Sabtu lepas kami berpeluang ke Sua Rasa TV9 yang diadakan di Stadium Ipoh. Kami pergi kira-kira jam 5 petang membawa Khalish yang terpisat-pisat lepas bangun dari tidur.
Biasalah bila karnival sebegini, pengunjung datang berduyun-duyun dan parking menjadi masalah utama yang perlu diselesaikan dulu. Mujur stadium ni besar dan kami berjaya mencari parking dalam stadium hoki. Menapak kira-kira 2 km dari tempat parking (pergi-balik 4km). Fuh...pecahlah segala selulit dan lemak kami suami isteri. Khalish tak kira sebab dia duduk dalam stroller jek.
Misi utama kami adalah membawa Khalish ke booth kartun kegemarannya, Upin & Ipin. Malangnya petang tu maskot 2 budak berkepala botak tu tak de pula. Kiranya dapat jumpa gambar poster besar pun jadilah. Seronok lihat Khalish mengenali karektor kembar kegilaan ramai, siap cium-cium lagi kat gambar tu...
Selepas itu, kami ronda-ronda booth dan gerai lain di sekitarnya. Sesekali dapat berasak-asak dengan orang ramai ni syok juga sebab macam-macam gelagat dapat disaksikan. Tapi bila dah lama-lama acik tak tahan panas lak.
Bercadang nak pergi ke booth Tok Guru, nak bersua muka dengan Ustaz Fauzi, tapi orang ramai tak ingat. Ayah Khalish pula sibuk 'menerai' nasib kat booth Galaksi dan Celcom untuk melihat kot-kot la artis yang dia minat (si Sari Yanti) ada datang. Sorry dear, she's not here. muhahahaha...
Bagi saya, karnival ni tak ubah macam Jom Heboh. Cuma Jom Heboh tak diadakan di Perak (kecuali yang diadakan di TLDM, Lumut) atas nasihat mufti. Saya tabik dengan mufti Perak, ada power. Yang paling best, atas nasihat mufti juga, TV9 akur untuk membatalkan konsert Sua Rasa di saat akhir dan menggantikannya dengan rancangan Halaqah.
No comments:
Post a Comment