Mood menaip saya agak menurun beberapa hari ni sebab dua anak bujang kesayangan dijangkiti demam panas, selsema dan batuk. Asal batuk je muntah, asal muntah je tukar baju. Mood bermain dan makan mereka pun dah 'lari'.
Dah lama saya simpan entry ni konon nak publish untuk dikongsi tapi last-last terlupa. Saya peroleh daripada kura-kura.my. Seronok membaca fakta yang kebanyakan 'kena' dengan diri sendiri. Jom layan...
Sering
kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang
mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak
mesti tak cukup tidur”…Betul kan?
Dan yang pasti, selepas
mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan
mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih
besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu
kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik
akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. (setuju)
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! (setuju)
3-
Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan
jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! (setuju walaupun Ilhan tiap2 tiga jam sekali bangun)
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. (setuju)
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit. (setuju)
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat…;-) (tak setuju, saya tidur lewat)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. (setuju)
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. (bolehlah)
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! (setuju)
10- Kita akan lebih menghargai diri kita. (setuju)
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. (saya ibu di rumah)
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. (kadang kala)
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. (setuju)
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya. (belum membuat keputusan)
15-
Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka
yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. (setuju)
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! (setuju)
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! (setuju)
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. (setuju)
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. (setuju)
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! (sangat bersetuju)
notajari: Lain-lain perubahan - body sendiri dah berubah allignment, dulu asyik fikir shopping baju sendiri sekarang lebih pada baju dan mainan anak, nak sediakan makanan kena fikir anak dulu, paling penting setiap perkara dilakukan mengambil kira kebajikan anak. Setuju tak??
No comments:
Post a Comment