10 May 2012

Bila Kita Mengeluh, Ketahuilah...

Kadangkala kesabaran saya sebagai seorang ibu tergugat bila anak tiba-tiba aktif semacam bergabung tenaga memporak perandakan ruang tamu rumah dan bilik bawah.

Ketuanya, kalau tak Ilhan, Khalish. Masing-masing amik turn bergilir-gilir. Pantang tengok rumah kemas sikit, siaplah ada saja idea nak 'menyerikan' keadaan. Kereta, laptop mainan, pen, buku, hanbeg, bantal, dengan makanan sana sini membuatkan saya alahai..anak.

Ayat saya tanpa jemu setiap hari, adik...abang..kenapa sepah-sepah ni? 10 kali korang main 10 kalilah ibu kena kemas dan sapu. Pandai lak tu bila saya kata  clean up, dia buat2 masukkan mainan dalam kotak, buang sisa makanan dalam tong sampah dan ambil penyapu konon nak sapulah. Tapi sekejap tulah, dah penuh mainan dia terbalikkan balik kotak Alahai...

Hari ni Ilhan baru lepas injek setahun setengah. (Kami cipta sejarah tersendiri orang pertama sampai sebelum nurse buka klinik. Hihhihi.) Kena cucuk di lengan. Ingatkan kot 'lembek' (dibaca demam) macam abang dulu bila kena injek. Sekali makin aktif  'mengemas' adalah. Tarik nafas panjang saya dibuatnya. 

Saya tenangkan diri seketika dengan membuka fb ketika mereka berdua ralit membaca zikir di oasis. Terpandang sharedari fb :Suami Mithali, Isteri Sejati, Keluarga Harmoni

"Bila kita mengeluh dengan nakalnya anak, ketahuilah bahawa di suatu tempat ada mereka yang terpaksa melayan anak yang cacat.

Bila kita mengeluh dengan sedikitnya anak, ketahuilah bahawa di suatu tempat ada yang langsung tidak punya anak.

Bila kita mengeluh dengan kelemahan pasangan, ketahuilah bahawa di suatu tempat ada yang menanti-nanti bila jodohnya kan tiba."

Terdetik di hati, saya patut lebih bersyukur dengan apa jua keadaan saya kini. Astagfirullah.

Berselerak rumah bermakna kita ada anak yang aktif dan bukannya yang terlantar sayu. Bisingnya rumah dengan ketawa dan tangisan bermakna kita ada anak mampu memaparkan emosi mereka dengan sepatutnya Dan biarlah gaduh-gaduh manja dengan pasangan, asalkan mereka masih pasangan kita yang setia di sisi dan bukannya mencari lain di luar rumah.

Saya bukan manusia sempurna. Kadangkala emosi menguasai diri lebih daripada sepatutnya. Tapi masih dalam kawalan. Bising-bising tu biasalah sekadar meluahkan perasaan dan salah satu cara saya mendisiplinkan anak. Saya pasti setiap ibu sepatutnya bertindak begitu

Saya sedar, anak-anak dalam proses pembelajaran dan akan serap semua kelakuan kita macam span. Jadi, saya perlu lebih berhati-hati dalam pertuturan dan kelakuan. Tapi saya juga bukan robot kena buat rutin harian sama setiap hari. Aduyai....*eh, saya mengeluhkah?

Biar macam mana sekalipun huru hara saya setiap hari, mereka tetap kesayangan saya. Biarlah ketawa tangis mereka di bawah jagaan saya. Bukan orang lain yang tak mengerti menghargai anak-anak. *emosi lak teringatkan video2 dera anak kat you tube. rasa nak masuk dalam video lempang-laju-laju-dengan-nonstikpan si pelakunya*.




No comments:

Post a Comment