15 September 2010

Babak Raya Yang Bukan Lakonan

Syukur, hari ni masuk hari keenam kita menyambut Syawal. Turn beraya tahun ni adalah di kampung halaman saya di Masjid Tanah, Melaka. Tak de yang lebih seronok beraya di kampung halaman sendiri (terutamanya raya pertama) bersama keluarga dan sanak saudara.

Kali ni lebih meriah kerana kesemua adik beradik saya pulang beraya di kampung. Sanak saudara (kecuali Pak Ndak yang bertugas sebagai polis trafik) juga semua balik ke rumah nenek dan atuk yang letaknya beberapa meter dari rumah kami.

Rutin pagi raya tiap tahun, lepas sarapan bersama kami akan memulakan sesi bermaafan antara ahli keluarga. Kemudian, pergi ke rumah nenek = bersalaman dan bermaafan sesama saudara. Lepas tu, singgah di rumah keluarga arwah nenek saudara (sebelah rumah nenek) untuk bertemu sanak saudara yang hanya berjumpa setahun sekali.

Lepas semua selesai, semua ahli keluarga kecuali saya, Khalish, Eca dan Firas akan ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Kami yang tinggal ni, membuat persediaan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu.


Mood Khalish sejak balik ke kampung sehari sebelumnya adalah tidak menentu. Tak caya sila lihat pix di atas. Kejap ok, kejap ko. Meskipun menerima 'hadiah aidilfitri' dari Datuknya (next entry lah saya cerita), namun masih tak cukup untuk memberikan 'kesejukan' yang mencukupi kepada putera lilin saya ni.

>Dua putera lilin yang tersenyum dalam kepanasan<
Maklumlah, rumah keluarga saya terletak berhadapan dengan pesisir Pantai Selat Melaka, sah-sahlah hawa angin lautnya sedikit membahang bagi mereka yang tak biasa. Dan mentang-mentanglah rumah sewa kami di Ipoh terletak berhampiran kaki gunung, cuacanya sudah pasti sedikit berbeza.


>Mood bertukar baik bila ditimang Atuk<
Lagipun, Khalish adalah sangat kasihan kerana dia mempunyai kulit sensitif yang alah kepada kepanasan. Berpeluh sikit pun dia akan rasa resah semacam. Dek kerana melayan ragamnya, tahun ni baru saya perasan kami tiada foto sekeluarga bersama Mak, Ayah dan adik beradik untuk dirakam. Aduhai...rugi betul. Bateri pulak Orang Sebelah boleh lupa nak buat spare. haaih...

Menu hari raya tahun ni sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, macam biasa ada rendang - tapi tahun ni mak try buat rendang tok (yang kami panggil tok nik - maklumlah bukan orang Perak yang membuatnya), ada ayam masak merah, kuah dalca, kuah kacang, nasi himpit, lemang dan nasi jagung.

Tahun ni tiada rendang kerang kegemaran saya sebab kata mak kerang kat sini tersangatlah kekurangan zat dan saiznya terlalu kecil. Tahun ni juga tiada rendang itik sebab saya tak rasa mengidam nak makan seperti tahun lepas. Apapun, air tangan mak, sememangnya mabeles dan sukar dilupakan.


Ramai juga yang bertandang ke rumah kami hinggalah lewat petang. Meskipun sepatutnya Khalish berada dalam mood raya dan bergumbira, namun kebanyakan masanya dia adalah moody sepanjang hari kerana panas dan tak cukup tidur. Sabar jelah....

No comments:

Post a Comment