernah berangan-berangan nak hasilkan kraftangan sendiri daripada kulit-kulit siput. Tapi, tiada peruntukan masa lagi ke arah itu. Sudahnya bila ke Lumut atau Pangkor saya beli saja. Saya paling kembang-berbunga-bunga kalau orang hadiahkan saya cenderahati siput like gelang, hiasan, key chain atau apa saja daripada kerangan laut tu.

Nantilah saya upload pix gift yang pernah saya dapat. Banyak kat kampung, lupa nak amik gambar.

Paling menakjubkan masa ke Underwater World Langkawi, ada satu bahagian mengenai sea shells. Sangat kagum melihat banyak cengkerang yang unik dan tak pernah jumpa dan rasa nak pilih-pilih-masuk dalam beg.

Dulu, Pantai Tanjung Kling ada banyak juga kulit siput (tak tau jenis apa), leper dan licin - biasanya orang buat tirai dengan tebuk ditengah susun ke bawah dengan tali tangsi. Banyak juga saya kutip sebab warna keemasannya mengancam.

Sekarang, jangan berangan nak dapat sebab dah pupus kerana penambakan laut yang dibuat. Pantai hilang, sekali dengan hasil geragau yang saya paling suka beli untuk buat cekodok. (ok, emo...)

Kesimpulannya, hobi ini yang paling saya rindu bila lalu kat pantai. Rasa macam satu kepuasan dapat cari dan kumpul kulit siput. Lepas tu, kalau boring-boring boleh belek koleksi dan ingat semula kat mana saya kutip. Hurmm...syok!

notajari: Amaran jika ada anak kecik, kalau nak koleksi selamat jangan berangan nak tayang depan diorang. Confirm jadi bahan mainan. huhuhu

4 comments:

  1. same la kite. saya pun suka kumpul kerang2.. he3..tapi x la sebanyak ni..khalish tu nama anak eh?

    ReplyDelete
  2. ya, khalish anak sulung saya. ilhan anak kedua. kumpul sikit2 anis. lama2 jd bukit. hehehe

    ReplyDelete
  3. mcmner nak kilatkan kulit cengkerang tu yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetangah kulit siput permukaannya sedia licin dan berkilat. Ada juga yang saya letakkan minyak zaitun dgn menggunakan tisu. Bagaimanapun, saya cuma membasuhnya dgn air suam apabila membersihkannya setiap 2-3 bulan sekali.

      Delete