Semalam, adik saya, Hakimah kol bertanyakan kriteria mak andam macam mana yang patut diambil untuk wedding dia awal tahun depan. (Dah sampai seru ye dik. hehe..).
Menjadi satu kelaziman bagi mereka yang nak naik pelamin, kedudukan teratas dalam list adalah butik pengantin @ mak andam yang tiptop untuk menceriakan lagi wajah sang ratu dan raja. (cewah..).
Oleh kerana dah ada pengajaran masa lampau, saya suggestkan dia survey at least tiga butik pengantin untuk quotation, belek baju dan test makeup. Yang penting bajet dan hasil adalah selari supaya dikemudian hari tak nyesal macam saya. har3....
Ofkos mak andam yang akan menggayakan beliau dari atas ke bawah adalah seorang wanita tulen. Ini kerana mak dah warning awal-awal mengenainya sejak saya sebagai perintis pertama kahwin dalam family. Begitu juga selepas itu adik ketiga, Ecah.
Bila mengenang mak andam yang saya cari sendiri masa nak kahwin dulu, perghh...menyirap je sampai sekarang. Sebab tak nampak butik lain - dah tiap-tiap hari lalu depan butik dia-, saya di'butakan' dengan cakap-cakap si mak andam cerita bagai nak rak serbis tip top sampai vvip cari dia kononnya.
Cakap besar tak ingat macam dialah mak andam paling tp kat Melaka ni. Last-last hasilnya adalah hampas ok. Tak mencapai standard walaupun dialah yang saya harapkan bagi lebih keceriaan pada majlis bersejarah saya.
Terus terang cakap, wajah saya adalah kategori 'keras'yang mana kalau tak kena 'tangan seni' melakar makeup kat muka ni, maunya jadik macam muka minah drag tahu. Mungkin silap saya tak test makeup dulu dengan dia. Tapikan, kalau dah iktiraf diri tu terer serba serbi for sure tak de masalah nak makeup muka jenis apa pun bagi nampak cam ratu sehari.
Sampaikan saya sendiri yang tegur dia make up tebal macam pemain opera cina. Siap tacap sendiri bagi lebih voge. Cakap pakai make up mary.kay tapi ada gak pakej mus.tika.ratu ditonyohnya. Memang tebal gila sampai fotografer saya geleng kepala. Tak yah tunjuk gambarlah, buat malu-meluat je.
Huh...kami perabih kat dia je dengan makeup, baju, pelamin, cadar, langsir bilik dan rumah sume sekali tujuh ribu hengget. Kalau puas hati, memang saya tak banyak bunyik tapi....(uishh...sakit hati je bila flashback balik. dah la saya siap bagi promo 1 kolum pengantin BH kat dia dulu. pohdah).
Mujur 'kemuraman' makeup kahwin di rumah sendiri terubat dengan makeup mabeles masa majlis bertandang di rumah suami. Sampaikan fotografer saya siap puji-puji kata lebih cun dari rumah Melaka. Chesss...(Haha...tiba2 mood emo semacam). Nyesal pun tak guna, sebab dah selamat beranak dua pon. Tapi, sebabkan itu butik yang berada di Bertam Hulu now diblack list kepada seluruh kaum kerabat.
Back to the perenggan pertama, saya sebagai wedding planner-lantik-diri sendiri suggest adik gi butik andaman Andak Event di Plaza Mahkota, Banda Hilir sebab saya pernah berkunjung ke sana dan tengok koleksi baju dan pelamin sangat kreatif. Siap free spa lagi bagi bakal mempelai.
Lagi ada Mentari Kreatif berdekatan Melaka Sentral dan Gee Cantik now di Masjid Tanah untuk makeup gaya cam artis. Diorang pun ada pakej lengkap perkahwinan.
Hope adik dapat pakej yang diidamkan. Dengarnya tema biru-pink jadi pilihan.
Cantiklah kek cawan yang saya google ni.
Tak sabarnya nak tunggu adik naik pelamin.
Salam. Akk, nak tnye yg akk mention tu znt ke? Kat ulu bertam kn? Sbb sy tgh survey2 ni tkut tekene plak nt. huhu
ReplyDeleteCik Mira, macam tau2 jek. hehe...pergilah survey dulu kot2 la dah improve byk. tp, akak suggest guna mentari kreatif. servis diorg tiptop. xpun guna pak andak kat bandar hilir. gud luck!
ReplyDeleteNgeeee bkn ape kak. Adejgk dgr znt ckp pung pang pung pang bgus kn tp mcm xbpe nk pecaye. Akhirnye decide amek mentari kreatif. Hihihi
ReplyDeleteohh cik mira dah pergi survey znt ke?kebetulan buka blog terbaca blog ni bcoz abg saya kawin ambil perkhidmatan dgn znt alhamdulillh semua bjln dgn lancar siap ada extra services skli coz haritu kendarat tak cukup mak andam dia yg turun padang bantu kt meja pengantin,ni thn dpn adk saya pula kawin mmg kami ambil dgn znt lg.sebab saya pun buka bisnes juga kt melaka kadang2 jgn dgr dr mulut org tp kena pergi n bkenalan sendiri.
ReplyDeleteSalam kak..btl ke znt mcm tu? blh x akk tunjuk gmbr akk kawin hari tu? sbb sy da byr deposit utk pakej kawin kat znt...klu x ok sy nk cance. ..
ReplyDeletefiza hakim: kata td kata abg awak pnh ambil znt n bpuas hati dgn znt. so, teruskan sajalah dgn mereka. saya hanya menulis berdasarkan pgalaman tak berapa manis saya sahaja. anggap saja nasib saya kurang baik pada waktu tu. mungkin juga diorang dh improve banyak. macam kata awak juga, kena pergi berkenalan dulu, jgn dengar cakap orang. :)
ReplyDelete