24 July 2010

Kisah pendaftaran pemilih


Situasi : Perbualan antara pegawai pos (PP) dan pelanggannya (P).
Tempat: Pejabat Pos Tesco, Ipoh

P : Encik, saya nak mendaftar sebagai pemilih.
PP :Minta i.c cik....Baguslah awak dah insaf akhirnya.
P : Insaf?? (chees....hampeh tol pak cik ni - kata dalam hati)
PP : Bukan apa, kesedaran anak muda dalam bab mendaftar ni semakin parah.
PP : Tulah pak cik, saya ni pun asyik bertangguh saja dan bila nampak pejabat pos ni ada tawarkan khidmat pendaftaran pemilih terus saya datang.
PP : Kami baru seminggu memulakan perkhidmatan ni. kami berbesar hati dapat tolong orang ramai mendaftar. Semalam saja ada 76 orang yang baru mendaftar. Pagi ni pun termasuk awak dah 18 orang.
P : Ramainya...Ingat saya sorang je yang kurang kesedaran.
PP : Ramai lagi yang tidak sedar tentang tanggung jawab dan hak mereka dalam mengundi ni. Satu undi nilainya amat besar kepada jatuh bangun sesebuah kerajaan. Nanti, sampaikan pada kawan-kawan atau saudara yang belum mendaftar sebagai pemilih suruh mereka lekas mendaftar ye.
P : Ok pak cik, terima kasih. (tersenyum sambil membawa sekeping salinan borang pendaftaran pemilih yang siap diisi)

#Nota : Pelanggan yang dimaksudkan adalah diri saya. #

huhuhu....sangat sadis dengan diri sendiri yang baru nak mendaftar. Seingat saya, masa PRU 11 (2004) saya baru berusia 19 tahun (tak cukup layak lagi). Masa PRU 12 (2008) saya sibuk mengcover berita pilihanraya (alasan je- sebenarnya saya malas nak mendaftar dengan fikiran BN kawasan saya pasti menang walaupun tak dapat 1 undi dari saya).

Sekarang, saya dah mengundi dan tak sabar nak melalui proses pengundian kali pertama dalam hidup pada PRU 13 nanti. Ini pun atas dorongan + desakan OS yang suruh saya mendaftar selepas mengikuti program BTN kat Klang, baru-baru ni.

Proses mendaftarnya tak sampai 10 minit. Lagipun hanya tunjukkan i.c dan pegawai pos yang akan isikan borang online untuk anda (salinan borang akan diberikan). Maka, sesiapa yang dah 21 tahun ke atas dan belum mendaftar, cepat-cepat pergi mendaftar ok. Jangan jadi macam saya yang suka bertangguh ni.

INFO:

Anda boleh mendaftar di tempat-tempat berikut :

1. Pejabat-pejabat SPR di Putrajaya dan di setiap negeri di seluruh negara;
2. Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara;
3. Kaunter Pendaftaran Bergerak SPR;
4. Wakil-wakil Parti Politik yang dilantik SPR
5. Wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan yang dilantik SPR

Kelayakan Untuk Mendaftar :

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Tidak hilang kelayakan di bawah undang-undang
4. Bawa Kad Pengenalan (Mykad) anda
5. Hadir sendiri semasa mendaftar

Dah daftar, semak guna sms pun boleh:

taip SPR SEMAK NO IC dan hantar ke 15888

No comments:

Post a Comment