- Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki / suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan / keinginan wanita itu.
- Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dlm sesuatu perkara dan pasangan hanya memandangan remeh segala pandangan wanita.
- Tidak peka terhadap hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
- Memuji wanita lain di depan isteri / teman wanita.
- Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri / teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
- Tidak menjamah makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
- Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan memerlukan pujian itu.
- Suami / teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri / teman wanita.
- Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri / teman wanita.
- Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
- Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
- Tidak suka membeli buah tangan untuk anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
- Tidak suka berhubung dengan telefon dan sms jika ada kerja luar atau berpergian.
- Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
- Sering memberi pujian dan senyuman mesra untuk orang lain tetapi dengan anak dan isteri garang dan tidak mesra.
- Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri diketepikan.
- Mudah mesra dengan orang lain tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
- Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
- Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
- Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri.
- Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat mereka memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
- Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
- Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
21 February 2009
Khusus Buat Kaum Adam...Mengapa Kaum Hawa Suka Merajuk? -Siri 1-
Nota : Hasil kajian ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori berusia 25-45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment