Tak ingat samada pernah menjejak kaki ke Pusat Sains Negara atau tidak. Tapi, masa zaman sekolah dulu, saya pernah mengikuti rombongan sekolah ke pameran dinosour. (tak pasti entah berapa ekor semut tertelan akhir-akhir ni. *tiba-tiba. padahal tak nak mengaku lupa ingatan akibat dimamah usia. hihihik...
Tapi, bila kotak memori dikorek-korek kembali. Sah sungguh tak pernah sampai PSN. Dah lah kena parking seberang jalan. Pastu kena menapak nak bukit hampir sekilometer jauhnya. Sabar je lah kan... Memang membakar kalori dan jiwa!
Mujurlah sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pintu masuk, suhu dingin segera menyejukkan badan dan perasaan. Masa check tiket (beli tiket masa kat pintu masuk PSN), dia kata tiket tu untuk masuk ke PSN sahaja. Kalau nak masuk pameran dinosour kena bayar lagi RM 15. *cis...pasal la amoi kat kaunter tak cakap apa-apa. tak memasal rugi RM3. Yerlah, kalau cakap nak tengok dinosour, bayar RM15 je boleh masuk semua. Ni kena RM18 seorang.
Pameran dinosour tingkat 2, jadi kena teroka dulu apa yang ada sepanjang perjalanan.
Ilhan asyik melihat akuarium yang menempatkan hidupan marin yang sangat cantik. Sampai meleleh2 air lior member. |
Khalish sempat menyertai budak-budak sekolah melihat demo sains. |
Sah-sah le korang ada gen ibu - gayat tak memasal padahal bukan ada air pun kat bawah jambatan tu. |
En Bapak yang verangan jadi macam Bapak Bella (kenal?) |
Gelagat Ilhan tak mau rapat. |
Kalaulah dia boleh bergerak, maunya langkah seribu kami cabut lari. Mujur Khalish dan Ilhan tak meraung. Cuma Ilhan awal-awal tak nak dekat. Khalish pula bila saya cakap dinosour baik macam meow baru dia berani-takut nak usap kepala dinosour tu. Tapi, cepat-cepat ditariknya kembali. Apalah Khalish ni, kurang berani betul.
Ingat besar sangatlah pameran ni, jalan tak sampai 10 minit, eh habis dah? En Bapak cakap sikit sangat bahannya. Tak mengapalah, asalkan kita dapat dedahkan anak-anak melihat haiwan pra sejarah. Lagipun, banyak juga kita dapat pelajri bersama. Insyaallah, jika ada rezeki anak-anak dah sekolah nanti, kita kembali ke sini ye.
Dinosour Live dibuka sejak 1 Mei 2012 hingga 31 Julai 2012 di PSN.
Pergi ramai-ramai bawa anak masa cuti sekolah nanti ok. Anak saya tak sekolah lagi dan kami pergi bukan pada hari cuti. hehehe
Sekian,
Wassalam.
No comments:
Post a Comment