15 May 2010

Baby Sofa


Hujung bulan lepas, buat kali pertamanya dalam sejarah hidup saya dan Orang Sebelah (OS), kami telah berkunjung ke jualan gudang Fella Design di Ipoh. Sebelum ni, tak pernah langsung pergi mana-mana jualan gudang. Jangan tak caya ok.

Dah nama pun jualan gudang, jadi mestilah harganya pun 'runtuh' giler-giler. Pemergian kami ni bukanlah untuk memilih set sofa atau perabot baru untuk rumah sewa kami. Tapi sekadar mengintai satu perabot kecil khusus untuk Khalish.

Bagi saya dan OS yang duduk menyewa ni, kami rasa dah cukup dengan perabot yang sedia ada. Bukannya tak berminat, ye lah bukan rumah sendiri nak deko cantik-cantik kang bila nak pindah keluar, sayang lak. Lagipun, kalau barang tak banyak senang nak berpindah kalau OS kena transfer mana-mana lepas ni.

Berbalik kepada cerita tadi, kami sampai di FD hampir jam 11 pagi. Masuk-masuk je, saya terus bertanyakan baby sofa pada sales girl yang ada. Terus saja dia bawa kami ke sudut yang menempatkan mini sofa pelbagai corak dan warna. Sangat cantik dan comel!!


Harga biasa - RM199. Harga lepas diskaun RM79. Oklah kan, sementara tengah murah, rembat saje. Banyak pilihan warna samada bercorak atau kosong. Kainnya pun saya tengok berkualiti. Macam kain langsir yang FD jual pun ada, hehehe.... Akhirnya, kami sepakat memilih warna ungu bercorak bunga untuk mengurangkan kadar kotoran yang bakal kelihatan.

Mini sofa ni dibeli atas alasan untuk memudahkan Khalish berdiri dan belajar bertatih. Sebelum ni, Khalish berpaut pada badan saya dan OS untuk berdiri. Sangat sengal badan bila terlalu lama jadi tempat pautan ye. Kalau tak pun, dia berpaut kat tangga. Bahaya!!


Sekarang, Khalish semakin selesa menggunakan mini sofa ni. Saya letakkan atas toto sebagai pengalas dan sebiji bantal di bawahnya. Khalish dah pandai turun naik sendiri. Kalau turun dia tengok dulu kalau ada bantal baru dia terjun ala superman atas bantal tu. Kalau tak, dia akan cari alternatif lain.


Selain tengok tv, mini sofa ni pun dah jadi tempat makan Khalish. Kadangkala, saya dan OS pun tumpang sekaki atas sofa dia. Tapi, bila dia nampak mesti dia sibuk nak duduk sama. Jeles la tu...

No comments:

Post a Comment