13 November 2013

Feeling Puteri Duyung @ D'Nur Beauty House

Hujung minggu lalu, saya menerima jemputan eksklusif daripada Puan Nurul, pemilik spa muslimah D'Nur Beauty House di Meru Raya untuk mencuba pakej rawatan tubuh yang meliputi sauna, scrub dan mandian susu. 

Selepas balik daripada majlis penyampaian hadiah tadika Khalish di Hotel Heritage, saya pun ke spa berkenaan yang letaknya hanya lima minit perjalanan dari rumah.

Rawatan pertama dicuba, sebelum tu haruslah menghabiskan secawan air putih. 20 minit dalam ruang sauna yang sememangnya panas adalah sesuatu yang kurang saya gemari. Namun...demi mengimpikan badan yang bebas daripada pengumpulan toksin dan lemak, saya gagah menahan panas.
10 minit pertama masih bertahan lagi. Peluh usah cerita ibarat shower yang turun membasahi badan. Masuk minit ke 13 wa...awat panas benor ni, walaupun adik terapis dah pesan supaya memanggilnya jika kepanasan, namun saya cuba bertahan dengan membuka zip beg sauna sikit demi sedikit. Wah...lega la sikit hingga ke penghujungnya. hihihi...tak aci. 

Ingat ye semua, rawatan bersauna turut dikatakan berupaya mengeluarkan toksin dalam badan dan kesannya kulit akan menjadi cerah, bersih dan sihat. Di samping itu, ia turut menyingkirkan selulit yang degil dibahagian perut dan peha. Ecewah...

Lepas tamat sesi berkenaan, laplah segala peluh yang keluar. Rehat sekejap dan sesi menscrub badan pun bermula. Wah...lega je rasa bila ada orang sapu-sapu scrub dan rasa macam sesi urutan pun ada. Scrub ni bertujuan menghaluskan kulit dan menanggalkan sel kulit mati. 
Selesai sesi ni, tibalah masanya kita menikmati mandian pati susu dalam tab mandi. Yahuu...rasa macam zaman nak naik pelamin dah dulu, mandi susu dicampur dengan bunga-bunga. Memang feeling habis.

Berendam dah macam puteri duyung pun ada dah dalam tab tu. Siap dengan gayung tempurung lagi. Nak lelap je rasa sebab syok sangat sebab sejuk, wangi dan selesa. Mandian susu dikatakan akan memutihkan dan menghaluskan kulit malah boleh menghilangkan stress. 

Bab stress tu memang betul rasa sangat berkurangan. Bab putih tu on the way sebab kalau buat sekali memang takkan putih la yang oiii...cer buat dengan lebih kerap. Apa yang pasti, memang rasa bersih sangat sebab segala daki kotoran tersembunyi telah dinyah keluar.

Lepas tu dengan kehadiran pati susu membuatkan kulit terasa selembut bayi. ahaks...over tau. Selesai kesemua rawatan, saya dihidangkan dengan secawan air halia dan sempat berbual-bual bersama Puan Nurul aka Kak Nur sebelum pulang. 

Terima kasih Kak Nur kerana pengalaman rawatan badan yang diberikan dan terapis yang comel (lupa pula nama dia) yang memberikan sentuhan peribadi yang sangat melegakan. Saya sangat menghargainya. Terima kasih daun keladi, kalau sayang jemputlah lagi. hehehe...


p/s: Jom intai-intai pakej bulan November di fb D'Nur Beauty House. Sangat menarik! Lebih molek call/sms/pm Kak Nur untuk booking - 012-5564200.

No comments:

Post a Comment