28 August 2009

Kembali Ke Pangkuan Suami


Hari ni masuk hari ke-4 ibu dan khalish berada di Ipoh setelah ibu tamat tempoh berpantang 100 hari di Melaka. Perasaan gembira sangat2 bila kita bertiga (ayah, ibu dan khalish) bersatu sebagai keluarga kecil.

Ini adalah cabaran dan pengembaraan baru bagi kita bertiga ;-

Cabaran bagi ibu : akan membesar dan mengasuh khalish dengan sempurna tanpa sebarang bantuan praktikal dari nenek lagi.

Cabaran bagi khalish : menyesuaikan diri dengan suasana baru (termasuk cuaca sejuk kerana Ipoh sekarang ni asyik hujan berbeza dengan rumah atuk dan nenek di Melaka yang sentiasa hangat ekoran berada berhampiran Selat Melaka).

Cabaran bagi ayah : membiasakan diri dengan ‘latihan vokal’ khalish yang begitu nyaring (lebih2 lagi ketika mahu menyusu) sekaligus akan mengejutkan lena ayah di malam hari. Belajar membuat susu dan menyusukan khalish serta menukar lampin bila khalish kebasahan.

Apa2 pun, ibu dan ayah bersyukur kerana kelahiran khalish telah mewarnai dunia kasih sayang kami. Insayaallah, susah senang kita akan lalui bersama.

Kepada geng2 blogger yang mendoakan keselamatan ibu dan khalish ketika kelahirannya pada 12/5/2009 lalu, terima kasih diucapkan. Salam muhibah!

No comments:

Post a Comment