12 February 2010

Hepi Bestday Khalish - 9 Bulan


Salam semua,

Just nak gitau anak bujang saya dah masuk 9 bulan hari ni. Alhamdulillah, sihat walafiat dan makin lincah mengawal anggota badannya. Sejak dah boleh mara ke depan ni, Khalish bertambah seronok explore keadaan sekelilingnya.

Rumah saya kelihatan sangat berserabut sekarang ni. Mana barang-barang perhiasan kecik yang selama ni cantik je tersusun rapi now kena alihkan coz Khalish akan anggap sebagai barang mainannya. Dia pun dah mula 'berkenalan' dengan anak-anak tangga. Adui...kalau 'dah dapat kaki' nanti, alamatnya main naik-turun-terjunlah jawabnya.

Gigi Khalish masih lum bertambah lagi. Baru 2 batang. Hobi baru dia sekarang, suka menggigit lengan dan bahu saya yang gebus ni. Mungkinkah dia mengikut tingkah laku saya yang suka menggigitnya saban hari? hehehe...

Nak senyapkan dia yang merengek minta dukung senang je. 1) Bagi biskut kat tangannya. 2) Bagi tengok Wonderpet (confirm tercaduk je kepala depan tv). 3) Naikkan atas stroller.

Khalish juga sekarang dah pandai suka menonton iklan. Tapi hanya sebahagian yang ada lagu berentak perlahan dan mempunyai gambar yang menarik perhatiannya. Antaranya iklan susu yang ada budak nyanyi "Ibu...Ibu engkaulah ratu hatiku...'. Tak pun iklan Digi - Mudah saja... Malah, slot cuaca seluruh dunia tajaan Colorland (tak silap) dalam Buletin Utama pun dia layan. kekeke

Yang tak leh tahan, Khalish mesti tak duduk diam bila kami berada di meja makan. Confirm dia nak join sekali dan mula menghampiri kami dengan harapan 'tolonglah angkat, saya pun nak join'. Tapi kami wat donno je - pujuk sikit-sikit dan teruskan menikmati hidangan. Bukan apa, agak sukar nak pegang dia sekali coz tanggannya amatlah aktif mencapai pinggan nasi dan mangkuk lauk. Adoi...

Sudahnya, dia akan berhelah untuk masuk ke bawah kerusi dan meja makan. Nangis sikit-sikit dan buat-buat terhantuk kepalanya kat kaki kerusi. Kami yang gelabah ni, cepat-cepat basuh tangan, dan bila di angkat boleh lak si kecik ni gelak. Fuh....sabar-sabar....

Salah satu rutin harian Khalish yang saya rasa berjaya kami corakkan adalah, bila waktu malam, Cik Abang yang akan menidurkan Khalish. Tapi sebelum tu, Khalish akan mendengar Ayahnya membaca buku cerita bergambar. Kadang-kala Khalish respon bila dibaca dengan suara yang berbagai-bagai. Seolah-olah faham lagaknya.


Saya bangga melihat dua beranak itu menghabiskan masa bersama walaupun hanya beberapa minit. Maklumlah, siang - sepanjang hari Khalish menghabiskan masa bersama saya. Manakala Cik Abang pula keluar mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Apapun, saya rasa Khalish berpeluang bermanja dengan Ayahnya pada waktu malam. Walaupun beberapa minit, namun waktu itu mampu mengeratkan lagi hubungan mereka anak beranak. Tepat jam 10, Khalish tahu siapa yang perlu didekati untuk membawanya tidur. Saya pula? Dapat waktu bersendirian - mengemas, menonton tv dan bermain Sudoku. Syukur...

Setakat ini, wassalam.

2 comments:

  1. comeiiii...posing yg tak tahan itu!!

    ReplyDelete
  2. Ibu_Umairah nak tau, susah betul nak amik pic Khalish posing gini. Cam tengah bercanda kat tepian pantai kan...kekeke

    ReplyDelete