11 November 2013

Hari Lahir Ilhan Ke-3

Assalamualaikum semua.

Lamanya baru update kan. Sabar je lah.

Sejak Khalish dimasukkan ke wad akibat bronchitis pneumonia pertengahan bulan lalu, mood mengupdate memang ke laut la. Empat hari tiga malam, saya menemaninya di hospital lepas tu diduga pula dengan saya dijangkiti batuk berkahak. 

Memang tak lena tidur siang malam. Dengan Ilhan pula demam menunjukkan simptom yang sama, padahal masa tu lagi seminggu dia nak sambut ulang tahun ke-3. Memang dugaan betul. Mujur kali ni antibodi En Bapak kuat. Dialah runner sana-sini dengan bebanan kerja lagi. Superman betul.
Trademark birthday boy : Tangan tunjuk peace, mata pandang ke lain
Lepas seminggu, alhamdulillah sakit masing-masing beransur pulih. Betul kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pergi macam semut (eh siput ke semut?). Kami meneruskan perancangan asal untuk mengadakan sambutan hari lahir Ilhan di kampung. Lagi ramai lagi meriah kan.

Kami balik petang Jumaat, tu pun dah lambat sebab kipas enjin En Bapak buat hal masuk la bengkel 2-3 jam. Lepas makan, kami bergilir-gilir memandu di sepanjang perjalanan. Maklumlah perjalanan memakan masa 4-5 jam, dengan nak berhenti ke tandas, anak lapar lah, kesesakan dan macam-macam hal. Biasanya kalau balik ke Masjid Tanah, kami lebih suka exit di tol Port Dickson. Syukur, lebih kurang jam 8.30 malam kami sampai. Suka benar anak-anak jumpa atuk dan nenek mereka.

Keesokkan harinya, persediaan majlis yang dijadualkan malam bermula. Pagi-pagi lagi lepas saya siapkan kek coklat dan kek red velvet, kemi ke Family Store Masjid Tanah (nilah satu-satunya pasaraya yang ada pun, bilalah Mydin nak buka di sini) untuk membeli  barang terutamanya krim keju untuk topping kek hari jadi. 

Sekali hampeh, keju punyalah banyak tapi krim keju tak de. Jadi, kami terus pecut ke Tesco Cheng. Nasib baik la ada philadelphia dan lemon. Apalagi, memecut la kami balik semua ke rumah Mak.

Menu mesti ada adalah soto mak - kegemaran ramai ni, ada sate, buah-buahan, roti john, air buah dan mestilah kek buatan sendiri. Senang sangat menyediakannya dan paling penting rupa macam beli kat kedai. . Nanti saya kongsikan caranya ok. Jimat sangat. 

Sekitar majlis.....


Tema kali ni ada Thomas & Friends. Padahal Ilhan baru je layan kartun tu dua tiga kali terus dia minat. Gigih la mencari baju thomas dan mujur En Bapak jumpa kedai online yang menjualnya. So, kek pun haruslah ada paparan si thomas juga. Baru ikut tema katakan. 
Cantik tak kek. Silalah setuju agar saya tak kecil hati. hihihi

Bosan dengan stail bergambar yang sama, balik-balik buat peace, atau tak tengok kamera atau kontrol macho, saya mendapat inspirasi dari internet untuk membuat props tambahan untuk majlis berkenaan. Suka-suka je pun, dan berjaya membuatkan sedara-mara berseronok. Moh tengok wajah-wajah lucu kami.
Ilhan dan Pak Long Luqman
Pak Lang Thalha yang sempoi dan Mak Chik Isyah
Adik badik
Mak Su Auni Ilhan
Kami berempat
Ni ramai-ramai, yang lelaki layan bola kat ruang depan
Sayangnya ikut perancangan asal saya nak buat photo booth tapi memang tak berkesempatan. Kek pun ngam-ngam je disapu topping sejam sebelum majlis dan terus masuk peti ais untuk disejukkan.

Terima kasih pada Mak Ayah yang bertungkus lumus memastikan sambutan hari lahir cucunya berjalan dengan meriah, buat adik-adik yang banyak membantu dan famili Mak Long dan Mak Su yang sudi hadir. Memang sporting habislah Pak Long dan Pak Su, tak sangka!

Buat Ilhan, Selamat lahir sayang, moga sentiasa menjadi buah hati Ibu Ayah dan Abang. Moga Allah lindungi Ilhan di dunia dan akhirat. 






No comments:

Post a Comment